Ads: (Please Click!)

Wednesday, December 16, 2009

Bersenamlah

Nama saya Zulkifli. Saya seorang pesara guru. Saya dikenali dengan panggilan Aboh (Abah) atau Cikgu Zul. Umur 57 tahun. Melihat kepada wajah, ramai yang tidak menyangka saya sebenarnya seorang 'lelaki pencen'. Saya sudah tua. Tapi sesiapa yang mengenali saya, pasti sudah sedia maklum akan umur sebenar saya, termasuk guru-guru, bekas guru, pegawai dalam kementerian pendidikan, bekas murid, dan kakitangan sekolah yang pernah saya bekerja suatu ketika dahulu. Tetapi tidak kepada yang baru mengenali saya. Ramai yang menyangka saya dalam lingkungan...

Friday, December 11, 2009

Tersadung Kaki Memang Menyeronokkan

Petang semalam aku pulang ke rumah kira-kira pukul 7 petang. Selepas puas lepak menghabiskan masa bersama rakan-rakan, aku pulang bersama majalah Mastika, majalah kegemaran aku. Aku cuba menyoroknya di bawah seat motosikal. Aku sudah sedia maklum akan 'larisnya' majalah ini bila sampai ke rumah kelak. Ada saja tangan-tangan yang hendak merampasnya dari aku.Tiba di rumah, aku selitkan majalah itu di dalam baju. Aku kuakkan pintu rumah. Mujur, tiada sesiapa. Aku keluarkan majalah itu dari baju dan memalingkan muka ke arah pintu dan terus menguncinya. Sebaik berpaling ke dalam rumah, aku terperanjat...

Tuesday, December 01, 2009

"Haiya..!"

Saya adalah seorang guru. Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini sudah lebih 7 tahun. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Alhamdulillah, kerjaya saya selaku guru sangat memuaskan hati sendiri dan guru-guru yang lain. Berpengalaman kerjaya saya ini, saya telah dilantik oleh kerajaan sebagai pegawai pemeriksa peperiksaan besar bagi sekolah menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2 tahun lepas. Selama 2 tahun itu, pelbagai pengalaman pahit manis telah saya tempuhi. Ada yang lucu juga.Tahun ini, saya ditugaskan untuk menjadi petugas peperiksaan SPM di sekolah menengah di...

Saturday, November 28, 2009

Boling Percuma: Sila KORBAN Bola Boling Itu!

Hari ini hari raya Aidiladha. Sudah tentunya kita semua yang berstatus agama Islam menyambut 10 Zulhijjah ini dalam suasana ceria seperti hari raya Aidilfitri. Bezanya, hari raya ini lebih 100,000 ekor lembu dan kambing di Malaysia tumbang hilang nyawa kerana dikorbankan. Rahmat Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sembahyang Aidiladha dan sembahyang Jumaat pada hari yang sama. Jumaat; hari yang penuh dihormati dari 6 hari lainnya.Malam tadi, aku dijemput ke rumah oleh kawan aku, Awie, kerana keluarganya mengadakan BBQ. Aku tiba agak lewat iaitu dalam pukul 9.20 malam. Sepatutnya acara...

Thursday, October 08, 2009

Search Results:

Loading function parseQueryFromUrl () { var queryParamName = "q"; var search = window.location.search.substr(1); var parts = search.split('&'); for (var i = 0; i parts.length; i++) { var keyvaluepair = parts[i].split('='); if (decodeURIComponent(keyvaluepair[0]) == queryParamName) { return decodeURIComponent(keyvaluepair[1].replace(/\+/g, ' ')); } } return ''; } google.load('search', '1', {language : 'en', style : google.loader.themes.MINIMALIST}); google.setOnLoadCallback(function() { var customSearchControl = new google.search.CustomSearchControl('004024495692641889293:cvgmofej-ug'); ...

Sunday, September 13, 2009

Lekaslah sembuh..

NURAMIRA SYAFIQA BT ROHANI kini di terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital JB. Berumur 16 tahun dan berasal dari Segamat, Johor. Beliau terlantar gering kerana pendarahan teruk di dalam otak akibat kemalangan setahun yang lalu. Wahai kawan-kawanku, sama-samalah panjatkan doa ke hadrat Illahi agar dicurahkan kembali keselamatan dan kesihatan yang baik untuk dia!Kronologi: (Klik sini)Jumaat, 28 Ogos 2009.Petang, aku mendapat SMS dari rakan Nuramira. Khabar yang tidak baik. Nuramira dimasukkan ke ICU. Malamnya, anak saudara yang paling rapat,...

Friday, September 11, 2009

Ragam Jijie

Dum!Jijie menghempas beg sekolahnya di atas meja dapur. Ibunya, Mak Gayah, yang sibuk bekerja di dapur menguruskan sekian hal rumahtangga agak terkesima dan sedikit terkejut. Jijie segera melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang agak empuk itu. Kerusi yang agak mahal yang dibeli oleh ayahnya, Pak Hamid, diperbuat oleh kayu berkualiti jati. Pelapiknya sedia dilapik dengan kulit khas yang membaluti gabus dan kain lembut. Kain khas yang berkualiti itu juga yang memberi keselesaan penuh bila siapa punggungnya melabuh. Ibu Jijie menyukainya. Ayah Jijie menyukainya. Abang Jijie menyukainya. Malah...

Friday, September 04, 2009

Tanam 'baja' blog, dapat 'buah' duit

(Click for enlarge)Akhirnya..Penantian selama berbulan-bulan barulah cheque untuk Nuffnang aku dihantar hari ini. Entah bila sampai ke rumah pun aku belum pasti. Ini first cheque yang aku claim. Hampir setahun aku biar earnings tu naik. Cukup target, aku pun claim. Cuba teka berapa. Hehehe..Jadi kepada sesiapa yang suka berblogging tu, apa salahnya kalau letak ads satu di blog korang. Sekurang-kurangnya dapat juga duit walaupun 'ciput'! Betul t...

Wednesday, September 02, 2009

Mengurat sepak terajang

Malam semalam, aku tengok orang bertumbuk, bergaduh. Kecoh dibuatnya. Waktu itu sudah lewat. Kira-kira lewat pukul 11 malam."Latip! Ada orang bertumbuk kat depan sana!" teriak kawan aku. Aku bingkas bangkit dari tempat duduk aku. Mood melayan gadis-gadis di Tagged terbantut. Aku terus saja keluar melalui pintu kaca Cyber Cafe (CC)."Mana? Mana?" soal aku sambil melilau memandang kiri kanan depan. Tentunya tidak ke belakang. Mencari di mana orang bergaduh."Sana! Seberang sana! Jom ikut aku," kata kawan aku. Aku membontoti kawan aku hingga ke hujung deret bangunan kedai di sini."Tu! Tengok!" Aku...

Friday, August 21, 2009

Berjilbab tapi celaka!

Maaf kerana tajuk entry sedikit berbunyi kasar dan mungkin 'kurang ajar'. Bukan aku sengaja provokasikannya. Ini adalah realiti. Setelah apa yang terjadi beberapa jam yang lepas, barulah aku boleh mempersetujui dengan apa yang rakan-rakan aku katakan sebelum ini bahawa, 'berpakaian sopan tak semestinya baik' atau 'bertudung labuh tak semestinya alim'!Beberapa jam yang tadi, aku ke salah satu tempat yang boleh dikatakan terkenal di Kemaman. Niat aku satu; mencari bundle yang baru dibuka beberapa hari yang lepas. Sedang aku naik tangga bergerak untuk ke tingkat atas, aku melalui lorong yang agak...

Tuesday, August 18, 2009

Aku sayang Tokwan

Petang itu aku pulang lewat ke hostel. Kelas dari awal pagi dan terus menerus hingga ke petang dengan hanya diselangi rehat selama 15 minit, membuatkan aku sedikit keletihan. Pulang ke hostel pula dengan berjalan kaki kira-kira hampir 2 kilometer. Entah kenapa pada hari itu, fikiran aku seolah-olah terganggu dan runsing. Entah apa yang bermain dibenak fikiran aku pun sendiri tidak pasti. Kerana itu, segala perkara yang aku lakukan menjadi serba tidak kena. Sehinggakan perbualan aku dengan kawan-kawan tidak menepati topik. Aktiviti kurikulum tergendala....

Sunday, August 16, 2009

Suara.. Aku berharap..

jom layan dua lagu ni.. sama je cuma singer je lain.. aku suka lagu-lagu ni.. mengimbau banyak kenangan..DOWNLOAD THIS SONG!DOWNLOAD THIS SO...

Monday, August 10, 2009

Mengigau

Hari ini aku agak sibuk. Pukul 11 pagi tadi, aku dikejutkan oleh panggilan rakan aku. Dia meminta sedikit pertolongan dari aku untuk menyelesaikan masalahnya. Walaupun masalah dia tidaklah sebesar mana, tetapi terpaksa rushing kerana ingin mengejar masa. Memang potong stim betul. Tengah best tidur di waktu tengahari, ada pula orang mengacau.. haha..Untuk pengetahuan semua, oleh kerana aku tiada pekerjaaan, aku sekarang hanya menolong rakan sekerja lama aku dulu. Bisnes dalam bidang IT juga iaitu cyber cafe (CC). Walaupun tidak bergaji, namun aku happy. Dalam pukul 3, aku dan beberapa orang rakan...

Thursday, August 06, 2009

Ixora

Ixora..dari dulu lagi aku tak tahu apa makna sebenar perkataan ini.. yang menariknya, perkataan ini kelihatan di dua tempat di Kemaman.. satu di kawasan perumahan, dan satu lagi di sekolah rendah.. sebenarnya tiada sebarang motif aku cipta entry ini.. mungkin ini satu kejutan untuk Cik Ixora kot..kepada Cik Ixora, walaupun kamu tidak memenangi contest 'potret paling cun', kamu tetap cun se'cun' nama Ixora tu sebenarnya.. hehe.. kekurang-kurangnya, tengok saja signboard Ixora ini, teringat juga rakan aku yang ber'nickname' Ixora ni..Klik sini..Taman...

Syahadat Tokku Paloh

Ertinya aku ketahui dan aku iktiqad dengan hatiku dan aku nyatakan bagi yang lain daripadaku akan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah jua yang kaya Ia daripada tiap-tiap yang lain daripada-Nya dan berkehendak oleh tiap-tiap yang lain itu kepada-Nya. Lagi yang bersifat Ia dengan tiap-tiap sifat kesempurnaan yang maha suci Ia daripada segala kekurangan dan daripada barang yang terlintas Ia di dalam segala hati daripada barang yang tiada patut Ia bagi-Nya lagi tiada beristeri dan tiada anak dan tiada...

Monday, August 03, 2009

Aku mula bosan dengan drama melayu!

aku dah bosan dengan drama melayu.. buka saja televisyen, kalau tak cerita hantu dan bomoh, mesti cerita cintan cintun.. lebih-lebih lagi bila masa tengahari.. jangan kata drama melayu malaysia, nah tv2, tv3, tv9 semua tayang drama indon.. dan kadang-kadang drama tersebut tidak ada beza sangat pun dengan drama yang seangkatan dengannya.. contoh drama 'Intan' dan 'Segar'.. Segar ke? ntah la.. aku bukannya layan sangat.. bila difikirkan balik, pengarah melayu kita ini ketandusan idea sangatkah? penyiar televisyen kita menghadkan ke siaran drama melayu malaysia?sebenarnya aku tak nampak ke mana hala...

Thursday, July 30, 2009

KL.. again..

actually, ahad hingga selasa baru-baru ini aku ke KL secara senyap-senyap.. dengan korang pun aku tak bagitahu.. haha.. kejam kejam.. tujuan asal, nak cari tempat yang boleh recover/repair aku punya board hard dick disk yang dah terbakar.. cari punya cari sampai ke lowyat plaza pun cam hampeh.. ada satu company tu minta sampai RM 1,200 untuk recover aku punya 320GB hard disk.. gilo apo?! at last, aku just hangin around with friends aje area KL.. kat bawah ni sedikit gambar yang boleh aku tunjuk kat korang.. memang sedikit sangat pun.. malas nak...

Friday, July 24, 2009

Cerita Si Pengawal Keselamatan

saya bekerja di sini sudah lebih dari lima tahun.. sesudah pencen, saya banyak menghabiskan masa di rumah.. namun dalam beberapa bulan, saya merasa sungguh bosan.. jadi saya memilih untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah ini.. saya mempunyai beberapa orang anak.. mereka sudah pun dewasa dan ada juga yang telah berumahtangga.. sejak kematian isteri tercinta pada tahun 2008, saya tiada sesiapa lagi kecuali anak perempuan saya, dan pelajar-pelajar di sekolah ini.. di rumah, anak perempuan saya yang bertanggungjawab menjaga saya.. dan...

Wednesday, July 08, 2009

Bakal menantu aku..

tapir yang sungguh comel.. (iklan je..)mata aku tampak sedikit merah dan lebam disekitarnya.. bila menatap di depan cermin tengahari tadi, seperti mata koala pula walaupun aku sebenarnya sukakan tapir.. tapi tak semestinya aku hendak jadi seperti tapir.. hehe.. ini semuanya disebabkan oleh gejala tak boleh tidur pada malam semalam.. tapi mujurlah Allah sisihkan aku daripada penyakit yang bergelar isomnia! balik dari lepak bersama kawan-kawan, aku hanya sempat tidur tidak sampai 30 minit! selepas itu, aku banyak termenung dan berfikir.. terima kasih...

Tuesday, July 07, 2009

Mengajak anda berfikir fasal...

sudah seminggu lebih aku tidak bekerja.. aku masih lagi di kampung.. aku 'isytiharkan' diri aku sebagai kontraktor penganggur sementara.. bad luck.. sebabnya, tak perlu korang tanya.. planning aku untuk memiliki laptop sendiri sedikit terbantut.. tambahan lagi, hutang dengan si polan dan si polan semakin hari semakin bertambah.. ops! jangan salah faham ya.. bukan ah long ya..aku sebenarnya sedikit terkilan dan bercampur baur dengan rindu untuk membaca, meninggalkan komen, bersembang, dan sebagainya dengaan kawan-kawan di dunia internet ini.. kesemua...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger