Ads: (Please Click!)

Wednesday, March 30, 2011

Sayang Sarawak


Salam.

Tentu korang semua tertanya-tanya kenapa blog aku ni tak update, kan? Bukan tak mahu update, tapi keadaan yang tak mengizinkan. Ecececee.. Macam ayat surat rasmi plak. Haha. Takdelah. Sebenarnya sudah seminggu aku berada di bumi Bintulu, Sarawak atas dasar kerja. Tambahan lagi line internet kat sini cam sangkut-sangkut. Macam biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Ini pun aku update guna handphone. Jadi entry kali ni takde gambar la ye. Hehe.

Selama aku berada di bumi Sarawak dan dunia pekerjaan yang baru ini, alhamdulillah aku berasa seronok. Dapat kawan baru, bos yang sporting habes, kerja yang banyak rileks, dan macam-macam lagilah. Nak list kat sini pun macam tak cukup. Haha. Walaupun begitu, ada juga la yang tak bestnya. Contohnya bilik dan environment kem ni. Kat sini dipanggil kem untuk asrama. Ala-ala tentera beb. Cuaca yang panas tanpa air-cond memang agak tak selesa sikit la. Jika sebelum ni, aku ditempatkan dibilik yang lebih selesa. Siap ada air-cond dan bilik air. Dua orang satu bilik. Oleh sebabkan arahan pemindahan sementara, aku dipindahkan di bilik pekerja bawahan. Pernah tengok orang Indon yang kerja buat bangunan punya rumah? Agak sama tapi moden sikit la. Takde air-cond, bilik air plak kongsi ramai-ramai. Agak daif.

Oleh kerana sebelum ini aku pernah dilatih hidup susah dan serba kekurangan, semua itu menjadi suatu perkara yang takde la rumit sangat. Asalkan hati senang, cukuplah. Lagipun, pemindahan bilik aku ini hanyalah sementara sahaja. Walaupun baru 3 hari tinggal dibilik kongsi ini, rasa berat pula hendak pindah ke bilik asal aku bila arahan pemindahan semula dikeluarkan oleh bos nanti. Kat sini dapat bergaul dan merasa macam mana orang berpangkat rendah hidup. Semua etnik dan kaum ada. Iban, Kedayan, Indon, India, dan sebagainya.

Selama seminggu di sini juga, banyak perkara baru tentang kerja-kerja mekanikal telah aku pelajari. Cuma satu saja perkara yang menjadi masalah kepada aku. Slang Sarawak masih 'fail' bagi aku! Selain itu, kebanyakan pekerja kat sini adalah orang Indon. Jadi ini pun menjadi masalah. Tunggang langgang bahasa Indon aku beb. Sampaikan aku ketawa seorang diri beb. Sebabnya aku tersilap campur adukkan loghat Indon dan Sabah! Jangan kata Sabah, bercampur dengan loghat Terengganu pun ada! Haha. Memang lucu beb. Nak plak orang Indon tu terpinga dengar apekebende yang aku cakap! Hah, macam ayam bercakap dengan itik la! Haha.

Apa-apa pun, aku seronok bekerja di sini walaupun ada terdapat beberapa perkara yang kuat menguji iman aku di sini.

Jangan lupa follow aku di Facebook untuk mengetahui perkembangan terbaru aku. Sekian.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
4 Comments


4 Orang Kentut Madu:

MATAHARI said... [Reply]

woha!! bawa belacan bintulu balik.

dyg_khairunisa said... [Reply]

belacan bintulu terbaekkk..hehehe

puteraduyong said... [Reply]

kerja kena didahulukan... :)

sumanje said... [Reply]

Salam ziarah…
Jemput singgah di blog baru Sumanje
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Semoga Ceria selalu dan happy blogging
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger