Ads: (Please Click!)

Tuesday, May 05, 2009

Supik + Gajuk + Jabey = ???


salam semua.. anda mungkin tertanya-tanya, bukan? apa makna tajuk entry aku kali ni agaknya..? pelik bunyinya.. nanti saya ceritakan apa makna semuanya itu.. sebentar tadi, saya baca entry di blog cik ixora yang bertajuk "apa da..pendol culut".. cukup kelakar.. selepas membaca entry tersebut, saya kembali mengimbau satu peristiwa yang sehingga kini saya tidak dapat lupakan.. peristiwa itu berlaku pada tahun 2001.. sewaktu itu, kami, pengawas perpustakaan sekolah mengadakan lawatan sambil belajar di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Melaka.. aku salah seorang antara pelajar yang menyertai lawatan tersebut..

*********

selepas seharian kami melawat Pulau Pinang, kini kami bertolak ke Kuala Lumpur pula.. kami tiba di Kuala Lumpur agak lewat.. mengikut perancangan, kami sepatutnya perlu tiba sebelum mentari melabuhkan tirainya.. namun malangnya, bas yang kami naiki mengalami kerosakan di tengah perjalanan.. hampir 3 jam.. maka disebabkan itu, kami tiba di Kuala Lumpur kira-kira dalam pukul 10 malam.. kami berhenti singgah di gerai makan di tepi jalan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.. kami duduk satu meja secara beramai-ramai.. lelaki semuanya.. kaum hawa tidak turut bersama kami sebaliknya ke shopping complex berdekatan.. biasalah, kaum hawa..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

di antara kami, ada salah seorang kawan kami agak kekok berada di Kuala Lumpur.. lebih-lebih lagi bila bercakap.. sementara itu, kami bergalak bercakap dalam dialek luar dari dialek Terengganu kami.. dia hanya diam membisu sementara aku dan seorang cikgu pengiring kami asyik bergurau dan bersembang dalam loghat luar (KL).. aku mengacah kawan kami itu..

"Din! kenapa diam? apa barang.. jom la sembang.. kita sekarang jadi orang 'KL' beb! lu pehal beb?!", tanya aku sambil tergelak..

"dok baik mung sound kawang mung gitu, latip.. siang ke die.. (terjemah: tak baik la kau tegur kawan kau macam tu, latip.. kesian dia..)", sampuk kawan aku, Hafiz..

"eh! kita kan ada kat KL.. sempoi la beb!", jawab aku lantas gelak lagi.. si Din hanya terdiam sambil tersengeh-sengeh macam kerang busuk..

"kawe bukey toksey kecek.. tapi kawe ore klate.. dok laco mano nok kecek KL ni.. toksey ah kawe! (terjemah: aku bukan tak mahu bercakap.. tapi aku orang Kelantan.. tak fasih nak bercakap loghat KL.. tak mahu lah!)", balas Din..

kami ketawa sama-sama.. Din terkulat-kulat.. mukanya merah padam kerana kami beramai-ramai dengan tanpa belas kasihan menyakat dia pada malam itu.. cikgu kami menegur kami agar sudah-sudah menyakat Din.. kami berhenti gelak.. kami akhirnya tertumpu kepada topik perbualan berkenaan jadual lawatan kami.. cikgu kami menyatakan bahawa lawatan ke Melaka terpaksa dibatalkan.. kami semua sudah tersimpang dari jadual yang ditetapkan.. kami betul-betul kecewa..

setelah hampir 1 jam kami bersembang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke hotel saja.. pada waktu itu, aku memandang kepada Din.. dan aku perasan..

"eh, Din! bakpe mung dok habiskan air mung? (terjemah: kenapa kau tak habiskan air minuman kau?)", tanya aku..

"kawe nok bukuh ah.. (terjemah: aku nak bungkus..)", balas Din..

aku dan kawan-kawan yang lain hanya memandang Din.. Din bermasam muka.. mungkin merajuk dengan kami.. Din bingkas bangun dan membawa segelas air milonya.. dia menghulurkan air milonya itu kepada makcik di situ..

"makcik.. bungkus ek air ni!"..

aku berbisik kepada cikgu aku, "pandai plak Din cakap dalam loghat KL!".. cikgu aku hanya tersengeh.. kami kembali memerhatikan Din..

"makcik.. 'jabey' ade tak?", tanya Din kepada makcik tadi..

"hah?! 'jabey'???", tanya makcik tu kembali.. muka makcik itu berkerut..

"er.. 'supik', makcik.. ada?"

"hah?! 'supik'???"

"er.. ahhh.. errrr..".. Din menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.. aku dan kawan-kawan aku yang lain sudah tergelak besar.. aku menekan-nekan perut aku sambil ketawa..

"er.. 'gajuk' la, makcik!", kata Din seakan menjerit.. aku lihat makcik tu turut menggarukan kepalanya.. muka makcik tu berkerut.. kami semakin galak ketawa.. kawan-kawan yang lain ketawa berdekah-dekah.. air mata aku mengalir keluar kerana ketawa sangat-sangat.. aku lihat Din terkulat-kulat..

"oi, Din! 'plastic bag' lah!", jerit cikgu aku, lantas ketawa berdekah-dekah.. kami pun sambung ketawa..

"er.. ya, makcik.. 'plastic bag'..!", beritahu Din kepada makcik tadi.. makcik tadi menekup mulutnya, menahan ketawa.. Din menundukkan mukanya.. malu.. beberapa ketika kemudian, makcik itu menghulurkan satu bungkusan..

"nah.. 'plastic bag' kamu..", kata makcik itu sambil ketawa kecil.. Din menyambut tanpa berkata sepatah pun.. kami ketawa lagi.. sepanjang malam itu, kami asyik ketawa.. Din bercakap saja, kami ketawa.. apa saja Din buat, kami ketawa juga.. peristiwa lucu itu tidak dapat kami lupakan..

**********

untuk pengetahuan semua, perkataan 'supik', 'jabey', dan 'gajuk' mempunyai maksud yang sama.. iaitu 'plastic bag'.. ia adalah salah satu loghat orang pantai timur, samada Kelantan atau Terengganu..

bunyi sebutannya sangat lucu.. itulah sebahagian dari perkataan orang pantai timur selalu gunakan..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
29 Comments


29 Orang Kentut Madu:

intanurulfateha said... [Reply]

.sgt pelik!
.sumpah kite tapenah dgr~

einahnutayiffus said... [Reply]

huuu..cte yg mnrik..
hunny xpnh dgr pown sblum nie..huu..
lawak tul..tp,cian mmbe..wt g2 kt dye..huu..

Anonymous said... [Reply]

supek glenya. jaber rokrak. haha..

tapi unik kan?

** kte tatawu camne nak eja. bunyi camtu la kot. hehe.. **

Anonymous said... [Reply]

uih... cian gile kat din tu...
ape daa korang ni... xbaek tau...
huhu.... tp kan... siyes lawak...

hasni said... [Reply]

aduka
spnjg duk kelate 2 taun
hsni pnh dgr n guna supik je
jabey n gajuk xpnh dgr lagi
hehe

OREOO said... [Reply]

bukan supik,jabey dan gajuk yg ku muskilkan..
yg ku msukil,BAGAIMANA ANDA LEH JADIK PNGAWAS PPUSTAKAAN??
RAJIN MMBCAKAH ANDA??;)

Kapten Luffy said... [Reply]

kakaka

jauhnya beza

Aduka said... [Reply]

teacher intan: haha.. mmg pn.. ni nak dedahkan la ni.. lalala~~ =P

hunny: bru tau kenakalan sy dulu..? haha..

capiqa: ha'a.. btol la tu.. haha..

eni: hahaha.. pdn muke.. =P

hasni: haa.. kene duduk lg 4 5 thn kalu camtu.. hahaha..

oreoo: haha.. tak lah.. terpilih je.. lalala~~

uncle luppy: tau xpe.. jauh gile.. =P

Anonymous said... [Reply]

@aduka:
ternyata ade gak bende yang dipelajari hasil drpd berskandal ngan abg2 pantai timur kan? lalala~~~

IxoR@ said... [Reply]

Ixora ingatkan perkataan 'jabey ade tak' tu...dia nk tanya 'jamban ada tak'.....

Seyes...klakar sgt entri nih!!!!

Wakakakakakaka :D

GadisKasutConverse said... [Reply]

kesian din tp mmg kelakar.ngee~
loghat kelantan+t'ganu<---ssh nak faham!!

Milimilo said... [Reply]

supik tu pnah la dgr org ckp..yg lg 2 mmg sumpah xtau..haha

Miss Aisyah said... [Reply]

gila jauh bunyiknye..
pasni makcik tuh upah penterjemah base kelantan kat kedai dye..haha..
cian din..

niesah la! niesah!! said... [Reply]

nisah da duk tganu 10 tahun sebelom pindah sini

tp jabey x pernah dgr..

owh! plastic bag ea..nk letak air dlm plastic bag?

Ivy Metaga said... [Reply]

kesian nya din hik hik..
tapi itu lah indah nya malaysia kan, macam2 bahasa dan budaya...

Mrs Nurul said... [Reply]

mcmane la kalau aku dpt husband org kelate? masalah komunikasi kang jadinye nanti.. kah kah kah =) lawakk seyy

Aduka said... [Reply]

capiqa: ya ya..bgus bkawan ngn org2 pntai timur kan? haha..

ixora: haha.. jamban? pelik tu..

reen: bila bkwn lama ngn org pntai timur akan phm la.. hehe..

milimilo: oh camtu ke? slmt blaja.. hehehe..

aisyah: hahaha.. skrg dh rmai peniaga gerai org klntan.. maybe xde prob kot.. rasanya la..

niesah: bkn bungkus air dlm plastic bag la.. air tu dh bungkus, cuma din nak plastic bag aje.. sy dh lupa sbb ape die nk plastic bag..

ivy metaga: ye.. sy stuju gak.. kdg2 lucu je dgr loghat negeri masing2 kan? =)

Aduka said... [Reply]

si lampu neon: jodoh.. x apalah.. blaja slow2.. x salah pn kan? haha.. =)

Mrs Nurul said... [Reply]

aaaaaaaaa kang pening lak kang..silap2 leh jadi gaduh.. hahaha takpun, masing2 tergelak same2 sebab tak paham. keh keh keh.

Aduka said... [Reply]

eh mne ade.. sy pnh jmpa org yg gitu.. bini org klantan, laki org KL.. ok je tgk diorg.. si laki tu siap blaja lg dr isteri dia ckp loghat klantan.. gelak2 tu biasa la kan.. hehehe..

eliana said... [Reply]

haha.. siyes klaka!

ksian si din 2.. hehe~

Aduka said... [Reply]

haha.. tu la psl.. bila fikir2 balik, kesian kat die.. =P

ekha-bella said... [Reply]

sie ko din..mitok supik tengoh bndr KL meme hare ore dok pehe. haha..

p/s: meh la bella jd cikgu, ajr din gne bhsa KL :D

AniS GalaXy said... [Reply]

aduka...
agak2nya kalo anis gi kelantan
anis yg kne gelak dgn org2 kt sana
x phm lgsg ckp kelantan...huhu

Aduka said... [Reply]

ekha@bella: perghhh..! sesuai sgt tuh cik ekha..hahaha =))

Aduka said... [Reply]

cik anis: uiks.. xdenye.. sy dlu pn xde pn kene gelak..sbaliknya, sy gelakkan diorg..huhuhu.. =P

diba said... [Reply]

ooo yeke..yg sy tau supik je..yg lain xtau plak..tpi skng tau dh..haha

Aduka said... [Reply]

diba: hehe.. bgus kan ketengahkan loghat2 sebegini.. at least smua org leh tau.. =P

iKa said... [Reply]

supik...jabey...gajuk..
nok ser mokcik..
ngehehe..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger