Ads: (Please Click!)

Friday, March 27, 2009

Setuju?


aku terjumpa ayat ni dalam tenet..

"kiter buat baik 1000 kali, hampeh..! takde orang ingat kiter pon.. tapi bila kiter wat jahat 1 kali, orang ingat kite sampai mam**s! silap-silap masuk buku sejarah lagi!"

**********

fuhh..! sejak dua menjak ni aku asyik je mengimbau kenangan lama.. nak-nak bila ade something berlaku depan mata aku sekarang ni.. tapi kali ni, input dia lain sikit.. baru je beberapa minit yang lalu, aku surfing internet, mencari artikel yang best untuk dibaca selepas bertungkus lumus kepalaotak berfikir pasal kerja yang tertunggak 3 hari! untuk menghilangkan tekanan, aku pun cari lah sumber-sumber bacaan yang seronok dibaca.. tup-tup terjumpa ayat di atas di dalam satu social networking punya site.. mak ai.. marah betul orang itu..

Klik spoiler ini untuk meneruskan pembacaan..

bila difikirkan balik, kata-kata tu ada benarnya.. biasalah, manusia.. sudah diberi petis, nak peha.. sudah madunya diambil, sepahnya dibuang.. kelebihan dipandang, kelemahan dikutuk! manusia jongos ni pantang dibuat baik, mulalah diambilnya kesempatan ke atas kita! lahabau..

tahun 1997.. sewaktu tu, aku dilabel sebagai seorang pelajar yang bermasalah.. segala masalah disiplin 'disapu bersih' oleh aku.. nama aku ibarat catatan diari di dalam buku rekod disiplin sekolah.. pelbagai kesalahan aku penah buat.. bergaduh, vandalisme, rambut panjang, melawan cikgu, ponteng, semuanya seperti kebiasaan bagi aku.. tapi semua cari pasal dengan lelaki aje.. perempuan aku anti.. (masa tu je la..cover2..) nak plak aku ni suka kumpul geng.. macam kongsi gelap plak.. walaupun aku bukan ketua ke apa, tapi setiap kali ada kes di sekolah, confirm nama-nama geng aku diumum (lebih tepat sekali; dituduh walaupun geng-geng aku tak buat..) semasa hari perhimpunan.. siasat idak ape idak, tup-tup tuduh je geng aku yang buat.. bongek je pengetua aku time tuh!

oleh kerana terlampau 'famous', semua pelajar especially girls benci kat geng aku, termasuk aku.. ada sorg pengawas pompuan ni memang anti giler kat aku.. F*** nama dia.. (F*ck? hahaha.. tidak, tidak.. itu lain maksudnya..) setiap kali bertentang ngan aku, sure nak cari kesalahan aku even kesalahan kecil.. nama aku ditulis dalam buku kesalahan kecilnya.. amatlah jahat dan kejinya aku ni.. tak apalah.. aku pun malas nak amik port pasal pengawas tu pada waktu itu.. oleh kerana sikap aku yang tak amik port kat pengawas tu, penah la terjadi kes gaduh besar dalam sekolah aku.. tapi aku tak terlibat.. geng-geng aku pun tak terlibat.. kes gaduh antara geng cina sekolah sebelah ngan sekolah aku.. kalau diikutkan kes, budak melayu senior yang cari pasal dulu.. tapi oleh kerana 'ke-kaliber-an' pengawas pompuan tu, nama aku dan geng-geng aku 'dipetik'.. korang tau ke erti 'dipetik'? maksudnya, lebih kurang cam 'diuar-uarkan' la.. aku sewaktu tu, memang tak tahu menahu pasal kes gaduh tu.. tiba-tiba kami dihukum.. sebat 100x! haha.. takde la.. tapi memang kena sebat la.. berapa kali, aku dah lupa..

oleh kerana pengawas pompuan tu senior aku, tahun berikutnya, 1998, dia dah tamat zaman persekolahan.. (get lost!) so takde la aku turun naik bilik PKHEM lagi..

pada tahun 2000, aku menjadi insaf.. geng-geng aku kebanyakkan dah kena buang sekolah.. ada gak yang berpindah.. maka, bilangan ahli geng aku menjadi kecil.. pada tahun tu juga, aku menjadi silent boy.. geng-geng aku, aku tinggalkan.. aku buat hal aku sendiri sehinggakan geng-geng seangkatan takleh masuk kepala ngan aku.. jadi mereka buat hal mereka sendiri..

bila dah dilabel pelajar bermasalah, buat baik macam mana pun, takde gunanya.. takde pun orang nak hargai.. jangankan kata pelajar, cikgu pun benci.. suatu hari, ada seorang cikgu ni tengah memunggah buku dari pejabat ke bilik stor.. buku banyak dan kebetulan aku ada di situ.. niat aku baik untuk membantu cikgu.. tapi aku dihalang oleh cikgu tersebut, "eh tak payah susah-susah! cikgu boleh buat sendiri.. apa kamu buat kat sini? ponteng kelas?!"

aku yang pada mulanya happy, bertukar jadi bad mood.. "cis! celaka punya cikgu! orang nak tolong dia..!", bisik aku dalam hati.. tanpa pedulikan cikgu tu, aku terus je blah..

satu lagi situasi.. waktu tu aku termenung di dalam kelas.. tiba-tiba cikgu datang dan panggil beberapa orang lelaki dalam kelas aku.. nak minta tolong ape ntah, aku lupa.. oleh kerana lelaki hanya ada 5 orang, maka yang dipanggil hanya 4.. aku ni tak dipanggil.. seolah-olah tunggul kayu atau batu dijalanan.. time tu aku betul-betul terasa.. menusuk kalbu beb bila dilayan sebegitu.. semua girls dalam kelas memandang-mandang je kat aku.. ada mata-mata kasihan, ada mata-mata membenci.. mujurlah di pengakhiran tahun, aku mengenali A**.. kewujudan A** membuatkan aku betul-betul berubah.. ops..! takmo citer ek pasal ni.. dah diceritakan sebelum ini.. klik SINI kalau nak tahu..

walaupun dulunya aku buat 'jahat' berkali-kali, namun memakan tahun orang membenci aku.. tapi bila aku berubah baik dan pendiam, orang pula tidak menghargai akan perubahan aku.. betapa 'celakanya' aku rasa sepanjang tahun 1997 hingga 2000.. 3 tahun orang membenci.. walhal orang yang membenci aku itu rata-ratanya aku tak cari pasal atau buat salah pun pada mereka-mereka semua! aku tamat sekolah akhir tahun 2001.. kerana sepucuk surat, aku berubah.. dan kini, aku tetap aku............

kata-kata kat atas tadi tu, aku sokong 100%!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

Nem0 o0h Nem0 said... [Reply]

mmg betul pun kata2 tu..
biasa la manusia kn mane de yg perfect..
tp kalo seseorg tu da berubh masih trs d hukum,tu tak adil..
nk wat cmne kn,lumrah da mmg camtu..ermm..

fzalah said... [Reply]

ayat ats skali tu bkn nk ckp la..mmg btl pun..huhuw dh penh ase,

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger