Loading...
Insanity vs Stupidity: Lekaslah sembuh..

Lekaslah sembuh..

Sunday, September 13, 2009


NURAMIRA SYAFIQA BT ROHANI kini di terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital JB. Berumur 16 tahun dan berasal dari Segamat, Johor. Beliau terlantar gering kerana pendarahan teruk di dalam otak akibat kemalangan setahun yang lalu. Wahai kawan-kawanku, sama-samalah panjatkan doa ke hadrat Illahi agar dicurahkan kembali keselamatan dan kesihatan yang baik untuk dia!
Kronologi: (Klik sini)
Jumaat, 28 Ogos 2009.
Petang, aku mendapat SMS dari rakan Nuramira. Khabar yang tidak baik. Nuramira dimasukkan ke ICU. Malamnya, anak saudara yang paling rapat, bernama Niena, SMS aku menyatakan keadaan Nuramira amat kritikal. Peluang untuk hidup tipis, iaitu 40%. Lewat malam, Niena SMS lagi mengkhabarkan bahawa Nuramira koma.

Sabtu, 29 Ogos 2009.
Aku mendapat SMS dari Niena. Khabar baik dan gembira. Doktor berjaya menstabilkan Nuramira. Dia masih dalam koma tapi keadaan stabil. Denyutan jantung lemah. Petang, Niena memberitahu Nuramira memberi respons.

Ahad, 30 Ogos 2009.
Paginya, Niena SMS aku awal. Khabar darinya Nuramira mula sedar tetapi tidak lama. Paling lama 5 minit, dan mula bercakap.

Isnin, 31 Ogos 2009.
Aku mendapat SMS pertama dari Nuramira. Dia mulai laju menaip SMS. Dia mengadu masih sakit di bahagian kepala. Lewat petang, aku YM dengan Niena. Dia khabarkan keluarga Nuramira akan mencari alternatif untuk mengubati sakit Nuramira.

Selasa, 1 September 2009
Pagi-pagi lagi sudah meninggalkan SMS di telefon bimbit aku. Aku membalas seperti biasa. Alhamdulillah, dia mulai stabil.

Rabu, 2 September 2009
Subuh tadi, Nuramira mengkhabarkan bahawa tidak lama lagi dia akan dipindahkan ke wad biasa. Namun lebih kurang pukul 10 malam, baru Nuramira dipindahkan. Beliau sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca dan blogger yang sudi mendoakan untuk beliau.

Ahad, 6 September 2009
Nuramira semakin sihat. Cuma terkadang kepalanya sedikit sakit-sakit. Sakitnya seperti sakit kepala biasa. Alhamdulillah.

Ahad, 13 September 2009
Nuramira telah keluar dari hospital pada sebelah pagi. Dan kini beliau sedang berehat dirumah. Tidak sabar ke sekolah, katanya. Alhamdulillah. Semoga dia kembali aktif seperti remaja-remaja yang sebaya dengannya.

Beliau adalah salah seorang blogger kita. KLIK SINI untuk ke blog beliau.

Comments

35 Responses to “Lekaslah sembuh..”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

miss ubi said...

semoga kawan awk cepat sembuh..amin

August 29, 2009 6:40 PM
cik ateen said...

semoga dier cpt sembuh..
owg segamat kowt..
sama ngn sya..
;)

August 29, 2009 7:46 PM
lizz said...

huh.semoga cepat sembuh ya...

August 29, 2009 9:34 PM
elle said...

How is she? Is she ok now?

August 29, 2009 9:56 PM

.smoge beliau cpt smbuh ^^

August 29, 2009 10:17 PM

smoga dia cepat2 sembuh..
amin~

August 29, 2009 10:58 PM
aduka said...

cik ubi:
insyaAllah.. amin..

August 29, 2009 11:11 PM
aduka said...

joe:
lebih kurang la..

=)

August 29, 2009 11:12 PM
aduka said...

cik aten:
ha'a.. kebetulan..

August 29, 2009 11:12 PM
aduka said...

lizz:
sama2 doakan ya..

August 29, 2009 11:12 PM
aduka said...

cik elle:
still the same.. td baru sedar tp xleh cergas lagi..

=(

August 29, 2009 11:13 PM
aduka said...

teacher intan:
amin..

August 29, 2009 11:13 PM
KhairiL's said...

takziah dgr...semoga cepat sembuh

August 30, 2009 12:32 AM
chipsmore said...

hope she get well soon ;)

August 30, 2009 12:57 AM
Monkey D Luffy said...

moga kawan kamu sembuh

August 30, 2009 2:20 AM
ije said...

semoga dia kuat! :)

August 30, 2009 11:42 AM
aduka said...

kriel:
terima kaseh kriel..

August 30, 2009 11:11 PM
aduka said...

chipsmore:
hope so.. thanks..

August 30, 2009 11:11 PM
aduka said...

pakcik luffy:
trima kaseh pakcik.. sama2 doa k..

August 30, 2009 11:11 PM

salam aduka..
bole bagitau perkembangan terkini dari masa ke masa pasal adik nuramira ni tak? saya rasa sebak baca blog dia.. nak tau sangat perkembangan dia macam mana skrg..

August 31, 2009 2:30 AM
aduka said...

ain azhar:
salam ain..
terima kasih krn sudi melawat di sini dan sudi ingin mengambil tahu perkembangan terkini nuramira..

dukacita sy ingin maklum, sy sdh terputus hubngn dgn dia.. sedih.. hp dia mak dia pgg n x on.. slma ni sy bhubung dgn ank saudara dia yg brumur 12 thn.. tp juga hpnya kne pgg oleh maknya..

berita terkini ttg nuramira; dia sudah sedar beberapa hari yg lalu tp masih keadaan yg amat lemah.. kalau sedar pun paling lama 5 minit.. then tidur balik dlm masa yg lama..

sama2lah kita doakan keselamatan dia..

amin..

August 31, 2009 4:13 PM
lalink7 said...

la yeke?sian nyer die..
semoga die cepat sembuh..

September 1, 2009 4:11 PM
aduka said...
pijah@hakuna said...

perkembangan smakin baik. semoga lekas amira sembuh. sihat macam dulu.

September 3, 2009 10:13 AM
aduka said...

pijah:
mudah2an.. amin..

September 3, 2009 4:40 PM
PenuliS said...

sama kg dgn penulis..mdh2an dia cpt2 sembuh.ameen..

September 4, 2009 12:09 PM
aduka said...

penulis:
o yeke? em mudah2an.. amin..

September 4, 2009 4:53 PM
DilOt said...

semoga die cepat sembuh...br baca entri dari blog die...

September 6, 2009 2:05 AM

ada apa2 perkembangan ke aduka?
nuramira dah macam mane now ni?

September 13, 2009 12:27 PM
aduka said...

ain azhar:
terima kasih kerana ambil berat ttg nuramira..
maaf sy agak sibuk.. tiada masa utk update blog..
perkembangan nuramira sy dh update..
terima kasih..

=)

September 13, 2009 10:20 PM

Alhamdulillah..
She's fine again..
Harap2 dia kembali sembuh seperti dulu.. Boleh amik SPM and pass in flying colors.. Syukur pada Tuhan.. Memang Allah tu Maha Besar..
=)

October 5, 2009 12:31 AM