Sebelum ini aku pernah mengulas tentang Google Page Rank (PR) untuk blogger. Mungkin artikel tersebut tidak banyak membantu namun ia diharapkan dapat sedikit sebanyak menjawab beberapa persoalan yang bermain di fikiran kita. Dan mungkin sedikit sebanyak terdapat informasi berguna yang boleh anda pelajari darinya. InsyaAllah.
READ MORE / LESS..
READ MORE / LESS..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
Apa itu SEO (Search Engine Optimization)?
Search Engine Optimization (SEO) adalah perkara teknikal penting yang biasanya dipraktikkan oleh internet marketer atau orang yang serius dalam menarik trafik ke blog atau laman sesawang mereka. Lebih tepat lagi, ia adalah satu teknik bagi mempopularkan blog atau laman sesawang.
SEO adalah satu teknik asas yang perlu dititik beratkan oleh blogger yang benar-benar serius dalam dunia blog. Tanpa pengetahuan SEO, sudah tentunya blog anda suram dan tiada follower kerana ketiadaan pelawat (visitor).
Terkini, blogger baru (newbie) akan mencari pelawat dengan cara blogwalking. Seterusnya mereka akan meninggalkan sebarang mesej beserta link pada ruang chat atau ruang komen pada blog orang yang tidak dikenali ataupun mempromosikan link blog di laman sosial. Pelawat akan datang setelah membaca atau terlihat promosi yang dilakukan. Teknik blogwalking mungkin relevan. Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda tidak ada dalam talian (offline)? Mungkinkah ada pelawat? Ya, mungkin ada. Akan tetapi tidaklah ‘sekencang’ mana. Walhal teknik SEO ini adalah satu cara terbaik untuk meningkatkan atau mengekalkan jumlah pelawat ke blog atau laman sesawang kita.
Apakah teknik-teknik SEO?
Terdapat beberapa teknik penting yang perlu kita ambil tahu dan perlu dititik beratkan semasa menulis sesuatu artikel di blog. Antaranya adalah;
1 – Kata kunci (keyword)
Kata kunci (keyword) adalah satu teknik yang penting. Kata kunci tidak semestinya hanya pada tajuk semata-mata. Ia merangkumi tajuk dan artikel. Penggunaan bahasa pasar, bahasa SMS dan loghat negeri amatlah merugikan. Kenapa? Alasannya, amat jarang sekali pengguna enjin carian membuat carian dengan katakunci dalam bahasa tersebut. Maka, cara terbaik adalah menggunakan kata kunci, perkataan dan tatabahasa yang betul. Lebih skema lebih bagus. Karanglah artikel berkaitan isu yang lebih luas dan biasa orang mencari-cari. Contohnya, tutorial, isu semasa, berita, dan sebagainya.
Elakkan juga mengarang artikel seperti kanak-kanak, contohnya; sAyA ade maKLumaT penTinG yAng pErLu k0raNg tAhU. Elakkankan penggunaan simbol juga, contohnya; s@ya ad3 maklum4t pent!ng.
Untuk tajuk, tekniknya masih sama seperti yang diterangkan di atas. Cuma ia perlulah spesifik dan menarik minat (attraction) pembaca. Tajuk tidak perlu panjang. Selain itu, terdapat satu teknik yang dipanggil ‘SEO Friendly Title’ di mana setiap carian di enjin carian akan diindeks pada tajuk artikel dengan lebih sistematik lagi. Baca selanjutnya tentang SEO Friendly Title Tag.
2 – SEO Meta Tag
SEO Meta Tag juga memainkan peranan yang penting. Cuma ramai masih tertanya-tanya. Apa itu Meta Tag? Meta Tag adalah satu atribut atau kod yang dipasang pada HTML blog atau laman sesawang. Ia mengandungi penerangan ringkas (description) artikel atau blog, katakunci (keyword), nama pengarang (author), dan sebagainya.
Baca selanjutnya tentang SEO Meta Tag.
3 – Tetapkan ‘nofollow’ pada link
Blog anda sudah tentu mempunyai link feed. Mungkin juga link ke laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Untuk pengetahuan anda, link yang tidak ada kena mengena dengan blog perlulah ditetapkan sebagai ‘nofollow’. Ini bagi mengelakkan link-link tersebut dari diindeks oleh enjin carian. Link-link sebegini akan membuatkan blog anda dikenakan penalti. Link yang perlu anda tetapkan sebagai ‘nofollow’ adalah; blog feed, social bookmark, tentang saya, hubungi saya, dan sebagainya.
Cara penetapan adalah: <a rel=’nofollow’ href=[link]>nama link</a>
Selain itu, teknik menjadikan blog anda sebagai ‘dofollow’ juga semakin popular kini. Baca selanjutnya tentang Tetapan DoFollow pada Blog.
4 – Penggunaan ALT pada tag imej
Penggunaan atribut ALT pada tag imej juga salah satu cara yang baik sekiranya pengguna membuat carian untuk imej. Ia dapat dilihat tatkala anda meletakkan kursor pada gambar, perkataan akan muncul di hujung kursor anda. Perkataan yang muncul itulah yang dipanggil ‘alternate description’.
Contoh kod asal yang anda muatnaik adalah seperti <img src=’imejURL’ />. Anda hanya perlu menambah ALT di dalam tag imej tersebut menjadi <img alt=’penerangan/tajuk gambar’ src=’imejURL’ />
5 - Backlink
Apakah itu backlink? Backlink secara kasarnya boleh disebut sebagai link masuk (incoming link) ke blog kita. Link ini terhasil dalam pelbagai cara. Antaranya; link blog kita diletakkan pada ruang blogroll di blog lain, link blog diletakkan pada ruang komen, kredit berbentuk link yang dinyatakan oleh blogger lain kerana memetik ayat atau perenggan dari artikel di blog kita, dan sebagainya.
Ingin menjadi blogger yang berjaya perlulah ada disiplin dan kerajinan. Secara asasnya, blog anda perlulah sentiasa dikemaskini (update) sekurang-kurangnya satu artikel sehari bagi memastikan pelawat anda terus sentiasa menyukai blog anda.