Ads: (Please Click!)

Thursday, July 22, 2010

Milik Siapa? (Bahagian 3)


Bahagian 1: Klik sini.
Bahagian 2: Klik sini.

Sekadar gambar hiasan.

Mega-mega merah di ufuk barat kian menebal. Angin senja bertiup lembut dan terasa dingin yang nipis. Petang hampir berakhir. Sang mentari mula menyembunyikan diri. Dan, malam telah pun bersedia untuk mengambil tempatnya.

Di kala ini, kelihatan beberapa orang yang berpakaian seragam preman berlegar di sekitar tasik itu. Di sudut yang lain kelihatan unit-unit penyelam sibuk dengan kelengkapan selamnya. Di bawah sana, jauh di dalam perut tasik sudah ada seorang dua dengan telitinya seolah-olah mencari-cari sesuatu yang tidak pasti. Tidak jauh dari hutan di pinggir tasik itu pula kelihatan tiga orang polis India bersama tiga ekor anjing pengesan telah bersiap siaga. Di sekitarnya itu kecoh dan meriah seperti adanya keramaian dan pesta.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Dia, yang berpakaian seragam kemas hanya memerhati dari jauh. Di tangannya terselit dan digenggam erat selembar kertas. Kekadang selembar kertas itu diamatinya. Sudah hampir sejam dia berkelakuan begitu. Didadanya terpancar kilauan lencana pelbagai bentuk yang berkilat tatkala dibias oleh pancaran suria. Ukir dan bentuknya pelbagai. Warna juga pelbagai. Tanda dia bukan seorang preman biasa. Malah pangkatnya melebihi semua mata-mata yang berpangkat preman yang ada di situ.

Seorang lelaki bertubuh tegap sasa berlari-lari anak menghampirinya. Tangannya memegang topi seragam kemas bimbang terlucut dari tengkorak kepalanya. Lelaki itu berhenti di hadapannya lalu menabik hormat. Nafasnya sedikit mencungap-cungap.

"Tuan," katanya sambil menjatuhkan dan merapatkan tangannya ke peha. Selepas tabik hormatnya dibalas, dia berkata, "Unit penyelam melaporkan tiada sebarang mayat atau tanda-tanda ditemui di dasar tasik, tuan."

Dia terdiam. Dia mendehem beberapa kali seraya memandang lelaki itu. Tanpa berkata sepatah, dia mengalihkan pandangannya ke arah suatu sudut nan jauh di seberang tasik. Sekejap, matanya tertumpu di dada lelaki tegap itu. Dia melihat satu plat nama kecil terkepil di baju lelaki itu. Johari...

"Unit anjing pengesan?" ajunya.

"Laporan akan menyusul, Tuan" gumam Johari. "Mereka menemui ini," sambungnya lagi sambil menghulurkan satu beg plastik lutsinar yang terisi sesuatu. Dia mencapai lalu diamati dengan penuh minat.

"Baik, sediakan laporan segera. Kumpulkan semua unit. Kita perlu beransur," arahnya lalu menghulurkan kembali kerungan plastik lutsinar kembali kepada preman Johari. Preman Johari akur lalu beransur.

Dibenaknya masih lagi berputar dengan kes itu. Sedari pagi dia dan unit-unit dan pasukan-pasukan siasatan khasnya berusaha mengesan remaja lelaki yang hilang secara tiba-tiba. Bertambah hairan dan pelik, tanda atau kesan langsung tiada kecuali sesuatu di dalam karungan yang dihulurkan oleh preman Johari sebentar tadi. Seribu satu teka-teki menerjah di setiap sudut fikirannya. Inilah satu dalam juta kes yang pelik pernah dilibatnya.

Dia menoleh ke kanan. Matanya tertancap pada sesusuk tubuh sederhana yang duduk menunduk di atas tiang konkrit yang terbiar. Rambutnya yang hitam panjang mengurai dan berserabut menutupi wajahnya. Tangannya pula menutup mukanya sambil menongkat di hujung peha.

Dia berjalan menghampiri gadis itu. Setelah mendekati ternyata si gadis tersebut sedang menangis teresak-esak. Dia memegang bahu si gadis lantas ditepuknya beberapa kali. Dia cuba menenangkan gadis itu.

"Sudahlah," ujarnya. "Jangan menangis. Saya percaya kawan awak ada di sekitar-sekitar ini saja. Dan saya percaya dan yakin, unit-unit saya dapat membantu mencari dia. Cuma kita perlu banyakkan bersabar dan berdoa, ya?"

Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. Tangisnya kian kuat selari dengan esak yang berat. Dalam esakan tangisnya, dia menyebut dan menyeru separa berbisik nama temannya itu berkali-kali.

"Khairi... Khairi.. Baliklah... Baliklah Khairi..."

Dia terdiam membisu. Berkali-kali dia memujuk namun pujukannya itu seperti mencurah air di daun keladi. Harapannya agar dapat memulihkan semangat si gadis. Tetapi hampa. Dia menoleh ke belakang lalu melambai-lambai ke arah lelaki tua yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"Ada apa, Tuan Zakri?" soal lelaki tua sebaik saja mendapati lelaki berseragam kemas itu. Umurnya dalam lewat 50-an. Rambutnya jelas menampakkan bangkai-bangkai rambut yang memutih. Lelaki tua itu tidak berkumis dan berjanggut. Lelaki berpakaian seragam yang bernama Zakri itu bingkas dan membisikkan sesuatu ke telinga lelaki tua itu. Berkali-kali lelaki tua mengangguk. Kemudian lelaki itu duduk di sebelah seraya memaut bahu si gadis.

"Jangan menangis, nak. Doakan dia selamat. Bawa mengucap, ya," pujuk lelaki tua itu. Setelah berkata demikian, si gadis terus memeluknya.

"Ayah!"

Si gadis meraung di dalam dakapan ayahnya. Esak tangisnya bertambah kuat.

"Ceritakan pada ayah.. pada Tuan Zakri, nak. Ceritakan.. apa sebenarnya yang berlaku," ujar lelaki tua itu kepada si gadis. Dia mengusap-usap kepala anak gadisnya itu lembut dan penuh kasih sayang. Terpancar sifat kebapaan dan ambil berat di wajah lelaki tua itu.

Tuan Zakri diam seribu bahasa, hanya memerhatikan babak-babak sayu di hadapannya.



Dia melangkah meninggalkan kawasan tasik menuju ke kereta polis yang tidak jauh diparkir. Dia diiringi seorang gadis yang berwajah sugul dan lelaki tua, membuntuti di belakangnya. Sekilas, dia menoleh ke arah mereka. Kemudian, pandangan matanya beralih pula ke arah jambatan yang melintang tasik itu. Hatinya merasa tidak sedap sedari tadi. Cerita-cerita gadis berwajah sugul memang membuatkan dia berasa seram berbaur hairan. Cerita dari gadis berwajah sugul itu tadi agak pelik dan bermisteri. Tersirat seribu teka-teki. Benaknya berat berserabut mengolah setiap ukir cerita yang keluar dari mulut si gadis.

Benarkah cerita yang diceritakan? Adakah perlu aku mempercayai sebulat-bulatnya cerita gadis tadi? Mungkinkah hanya khayalan dan rekaan semata-mata? Ah, mungkin tidak. Masakan ia rekaan sedangkan si gadis masih berkelakuan normal, dan pemeriksaan mentaliti yang dijalankan pagi tadi mempunyai rekod yang positif. Jika rekaan sekalipun, tidak mungkin olahan cerita memburuk-burukkan kekasihnya sendiri? Berbaloikah menangisi orang yang disayangi 'hilang' dalam cerita-ceritanya? Ah, karut!

Di sepanjang perjalanan pulang ke balai, Tuan Zakri tidak bercakap banyak. Sesekali dua dia hanya mendengar dan memasang telinga perbualan dan pujukan si ayah kepada anak gadisnya. Mereka berdua duduk di kerusi belakang. Dia memandu tidak terlalu laju, dan tidak terlalu perlahan. Pandangannya tertumpu pada jalan yang kian suram. Lampu kereta polis menyuluh muka-muka jalan yang bertar.

* * * * * * * * * *

Tuan Zakri hanya dapat menancap matanya ke arah tubuh yang terbujur kaku dipangkuan seorang wanita yang menangis raung. Wanita itu yang tidak bertudung kepala serta rambut yang agak kusut masai merangkul jasad kaku itu. Lebam dan pucat muka jelas pada jasad itu. Tangan dan kaki kejang. Jari jemari tangan pula sedikit mengerekot. Darah merah pekat yang kering tertempel pada baju merah jambu di bahagian dada yang membonjol. Jasad itu berbaju tee dan hanya berseluar dalam. Lidah yang sedikit terjelir dan mata yang tercegil agak menyeramkan. Terdapat kesan lebam akibat jerutan yang teruk jelas di leher jasad yang kaku itu. Jerit raung wanita lingkungan 40-an itu memecahkan suasana riuh rendah kejiranan. Orang ramai yang terkejut dan kaget mula memenuhi luar rumah banglo itu.

Sekejap-sekejap Tuan Zakri berbisik-bisik dan mundar mandir bersama mata-mata dan pasukan polis yang lain. Orang ramai disekat oleh beberapa orang polis di luar rumah. Terdengar juga bisik-bisik di antara mereka. Ada juga yang mengintai ke dalam rumah untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Mereka diterjah oleh perasaan ingin tahu.

Wanita yang meraung tadi, masih meraung. Sesekali dia teresak-esak dan tersedu sedan. Dia tidak mengendahkan langsung dengan orang ramai dan pasukan polis yang mengerumuni. Dahinya basah keringat. Pipinya lencun air mata. Bibirnya lembab dengan air liur yang meleleh. Bagai disampuk syaitan, wanita itu mendakap erat dan meratap jasad yang terbujur di ruang tamu sambil meraung-raung nama anak gadisnya, yang sudah kaku dipangkuannya.

Tuan Zakri memanjat tangga mudah alih yang telah diletakkan oleh pembantunya di tengah-tengah ruang tamu. Dia memanjat tiga empat langkah. Dia mencapai tali yang tergantung dan terikat kemas pada rasuk siling yang telah dipecahkan dengan sengaja. Agak sukar dia merungkai tali yang terbelit. Suasana menjadi semakin hiba sebaik saja ambulans tiba di perkarangan rumah. Jasad kaku tadi dibawa terus ke hospital untuk tujuan bedah siasat. Wanita tadi semakin menjadi kurang waras. Dia terjerit terlolong tatkala jasad tadi dibawa pergi.



Pagi itu, Tuan Zakri tidak lena tidur. Entah mengapa tidur malamnya diganggu dengan pelbagai gambaran-gambaran yang tidak dimahukannya. Sudah berjam-jam dia berbaring di atas katil bersama isteri disebelahnya. Puas berbaring, dia mengiring pula. Jemu mengiring, dia baring semula. Penat begitu, dia cuba-cuba memejamkan mata dan menggapai rasa kantuk. Walau bagaimana cara yang dia buat, halwa kantuk bagai lenyap dan mati. Matanya cerah, secerah terang mata siangnya.

Sekilas dia mengerling ke arah isterinya yang nyenyak tidur. Dia mengalihkan pandangan ke arah bandar yang masih hidup diterangi lampu neon menerusi tingkap apartmennya. Dibibir mulutnya terselit lembut sebatang rokok jenama Winston kegemarannya. Asap-asap halus terawang-awangan keluar menerusi tingkap yang terbuka lalu hilang ditiup angin malam. Sesekali angin itu menyapu wajah kedut seribu Tuan Zakri.

Di kotak fikirannya tidak lekang. Ada saja wajah sugul dan gambaran-gambaran yang dianggap jelik dan pelik menerjah benaknya. Bukan dia mahukan semua itu. Tidak. Jika boleh, dia mahu lari dari semua itu. Memikirkan hal yang bukan hal peribadinya. Bahkan ia semata-mata hal penglibatan kerjanya saja. Puas dia mahu melupakannya. Namun, makin kuat dia mahu melupakan, makin kuat gambaran-gambaran itu menerpa setiap sudut benaknya.

"Saya masih sayangkannya dan saya masih berhutang sesuatu padanya."

Kata-kata itulah antara bingit-bingit suara yang tidak lekang dari fikirannya. Masih diingat nada suara yang berkata. Masih ingat siapa yang mengata. Masih ingat kejadian itu berlaku bila dan di mana.

Tanpa disedari, habis sebatang rokok Winston dihisapnya. Dia mengambil sebatang lagi dari kotak merahnya. Asap yang terhasil, disedutnya dalam-dalam. Lantas dihembusnya, puas. Dan ketika detik itulah cerita si gadis menerpa difikirannya.

Bersambung...


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
22 Comments


22 Orang Kentut Madu:

dayah said... [Reply]

susah hati asek sambung

- said... [Reply]

alahai bila mau abis ni?
byk gila persoalan
hhuhu konfiusss seyy

fndrocka said... [Reply]

sekarang ni kat internet ramai betul yg berbakat..patut novel kat kedai tak laku sangat

Untuk mereka yang sudah menonton Eclipse sahaja

Aduka said... [Reply]

dayah:
Byk lg kot smbungannya..
Bila combine leh jdkan novel..huhu

Aduka said... [Reply]

cikgadis:
Smua persoalan akan terungkai nanti..
Nantikan sambungannya k..
;-)

Aduka said... [Reply]

fndrocka:
Aku bru bjinak2 dlm penulisan..insyaAllah blaja skit demi skit..trima komen dr smua pmbaca..tp xde lg komen yg mbina gaya pnulisan aku stakat ni..nk dgr juga sbnrnya..

syahira ariff said... [Reply]

ini cerpan,bukan cerpen.hehe
kalau rajin lagi leh jadi novel
ptotla lama x update bru ni
dok kumpul bahan ek?

Aduka said... [Reply]

syahira ariff:
Owh..sy kelaskan ini sbg cerita atau novel bersiri..bkn cerpen dah..lupa nk buat pembetulan..hehe
Lama x update bkn kumpul bahan..tp sy sibuk uruskan masa blaja ngan masa berinternet..hehe

hans said... [Reply]

memang lama lagilah nak habis nih?

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Aduka said... [Reply]

hans:
Dah nk jd novel bersiri dh ni kot hans..
Not expected pn jd pjg cmni..
Hahaha..

hans said... [Reply]

hahaha
jadikan jer terus

Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia

Aduka said... [Reply]

hans:
Ok hans..

hans said... [Reply]

selamat berkarya

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

Aduka said... [Reply]

hans:
Sama2 kita berkarya dgn hasil yg bermutu..
Kau bile nk sambung cite kau aku dan dia tu?
Hehehe

- said... [Reply]

sila sambung cerita ini.
ekeke


pasal penulisan ko....
aku terbuai buai ko tau!!!
haha pandai ko..

=)

Aduka said... [Reply]

cikgadis:
Bhg ke 4 kmgkinan akan publish dlm bln ramadhan..
Trima ksh..
Bhg ni sy rasa mcm plot x brapa kuat sbb cerita bermain dgn khayalan dan fikiran..
Mcm x best tp sy dh uat yg tbaik..
Nantikan bhg yg seterusnya..
:-)

hans said... [Reply]

sekarang tengah rehat lah bro
nanti den sambung kalau rajin
hohoho

P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

Aduka said... [Reply]

hans:
Wokeh..tggu dgn sabar.. ;-)

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

bang, bila nak tulis novel ni ?

sgt berbakat oke.

Aduka said... [Reply]

miss lolly:
belom tau lagi..
kalu ada org nak, leh try publish..
hehehe..

Anonymous said... [Reply]

jalan cerita menarik, mang ter-tarik nak baca sampai abis.. tp xjumpa2 pon entry yg baru.. ;p

Aduka said... [Reply]

@anon
trima ksh..
utk sambungan cerita,aku mtk maaf byk2..mmg dah lama sgt tertunggak..insyaAllah akan di-update jika ada kelapangan..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger