Ads: (Please Click!)

Thursday, May 12, 2011

My New Baby!


Salam.

Wah! Agaknya dah bersawang sangat blog aku ni, kan? Sebulan lebih aku tak update blog. Jenguk pun tidak. Tapi alhamdulillah, masih ada sisa-sisa jejak pelawat ke blog aku yang tak seberapa ni. Menarik ke blog aku ni? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang menilai bukan aku tapi anda - pembaca blog aku. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog aku.

READ MORE / LESS >>

Sebulan lebih aku mendiamkan diri. Nampak follower kian bertambah dan ada hari berkurang. Tapi biarlah. Tak kisah sangat. Blogger-blogger lain duk sibuk kejar trafik. Aku? Heh.. rileks je beb. Apa nak susah-susah nak sibuk-sibuk fasal trafik? Takpelah.. hak masing-masing kan? Kalau tulis apa-apa pun dalam entry, lambat laun terkena batang hidung sendiri juga kan.

Gaji bulan pertama aku bekerja di negeri orang ini dah target apa yang aku nak. Dah laa duk dalam wishlist sebenarnya. Tapi asyik tertunggak saja. Agaknya dari tahun 2010 lagi. Sekarang baru dapat. Apa dia wishlist pertama aku ni?

Ni dia!

Laptop aka lappy Acer! Medium specification aje. Processor Intel i5, 4GB RAM, 500GB Hard disk space. Ok la tu kot. Nak pakai high-end pun tak guna. Bukannya buat apa pun kalau sekadar layan internet, kerja ofis sikit-sikit, edit gambar sikit-sikit, main game, bla bla bla.. Hehe. Biarlah orang nak cakap ape pun. Lappy murah la.. tak branded la.. low class la.. pergi mampus! Yang penting, aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. Tak pakai duit mak bapak! Heh..

"Aduka dah ada lappy baru nanti bleh la update blog selalu, ya?"

"Nanti selalu la nampak Aduka kat Facebook, kan?"

Amboi, cepat sangat harapan korang mencurah-curah kepada aku, kan? Nak gula-gula getah ke ape ni? Sorry ler.. aku xde ape nak bagi.. Hehehe.. Aku rasa adanya lappy ni tak bermakna aku mampu update blog selalu. Tak bermakna aku boleh online selalu di Facebook. Sebab? Yalah. Dalam hutan ni macam mana sangatlah tahap kelajuan internet-nya. Sekali klik, maunya tunggu lebih 5 minit baru load full page! Macam cabai je, kan?

Comel tak lappy aku? Hihihi..

Dah. Cukuplah ini aje ngomel aku untuk kali ni.


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

Anonymous said... [Reply]

patutlah nampak rajin online dah skang

aku pun laptop murah. apa nak kesah

ceksumolek's said... [Reply]

mcm sama jer baby kita duka? ^___^ tapi sumi punya lappy qompaq.. hehee..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger