Ads: (Please Click!)

Thursday, May 07, 2009

Tutorial: Blogumulus Image Widget



assalamuaikum semua..

di atas permintaan sesetengah pengunjung dan kawan-kawan blogger saya, entry tutorial saya pada kali ini akan di tulis dalam bahasa Melayu.. jika sebelumnya, setiap tutorial saya ditulis dalam bahasa Inggeris.. memandangkan entry-entry saya sebelum ini tidak dapat difahami oleh sesetengah pembaca, saya dengan hati terbuka menulis entry ini dalam bahasa yang dapat diterima oleh pembaca.. mungkin selepas ini pun saya akan menulis dalam bahasa Melayu.. akan dipertimbangkan kelak..

anda nampak widget di atas? cantik? menarik? lain dari yang lain? di mana hendak dapatkan widget tersebut?

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

di sini saya ingin berkongsi widget ini dengan anda.. sila baca dengan teliti dan setelah itu anda boleh mencuba.. jika mengalami kesukaran, jangan segan silu untuk bertanya terus kepada saya, okay?

ini adalah source code untuk blogumulus imej widget yang ditunjukkan seperti di atas;

<div align="center"><object data="http://media.roytanck.com/flickrwidget.swf" type="application/x-shockwave-flash" width="300" height="300"><param value="http://media.roytanck.com/flickrwidget.swf" name="movie"><param value="#ffffff" name="bgcolor"><param value="transparent" name="wmode"><param value="feed=http%3A//picasaweb.google.com/data/feed/base/user/latip04/albumid/5266108170241879617%3Falt%3Drss%26kind%3Dphoto%26hl%3Den_US" name="flashvars"><param value="always" name="AllowScriptAccess"></object></div>

NANTI! jangan copy and paste lagi! terlebih dahulu, saya ingin menerangkan tentang beberapa attribute coding bagi widget ini agar anda faham.. apa yang saya highlight dengan warna merah adalah antara attribute-attribute code yang boleh diubah mengikut kesesuaian blog anda atau citarasa anda sendiri..

width; adalah kelebaran blogumulus imej
height; adalah tinggi/panjang blogumulus imej
value; addrees feed bagi lokasi imej anda

okay.. bagaimana hendak letakkan wdiget ini ke dalam blog anda? perkara pertama yang anda perlu ada adalah web album.. web album tersebut akan menyimpan koleksi gambar-gambar anda, samada memori bersama keluarga, kenangan zaman persekolahan, reunion, majlis hari jadi, atau apa saja.. saya sarankan agar anda menggunakan Google Picasa Web Album, kerana sepanjang tutorial ini saya akan menerangkan bagaimana imej anda akan di'link'kan bersama widget ini.. saya tidak akan menerangkan bagaimana hendak meletakkan imej ke dalam Picasa Web Album tersebut.. anda perlu mencubanya sendiri.. jika anda pengguna servis Google, anda boleh mengakses Picasa Web Album dengan akaun Google anda yang sedia ada.. jika sebaliknya, terserah kepada anda samada dengan mendaftar baru atau menggunakan Web Album lain selain Picasa Web Album.. akan tetapi, pastikan Web Album tersebut menyediakan FEED atau RSS bagi web album anda..

ops! sebelum saya terlupa, bagaimana hendak ubah link RSS atau FEED tadi? caranya, login ke Picasa Web Album anda.. pilih mana-mana album yang anda inginkan.. contoh;

saya klik pada album yang ditandakan bulatan merah.. seterusnya,

browser saya akan memaparkan album pilihan saya..

saya right-click di atas RSS saya, dan saya 'copy link' tersebut.. kemudian, saya letakkan link tersebut pada widget saya..

value="feed=http%3A//picasaweb.google.com/data/feed/base/user/latip04/albumid/5266108170241879617%3Falt%3Drss%26kind%3Dphoto%26hl%3Den_US"

yang bertanda biru, adalah link destinasi album Picasa Web Album pilihan saya, yang saya copy tadi.. akhir sekali, saya save gadget HTML/Javascript saya.. hasilnya adalah seperti di atas..

bagaimana? mudah? penjelasan saya masih kabur?

maaf.. saya menjadi agak kekok bila menulis tutorial ini kerana saya asyik memikirkan kepada pembaca yang mungkin masih tidak mempunyai akaun Picasa Web Album.. oleh kerana itu, saya sarankan anda mencuba terlebih dahulu.. jika ada kesulitan, tinggalkan komen anda.. saya akan update secara berperingkat-peringkat..

selamat mencuba!

*** update: sila jaga hasil kerja orang lain ya.. sekurang-kurangnya bagilah kredit dan penghargaan untuk hasil kerja aku, bukannya menciplak! sekian..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
14 Comments


14 Orang Kentut Madu:

OREOO said... [Reply]

info yg menarik aduka..
KAGUM..
oh SEBAK nk tngglakn aduka kelak..
nk ke mtrik dah..
sebak x aduka??
HAHAH

hasni said... [Reply]

da xberkanda2 berdinda2 ke?
haha
org nga makan kepok leko
lalala~~

CiLaa said... [Reply]

wah menarik!! mau coba..

n a r d indie winkie said... [Reply]

wah..menarik sangat2. nak wat jugak ni. hehe.. thanx for the tutorial.. :-)

aduka said... [Reply]

oreoo: o yeke? sebak? hehehe.. xpe2.. truskan blja k? =)

hasni: suke ke kropok lekor? =)

cilaa: slmt mencuba! =)

nard: no prob.. =)

boboiz said... [Reply]

oo.gitu caranya..tapi kalau pakai wordpress boleh gak ke pakai widget tu?

aduka said... [Reply]

boboiz: yup boleh.. =)

nur nina said... [Reply]

klu dri ph0t0bucket xley ke?? huhu

aduka said... [Reply]

photobucket? em.. klu ada RSS tu ok je.. xde mslh.. klu xde, mslh la..huhu.. =P

nur nina said... [Reply]

x phm pun FEED n RSS ni.. haha

aduka said... [Reply]

hoho.. follow je suggestion dlm tutorial ni.. senang.. =)

HRshoppe said... [Reply]

Aduka, toce! toce!... cantik bebenor, then tutorial ringkas dan berkesan.. hihi, leh bukak kelas niii

aduka said... [Reply]

hrshoppe: terima kasih.. =)

SMK JENAGOR said... [Reply]

Thank...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger