Ads: (Please Click!)

Sunday, May 02, 2010

Buah Betik Dan Coli


(18SX) Untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja!


Hari ini aku jalankan aktiviti seperti biasa setiap kali aku online di depan komputer. Selepas puas ber-Facebook, aku buka sesawang ShoutMix. Ruang kotak widget sembang (chat widget) yang aku letakkan di blog. Biasanya aku tidak membuka terus blog aku sendiri untuk membaca 'kunjungan' dan 'blogwalk' dari pengunjung. Sebaliknya aku akan terus ke sesawang ShoutMix untuk melakukan aktiviti 'menyinggah', 'blogwalk', 'jenguk', 'singgah', dan yang semaksud semakna dengannya. Seperti biasa, yang mana blog yang telah 'meninggalkan jejak' mereka di kotak sembang aku, aku terus membalas ziarah dan terus juga membalas mesej mereka.

Tadi, aku membalas kunjungan blog Cik Amirah. Selepas aku meninggalkan mesej di kotak sembang di blog beliau, aku terbaca satu tajuk artikel di blog beliau. Agak menarik dan 'tertarik'. Artikel bertajuk, 'Perempuan Tak Pakai Bra'. Ya. Memang tertarik. Tertarik secara automatik untuk dibaca! Haha. Cik Amirah membuat ulasannya sendiri tentang seorang wartawan bertanyakan soalan tentang pemakaian bra oleh seseorang artis. Tidak hairanlah, wahai Cik Amirah. Kononnya sebilangan artis Malaysia terikut-ikut artis dari barat. Jangan cakap Malaysia laaa.. mana-mana negara pun sama.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Aku sebenarnya tidak mahu komen atau kritik atau kutuk artikel Cik Amirah. Tiada niat pun. Cuma apabila selepas membaca artikel dari beliau, aku teringat peristiwa yang aku alami sendiri pada tahun 2003, sewaktu aku di semester pertama di kolej.

Di kolej, semester pertama adalah semester yang boleh dikatakan sweet dalam hidup aku. Masakan tidak, rata-rata kawan yang rapat dengan aku adalah dari golongan kaum hawa. Bukannya tiada langsung lelaki. Ada. Jangan salah anggap ya. Berbalik kepada cerita. Habis saja kelas, jika tidak ke bandar Kota Bharu, aku dan rakan-rakan perempuan akan ke pantai. Paling lekeh pun ke restoran dan kedai makan. Makan, lepak sambil berbual-bual.

Pada suatu hari, kawan-kawan perempuan aku mengajak aku menemani mereka ke pantai. Mereka menelefon aku ketika aku sedang berehat-rehat di dalam bilik. Dengan segera aku bersiap dan menyertai mereka. Mereka menunggu aku di luar hostel lelaki. Kira-kira lebih dari enam orang kesemuanya, tidak termasuk aku. Eni, Norrul, Moon, dan ramai lagi. Aku lupa nama mereka (bukan nama sebenar). Setelah menegur mereka dan bersembang sekejap, kami pun berangkat ke pantai. Pantai yang kami hendak tuju tidaklah begitu jauh. Hanya perlu berjalan kaki sahaja. Nama pantai tersebut adalah Pantai Cahaya Bulan, pantai yang dahulunya gah di Kelantan.

Sepanjang perjalanan berjalan kaki ke pantai, kami banyak berbual. Dari hal pembelajaran sampailah cerita-cerita menarik di televisyen. Oleh kerana aku seorang lelaki, aku berasa segan juga apabila orang-orang kampung memandang pelik dan jelik ke arah kami. Namun aku tidak mengendahkan mereka. Biarlah. Aku bukannya membuat perkara yang tidak senonoh pun. Biarlah mereka berkata di dalam hati aku ini casanova pun. Playboy pun. Biar. Bukannya awek-awek aku pun. Kawan sahaja.

Tiba di pantai, seorang dua dari kumpulan kami terus menyerbu gigi-gigi pantai sambil bermain air. Ada yang menerjah ke gerai yang menjual makanan ringan seperti keropok. Tinggallah aku dan Norrul berdua. Kami berdua berjalan di pesisir pantai sambil bersembang. Sesekali aku menyepak-nyepak air di pergigi pantai. Kelihatan juga ketam-ketam kecil lari memasuki lubang halus di permukaan pasir pantai.

Setelah penat berjalan, aku dan Norrul duduk beralaskan cebisan kotak-kotak di bawah pohonan rhu untuk melepaskan lelah. Sambil menyirup udara segar dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa, kami menatap keropok goreng yang kami beli. Selepas habis aku makan keropok, aku berbaring. Norrul masih lagi duduk. Aku berbual dengan Norrul. Sesekali aku menjeling-jeling ke arahnya. Norrul bercerita tentang kekasihnya dan alam percintaannya. Aku hanya mendengar. Sesekali aku menyampuk bertanyakan soalan.

Sedang kami bersembang, Norrul menyapu-nyapu bahunya apabila beberapa daun-daunan rhu jatuh. Sewaktu Norrul menyapu-nyapu itulah aku terpandang ke arah buah dadanya. Aku tersentak. Mata aku terpaku di situ buat sekian lama. Mata membulat. Norrul masih lagi bercakap-cakap tanpa perasan aku memandang ke arah dadanya. Bila Norrul berpaling, barulah aku buat-buat bercakap dengannya. Aku mengalih pandangan aku ke arah pantai. Waktu itu, jantung aku berdegup kencang yang amat. Norrul tidak pakai coli! Aduh.. tidak senang duduk aku dibuatnya. Kebetulan, beberapa minit kemudian, Norrul mendapat panggilan daripada kekasihnya. Kekasihnya juga berada di pantai itu. Selepas meminta izin, dia mengangkat punggung dan terus beredar untuk mendapatkan kekasihnya yang sudah menunggu di suatu gerai di situ.

Balik ke hostel, mataku masih terbayang-bayang apa yang aku lihat pada petang tadi. Sudahlah si Norrul 'punya' itu besar macam betik, tidak memakai coli pula! "Rezeki!" fikirku.

Peristiwa itu sudah berlalu. Norrul sekarang pun entah ke mana dan di mana. Mungkin sudah berkahwin agaknya. Sesiapa yang menjadi suami si Norrul itu.. memang bertuahlah! Haha.

Bila difikirkan balik, agak hairan juga. Kenapa dia tidak memakai coli, ya? Sedangkan dia tahu aku mahu menyertai mereka ke pantai. Sekurang-kurangnya, hormatilah aku. Jagalah aurat. Aku ni lelaki. Ada nafsu! Mujur dia pakai baju. Nampak 'berbekasnya' saja. Nasib baik nafsu aku pula boleh dikawal. Buatnya yang 'gila' tu, tak fasal-fasal Norrul 'punya'.. errr.. korang fikirlah sendiri!

Beringat-ingat la wei.. especially perempuan. Masakan kes-kes rogol tak meningkat dewasa ini, kan? Pakaian adalah satu faktor besar juga sebenarnya. Pandai-pandai la fikir. Jagalah sedikit kesopanan dari sudut pemakaian kita. Sekadar tutup saja aurat, tapi nampak berbekas. Apa guna?


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
16 Comments


16 Orang Kentut Madu:

ceksumolek's said... [Reply]

motif ini cerita?? hahaaa~ adoi la duka..

GadisKasutConverse said... [Reply]

kamu pakai bra?=P

Anonymous said... [Reply]

oh mannn
ada jugak terbaca dekat entri amirah tadi
boleh pulak jadi isu besar eak?
haih -_-"

dayah said... [Reply]

malu ngonggg~ gila ko tengok sgt tabaik! pe kenela minah tu, bwk ngucap ye latip. ye jgn mkn betik buat beberapa arilah~

C++ said... [Reply]

Bhai...

Dier offer kat ko la bhai... hahaha...

Budus nak mampus... cover la skit...

Aduka said... [Reply]

dayah:
'sedap' x betik?
hahahaha..

Farazila said... [Reply]

wah...perempuan yg begitu sexy...berani x pakai..huhuhuh...

sy sebagai wanita amat malu sgt2..

Aduka said... [Reply]

heran.. rmai girl pkai seksi2..
x malu ke?
if laki, nmpk spender pn dh malu gilo babas..
girl xde plak.. nmpk lurah dendam pn buat rileeeeeeeeeexxxx jeee..

haha..

=P

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

aduka basuh bra bape kali seminggu ?

lalalala.

Aduka said... [Reply]

stiap hari!
=P

Yatre Hayati said... [Reply]

tengok gamabr terkejut habes !

admin said... [Reply]

Ler, tak minat makan betik la.. hehe

Cody said... [Reply]

Yang aku pelik, apa kaitannya cerita Norrul dengan betik?

Aduka said... [Reply]

adus.. betik tu double meaning aje cody.. :)

ramadhan abdullah said... [Reply]

kantoi latip bercakap sambil tengok nenen.. haha. noorul?? macam aku kenal jerk. budak negeri mu jugak kan

MATTXtwo said... [Reply]

Haha nasib baik pakwe Norrul ada kat situ, kalo x habis ko latip lemas deq bb dia

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger