Ads: (Please Click!)

Friday, February 12, 2010

True Meaning of Love : Cinta Mengubah Kita


Entah apa puncanya aku tiba-tiba terkenangkan kisah lama. Kisah cinta lampau. Sebenarnya, aku susah hendak bercerita apalagi berkongsi hal peribadi di blog ini. Lebih-lebih lagi kisah cinta, emosi, dan perasaan. Bila terbaca artikel dari joegrimjow, membuatkan aku melayang dalam dunia klasik. Maka aku mengambil satu keputusan untuk mencipta kisah ini. Alang-alang mendapat idea, langsung saja aku kaitkan dengan contest dari joegrimjow. Bagus sangatlah.

Dahulu, aku pernah bercerita tentang kisah cinta, termasuk cinta monyet yang aku anggapkan tidak terlalu privasi lagi. Lagipun, kisah cinta yang pernah aku cerita tidaklah diselit dengan unsur-unsur emosi contohnya kecewa, frust-menonggeng, dendam dan sebagainya. Tidak oh tidak. Bagi aku, cinta hanyalah salah satu corak dalam hidup. Dugaanlah, lebih tepatnya. Bak kata orang barat, love such a piece of life's puzzle. Maka, tidak kisahlah jika hendak berkongsi di sini pun. Anatara kisah yang pernah aku ceritakan ialah cinta pandang pertama, cinta di dalam LRT semasa aku bekerja di KL pada tahun lepas (2009), aku si jejaka idaman, dan cinta yang amat menjengkelkan seumur hidup aku. Bagi aku kisah-kisah cinta tadi sudah menjadi 'sejarah'.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Cinta...

Kita tidak boleh lari dari cinta. Hatta dari kecil hingga kita tua, cinta sentiasa ada. Cinta pula sebenarnya sukar untuk kita ungkap atau rungkai secara spesifik dan ringkas. Cinta lahir dari hati. Lahir dari sanubari. Bukannya tertulis di atas mana-mana kertas mahupun contengan arang. Cinta tidak boleh dicari di awangan. Cinta mengubah dunia. Cinta mengubah seseorang. Kerana cinta badan binasa, jiwa merana. Kerana cinta juga kita jaya, kita gembira. Tiada seorang pun hamba walaupun sang pujangga mampu mendefinisikan makna dan hakikat sebenar cinta. Terkadang cinta itu racun. Terkadang pula cinta itu penawar. Itulah cinta.

* * * * * * * * * *

Salah satu kisah cinta aku bermula pada akhir tahun 2002. Aku sewaktu itu bekerja sambilan dengan abangku. Oleh kerana si dia (bekas kekasih) melanjutkan pelajaran nun jauh di utara negara, kami banyak berhubung melalui telefon, SMS, dan email sahaja. Sesekali surat menyurat pun ada (klasik, bukan?). Pada awal perjalanan cinta kami, tiada apa-apa masalah. Rindu adalah lumrah. Biarpun banyak liku-liku yang kami tempuh, kami tetap bersama. Sabar adalah senjatanya.

Aku sempat berjumpa (dating) dengannya hanyalah beberapa kali. Itu pun jika si dia ada masa terluang atau cuti pendek. Aku pula terpaksa ke utara. Itu pun jika aku senang. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2003, aku melanjutkan pelajaran ke kolej. Kami terus jarang sekali berjumpa. Cuma telefon bimbit sajalah yang menjadi nadi utama untuk kami berkomunikasi.

Beberapa hari sebelum aku ke kolej, aku menghubungi si dia. Aku menyatakan bahawa aku tidak pernah tinggal di asrama. Dalam hati aku sebenarnya takut untuk ke kolej. Setelah si dia menasihati dan memberi semangat, aku pergi juga dengan hati yang berat. Seingat aku, kemasukan adalah pada bulan Jun.

Semester pertama dan kedua, aku antara lelaki popular di kolej. Nama aku sentiasa berada di dalam senarai top 10. Popular aku bukanlah keseluruhan tetapi hanya di dalam fakulti IT sahaja. Bila namaku sentiasa disebut-sebut dikalangan pensyarah-pensyarah IT, aku menjadi perhatian. Bukan saja pelajar lelaki malah pelajar perempuan. Dipendekkan cerita, aku lebih banyak masa berdamping dengan kawan-kawan perempuan berbanding kawan-kawan lelaki.

Alkisah pada suatu petang. Kelas tamat pada pukul 2 dan aku terus pulang ke hostel. Aku keluar kembali pukul 4.30 petang untuk ke taman di dalam kolej yang dinamakan Tanam Astakona. Oleh kerana hostel dan kolej tidak begitu jauh jaraknya, aku berjalan kaki keseorangan saja. Sampai ke Taman Astakona, aku lihat beberapa orang perempuan yang duduk mengelilingi satu meja. Seorang dari mereka sudah sedia tersenyum dari jauh. Ada seorang lagi melambai-lambaikan tangan dan menyapa, "Hai, Latip!" Kami bersembang sekejap. Kira-kira setengah jam, kami membuka laptop dan buku masing-masing. Kami belajar secara berkumpulan.

Sebenarnya sudah berapa ramai kawan lelaki mengajak aku untuk belajar berkumpulan, semuanya aku tolak. Sebaliknya, aku meluangkan lebih banyak masa belajar dengan kawan perempuan. Ada banyak faktor. Lelaki boleh dikatakan jika masa belajar berkumpulan selama 3 jam, 1 jam lebih daripadanya banyak bersembang kosong. Dalam belajar itu pula, kadang-kadang terbantut. Hendak hisap rokok sekejaplah, teman wanita telefonlah, dan macam-macam lagi. Jika belajar bersama rakan perempuan, mudah. Tidak banyak kerenah kerana aku lelaki, maka aku yang leader atau ketua. Perempuan tiada ego dan takwil jika aku mengarahkan sesuatu. Terus terang aku cakap, golongan hawa ini kebanyakkan amat lembab di bidang IT berbanding lelaki. Namun, mereka mempunyai semangat yang lebih tinggi untuk belajar berbanding lelaki. Mereka rajin bertanya tanpa segan silu. Mereka berusaha. Nota sebuku pun sanggup dihafalnya semata-mata untuk peperiksaan. Sebilangan kecilnya juga ada yang sanggup 'merasuah' supaya lelaki mengajar mereka untuk jadi pandai! Haha..

Sehinggalah pada suatu hari, seperti biasa waktu petang aku akan bersama rakan-rakan perempuan. Kami mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester sudah semakin hampir. Kebiasaan aku akan memaklumkan kepada si dia bahawa aku ada sesi belajar berkumpulan. Tetapi tidak hari itu. Aku terlupa. Sehinggalah dia menelefon aku. Dan bermula di saat itu, berlakulah perang dingin antara aku dengan si dia.

Lebih dua minggu kami bergaduh. Sehinggakan ada hari kami langsung tidak bertegur sapa mahupun bertanyakan khabar seperti hari-hari kebiasaan. Aku buang segala ego lelaki kerana hendak memperbetulkan dan menerangkan keadaan yang sebenar. Benar kata-kata orang tua lama. Sebesar-besar ego lelaki, besar lagi ego perempuan bila mereka meradang dan marah. Shahadan, keadaan makin hari makin keruh.

Cuti semester kedua.

Jodoh kami tidak lama. Kami akhirnya berpisah atas kehendaknya. Waktu cuti sepatutnya aku enjoy dan berseronok disamping keluarga tapi aku bersedih. Aku banyak termenung dan terperap di rumah. Masa terluang aku habiskan di depan komputer. Aku bermain game. Sehinggalah suatu hari, aku ternampak sebuah gitar kapuk (gitar kayu atau gitar tong) di dalam bilik adik aku. Aku termenung seketika. Kemudian aku capainya. Aku kelek dan petik satu persatu talinya. Aku cuba keroncongkan pula. Sumbang. Waktu itulah aku terlintas, "Aku nak belajar gitar!"

Keesokkan hari, aku berjumpa adikku. Aku hulurkan gitarnya dan berkata, "Ajar aku main gitar!" Adikku tersenyum. Lantas dia mengajarku kod-kod gitar yang asas. Seharian aku belajar sehingga sakit di hujung jari jemari kiriku. Aku meminta adikku untuk mengajar aku satu lagu yang cukup aku suka. Kerana lagu itu, aku teringatkan si dia. Aku pernah dedikasikan lagu itu kepada si dia. Si dia suka lagu itu. Adik aku mendengar dengan teliti lagu kegemaran aku itu dengan khusyuk. Selesai mendengarnya, adik aku cuba tunjukkan kod gitar. Hampir 30 minit, giliran aku untuk mencuba. Sambil memetik tali gitar, aku menyanyi..

You could be my unintended..
Choice to live my life extended..
You could be the one I'll always love..
You could be the one who listens to my deepest inquisitions..

You could be the one I'll always love..

...
...
Muse - Unintended

Sesekali air mati tergenang bila mengenangkan si dia yang kejauhan. Namun cepat-cepat aku seka dengan tanganku. Aku bertahan dan bersabar.

Masuk semester kedua, aku meneruskan untuk belajar gitar secara sendiri. Aku banyak merujuk di internet dan buku-buku. Aku juga menyertai jamming session bersama rakan sekolej. Bila pulang bercuti, aku bersama rakan sekampung pula. Kerana dengan bermain gitar, dapatlah aku mengubati luka dihati. Kononlah.

Pada akhir semester enam, aku berpeluang membuat persembahan pada malam perpisahan dan makan malam kolej. Selain pensyarah dan pelajar, orang luar juga turut sama menyaksikan persembahan aku. Boleh dikatakan meriah juga. Lebih-lebih lagi aku mendapat tepukan yang amat gemuruh di akhir persembahan.

Aksi aku bermain gitar di majlis perpisahan dan makan malam tersebut. Aku amat kurus. Adakah juga kerana cinta?

* * * * * * * * * *

Sejak di bangku sekolah, aku lemah berbahasa Inggeris. Baik dari segi penulisan mahupun komunikasi. Sejak mengenali si dia, kadang-kadang emailnya berbahasa Inggeris. Aku pernah bertanya, katanya dia suka bahasa Inggeris. Belajar pun dalam bahasa Inggeris. Bila sudah banyak kali utuskan email berbahasa Inggeris, aku jadi jemu. Kebanyakkan aku tidak faham. Aku lemah bahasa Inggeris. Maka, aku meminta kepada si dia agar menulis, berSMS, serta bercakap dalam bahasa Melayu saja. Bila aku nyatakan sebabnya, si dia gelakkan aku. Barulah dia tahu, selama ini aku buat-buat faham apa yang dia tulis dan cakap dalam bahasa Inggeris.

Malu, tuhan saja yang tahu. Inikan pula teman wanita lebih pandai dari kita. Mana mahu letak muka. Walaupun begitu, aku buang perasaan ego lelakiku. Aku menyatakan aku mahu belajar bahasa Inggeris. Walaupun diperli oleh si dia, aku tetap senyum dan meminta dia ajarkan aku. Atas nasihat dan ajaran dari si dia, aku semakin rajin berbahasa Inggeris. Masuk kolej, pensyarah berpuas hati dengan pencapaian aku. Pensyarah pun suka sama aku. Ada juga aku meminta tips-tips agar lebih mahir dalam bahasa Inggeris dengan pensyarah.

Setelah berpisah dengan si dia, aku masih lagi tidak lupa dengan tips mahir bahasa Inggeris yang diberi olehnya. Walaupun tidaklah semahir mana, aku teruskan juga. Sehinggalah aku tamat kolej dan akhirnya aku mendapat kerja. Aku pernah di anugerahkan 'Dale Carnegie Best Award Winner' kepadaku antara puluhan peserta pada tahun 2008. Walaupun aku belajar sendiri, namun aku tidak pernah lupa tips dan jasa yang telah diberikan oleh si dia.

Encik Feruze menyampaikan award kepadaku

* * * * * * * * * *

Walaupun sudah lebih 6 tahun aku berpisah dengan si dia, kenangan aku bersama tidak luput dari ingatan. Banyak nasihat darinya yang amat berguna. Secara tidak langsung, ia mengubah tata hidup aku. Selain nasihat, ujian dan pengajaran dari cinta si dia juga telah mengubah hidup aku. Aku ambilnya dari sudut positif.

Kerana si dia lebih tua dari usiaku...

Kesimpulannya, bagi aku makna sebenar cinta bukan terletak pada luahan perasaan atau ungkapan manis dari seseorang. Bukan dari segi zahiriah mahupun lahiriah. Ia hadir dari apa yang kita dapat dan apa yang telah diterima dari cinta. Samada bermula dari coretan cinta hinggalah noktah cinta. Inilah cinta dari sudut pandangan yang berbeza. Bukan dari peluk, cium, dan...

Mungkin pengalaman dan pandangan kita berbeza-beza. Bukan semuanya sama. Sebab itu, mencari cinta sejati bukannya mudah. Jangan kerana cinta kita hanyut ke arah keburukan. Jangan kerana cinta kita kecundang ke lembah hitam dan boleh memalingkan kita dari hukum Allah swt. Sebaliknya, carilah cinta yang benar-benar memberi impak yang besar dalam hidup kita. Impak yang positif.

Nota kaki: Jangan percaya kepada ejen 'pencari jodoh dalam talian internet'..

Entry ini juga untuk contest weekend @ sheffield oleh joegrimjow


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
25 Comments


25 Orang Kentut Madu:

PenuliS said... [Reply]

cinta sy tak jumpa lg!ihiks~

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

gud luck ya..


wewwiittttttt. beshh citer cinta anda =D

hasni said... [Reply]

hasni baca semua entry cinta aduka
so suwittttttttttttttt
huhu
suka entry sal c gadis kecil
arap sngt aduka dpt jumpa dia lagi
nnt tulis kat blog ye
hasni tetiba terminat nak tahu cerita nya
hehe
dun give ya
cinta kamu dengan sidia beri kesan positif kepada kamu
bgs

aduka said... [Reply]

cik reen:
kalau jodoh, x kemana cik reen.. sabarlah..
=)


miss lolly:
terima kasih byk2 cik lolly sbb sudi membaca..
=)


hasni:
sy sendri pn sedih bila baca balik entry tu.. sy sendri xtau apa cerita si gadis kecil.. mungkin dah kahwin skrg atau.. ntah.. nak jumpa kembali mungkin payah.. sy ni jenis mudah lupa.. mgkin susah nak cam mukanya lagi.. kcuali dgn izin Allah swt.. takpelah.. dlm cerita tu, sy xde jodoh..

redha..

=)

joegrimjow said... [Reply]

ku tengah sibuk gaban
huhu
projek

nanti isnin ni baru sempat baca n buat review

thx u
ada gambar lucu
ku harap lucu lah
huhu

Ivy Metaga said... [Reply]

wahhh....cinta aduka...^^

gambar yg mula2 tu mmg nampak kurus berbanding gambar yg kedua hehehe...

~kuyam~ said... [Reply]

hurm..cinta itu amat2 lah universal~

aduka said... [Reply]

joe:
orait bro.. take ur time..


cik ivy:
ha'a cik ivy.. tgk gmbr2 masa kolej dulu adusss.. truk.. kurus gile.. haha..


kuyam:
ya mungkin.. =)

Ah Fatt said... [Reply]

aku suka baca kisah ko neh
banyak pengajaran gak

aduka said... [Reply]

ah fatt:
trimas..
=)

joegrimjow said... [Reply]

huuu
ku baca sampai abes walaupun pajnag
tekun
hehehe

okess
thx u
sedang buat review

mmg sadis klu pasal gadis ni
smoge terus berjaya
yahuuuu

hans said... [Reply]

nak masuk tapi idea tak berjaya dikeluarkan
haha

deus X machina said... [Reply]

perghhh
panjang tul kisah cinta ko bro
aku amik wat skrip telenovela leh
erk888

erk888.blogspot.com

aduka said... [Reply]

joe:
pjg sgt bro..
tp mekaceh la sbb tekun baca..


hans:
ketuk2 kpala kat skrin tu hans.. aku makan masa dekat sminggu gak memikior.. hahaha..


deus:
boleh.. bayar down payment dlu..
=P

Huda said... [Reply]

nice story~
gud luck!

aduka said... [Reply]

huda:
terima kasih huda..

=)

NiNa' said... [Reply]

agak sedih cerita ni...

sangat sedh bile putus cinta...huhuhhu

aduka said... [Reply]

nina:
er.. sedih..?
em.. biasa la.. mula2 mmg sedih.. bila dah lama ok la.. take time juga..

ni mesti kes penah putus cinta gak ni.. hehehe.. be cool k..

=)

.::tAk AdE pErAsaaN::. said... [Reply]

sungguh syahdu crita ni.. mmg betol bile perempuan mula meradang, ego nya akan tggi mengalahkan ego lelaki,. mybe utk menyruh lelaki itu memujuknya. boleh jadi. huhu. entah la. pape pon. nice love story.hehe

aduka said... [Reply]

xde rase:
er.. terima kaseh..
=)

hans said... [Reply]

hahaha
xper la
kasi chance ko menang
kalau aku masuk aku menang plak
kekekeke

flygurl said... [Reply]

sweet....=)

aduka said... [Reply]

hans:
aku masuk bkn nak menang pun.. aku tulis je.. tup2 mase nak ending tu aku tringat contest si joe.. ape lg.. link trus je arr.. cite pn hampir berkait dah.. wakakakaka..


flygurl:
cite yg sweet ke i yg sweet..?
hahahaha..
=P

Nur -al- Ain said... [Reply]

hati perempuan memang lembut, macam kerak nasi tu. tapi sekali keras, keras tu kalahkan keluli. congrat menang x) nice story...

NIFA said... [Reply]

nak tau jgk tips BI tuh. share pls.... ^^

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger