Ads: (Please Click!)

Saturday, May 01, 2010

Ugut Bunuh Ulama Nik Aziz, MB Kelantan



Terkejut besar!

Itulah perasaan yang menyerbu terjah di dalam jiwa bila membaca ringkasan tajuk di Buletin Utama TV3 pada pukul 8.30 malam, tadi. Kemudian aku cari kesahihan berita di internet. Aku jumpa dan terus baca satu tajuk artikel di Malaysiakini pula. Astaghfirullah. Apa mahu jadi ni???
Dewan Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial (Facebook) milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang yang ugut bunuh tu tak fikir ke dosa pahala?

Orang tu tak takut ke dengan hukum dunia akhirat?

Dah cukup berani ke dengan azab Allah swt? Tahan sakit ke? Orang tu immortal sangat ke?

Mahu bunuh ulama terkemuka tu! Tok Guru tu!


Pengugut dikatakan telah menulis, "Belum lengkap lagi sbb (sebab) sekor (seekor) lagi barua x (tidak) mati iaitu nik aziz. Tggu (tunggu) aku p (pergi) bunuh nik aziz dulu baru lengkap. Setan tu x layak duk kt (dalam) muka bumi ini lagi.

"Senang bunuh org (orang), tikam je, aku snggup (sanggup) dihukum gantung jika aku dpt (dapat) bunuh nik aziz al dajjal tu."

Bodoh piang. Kata pengugut, tak takut (sanggup) di hukum gantung. Tapi hal ini mula kecoh di Facebook, akaun pengugut sudah tidak aktif! Celaka. Cakap je pandai. Aku tak boleh dowh dengar cerita pasal bunuh-bunuh ni. Apa.. ingat negara kita senang-senang je nak bunuh-bunuh orang? Apa.. ingat tak berdosa ke bunuh orang? Apa.. dah cukup kuat@besar kepala sangat ke kau tu nak bunuh orang?

Sejahat-jahat aku la kan.. tak sanggup aku bunuh pemimpin agama. Tak kira la sesiapa pun. Jangan kata bunuh, nak maki hina pun takut! Tak kira la sesiapa pun. Najib ke Nik Aziz ke. Mereka pemimpin. Kita yang undi dia. Buat apa kita nak besar-besar kepala ugut-ugut diorang?

Sudahlah.

Jangan biarkan orang barat cop lagi negara kita sebagai 'negara pembunuh'! Cukup, cukuplah!

Kepada pengugut yang bernama "Mohd Safuan Mohd Hilmi" (jika sahih nama orang ini), bertaubatlah. Jangan kerana politik, kita jadi jahil sampai sanggup membunuh! Ingat sikit Maha Pencipta!

Petikan dari Syahadat Tokku Paloh:

"Ialah Tuhan yang menjadi Ia akan segala makhluk yang 'ulvi-Nya dan syufli-Nya lagi ketunggalan Ia pada mengadakan dan mentiadakan dengan kekerasan takluk qudrat dan iradat-Nya maka terserahlah segala kainat ini semuanya pada bawah perintah-Nya dan tiadalah jenis 'itirat bagi seorang jua pun akan kehendak-Nya"

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
6 Comments


6 Orang Kentut Madu:

hazeleyed lady said... [Reply]

Ass-salam sis
...ini lah jadinya generasi yang celaru...
berkiblat kepada nafsu...
yang fasiq disanjung...
alim ulama dicaci keji...malah dipandang tanpa nilai...
Haruskah kita berdiam diri pada masalah dan budaya kurang ajar ini...

dayah said... [Reply]

tadek sopam.


menakutkan isu berita malaysiakini.
xsempat jenguk brita. rugih.
ku doakan benda jahat dijauh2kan.
manusia sekarang xada hati budi pekerti mulia, berani2 ugut tok guru~

hasni said... [Reply]

gila btl
ni la masalah nya bila terlalu taksub dgn politik
smpai ulama agama sendiri pon tak dikenali
dunia kahr zaman
ulama dipinggirkan

FaTiN said... [Reply]

ni memang benci benar kat tok guru. x patut la macam ni sbnrnya. x baik. btw, heran la, camne komen2 kita kat fb orang jumpa ek. kan ada bykkkkkkkkkk profile.heheee

Siti Fatimah Nabihah said... [Reply]

bodoh tul manusia tuh.. mau jer bunuh dia balik. hahaha.. xptut tul haiz..

Aduka said... [Reply]

petanda dunia di akhir zaman..
T_T

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger