Ads: (Please Click!)

Thursday, March 19, 2009

Cinta pandang pertama


tajuk pun cam gempak je kan..? hahaha.. entah kenapa malam ini terdetik hati aku untuk menulis entry jiwang sebegini.. bukannya apa.. bila baca balik komen-komen pelawat untuk entry 'i fall in love' pada baru-baru ini, ingin juga aku menceritakan pengalaman silam aku pada suatu masa dahulu.. saje je nak kongsi-kongsi cerita.. best ke tak, tak tahu lah.. drop la komen korang ya..

ya.. aku tidak nafikan aku pernah jatuh cinta pandang pertama.. pertama kali adalah pada tahun 2003.. melihatkan tingkah laku dan raut wajah yang bersih lagi cantik membuatkan aku betul-betul jatuh hati terhadap seorang gadis yang sekolej dengan aku.. walaupun kami berlainan kelas, namun setiap masa dan setiap waktu, wajahnya akan sentiasa bermain di mata dan menjengah di dalam kotak pemikiran.. sehinggalah pada suatu masa aku mencuri lihat si gadis setiap kali kelas hendak bermula.. kemaruk hendak bercinta, tetapi malu hendak diluahkan.. hampir sebulan menaruh hati, tetapi aku tidak berusaha beranikan diri untuk mengajaknya bertemu.. sebelumnya aku jarang sekali berpeluang menatap wajah bersih si gadis setelah kelas aku diasingkan dari blok bangunan yang lain..

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

masih aku ingat di waktu itu, aku berjanji dengan rakan sekelas untuk membuat ulangkaji pelajaran di taman.. dijadikan cerita, aku tiba lewat di taman.. maka, aku curi-curi peluang menghubungi si gadis dengan menggunakan pondok telefon kolej.. sebelumnya aku ambil nombor telefon si gadis daripada salah seorang rakan si gadis yang jua aku kenali.. itu pun sesudah puas memujuk rayu.. hajat menghubungi si gadis adalah memenuhi hajat aku yang telah dipendam sekian lama; mengajaknya keluar dan bertemu.. panggilan pertama tidak dijawab.. aku usaha lagi.. akhirnya terjawab..

"siapa ni?", tanya si gadis..

"er.. admire awak..", jawab aku ringkas dan berterus terang.. di masa itu, hati aku berdegup kencang..

"admire? siapa? jangan la main-main..", balas si gadis..

"saya nak cakap nama pun saya takut awak tak kenal saya.."

"cakap je la.. siapa?"

"latip.. budak DTM..", balas aku.. aku betul-betul tawakkal..

"oh awak..! eh, macam mana awak dapat nombor handphone saya ya?".. jawapan si gadis membuatkan aku betul-betul tersentak.. eh? dia kenal aku?

"eh? awak kenal saya ke?", tanya aku dengan suara sedikit meninggi akibat terkejut.. ye la.. aku ni bukan popular sangat sewaktu di kolej..

"ye lah.. nama awak kan famous dikalangan budak-budak DTM.."

"eh? mana ada.. nak famous macam mana.. saya bukannya macam KP (Ketua Pelajar) tu..", jawab aku..

"bukan pasal tu lah.. nama awak ada pada carta kat pintu lecturer.. awak tak tahu ke?", soal si gadis lembut..

"hah? kenapa?", tanya ku ingin tahu.. aku dah mula cuak.. takut gak la kan kot la nama aku naik di kalangan lecturer disebabkan kesalahan disiplin ke apa ke..

"isk awak ni.. diri sendiri pun tak tahu.. camni, esok awak sendiri pergi tengok.. saya nak tidur lah.. esok ada kelas pukul 8.30.. ok ya awak.. bye.."

belum puas aku bercakap, si gadis dah putuskan panggilan.. dah la kurang dari 10 minit bercakap.. tak mengapalah.. lagipun masa tidak sesuai aku menghubunginya.. lain kali lah aku mencuba nasib lagi, fikirku.. dengan ada sifat ingin tahu, keesokkannya aku terus pergi ke bilik lecturer.. ya.. terpampang nama aku di pintu.. sebabnya..? biarlah aku seorang yang tahu..

pada hari itu, kelas aku di sebelah petang.. seharian aku tidak lihat kelibat si gadis.. aku mula teringat dan terbayang wajah si gadis, lantas dari kenangan menjadi rindu.. masih terngiang-ngiang suara lembut si gadis di gegendang telinga aku..

setelah beberapa hari tidak ketemu dan terlampau rindu, aku cuba menghubungi si gadis.. namun aku hanya mengeluh panjang apabila nombor yang aku hubungi langsung tidak dapat dihubungi.. terus saja masuk ke voice-mail.. sehinggalah aku mengetahui dari rakan si gadis.. mereka mengatakan si gadis telah berpindah ke Sabah dan menyambung pengajiannya di sana.. rakan-rakannya juga tidak dapat menghubungi si gadis.. aku pulang ke hostel dengan hati yang duka.. belum pun sempat hati suka diluahkan.. sempat dahulu si burung lari dari sangkar..

bak kata pepatah, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'.. begitulah yang terjadi pada aku.. pada masa tu ada perempuan meminati aku, tetapi disebabkan si gadis itu, aku tidak memperdulikan perempuan yang meminati aku itu.. setelah si gadis membawa diri ke Sabah, aku cuba mencari cinta baru.. ingin membalas minat si gadis kedua, namun si gadis kedua pula bertukar kolej!

itulah salah satu cerita 'cinta pandang pertama' aku sewaktu masa dahulu.. ada lagi ke? ya.. masih ada.. nantikan sambungannya.. hahaha.. macam boleh buat drama aje..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
5 Comments


5 Orang Kentut Madu:

AHMADSUFI6177 said... [Reply]

mmg boleh buat darama la... haha.. best2.. aku xsabar tunggu cerita sambungan.. =)

fafaz said... [Reply]

wahaaaa...
xpe2..
pertama kali xdpt,
kedua mungkin dpt kowt..
kan2?

heee..

Monkey D Luffy said... [Reply]

uwaaaaaa.... sedih ni... takper... jom kita carik kat sabah... :)

aDuKa イスラム教 said... [Reply]

sufi: bisa diatuurrrrr.. =P

fafaz: aminnnn... =)

kapten: jauhnyeee.. amik yg dekat sudaaa.. =P

masviona said... [Reply]

alahai sadisnya memory cinta pandang pertam tuh....huhuhu

Dah ketemu pengganti belom?

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger