Ads: (Please Click!)

Wednesday, June 02, 2010

P1 Dan Perkahwinan. Rindu Aku?


Sekadar gambar hiasan

Rasanya macam hampir 2 minggu aku menghilang, kan? Ada yang rindu ke tak ni? Haha. Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf kepada semua kawan-kawan di blog. Ini bukan kes sengaja mahupun disengajakan untuk aku meninggalkan dunia berblogging dan ber-Facebook. Bukan. Ada hal penting dan hal yang tak dapat dielakkan sebenarnya.

Hari Sabtu yang lepas, iaitu pada 29hb Mei ini adalah tanggal kakakku melangsungkan perkahwinannya. Hari bersejarah dalam seumur hidup dia yang jika selama ini kakak aku itu hanya 'terpenjara' di rumah selama 31 tahun. Alhamdulillah, demi kakak aku yang terakhir dalam keluarga, aku bertungkus lumus dalam membantu melancarkan aturcara walimatul urusnya. Alhamdulillah juga, dosa dan pahalanya tidak lagi ditanggung sepenuhnya oleh ayah aku. Kini milik suaminya, abang ipar aku. Hehe.

Sepeninggalan aku di dunia blog ini juga adalah disebabkan oleh P1. Kali ini sudah termasuk 2 kali adik aku tidak bayar. Komputernya pula sekejap bernyawa, sekejap tidak. Dihidupkan kemudian dalam beberapa minit, ia mati secara automatis. Begitu sadis. Taip beberapa perenggan untuk artikel, kemudian terbantut dek monitor komputer terpadam.

Adakah ini salah satu petanda supaya aku mengambil alih P1 adik aku itu?

Adakah ini salah satu petanda supaya aku memiliki laptop aku sendiri?

Sepeninggalan aku juga dilihat blog aku ini sedikit hambar dan sunyi. Maklumlah, tiada update. Namun mujurlah perasaan addict tu tiada dalam jiwa. Selama itu juga, tiada perasaan mahu menjenguk. Entah kenapa. Walaupun begitu, cerpen 'Milik Siapa' akan menemui anda yang sekian lama menunggu sambungannya akan diterbit dua tiga hari lagi. Plotnya sudah siap lama, cuma kesulitan P1, walimatul urus kakak aku, dan masa adalah penyebab untuk aku tidak dapat berbuat demikian.
Ingin ubah banner dan template blog. Tapi tiada idea.


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
12 Comments


12 Orang Kentut Madu:

farahfatihah said... [Reply]

oo patutla lama x update

Sufi Asri said... [Reply]

ooo..

anyway aku menanti cerpen ko yg terbantu tue.. jgn lupa update k? ahhaha

Aduka said... [Reply]

farahfatihah:
lepas ni update slow2..
=)

Aduka said... [Reply]

zoro:
ok.. tunggu je.. esok lusa adalah..
=)

hans said... [Reply]

patutlah lama xonline
busy kakak ekau kahwin rupanya bro

Farazila said... [Reply]

yeap..patut tukar banner....pastu letak katun stitch yea..
hihihih...joke jer...

dayah said... [Reply]

terpenjara 31 thn?
selamat pengantin baru.....akakk latip

akakmu ada belogx :D
sambung cerita cerpen

Ann said... [Reply]

eh jap ko pun kene tggung sama kan dosa akak ko kan... :P

tahniah dpt abg ipar

violetless said... [Reply]

tahniah dapat abg ipar jugak...ilang dah tanggungan ko kan latip..

Linglung said... [Reply]

sampaikan ucapan slmt pengantin baru kepada kakak lu.. :))

Ivy Metaga said... [Reply]

eee..samalah kita menghilang heheehe, ingatkan aduka yang kawen tadi, selamat pengantin baru dengan kakak ipar ehhh silap..kakak aduka hehe...

Yatre Hayati said... [Reply]

wah selamat pengantin baru untuk kakak anda !

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger