Ads: (Please Click!)

Friday, May 29, 2009

Pemandu dan konduktor bas

salam kepada semua kawan-kawan blogger..alhamdulillah aku selamat tiba di Kuala Terengganu (KT) setelah selesai menjalankan tugas selama 4 hari di Kota Damansara, Petaling Jaya.. aku tiba kira-kira dalam pukul 6 petang di stesen bas KT dan selamat tiba di rumah sewa kira-kira pukul 6.50 petang..memang tidak dinafikan sepanjang perjalanan, aku banyak memikirkan tentang rakan-rakan di blogger.. rindu yang teramat sangat.. *haha.. poyo je..* dan sepanjang perjalanan pulang, aku banyak menghabiskan masa dengan tidur, SMS, tidur, SMS, tidur.. perjalanan selama 7 jam yang amat membosankan..bas aku pukul...

Friday, May 22, 2009

Monolog telefon bimbit

lelaki itu termenung di beranda rumahnya.. pagi itu terasa amat sunyi baginya.. malam semalam, tidur malamnya asyik terganggu.. dan terus dia tidak dapat melelapkan matanya.. benaknya berputar-putar.. seketika, dia terbayang wajah ibu bapanya di kampung.. seketika kemudian, benaknya mengenang zaman kecilnya.. dan seketika dia terkenang akan zaman persekolahan dan alam percintaannya.. sehingga pagi, dia tidak dapat melayar bahtera lenanya.. sudah puas mengiring ke kiri dan kanan.. namun matanya langsung tidak mahu tertutup rapat..kini, dia rasakan cukup-cukup letih.. ingin melelapkan mata sebagai...

Thursday, May 21, 2009

Aku yang hampir dinodai..

aku terpaku melihat satu banglo mewah tersergam indah di depan mataku.. yang kelihatan megah dan gah.. tiang di ruang depan amat tinggi.. aku menganggar mungkin banglo ini mempunyai 3 atau 4 tingkat.. melihat pintu pagarnya tersergam dan diliputi pokok-pokok menjalar.. terdapat beberapa kuntum bunga kuning menghiasi pagar tersebut.. alangkah cantiknya..kaki aku terus melangkah masuk.. sambil kaki melangkah aku memerhatikan sekeliling.. disebelah kiri aku terpandang hiasan air terjun yang tingginya mencapai 7 atau 10 kaki.. disebelah kanan pula, aku terpandang beberapa buah kereta mewah sedia terparkir...

Tuesday, May 19, 2009

Ter'syasyul'..

*** entry kali ini mempunyai kaitan antara entry saya yang sudah-sudah.. maka dengan itu ia memerlukan tahap kerajinan anda untuk membaca.. jika tidak, anda tidak akan faham hujung pangkal cerita kali ini..balik dari pejabat, aku hanya termenung di luar rumah.. cuaca hanya redup tapi tiada tanda-tanda mahu hujan.. keadaaan dalam rumah tetap panas seperti selalunya.. kesan dari pemanasan global.. buka baju hatta berbogel sekalipun, aku tidak akan tertahan duduk bersantai di ruang tamu rumah aku ini.. masyaAllah.. hanya tuhan yang tahu.. penyesalan terlintas di benak kerana pulang dari ofis terlalu...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

sempena hari guru ini, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua bakal guru, guru sementara, guru yang betul-betul dah guru, otai guru, bekas guru dan allahyarham(ah) guru.. (er.. boleh ke???) dan sempena hari guru ini juga, aku ingin menceritakan serba sedikit kisah-kisah yang berkaitan antara aku dengan guru aku sewaktu ketika dahulu.. kisah ini terjadi di sekolah.. ini cerita lama ya.. nostalgia sedikit.. semoga anda dapat pengajaran dari cerita aku ini dan semoga anda terhibur juga..entry ini sangat panjang, okay? berminat, sudi-sudikanlah membaca..Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..seperti...

Friday, May 15, 2009

Melayan kegersangan (Part 2)

9 Mei 2009.. 2.25 pagi..tidur malamku terganggu.. entah kenapa hati aku merundum resah.. gelisah.. risau.. rimas.. tidak keruan.. gersang.. dan.. ah, kamu mungkin tidak akan faham! lebih-lebih lagi jika kamu wanita.. wanita tidak akan faham.. hati lelaki, naluri lelaki bukan mudah untuk difahami oleh kaum hawa.. namun, aku perlu mencari sesuatu untuk mengubati hati aku yang dirundum 'cuaca mendung' ini.. otak aku berserabut memikir dan melayan nafsu gelodak dijiwa.. namun apakan daya.. aku hanyalah manusia yang berjiwa 'lembut'.. berhati 'hina'.. apa lagi perlu aku lakukan selain melempias segala...

Thursday, May 14, 2009

Blackout

semalam aku menonton televisyen dengan kawan-kawan serumah.. sedang asyik menonton 'Air Crash Investigation' yang tersiar, tiba-tiba sekeliling yang tadinya cerah bertukar gelap gulita.. dalam istilah inggerisnya, 'blackout'.. terus membantut mood aku untuk menonton habis kisah yang tersiar di televisyen.. bila keadaan sudah gelap dan panas, aku tidak selesa berada di dalam rumah.. lantas aku lepak di luar rumah.. tetapi makhluk penghisap darah pula menyerang tubuh badan aku yang kering ini.. oh, sang nyamuk.. ramai lagi tetamu rumah ini yang berbadan sasa.. mengapa kau tetap memilih aku? oh,...

Wednesday, May 13, 2009

Toyota named the best brand in Japan

Toyota took the best brand name title in Japan in a new marketing survey. The Japanese automaker beat out domestic companies such as Sony, Toshiba and Panasonic. Other Japanese automakers including Lexus, Nissan and Honda also made into the top 10 best brands list put together by consulting firm Interbrand Corp.According to Automotive News, the ranking is based on the brand’s value in monetary terms and includes Japan’s top 30 companies. Toyota held the no. 1 spot with a brand value of $31.57 billion.Domestic rival Honda came in at no. 2 with a...

Monday, May 11, 2009

Monolog Hari Ibu

hujan renyai-renyai sedari pagi tadi.. seorang pemuda mendongak kepalanya.. melihat titik-titik hujan yang jatuh dari langit.. walaupun langit redup membiru, hujan yang turun bagai tidak mempeduli keceriaan pada hari yang masih muda kesiangan.. pemuda itu berganjak sedikit dari tempat berdiri.. tempias hujan mengenai kaki seluarnya tanpa dia sedari.. pemuda itu mengibas-ngibas kaki seluar dengan tangannya.."kan tadi mak dah cakap, petang hari akan hujan.. kau degil juga.."pemuda itu berpaling ke belakang.. dia memandang wanita tua tercegat di muka pintu utama rumahnya.. dia hanya tersenyum.. lantas...

Thursday, May 07, 2009

Tutorial: Blogumulus Image Widget

assalamuaikum semua..di atas permintaan sesetengah pengunjung dan kawan-kawan blogger saya, entry tutorial saya pada kali ini akan di tulis dalam bahasa Melayu.. jika sebelumnya, setiap tutorial saya ditulis dalam bahasa Inggeris.. memandangkan entry-entry saya sebelum ini tidak dapat difahami oleh sesetengah pembaca, saya dengan hati terbuka menulis entry ini dalam bahasa yang dapat diterima oleh pembaca.. mungkin selepas ini pun saya akan menulis dalam bahasa Melayu.. akan dipertimbangkan kelak..anda nampak widget di atas? cantik? menarik? lain...

Wednesday, May 06, 2009

Kerana rempit, aku celaka

sekarang heboh di muka-muka akhbar dan di siaran berita serta radio fasal mat rempit.. mat rempit meragut.. mat rempit buat kecoh.. mat rempit belasah.. mat rempit bunuh.. mat rempit lumba haram.. macam-macam lagi.. semalam dan hari ini saja pun sudah lebih dari tiga berita mengenai kebiadapan mat rempit yang aku dengar dan baca.. aku agak sedih.. kenapa anak-anak muda kita semakin kurang ajar? mana silapnya? kepada siapa kita patut menunding jari? ibubapa? kerajaan? masyarakat?aku tengok berita TV3 semalam.. pelbagai cadangan orang ramai untuk membasmi gejala rempit di kalangan remaja.. antaranya;...

Tuesday, May 05, 2009

Supik + Gajuk + Jabey = ???

salam semua.. anda mungkin tertanya-tanya, bukan? apa makna tajuk entry aku kali ni agaknya..? pelik bunyinya.. nanti saya ceritakan apa makna semuanya itu.. sebentar tadi, saya baca entry di blog cik ixora yang bertajuk "apa da..pendol culut".. cukup kelakar.. selepas membaca entry tersebut, saya kembali mengimbau satu peristiwa yang sehingga kini saya tidak dapat lupakan.. peristiwa itu berlaku pada tahun 2001.. sewaktu itu, kami, pengawas perpustakaan sekolah mengadakan lawatan sambil belajar di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, dan Melaka.. aku salah seorang antara pelajar yang menyertai lawatan...

Sunday, May 03, 2009

Blogger In Draft

salam semua..semalam, saya masih di kampung halaman saya.. pukul 11 malam, saya sempat berkunjung (lepak) di Cyber Cafe, tempat kerja lama saya dahulu.. seperti kebiasaan balik pada hari minggu, di situlah tempak lepak saya.. bila ada masa terluang dan bosan, saya akan berjumpa dengan kawan-kawan saya yang bekerja di situ.. saya juga sempat online walaupun sekejap..sewaktu saya online, saya terjumpa salah satu laman weblog iaitu Blogger In Draft.. pada mulanya saya keliru.. apa beza Blogger Dashboard biasa dengan Blogger In Draft? setelah saya...

Saturday, May 02, 2009

Cinta si Jijie

suatu petang, kelihatan Pak Hamid duduk bersantai di halaman rumahnya bersama isteri tercinta.. di hadapannya kelihatan anak bongsunya, Kimi, berseronok mandi di dalam kolam renang.. di satu sudut yang lain, Faris sedang membasuh motosikal kesayangannya.. Pak Hamid hanya memerhatikan anak saudara isterinya, Jijie, bermain-main bersama Kimi.. seronok benar mereka berdua.."baik-baik mandi tu Kimi.. jaga Jijie elok-elok..!", tempik Mak Gayah.."yelah, mak!"Pak Hamid dan isteri, hanya tersenyum melihat telatah anak-anak kecil itu.. sejurus kemudian Jijie berlari mendapatkan Pak Hamid.."Pak Long! Pak...

Friday, May 01, 2009

Aku yang hampir muflis..

assalamualaikum.. selamat hari buruh kepada semua..sudah lama aku tidak post entry fasal life aku.. asyik post cerita merepek-merepek yang terkeluar dari otak aku ini saja.. sebenarnya aku ketandusan idea.. hendak diceritakan fasal kehidupan aku pun, tiada apa yang menarik.. hari-hari perkara yang sama saja aku lalui..aku kini berada di rumah ibubapa aku di Kemaman, Terengganu.. kampung kelahiran aku.. awalnya, aku merancang untuk tidak balik ke kampung.. oleh kerana ada orang menjemput aku ke majlis perkahwinan, dan urusan road-tax, aku terpaksa juga pulang.. hm.. bulan mengawan? mungkin benar...

Kain pelikat Pak Imam

jam menunjukkan pukul 6.25 petang.. Pak Hamid dan anak saudara isterinya, Jijie yang berusia 5 tahun, sedang bersiap-siap.. setelah memandikan Jijie, Pak Hamid memanggil isterinya, Siti, untuk turut bersama mereka.. tetapi isterinya datang bulan.. ya, Pak Hamid lupa pula..!Pak Hamid dan Jijie berjalan berdua-duaan di kala mentari melabuhkan tirainya.. dipimpin tangan Jijie sepanjang perjalanan.. suasana senja itu menggamit kenangan Pak Hamid sewaktu dia masih kecil dahulu.. di waktu beginilah selalu ayahnya memimpin tangannya menuju ke surau.. jaraknya tidak jauh.. lagipun keluarganya tiada kenderaan...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger