Ads: (Please Click!)

Friday, March 11, 2011

Panas!!! Perempuan Melayu Islam Bodoh Anjing?


Waktu itu petang dan aku berada di bandar keseorangan. Tujuan asal ke bandar semata-mata mahu online di internet. Usai itu, aku berdiri di luar cybercafe sambil melihat dan memerhati orang yang sibuk lalu lalang di kaki-kaki lima deretan bangunan kuning yang tanpa mengetahui tujuannya. Lelaki, wanita, tua, muda, semuanya bergerak seperti tanpa arah tuju.

READ MORE / LESS >>

Aku didatangi oleh seseorang yang aku kenali. Lelaki. Sambil bersalaman, dia menegur aku yang hanya termenung keseorangan di luar cybercafe itu. Dengan tersenyum, aku menjawab pertanyaannya itu kemudian bertanyakan pula tujuannya ada di bandar.

"Saja melilau sekitar Yellow Town (bangunan yang di cat berwarna kuning di bandar Chukai, Kemaman). Bosan, tak ada kerja," katanya sambil tersengih.

Kami berbual seketika. Masing-masing seperti sudah lama tidak berjumpa. Bertanyakan hal pekerjaan, rumahtangga (walaupun aku belum berkahwin), kehidupan, dan aktiviti harian yang lain. Tiba-tiba dia mencuit lenganku sambil memuncungkan mulutnya ke arah sesuatu.

"Apa dia?" soalku sambil mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh rakanku tadi.

Aku lihat seorang gadis sedang melintas jalan dari seberang bangunan ke arah kami.

"Apa hal?" soalku, kemudiannya. "Kau nak mengorat ke? Sila la."

"Cis! ANJING!" katanya dengan nada suara yang agak berat.

Aku agak terkejut dan kaget. Anjing?! Aku mengerutkan muka sambil memandang tepat ke arah wajah rakanku tadi. Wajahnya agak serius. Aku yakin perkataan 'anjing' yang dikatanya tadi memang dituju kepada gadis yang melintas jalan tadi. Dengan seribu persoalan yang terbuku dihati, aku bertanya apakah sebab rakanku tadi menuduh gadis tadi sedemikian rupa. Nampak kasar sangat.

"Kau tengoklah cara pemakaian dia tu. Pakai tudung tapi pakai seluar sendat. Pakai plak baju nampak lengan. Tak ke bodoh namanya tu?" gumam rakanku tadi.

Aku sempat menoleh ke arah gadis tadi yang menjauh menyusuri kaki lima bangunan tersebut. Memang benar kata-kata rakanku perihal pemakaian gadis itu.

"Kau tengok sekarang. Mulut je kata Islam. Mengaku sangatlah diri tu Islam. Tapi hukum hakam agama bukannya nak ikut pun. Entah solat ke tidak. Kau tahu kenapa dia pakai macam tu?"

Aku tidak berkata-kata. Hanya menggelengkan kepala.

"Fesyen! Kerana fesyen yang entah apa-apa, perempuan Melayu kita sekarang buta! Buta agama!"

Bersungguh benar rakanku tadi mengutarakan 'syarahannya'. Terdetik dihati, kalaulah didengari oleh perempuan, pasti panas telinga! Boleh 'makan' pelempang percuma!

"Kau tengok la sekeliling kau ni, Latip. Mana ada dah perempuan pakai kain batik. Pakai tudung labuh. Pakai baju kurung Melayu. Kuno katanya!"

"Hei, kita kan hidup zaman moden. So benda-benda tu semua ketinggalan zaman la bro! Sekarang jeans lebih elegan. Ikut fesyen la. Baru orang kata tak ketinggalan zaman!" sambung rakanku tadi sambil membuat-buat muka, perli.

"Ketat sendat lagi sedap la 'mata lelaki' memandang. Tapi kau hairan tak. Diorang pakai seksi untuk apa? Bila lelaki tengok, dimarahnya plak. Tak ke bodoh dan tolol namanya tu?! Perempuan jenis macam ni memang ANJING!"

Aku mengangguk perlahan-lahan. Masih ada logiknya kata-kata rakanku ini. Akan tetapi, perkataan bodoh, tolol, dan anjing itu yang tidak berapa sedap didengari. Mahu saja aku tegur kata-katanya. Namun, aku biarkan saja. Aku sangkakan habis sudah bebel rakan aku ini. Eh, tidak! Ada lagi!

"Yang aku tak tahan, time diorang (perempuan) ni duduk. Fuhlamak! Nampak lurah bontot! Kalau lawa, tak apa jugak. Boleh aku 'tumpang' tengok! Ini tak. Longkang belakang rumah aku lagi cantik dari lurah bontot perempuan tolol ni!"

Duduk Nampak Lurah Bontot
Kata-katanya yang tidak berlapik dan lucu itu membuatkan aku ketawa. Dia pun turut ketawa terbahak-bahak. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tertanya-tanya. Kenapa sakit hati sangat rakanku ini sampaikan mengutuk dan mengata perihal pemakaian perempuan? Rasa macam diskriminasi kaum pula.

"Yang paling best, tang baju diorang, Latip. Mak oi. Tersembul sana sini. Yang bersaiz 'buah epal' tu aku tak heran mana. Ni ha yang bersaiz 'buah tembikai' ni. Nasi lemak 50 sen ni. Mak oi. Yang berbadan saiz L ni kalau boleh nak pakai baju saiz XS! Kau tau sebab apa?"

Aku menggelengkan kepala.

"Kau ni lembab la, Latip. Nak bagi nampak tetek diorang shape la! Lagi besar tetek diorang, lagi cun la shape tubuh kalau pakai baju kecik dan sendat!"

Oh, begitu. Alahai. Aku pula dituduhnya 'lembab'! Aku mengangguk-angguk laju.

Pakai Ketat Terjojol Tetek
"Lagi satu. Betina-betina bodoh ni kalau nak cari baju, mesti cari yang kolar labuh, kau tau?"

"Kenapa?" soalku.

"Haaa.. bila kolar labuh, senang la nak bagi nampak 'lurah dendam' diorang tu, Latip! Kalau yang pakai tudung, silang aje tudung ke belakang! Nah, tu diaaaa!"

Nampak Lurah Tetek
"'Lurah dendam'?"

"Ish, kau ni. Lurah tetek diorang la!"

Aku mengangguk lagi. Rasa macam ayam belanda pula angguk banyak-banyak kali.

"Tu baru baju. Belum seluar lagi bro. Kalau tak ketat, tak sah!"

Rakan aku bertambah galak mengutuk mengata. Gelak ketawa juga makin galak. Aku sedari tadi hanya terdiam. Bimbang kalau-kalau ada kaum hawa yang lalu lalang berhampiran kami terdengar perbualan itu. Takut dan bimbang juga sebenarnya.

Pakai Seluar Ketat
"Teruk dah perempuan zaman sekarang ni, Latip. Kau tengok la kawan-kawan sekolah lama kita. Dulu sikit punya baik pakai tudung. Mana-mana pergi pun pakai tudung. Sukan ke aktiviti kelab ke. Sekarang? Dah besar panjang, masuk U, kerja kat KL, terus buka tudung! Walhal yang selogiknya, lagi besar panjang manusia, lagi berotak sikit la diorang ni. Tahu menilai mana baik mana buruk, mana halal mana haram! Hairan betul aku. Memang dasar otak cam udang diorang ni."

Aku terdiam. Rasanya sudah jauh terlanjur kata-kata rakanku ini. Lantas, aku cuba meniru kata-kata rakan aku yang pernah mengirim status di Facebook. Bunyinya seperti ini.

"Alaaa.. itu diorang punya pasal la. Dosa diorang tanggung la bro," kataku, dengan niat sengaja mahu menguji rakanku itu.

"Hah! Ni lah orang Melayu kita. Orang Islam kita. Pantang ditegur, terus melenting! Aku cakap benda betul la, bro! Aku bukannya nak jadi ustaz, ceramah itu ini. Tapi, yang mana aku tahu, wajib bagi aku menegur tau!"

Eh, eh dia ni. Begitukah cara menegur yang betul? Sambil memaki hamun, cakap tanpa berlapik?

Sebenarnya, malas aku mahu mengutarakan pendapat. Bahkan di dalam blog juga sudah malas aku mahu memberi komen-komen pedas tentang hal ini. Kadang-kadang ada benarnya juga kata-kata rakanku itu tadi. Tidak semua orang boleh menerima kata-kata dan teguran kita. Pasti yang ada membangkang dan hal sebegini mereka akan mendakwa bahawa ia mencampuri dan mencabuli hak kebebasan mereka. Walhal pada segi teorinya, hak kebebasan seperti ini tidak pernah wujud dalam konteks agama! Cuma, kita lalai dari mana dan dari siapakah 'hak kebebasan' dari sudut pemakaian ini wujud? Adakah kita pernah mengambil cakna? Adakah hanya sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?

Aku meminta diri selepas secara kebetulan azan Asar berkumandang di surau berdekatan. Kami bersalaman dan sempat aku menegur berbaur perli rakanku itu tadi.

"Rileks la bro. Jangan marah-marah kat perempuan, okay? Sebab perempuan camni gak la yang kau mengorat ketika melilau!"

Aku menegur sedemikian bukanlah bermakna aku memihak kepada kaum wanita. Yalah. Kita kebanyakkannya hanya pandai berkata-kata. Tapi apa tindakan kita? Adakah serupa dengan apa yang akan dibikin?

*********

Malamnya, aku telah dipertontonkan dengan beberapa keping gambar di internet oleh rakan Facebook. Gambar itu membuatkan aku tergamam. Aku beristighfar panjang. Patutlah bersungguh benar marah rakan aku petang tadi, sampai memaki hamun. Inilah gambarnya.

Perempuan Bodoh! (1)
Perempuan Bodoh! (2)
Perempuan Bodoh! (3)
Adakah benar wanita, gadis, perempuan kita zaman sekarang sudah jahil bab-bab agama? Aurat? Batas-batasan pemakaian? Atau, sudah tahu tetapi sengaja mengambil ringan hukum hakam agama?

Kemudian, sampai satu komen yang agak pedas dari rakan wanita;

"Alaaa.. lelaki ke pompuan ke sama je! Korang memang hipokrit kan? Yang lelaki pakai seluar pendek time bersukan ada kami bising2????? Yang lelaki kerepot berzina dgn pelacur murahan, berdua2 dlm hotel ada kami pertikai? Ada kami bising2??? Helo kaum lelaki! Igt korang bagus sangat??!! Kalu nak ceramah, pegi surau. Tak pun pegi masjid. Takpayah la nak bagi ceramah kat sini nak buruk2 org pompuan!!! Igt korg tu perfect sgt ke???!!! Tanpa kami, korg kaum lelaki haprak takkan wujud dlm dunia ni!!!"

Pedas.. sangat pedas komen ini, bukan? Berdesing telinga aku dibuatnya. Haha.

Pada pendapat aku, tidak semua perempuan sebegitu. Masih ada yang baik dan tahu mengikut suruhan dan tuntutan agama. Jika dikatakan semua, musnah dan pincanglah masyarakat. Runtuhlah asasi manusia Islam. Tiadalah lagi perempuan baik untuk lelaki yang soleh. Tuduhan melulu hanya melemahkan persepsi kaum.

Walau apa pun pandangan, pastikan diri kita berpijak dalam jalan ke arah-Nya. Selagi boleh menegur, tegurlah dengan cara yang berhemah dan betul. Kalau dengan maki hamun, bukan saja membuatkan orang marah malah tidak memberi kesan apa-apa pun.

Sebenarnya diri kita mudah bersangka buruk pada seseorang. Lebih gemar bertanggapan orang lain selalu saja salah, walhal kita jarang sekali melihat ke dalam diri kita sendiri adakah kita juga sama dengan sangkaan buruk atau tanggapan salah tersebut. Kita selalu merasakan orang lain itu silap dan salah, namun adakalanya kita tidak perasan kita juga mungkin telah melakukan kesilapan yang sama!

Tepuk dada, tanyalah selera!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
32 Comments


32 Orang Kentut Madu:

Kumbang Jingga said... [Reply]

panas panas panas..tp panas lg api neraka hehehe..even kalau dia pakai camtu sekali pun takkan sampai ckp anjing..tak baik tau hehe...

Aisumi Chan Kawa'i said... [Reply]

woww.. topik panas nih duka! org perempuan sndri pandang pun rasa mcm malu.. haihhH~

*me sndri pun terkadang khilaf jugak.. huhuuu~

acul said... [Reply]

"Alaaa.. itu diorang punya pasal la. Dosa diorang tanggung la bro,"

memang dosa tu diorg tanggung tapi kita yg melihat pun automatik kita akan mendapat dosa sekali n kalo x menegur pun kita tergolong sama mendapat dosa. sama la juga org yg tidak solat tp kita x tegur pun kita dpt dosa.

kalo org ckp pun "biarlah, kubur lain2". tp nak ke kita seblh kubur org yg selalu wat dosa nie? mmg x tenteran la kubur kita nanti dok dgr kubur sblh meraung je kene sekse.

tapi kan... skang ni mmg da normal mende2 camni. kalo dl susah nk jmpe camni. dlyer girl2 ni sopan2 je sume skng ni abis sume die nk tayang. lg2 yg dlm fb bersepah2 masing2 lumbe nk tayang body...

p/s: kalo salah tolong btulkan :)

Aduka said... [Reply]

acul:

terbaekk komen dari acul!!!

aku menyokong penuh komen dari acul.. sebenarnya mmg ini yg hendak aku tulis, tapi sengaja aku tak mahu tulis.. nk tgk pandangan dan komen korang dulu macam mana.. alhamdulillah, ramai yg boleh menerima.. beringatlah semua bahawa kita didatangkan di dunia tidak sesempurna rasulullah.. maka berdirilah kita di atas jalan yg di redhai oleh-Nya..

kpd yg lain, terima kasih di atas komen2 yg membina.. yaaaaaa.. memang DAHSYAAATTTT..!! panas panas panassssssss!!! korang mmg terbaek!!

=)

shafiq ahmad said... [Reply]

kadang-kadang tengok orang kapir lebih sopan pemakaian daripada orang kita..masyaAllah

Nurhayatiفتحي said... [Reply]

wahh..memang pns..
aduka:nk tnye ni..cbe tnya kwn awk uh..awek die ke kakak die ke or adek2 die ke??perfect x??
mksud sy ttup aurat 100%..

Anonymous said... [Reply]

perempuan melayu islam bodoh anjing???
dgr tajuk je mcm nak marah je..
tp kita x blh nak nilai semua perempuan islam mcm tu.masih ada lg perempuan islam yg ikut syariat islam.mybe jumlahnya je yg semakin berkurangan.tp jgn disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga.

zie_ira said... [Reply]

adeyhh,, ira sbgai ppuan,,malu tgok sume2 pic ni,, tp 2 la,,msing2 ade y buleyh d tegur,,sng la kte tgur,ade y pntg d tegur,mau kne smbur blik,,

haish,, jauhkn la ira dari pkare2 cm ni,,xmo di gelar anjing,, :(

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

Isyhhhh. malu tgk gamboooooooooooo semua tuh.

Unknown said... [Reply]

Minta dijauhkan perkara mcm nih..teguran yg bermanfaat ;)

Anonymous said... [Reply]

inilah akibatnya apabila al quran dijadikan sebgai buku2 lain yang menjadi koleksi di rak sahaja...

didikan agama diabaikan... artis barat jadi pujaan.. agama sekdar atas ic je...

Mari Ubati hati, Jangan biarkan hati mati, Tak pandai baca al quran, tak paham maksud ayat quran? di sini jawapannya

Aduka said... [Reply]

Anonymous

sila baca penuh entry saya sebelum komen.. don't judge a book by its cover or title.. terima kasih..

=)

tinta emas said... [Reply]

Saudara aduka, Boleh saya copy dalam note Facebook saya? Untuk renungan bersama..

Anonymous said... [Reply]

betul je apa mamat tu cakap
tapi nak tegur pun agak2 la
jangan la sampai cakap anjing
memang berasap telinga
ce orang panggil dia anjing takpun vavi mesti dia marah kan?

athirahassin said... [Reply]

setuju sangat2... kalau x suka dipanggil anjing... kena la behave... pasni kena behave... tkut dipanggil anjing...

minta jauh....

Haz said... [Reply]

suka artikel ni..
tapi,x suka gambr2 yg diatas..

Anonymous said... [Reply]

TERBAEEKK PUNYAA!!! memang terbaek la artikel ni.orang pompuan sepatutunya jaga maruah supaya x dikata orang.kalau dh dikata nanti jangan marah pula.cermin diri dulu sebelum balas balik.nak share artikel ni dalam facebook.blyh??ni facebook sya klu mahu add

Rosydin Ibnu 'Abidin

ms_panda said... [Reply]

sy sebagai wanita pun malu tgk pemakaian org zaman skrg.utk atasi benda ni semua kena berbalik pd tanggungjawab lelaki utk bimbing wanita sama ada adik perempuan, kakak, isteri atau anak perempuan.rajin2 la tegur cara pemakaian wanita.pakai tudung pun haruslah ikut syariat.tutup dada, labuhkan pakaian.ramai kwn sy yg pada mulanya tidak bertudung dan seksi mula menutup aurat dan memakai tudung, alhamdulillah.tp yg menyedihkan sy apabila kwn yg pd asalnya tidak memakai seksi kerana badan yang gempal, berubah memakai pakaian yang sangat seksi bila sudah berjaya menurunkan berat badan.sakit mata lihat gambar2 yg di upload dalam facebook.org lain berubah ke arah kebaikan, dia pula berubah ke arah keburukan.byk juga terjadi mcm ni bila kita tgk iklan2 menguruskan bdn.sebelum kurus pakai tudung,dah kurus tudung hilang entah ke mana

mieda said... [Reply]

mula2 bc tajuk mmg rs nk mrh tp bila bc entri ni, ilang rs mrh sbb apa yg dia ckp tu mmg btl cuma pggln "anjing" tu x elok la. smlm sy g mkn dgn kwn pej. dia p india. sdg kami mkn, dia tpandang sorg p mlayu bjln mmakai singlet & sluar jeans. dia tanya knp sy & kwn p mlayu yg lain x pakai mcm tu. sy jwb "p tu x de otak. dia pakai mcm tu sbb nk suruh llki tgk dia. dedah sana dedah sini. bila dh kena rogol tahu pulak mnangis. dasar otak udang". kwn india sy ckp "org islam x leh pakai mcm tu kn?". org bkn islam pn tahu apa yg x leh dpakai oleh org islam. kita yg dh dlahirkn sbg islam ni, x kn la x tahu kn?. nmpk sgt x logik

Anonymous said... [Reply]

my girl friend pun fesyen macam tu...cantik ape...sedap mata memandang..seluar jeans dia punya lah ketat..baju body fit...tudung cantik..dan body dia puas gua pegang2..abis madu sepa gua buang...bye..

FarizAtie said... [Reply]

saya stuju dengan ape yang diperkatakan ..sebab mmg terLAMPAU ramai yang mcm tuh untuk perkembangan semasa..termasuklah saya..T_T..
mungkin bhs kat cni kasar..
sedar2 lah SME..
mereka2 ni menegur
amek teguran nya yang berguna..
kita tgk pd ape yg ditegur bukan pada sipenegur atau bhs si penegur..

sempena Ramadhan ni jomlah kte berubah jd muslimah yang sebetolnya muslimah..

panasnya cuaca dunia baru sket kte x tahan..sanggup ke hadapi panas kat neraka kelak..subhanallah..

mmg rata2 akan melenting..SEBAB diorg sdr buat...ok

tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum , jika kaum itu tidak mahu mengubah nasibnya sendiri..
wallahualam..

http://miszatie.blogspot.com/2011/07/menutup-aurat-bukan-membalut-aurat.html

Unknown said... [Reply]

adakah pandangan ini diterima oleh kaum wanita ^^ .. .mungkin ramai kaum wanita yg menetang... .

your friendly neighbourhood unit trust agent said... [Reply]

renung2kanlah wahai wanita diluar sana .....

Aduka said... [Reply]

tak ramai yg menentang kerana fakta ni benar.. yg menentang mungkin hanya perkataan 'anjing' tu je kot.. yela.. samakan binatang.. mane boleh..

Murdan said... [Reply]

DOA SEKAT NAFSU TERHADAP WANITA
Ya Allah sayangilah wanita itu,, hanya dengan kasih
sayang Mu jua yang akan membawa kebaikan
buatnya,, terima kasih ya Allah

Aduka said... [Reply]

@Murdan

terima kasih kerana berkongsi doa. moga bermanfaat.

=)

Anonymous said... [Reply]

masyaallah..dunia semakin teruk dgn perangai manusia nye..

Aduka said... [Reply]

@Anonymous

dunia akhir zaman...

nurshaf said... [Reply]

Itu pon tak boleh nak fikir kan? hurm

Aduka said... [Reply]

@fiq.

pemikiran terlalu bebas kot..

S2_Onestar said... [Reply]

memang betul pon..cumanya,bila orang tegur kita..kita mesti amek tanpa lihat apa kurang diorang..kalau asyik dok tengok salah diorang,bila lagi kita nak terima teguran orang kan..dan minta2 la doa banyak2 supaya islam nie teguh lagi..

Zaid Kadir said... [Reply]

Melayu dan isu tudung. Baca Quran TAK ADA kata pakai tudung. Yg di katanya hanya lah melabuh kain ke dada sebab zaman dulu perempuan Arab pakai baju ala2 perempuan Roman tayang dada. Tengok lah orang2 asli pun begitu. Zaman dulu mmg tayang dada. Tapi Arab nak kontrol pompuan...dan adat nya pun Kristian maupun ugama sembah api pun pompuan diaorang pakai tudung sbb adat...kontrol pompuan tak bg orang tengok! Bodoh la MELAYU. Jgn nak kata sesat kalau sendiri tak de belajar takde baca habis ok!

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger