Ads: (Please Click!)

Monday, March 09, 2009

Mereka Biadap!


Salam semua.. sempena Maulidurrasul ni, sama2 lah kita berselawat dan puji2an ke atas penghulu agama kita, nabi junjungan kita, Muhammad SAW..

tahukah anda, sudah mencapai tahun hijiriah yg ke 1430H ini, masih terdapat sebilangan umat islam kita sendiri masih lalai dan masih tidak ambil peduli pada tarikh kebesaran ini?

menjawab kepada persoalan di atas, aku ada pengalaman aku sendiri pada hari ini.. pengalaman ni takkan aku lupakan sampai bila2..

pada awalnya, aku merancang nak balik kampung sempena sambutan maulidurrasul ni.. apakan daya, ada sedikit masalah yg aku sendri tak dapat nak elakkan.. maka cuti selama 3 hari ni, terpaksa aku habiskan di Kuala Lumpur saja.. sedih tu ada la gak tp terpaksa.. rindu aku dengan family aku tahan.. rindu aku dengan sambutan rutin maulidurrasul di Kuala Terengganu, Dungun, dan Kemaman terpaksa aku tahan.. terngiang-ngiang alunan puji-pujian ke atas Rasulullah SAW di telinga aku.. miss lagi aku sambutan maulidurrasul utk tahun ni.. cedey..

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

untuk meluangkan masa, aku pun menelefon kawan lama aku.. kami saling rapat sejak di bangku sekolah lagi.. bak kata, kamcing giler la.. oleh kerana dah bertahun-tahun tak bersua, maka aku menyusun masa utk bertemu dengannya.. jadi tadi tepat pkul 2 petang, aku sampai di Mid Valley.. setelah sekian lama menunggu, kami pun berjumpa.. kesian kawan aku ni.. termengah-mengah.. maklum la.. dia duk jauh, Puchong.. datang pun dengan train.. so, alang2 tu, aku pun treat dia utk lunch.. kebetulan aku pun masa tu blom lunch lagi.. selama masa berikutnya, kami menghabiskan masa bersembang, bertanya khabar, bercerita tentang perkembangan terkini, tentang kerjaya dan sebagainya..

selepas tu, kami ronda2 sekitar Mid Valley.. di setiap kedai kami 'geledah'.. especially kedai kasut dan kedai baju.. tempat favorite aku, tp tak beli apa2 pun.. takde duit, gaji blom masyuk lagi.. hehehe.. penat meronda, aku pun suggest kat kawan aku ni utk lepak kat Cosmic Bowling (not sure la.. lebih kurang gitu la namanya..) kami lepak sambil bersembang walaupun takde topik yang kami sembang sebabnya asyik duk gelak tengok org maen boling.. ada yg tertonggeng terduduk pun ada.. aku rasa lebih teruk pemain kat situ berbanding pemain di Stadium Sultan Zainal Abidin.. less sangat nampak org terror2 maen kat situ.. hm.. aku fikir maybe kebetulan tak jumpa lagi kot..

maybe korg dah tau boling kat Mid Valley ni mmg seperti pub kan..? dengan gelapnya.. dengan lampu lip lap lip lapnya.. dengan segala jenih orang ade kat dalam ni.. crowded.. maklum la hari cuti.. maka segala jenih makhluk la duk dalam ni.. tempat gelap takde sape nak peduli ape yg korg buat.. dengan keadaan dan suasana camni, maka ada la 'jembalang2' yg tak reti dan bleh dikatakan 'biadap', membuat maksiat di depan mata kami tanpa segan silu.. astaghafirullah.. terdetik dihati aku, "KL bukan tempat aku.. tempat ni bukan utk aku.."

aku bertanya kpd kawan aku, "Azmir.. org tu melayu ke cina?"

"Entah la.. nampak cam melayu je tu.. tengok..", kata kawan aku sambil menunding jari ke arah salah 'seekor jembalang betina' kat situ..

korg agak2 apa yg jembalang betina tu buat? si jembalang2 ni tanpa segan silu memeluk dan bercium depan mata kami.. walopun gelap, tapi jika korg duduk lama kat dalam sekalipun, lama2 korg akan nampak gak ape jua makluk kat dalam tu buat.. aku amati jembalang2 tu.. memang sah melayu! si jembalang betina duduk di atas riba si jembalang jantan.. makin lama makin galak.. cubit sana sini.. berpelukan dan bercium.. aduh..! kami dah tak sanggup nak tengok, lantas kami beralih meja..

tapi.. tuhan nak tunjuk di depan mata kami.. tak sampai beberapa minit kami beralih tempat duduk, kami ternampak pula 'hantu2' duk bergalak.. aku terfikir sejenak, "mungkin tempat ni tempat di mana kaum kerabat hantu dan jembalang berkumpul dan mengambil kesempatan membuat maksiat kot.."

hantu2 tu membuat perkara yg sama seperti jembalang2 tadi.. si hantu betina duduk di atas riba si hantu jantan.. sebelum ni jembalang betina lebih galak, tp kali ni hantu jantan pula lebih galak.. si hantu jantan ni mencium pipi si hantu betina berulang kali.. di laga-lagakan pipi berulang kali.. si hantu betina ni melayan.. lantas hantu betina berdiri setentang dengan hantu jantan.. sekali hantu betina memaut tangan hantu jantan.. masa tu la aku ternampak tangan si hantu jantan memegang alur punggung si hantu betina.. astaghafirullah al 'azim.. moga Allah SWT laknati perbuatan mereka!

aku sedih dan kecewa tengok melayu kita sekarang.. nama saja 'bin' dan 'binti'.. tetapi makna islam, makna agama, langsung diperkotak-katikkan.. aku tak tahan duk dalam pusat boling tu, lantas aku pun mengajak kawan aku tu pergi menunaikan solat asar..

itu baru dua kes yg berlaku di depan mata aku.. kat lain? masa lain? hari lain? macam mana? absolutely... FOUL!!! yg menyedihkan aku, si hantu betina tadi ckup lengkap bertudung memakai baju lengan panjang menutupi aurat.. tapi............ yg jembalang betina td tu toksah cakap la sebab tudung pun tak pakai!

memang biadap mereka2 si hantu dan si jembalang tu.. beginikah caranya mereka2 ni sambut maulidurrasul, hari kebesaran nabi junjungan, nabi sekalian alam??? org lain duk sibuk2 berarak mendendang alunan selawat ke atas nabi.. yg kau; si makhluk2 tak reti adab dan takde maruah duk sibuk2 buat maksiat buat dosa! neraka la tempat korg..!

maaflah.. niat aku asalnya nak menghabiskan masa menunggu masuknya waktu asar.. so tunggu sebentar tengok layan org maen boling.. tak sangka bleh jadi camni.. lagipun KL ni bukan tempat aku, so aku tak tau sangat nak pegi mana.. tahu pun Mid Valley.. KLCC ke ape ke aku tak tahu nak pegi camne.. jauh dari kondo aku.. ya.. aku mmg jakun KL.. lantak la korg nak kata aku ni ape.. yg nyata; KL is not my place! baik duk Terengganu lagi best.. nak tengok benda2 camtu susah sangat di tempat khalayak ramai.. alhamdulillah la.. less la makhluk2 biadap di Terengganu.. bukannya takde langsung, tp less.. kalu kebetulan tengok pun just simple duk berdua-duaan.. tu pun org dah kutuk maki hamun macam2 bila tengok keadaan camtu..

melayu ke? islam ke? mereka ni.. BIADAP!!!

ni ke melayu yg kita duk BANGGA-BANGGA sangat tu?!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
5 Comments


5 Orang Kentut Madu:

Kapten Luffy said... [Reply]

hm... belum pegi taman KLCC waktu cuti2 petang hari... PUBLIC AREA orang lalu lalang... banyak hantu kat sana

Aduka said... [Reply]

kapten: yeke.. sorry la.. keadaan cenggitu aku tak bese.. aku berdoa byk2 kat allah swt, elak bende tu berlaku kat aku dan dpn mata aku selama ni.. tak sangka tuhan nak tunjuk kat KL ni.. ramainye ye org cenggini di KL.. sblom ni dengar2 citer je..

Fyzue said... [Reply]

entahla..susah nk kate ngan peel bebudak skang..dh xtau dosa pahala (tau pn wt xtahu jer)...minta2 ALLAH bukakan hati depa ni..

cebisan harapan said... [Reply]

mohon dijauhkan diri dr perbuatan yg sebegitu..

Aduka said... [Reply]

fyzue: tu tandanya iman dalam diri mereka2 adalah rendah dan lemah.. tu tundingan jari kpd mereka.. kepada kita? sempurna sgt kah?

cebisan harapan: amin.. kuatkan iman, cekalkan hati, dan berdoa agar allah sisihkan kita dari segala perbuatan maksiat.. wallahua'lam..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger