Bagi menyahut cabaran contest DH, aku bermula bertungkus lumus dalam mengejar referrer tertinggi. Iaitu cara memenangi hadiah contest tersebut dengan cara pertama. Namun, aku rasakan mustahil dengan trafik blog aku yang sangat rendah. Maklumlah, blog tidak popular. Maka aku terpaksa menyahut cabaran dengan mengambil cara kedua. Iaitu pengomen pertama tertinggi. Sejak dua hari lepas, barulah aku perasan aku sudah ketinggalan amat jauh. Sebelum ini pun, sudah ada pemenangnya bagi bulan April. Mungkin bulan Mei ini aku akan usahakannya untuk merampas takhta nombor satu!
Setakat bulan Mei ini, inilah hasil usaha aku;
Tersenarai dalam carta 10 tertinggi, aku nombor satu! Tahniah untuk diri sendiri. Hehe.
Sebenarnya, tidaklah susah untuk mencapai tahap sebegitu. Untuk kali pertama, aku mengambil masa selama 2 jam. Kemudian keesokkan harinya pula, aku mengambil masa 2 jam lagi. Barulah aku mencapai setahap itu. Jika aku usahakan lebih daripada masa tersebut, tidak mustahil aku menjuarai carta. Ditambah pula jika aku menggunakan Streamyx. Laju. Tapi aku tidak. Aku hanya menggunakan P1 W1max sahaja. Okey jugalah daripada tiada langsung. Malangnya, aku bukan taksub sangat untuk mengadap komputer dan internet sepanjang masa. Masih ada kerja dan tanggungjawab yang perlu aku jalankan secara rutin setiap hari.