Ads: (Please Click!)

Thursday, May 14, 2009

Blackout


semalam aku menonton televisyen dengan kawan-kawan serumah.. sedang asyik menonton 'Air Crash Investigation' yang tersiar, tiba-tiba sekeliling yang tadinya cerah bertukar gelap gulita.. dalam istilah inggerisnya, 'blackout'.. terus membantut mood aku untuk menonton habis kisah yang tersiar di televisyen.. bila keadaan sudah gelap dan panas, aku tidak selesa berada di dalam rumah.. lantas aku lepak di luar rumah.. tetapi makhluk penghisap darah pula menyerang tubuh badan aku yang kering ini.. oh, sang nyamuk.. ramai lagi tetamu rumah ini yang berbadan sasa.. mengapa kau tetap memilih aku? oh, ya.. mungkin engkau membenci asap-asap nakal yang keluar dari mulut mereka? ya, mungkin..

sedang aku duduk termenung bertemankan sang nyamuk, dibenak aku terlintas satu peristiwa lucu yang berlaku beberapa bulan yang lalu.. sewaktu itu, aku baru saja tiba di rumah sewa aku ini setelah mendapat tawaran kerja di syarikat baru..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

aku bertolak dari Kemaman dengan menumpang kereta seorang kawan sepejabat aku.. dulunya, dia bekerja di Singapura.. kerja dia sama dengan kerja aku sekarang.. namun disebabkan tekanan, dia membuat keputusan untuk berhenti lantas terus mencebur di syarikat tempat aku bekerja sekarang.. kami sudah lama tidak bersua.. maka, dia sanggup menumpangkan aku dari Kemaman ke Kuala Terengganu.. banyak perkara yang kami sembang sepanjang perjalanan.. daripada kenangan belajar bersama hinggalah pengalaman bekerja di negara orang..

tibanya di rumah sewa, aku lihat keadaan gelap.. bukan rumah sewa kami sahaja malah seluruh kampung sedang bergelap..

"blackout ke?", tanya kawan aku..

"yelah kot!", jawab aku ringkas..

"alahai.. kita baru je sampai.. takkan tuan rumah tak bayar bil elektrik kot.. hehe.."

"em, mungkin ada penyelenggaraan kat area ni kot.."

kami masuk di dalam rumah dan kami lihat terdapat beberapa batang lilin menerangi pelusuk ruang tamu.. kami lihat ada seorang ahli rumah masih tidak tidur.. yang lainnya sudah pun terbungkang.. aku menanggalkan baju.. begitu juga kawan aku itu.. keadaan di dalam rumah amatlah panas.. aku menyalakan sebatang rokok dan menyedut dalam-dalam..

"bak sebatang!", pinta kawan aku..

"yang ni last!", jawab aku..

"cutting!", kata kawan aku.. aku mengangguk.. itulah simbolik.. 'cutting' bermaksud berkongsi rokok.. aku hisap separuh dan dia selebihnya..

beberapa ketika masa berlalu, telefon bimbit aku berbunyi tanda hampir kehabisan bateri.. secara spontan aku berkata..

"pinjam charger kejap.. aku nak charge bateri handphone aku lah.."

kawan aku terpinga-pinga..

"charge bateri?", dia bertanya..

dan kami terdiam beberapa saat..

"kepala hotak kau! 'blackout' ni camne nak charge handphone?", kata kawan aku sambil tergelak besar.. terguling-guling dia gelakkan aku.. aku turut gelak sama untuk melindungi perasaan malu aku.. oh, betapa bodohnya soalan aku..

tengah asyik mengelamun di luar rumah bertemankan nyamuk, aku ditegur dari belakang..

"bateri handphone kau cukup ke, latip? tak mahu charge?".. lantas aku terdengar suara gelak besar di dalam kegelapan..

hampeh..!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
18 Comments


18 Orang Kentut Madu:

CaPiQa said... [Reply]

lucu. memang buat orang terguling-guling.

tapi saye guling sopan, oke? ^_^

CikYana(",) said... [Reply]

klako nye cite aduka nie
aduyai :P

i_m diba said... [Reply]

hehehe

RiEz said... [Reply]

muahaha charge bateri hp jum...eh air crash investigation citer best wooo...

cikeYda said... [Reply]

hahahhahhaa.. lucu la.. pecah sendri baca..

aduka said... [Reply]

capiqa: sopan ke gitu? haha.. =P

cikyana: klako tu gelak la.. =P

aduka said... [Reply]

riez: yup.. i like! =)

aduka said... [Reply]

cikeyda: yeke? haha.. =)

CaPiQa said... [Reply]

sampai hati anda meragui saya.

saya sentiasa sopan. bukankah? haha..

p/s: huu, tadi mlm blackout 3 minit. teringat kisah ini. lalu gelak sendiri. gilakah saya?

aduka said... [Reply]

capiqa: oh ye ke? jgn charge bateri henpon plak ye.. =P

hasni said... [Reply]

besala aduka
hasni pon pernah jd gitu gak
huhu
sebuk nak cas hp la
laptop la
padahal
mati karen
huhu

Monkey D Luffy said... [Reply]

charge guna lilin boleh? kakaka

aduka said... [Reply]

hasni: haha.. tu la pasal kan.. rutin yg biasa kita buat hari2.. so x sedar la walopun blackout ttp nak buat gak ape yg kite bese buat.. lawak btol.. =))

aduka said... [Reply]

uncle luppy: hahaha.. jwbnye cair enpon aku.. =))

Ivy Metaga said... [Reply]

hahahaha..aduka nak charger tak hehehe..

adehhhh..ketawa nih...=)

aduka said... [Reply]

ivy: alaa.. jgn la.. malu den..
:">
usik sy ek..
geget tgn kang..
=P

Yuna@Fah said... [Reply]

sy ketawa sopan ni..:)

dlm hati, nk berguling2..hahaha

aduka said... [Reply]

yuna@fah: hehehe.. jaga2.. cover line tau.. =P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger