Ads: (Please Click!)

Saturday, May 22, 2010

Milik Siapa? (Bahagian 1)


Seperti yang diceritakan kepada penulis oleh seorang senior di salah sebuah institusi tinggi awam terkenal di pantai timur. Semua jalan cerita sudah diolah tanpa menjejaskan cerita asal.

Gambar hiasan

Aku melanjutkan pengajian di salah satu institusi pengajian tinggi cawangan yang masih baru dibuka di pantai timur ini. Aku adalah antara ribuan pelajar yang layak. Biarlah nama dan lokasi pusat pengajian ini menjadi rahsia.

Masih aku ingat, waktu itu aku adalah batch kemasukan kedua pada tahun pertama. Bermakna, aku berjaya memasuki institusi ini hasil dari rayuan yang aku buat setelah permohonan kali pertama gagal. Mujurlah, akhir tahun itu aku mendapat tempat.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Pada suatu malam hampir beberapa minggu saja lagi aku menduduki peperiksaan semester pertama, aku mengulangkaji pelajaran keseorangan di hostel. Kebetulan pula rakan sebilik aku, Hafiz (bukan nama sebenar), keluar untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh kelabnya. Hafiz telah memaklumkan aku bahawa dia akan bermalam di rumah kawannya.

Bilik aku berada di tingkat 3 bangunan hostel tersebut. Bangunan hostel pula terletak beberapa ratus meter dari paras laut, dan terletak di atas bukit. Pemandangan dari tingkap hostel dihiasi dengan pandangan bukit bukau di sebelah barat, manakala pantai pula di sebelah timur. Kebiasaannya, pintu tingkap pada aras 3 hingga paras 5 hostel di sini akan dibiar terbuka oleh penghuninya agar udara dan angin nyaman terus masuk menerusi tingkap dan menyejukkan bilik mereka. Pada malam itu, tentulah aku membiarkan tingkap bilikku terbuka juga.

Jam menunjukkan pukul 2 pagi.

Aku masih khusyuk mengadap beberapa buah nota dan buku yang sedia terbuka sedari tadi. Mataku sudah beransur berat untuk dibuka. Seperti ada syaitan yang cuba menarik untuk merapatkan kelopak mataku. Kepalaku juga terasa berat dan mengantuk. Beberapa kali aku tersengguk kerana melayani perasaan kantukku. Mujurlah dengan berbekalkan segelas air kopi yang aku buatkan beberapa jam yang lalu, dapatlah aku menahan rasa kantukku. Sesekali aku bangun dan membuat beberapa senaman ringan. Urat-urat yang tegang dan lenguh dapatlah dihilangkan. Mata pun boleh menjadi segar semula walaupun tidaklah sesegar pada awalnya. Kemudian aku sambung mengulangkaji pelajaran yang memeningkan.

Tanpa aku sedari, aku terlelap juga akhirnya. Hanya aku tersedar dari tidurku apabila aku rasakan bibirku basah. Air liur aku melelh dan membasahi buku notaku. Aku bingkas bangkit dan mengelap air liur yang membasahi buku nota dengan beberapa helai tisu. Aku mengalik pandangan ke arah jam dinding. Ya Allah! Sudah hampir pukul 3 pagi! Hampir sejam aku tertidur. Aku pergi ke sinki dan membasuh muka. Niatku untuk menyambung kembali ulangkaji pelajaranku.

Tidak sampai 10 minit aku mengulangkaji, aku tersentak dengan bunyi ketukan di tingkap. Tingkap bilik itu aku kuakkan seluas-luasnya. Aku cuba memanjangkan leherku. Perut aku yang tersandar pada birai meja membataskan aku untuk mengintai ke luar tingkap. Hanya aku mampu melihat kesuraman di luar. Setelah dipastikan tiada apa-apa, aku menutup kembali tingkap. Namun, baru saja tingkap itu tertutup, sekali lagi ketukan berlaku. Tanpa berlengah aku bangun dan membuka tingkap itu kembali. Setelah dikuak luas-luas, aku melihat seorang makcik tua memegang penyapu sedang serius memandangku.

"Eh, kenapa ni,makcik?" soalku kepada makcik itu. Aku cuba amati wajah makcik itu. Kalau-kalau aku mengenali makcik itu. Namun beberapa lama aku imbau, masih tiada sebarang wajah yang aku kenali dan mengecam siapa sebenarnya makcik itu. Mungkin makcik cleaner, bisikku.

"Ni.. makcik jumpa ni.." kata makcik itu sambil merapati tingkap. Tangannya dihulurkan ke depan dan berada di mulut tingkap bilikku.

"Apa ni, makcik?" soalku lagi, sedangkan aku masih belum menyambut sesuatu yang dihulur oleh makcik itu.

"IC.. kad pengenalan.." kata makcik itu ringkas. Kemudian, aku mengambil IC itu dari genggaman makcik cleaner tersebut. Aku amati IC tersebut. Agak lusuh dan kotor.

"Kat mana makcik jumpa IC ni?" soalku lagi. Aku memandang tepat ke arah mata makcik itu. Makcik itu langsung tidak memandangku. Sebaliknya, dia hanya memandang ke arah kakinya. Aku lihat kakinya. Pelik. Makcik itu tidak memakai sebarang kasut atau selipar. Hanya berkaki ayam.

"Kat sana.." kata makcik itu sambil mengacungkan jarinya ke arah suatu tempat gelap. Aku mengintai-intai ke arah telunjuk makcik itu. Aku sedikit hairan. Macam mana makcik boleh pergi ke sana sedangkan tempat itu gelap? Aku memandang kembali ke arah IC yang aku pegang.

"Tak apalah, makcik. Esok saya serahkan kepada pihak pengurusan. Kot-kot student kat sini tercicir IC ni," kataku sambil mengangkat kepala dan memandang ke arah makcik tadi. Aku tersentak. Makcik itu sudah tiada!

"Eh, ke mana pula makcik ni?" soalku sendirian. Aku mengintai ke luar tingkap. Memang sah. Makcik itu tiada.

"Pergi tak cakap!" keluhku. Tanpa mengesyaki sesuatu, aku menutup kembali tingkap bilik, dan aku kembali duduk untuk mengadap buku-buku dan nota.

Setelah beberapa minit berlalu, aku tersentak. Jantung aku berdegup kencang tiba-tiba. Pelbagai andaian menerjah ke benakku. Mataku membulat dan terpaku ke arah tingkap tadi. Nafasku kian laju, naik turun. Dada aku rasakan seakan sebak dan sesak. Ya Allah. Ujian apakah sebentar tadi?

Barulah aku sedari, sebelum aku terlelap aku langsung tidak menutup tingkap bilikku! Tanganku menggeletar. Aku menolak luas-luas tingkap bilik. Setelah terbuka luas, aku memandang ke bawah. Sekali lagi aku rasa seriau. Bulu tengkuk terasa seakan menegak. Kira-kira beberapa puluh kaki barulah aku dapat memandang tanah. Jadi, macam mana makcik tadi berdiri?! Dia mengapungkan diri?! Siapa makcik tadi?! Aku bertambah hairan, kenapa sewaktu aku lihat ke arah kakinya yang berkaki ayam langsung aku tidak perasan yang makcik tadi terawang-awangan?! Mustahil!

Kerana perasaan takut mula menyelubungi diri, aku bergegas menutup tingkap dan lampu bilik. Aku terus baring di atas katil dan tidur. Aku menyelimuti diri aku dengan selimut. Sehingga matahari memancari bumi, dan hari sudah cerah, aku tidak dapat tidur. Mataku langsung tidak rasa mengantuk dek kerana terlalu takut. Wajah makcik cleaner tadi bermain-main di depan mata.

Petang itu, aku bergegas ke pejabat. Aku berjuga dengan Puan Mazidah, seorang kakitangan di bahagian pengambilan pelajar. Di tanganku, tergenggam kemas sekeping IC yang lusuh. Pagi tadi setelah aku bangkit dari tidur aku perasan ada sekeping IC di atas meja bilik. Aku terus ambil dan masukkan ke dalam poket.

"Sekejap. Tunggu sekejap," kata Puan Mazidah sebelum aku melangkah keluar dari pejabatnya. Aku lihat mukanya berkerut.

"Mana awak dapat IC ni?" soalnya lagi. Pada mulanya aku berdiamkan diri. Setelah didesak oleh Puan Mazidah beberapa kali, barulah aku menceritakan kisah seram yang aku alami semalam. Sepanjang penceritaan aku, Puan Mazidah langsung tidak menyampuk. Dia mengangguk dan kekadang dia mengerutkan mukanya.

"Awak nak tahu siapa pemilik IC ni?" soal Puan Mazidah.

"Siti Nuramalina bt Roslan (bukan nama sebenar)," jawabku. Puan Mazidah mengeluh berat. Dia memandang tepat ke arah mataku.

"Beginilah. IC ni biar saya simpan. Awak pulanglah ke kelas kamu," kata Puan Mazidah. Dia seolah-olah ingin berselindung sesuatu perkara atau cerita daripadaku.

"Sebenarnya, puan. Ingin juga saya tahu siapa perempuan itu. Makcik itu. Siapa? Kenapa tiba-tiba dia beri kepada saya? Dan.. yang penting.. macam mana makcik itu boleh terapung? Dia tu.. hantu ke?" soalku. Mataku tergenang air. Dadaku berdegup kencang. Aku sendiri tidak tahu apa dan kenapa. Puan Mazidah menunduk. Dia memandang ke arah IC yang dipegangnya.

"Sebenarnya, saya tidak mahu menakut-nakutkan kamu. Ini cerita lama di institusi ini. Ia adalah rahsia institusi ini. Jika kamu ingin tahu pun, agak sukar untuk saya ceritakan. Saya juga bimbang kalau-kalau cerita ini tersebar kepada pelajar-pelajar lain. Jadi.. biarlah cerita ini terkubur begitu saja," terang Puan Mazidah panjang. Aku mengeluh berat.

"Kalau macam tu, sia-sialah saya hantar IC ni ke mari," kataku seraya bangkit dan melangkah perlahan menuju ke pintu pejabat.

"Nanti!"

Aku berpaling dan memandang ke arah Puan Mazidah. Wajahnya sugul.

"Duduklah," pelawanya. Seperti lembu tertambat, aku menuruti tanpa bersuara.

"Tapi.. pastikan cerita ini rahsia!" kata Puan Mazidah dengan tegas. Aku mengangguk dan memasang telinga.



Bersambung..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
34 Comments


34 Orang Kentut Madu:

IZZ HAZWANI. said... [Reply]

ehh ada sambungan nya pulak
cepatlah sambung

joegrimjow said... [Reply]

suspendo la plak

ceksumolek's said... [Reply]

haishh~ bersambung la plak.. tapi rasanya mcm penah baca.. xpe2. tgok ending dia nnt..

Sufi Asri said... [Reply]

cis!! ada pulak sambungannya...

tolong lah aduka.. jgn letak ending merapu ok? nnti aku mengamok.. hahaha

GadisKasutConverse said... [Reply]

cpt smbg!

Farazila said... [Reply]

crite btul ker tipu nieh??

dayah said... [Reply]

sambung..uhh. puan mazidah kata pe~

Aduka said... [Reply]

hazwani:
harap bersabar ye..
=)

Aduka said... [Reply]

joe:
skali skala buat entry suspend..
=)

Aduka said... [Reply]

cik sumi:
pnh baca?
asenye blom pnh create lg cite ni..
xpe..
nntikan sambungannya..
=)

Aduka said... [Reply]

zoro:
hahaha..
ko tunggu je la k..
kang if aku bg hint, x suspendo la plak..
=P

Aduka said... [Reply]

cik reen:
i will!
=)

Aduka said... [Reply]

farazila:
cite betol..
=)

Aduka said... [Reply]

dayah:
tgu je oke..?
=)

qishie said... [Reply]

ala..benci tol la bersambung-bersambung ni.. =(

Anonymous said... [Reply]

sambung cepat tau.
teruja nak tau.
:')

syahira ariff said... [Reply]

oitt aduka!!
cepatlaa sambung
huhuhu
bikin suspen plak

nk tau saper pemilik IC tu...

lieya orange M.I. said... [Reply]

nak sambungannyerrrrrrr...

Emongg said... [Reply]

jgn biarkan ku tertunggu adika ! ececeh

- said... [Reply]

woi!!!
kenapa mau ada sambungan lagi ni??
aiya! sakit jiwa betul menunggu!
cepat sambung eh!
x senang hati da ni!
ko punya pasal la ni!!
aiyaaaaaaaaaaaaa~

- said... [Reply]

sambunglaaaaaa
huhu

Nurul Farhana said... [Reply]

tak sabar tunggu sambungan..huhu... =]

Aduka said... [Reply]

qishie:
pjg ceritanya..
xmo bg org jemu, so buatlah ada sambungan..
=)

Aduka said... [Reply]

cik akma:
insyaAllah..
=)

Aduka said... [Reply]

syahira ariff:
oke2..
harap bersabar ye..
insyaAllah akan disambungkan..
=)

Aduka said... [Reply]

lieya:
harap bersabar ye..
=)

Aduka said... [Reply]

neng:
bila masa plak i tukar nickname ni?
hehehe..
oke2..
sabar ye dik..
=)

Aduka said... [Reply]

cikgadis:
sabar2..
insyaAllah if ada masa terluang..
i sambung k..
=)

Aduka said... [Reply]

nurul farhana:
terima kasih sbb sudi baca n komen..
nanti sambungannya dlm masa terdekat k..
=)

hans said... [Reply]

bersambung plak dah

Adinda Amy Sensei said... [Reply]

hebatla encik aduka skang ni....penglipur lara...hehehhe

Anonymous said... [Reply]

bila nak sambung cerita nih lagi ??
huk3 ~


-azel-

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

ler.

bersambung ?

violetless said... [Reply]

hang tau dak berdebaq gila aku baca..last2 skali bersambung..ciss...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger