Ads: (Please Click!)

Saturday, March 05, 2011

Tips Blog : Bagaimana Mahu Kekalkan Trafik


Tips Blog : Bagaimana Mahu Kekalkan Trafik
Salam.

Sebelum ini, terus terang aku tidak tahu atau mengambil tahu fasal trafik. Cuma pada akhiran tahun 2010 (tahun lepas), barulah aku sedikit sebanyak belajar tentang trafik, SEO, PR, bounce rate, analytics, dan sebagainya yang berkaitan dengan website atau blog. Walaupun masih dikatakan baru, aku sedikit sebanyak faham bagaimana mahu mengekalkan trafik di blog. Sama-samalah kita baca, berkongsi idea, dan mempelajari tips-tips ini.

READ MORE / LESS..


1 - Promosi

Beberapa hari yang lalu, ada rakan blogger memberi satu mesej kepada aku di Facebook. Tanyanya, bagaimana mahu meningkatkan trafik di blog? Tiada jawapan lain daripada aku selain dari 'promosi'. Promosi adalah satu aktiviti penting yang perlu dilakukan oleh setiap blogger. Kenapa?

Anggaplah blog kita seolah-olah gerai menjual produk kecantikan. Gerai mewakili blog. Penjual pula mewakili kita; penulis blog. Produk pula mewakili artikel blog. Jika tiada promosi (marketing) masakan orang tahu produk apa yang kita jual? Maka, promosi adalah perlu. Ada promosi, maka adalah pelanggan. Lagi bagus dan meluas promosi kita, lagi luaslah skop pelanggan kita. Begitu jugalah dengan blog. Lagi banyak dan meluas promosi, maka lagi ramailah pengunjung ke blog kita. Keadaan gerai pula juga amat penting. Lagi cantik dan kemas gerai kita, lagi selesalah pelanggan untuk terus berada di gerai kita. Promosi pula didatangkan dengan pelbagai cara. Penjual yang ramah dan mesra pengguna adalah pemangkin kepada peningkatan penjualan sesuatu produk.

Logik atau tidak contoh di atas? Bolehkah anda cuba manipulasikan 'gerai atau kedai' kepada blog? Tepuk dada, tanyalah selera.


2 - Follower

Dahulu, aku pernah membangkang kenyataan 'Follower boleh meningkatkan trafik ke blog'. Aku jawab, tidak semestinya. Dalam pemerhatian aku, follower juga penting. Lagi ramai follower, lagi tinggilah nilai trafik ke blog kita. Tapi, yang menjadi kesukaran bagi kita ialah mengenalpasti adakah Follower tersebut 'silent reader' atau pembaca yang aktif, yakni; baca, tinggalkan komen dan mempromosi artikel kita. Walau bagaimanapun, persoalan ini tidak perlulah kita gusarkan.


3 - Gaya Penulisan dan Isi (Content)

Sewaktu ketika, ramai blogger berdebat tentang perkara ini. Ada yang kata, tulislah sesuka hati asalkan pembaca faham. Ada juga yang kata, tulis skema lagi bagus. Begitu juga yang berkata, blog aku suka hati akulah nak tulis macam mana! Haha. Biasalah. Macam-macam ragam manusia, macam-macam jugalah ragam blogger. Aku lebih suka menulis dengan gaya skema dan berbahasa baku. Tampak matang dan boleh pergi jauh.

Perihal isi, sebagai blogger yang jujur dan professional isi perlulah selari dengan tajuk. Jangan 'lacurkan' artikel anda dengan perkara yang tidak logik. Jika tajuk ditulis 'lembu mati tertelan durian', maka tulislah artikel yang mengandungi isi berkenaan 'lembu mati tertelan durian'. Jangan pula menggambarkan isi cerita yang lari dari tajuk sebenar. Jika boleh, pastikan isi anda sempurna (perfect) dengan menggunakan konsep 6W 1H (What, Where, When, Why, Who, Which dan How).


4 - Search Engine Optimization (SEO)

Ramai yang masih kabur fasal SEO. Ramai yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu fasal SEO. Kenapa? Susah sangatkah? Sebenarnya SEO bukanlah perkara yang rumit. Ikuti sahaja tips-tips yang disediakan. Lebih daripada itu yang memeningkan kepala, tidak usahlah ambil tahu. Cukup setakat mana yang kita mampu tahu. Dengan teknik SEO mampu mengekalkan trafik ke blog kita. Antara teknik-teknik SEO termasuk; meta tag, tajuk mesra pengguna, kepenggunaan kata kunci (keyword), Page Rank (PR), dofollow nofollow, backlink, dan sebagainya. Artikel ini pernah aku tulis sebelum ini. Tidak rugi kalau belajar.


5 - Aktiviti Sampingan

Apa itu aktiviti sampingan? Aktiviti sampingan yang aku kategorikan berkait tentang perilaku (method) yang 'baru wujud' dalam dunia blogging, iaitu; blogwalking. Memang tidak dinafikan aktiviti blogwalk adalah salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan trafik blog. Namun sejauh manakah keberkesanannya? Satu soalan yang perlu kita titik beratkan; bagaimana keadaan trafik tatkala kita luar talian (offline)? Tepuk dada, tanya selera.

Blogwalking boleh dikategorikan dalam 'promosi'. Melompat dari satu ke satu blog dan tinggalkan link pada ruang komen atau ruang sembang. Namun harus tahu bahawa, tidak semua blog mempunyai atau selesa dengan cara kita. Sebab itulah sesetengah blog tiada ruang sembang (chatbox). Bagi mereka, aktiviti blogwalk sama dengan aktiviti 'spamming'. Adakah anda salah seorang daripada 'spammer'?


Kesimpulan

Rambut sama hitam (kecuali sudah diwarnakan), hati lain-lain. Begitu juga di blog. Lain blog, lainlah persepsi dan identitinya. Maka, perlulah blogger itu sendiri mencerminkan apa dan bagaimana imej blog mereka. Sekali lagi; tepuk dada, tanyalah selera!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
6 Comments


6 Orang Kentut Madu:

toyolkiut said... [Reply]

tips yg bagus..
trima kasih..

annuar said... [Reply]

Memang bagus sekali dan amat berfaedah.

DaHLia said... [Reply]

sangat suka dengan pos ni!

tenangsudey said... [Reply]

nice info and will written.. ske cara ko tulis entry nih.. nice one bro..

amry said... [Reply]

setuju dengan semua point yang ko bagi tu bro. dan pada aku yang aku selalu buat, adalah mewujudkan satu perhubungan diantara pembaca blog. sambut diorang dengan komen2 kita.
bukan sekadar kita buat blog, buat entry, harap orang baca n tinggalkan komen.nope! aku suka jadikan blog sebagai medium perbincangan. aku buat entry, pembaca tinggalkan komen, dan aku sambut komen tersebut dengan ucapan terima kasih atau lebih baik turut menyokong komen mereka.

macam kita datang rumah orang.mesti orang tu nak dirai.betul tak? bukan sekadar datang, n makan. diorang nak dilayan. jadi pada tanggapan aku, balasan komen tu adalah seperti layanan kita terhadap kunjungan atau komen diorang sekali gus meletakkan rasa senang apabila diorang berkunjung ke blog kita. itu apa yang selalu aku buat lah.

nice entry bro :) good sharing.

wrizuan.net said... [Reply]

nice idea bro....thanks

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger