Kucing berekor panjang namanya Cot. Kucing yang berekor pendek dan kementot pula bernama Tam. Cot dan Tam adalah sepasang kucing yang sudah setahun bersama. Dari cerita yang lepas, Cot tidak berjaya untuk menangkap ikan yang dihajati. Sekarang dia mengajak Tam untuk membantu usahanya tangkap ikan kembali.
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
Jawab Tam, "Boleh! Di mana ada kemahuan, di situ ada highway!"
"Macam mana Cot? Aku takutlah," kata Tam. Seberani-berani Tam, dia juga sebenarnya takut jika tuan empunya ikan dan akuarium datang. Tentunya mereka berdua dibelasah teruk oleh tuan si ikan dan akuarium.
"Kau tengok sajalah. Tak usah takut. Aku ada satu skill hebat yang akan aku tunjukkan pada kau. Lihat, ya?" kata Cot dengan begitu yakin sekali.
"Kali ini confirm kita berdua akan merasa ikan fresh dari ladang!" kata Cot. Dia menyeringai seperti hantu.
"Jaga-jaga, Cot!" jerit Tam. Namun suaranya tenggelam di tenggolok. Takut-takut jeritannya di dengari oleh tuan empunya si ikan dan akuarium.
Seperti di sampuk syaitan, Cot melompat tinggi melepasi akuarium. Dan.. kkeeccebbuuurrrr!!
Cot jatuh ke dalam akuarium dan dia meronta-ronta. Badan Cot rasakan sejuk kerana terkena air yang banyak di dalam akuarium itu.
"Tolong! Tolong!" jerit Cot.
Akibat jatuhnya Cot ke dalam akurium, air yang ada di dalamnya terpercik keluar bersama-sama ikan. Ikan itu jatuh di atas lantai dan menggelupur.
Dengan sepantas kilat, Tam menggigit ikan itu hingga mati. Tam menggonggong ikan yang mati itu dengan mulutnya.
"Refeki!" tempik Tam.
Cot ditinggalkan oleh Tam terkapai-kapai hampir kelemasan di dalam akuarium. Tam berlalu pergi dengan ikan dimulutnya.
Kasihan Cot.
Episod 2 - Cot Dan Tam : Hantu Gua