Ads: (Please Click!)

Thursday, May 06, 2010

DenaiHati: Misi Komen Terbanyak


Sejak ia dilancarkan pada 10 April 2010, dan aku hanya menyertainya pada 21 April 2010 (11 hari lewat), kerancakan di blog DenaiHati (DH) semakin hangat. Lihat di sana sejak contest dari DH dilancarkan, semakin ramai yang cuba menyertai dan mengambil bahagian untuk memenangi hadiah yang cukup menarik yang ditawarkan. Aku yang follow blog beliau perasan yang sejak contest ini dilancar, jika ada satu saja artikel baru yang diterbitkan, pasti ruangan komen bagi artikel tersebut mencecah ratusan komen dalam satu hari! Hebat, bukan?

Bagi menyahut cabaran contest DH, aku bermula bertungkus lumus dalam mengejar referrer tertinggi. Iaitu cara memenangi hadiah contest tersebut dengan cara pertama. Namun, aku rasakan mustahil dengan trafik blog aku yang sangat rendah. Maklumlah, blog tidak popular. Maka aku terpaksa menyahut cabaran dengan mengambil cara kedua. Iaitu pengomen pertama tertinggi. Sejak dua hari lepas, barulah aku perasan aku sudah ketinggalan amat jauh. Sebelum ini pun, sudah ada pemenangnya bagi bulan April. Mungkin bulan Mei ini aku akan usahakannya untuk merampas takhta nombor satu!

Setakat bulan Mei ini, inilah hasil usaha aku;


Tersenarai dalam carta 10 tertinggi, aku nombor satu! Tahniah untuk diri sendiri. Hehe.

Sebenarnya, tidaklah susah untuk mencapai tahap sebegitu. Untuk kali pertama, aku mengambil masa selama 2 jam. Kemudian keesokkan harinya pula, aku mengambil masa 2 jam lagi. Barulah aku mencapai setahap itu. Jika aku usahakan lebih daripada masa tersebut, tidak mustahil aku menjuarai carta. Ditambah pula jika aku menggunakan Streamyx. Laju. Tapi aku tidak. Aku hanya menggunakan P1 W1max sahaja. Okey jugalah daripada tiada langsung. Malangnya, aku bukan taksub sangat untuk mengadap komputer dan internet sepanjang masa. Masih ada kerja dan tanggungjawab yang perlu aku jalankan secara rutin setiap hari.


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
12 Comments


12 Orang Kentut Madu:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said... [Reply]

usaha lif kejayaan

=)

Jieda said... [Reply]

semoga berjaya

admin said... [Reply]

Wa... siap ada entri lagi tu.. anyway, thanks sebab jenguk dan bagi comment.. tak per, kira nak berpindah dah dari blogspot ke wordpress. sekarang tengah berusaha nak codekan semua benda tu.. harap2 by next week dah siap semua kerja..

cikmin said... [Reply]

hahaha..patut la kerja ko reply mesej cikmin kat DH tu.. :P

Anonymous said... [Reply]

komen terbanyak besar gak ker hadiah?? wah wah wah

Farazila said... [Reply]

tru ur best k...
good luck

Adziim said... [Reply]

Good Luck untuk kau. Rajin berusaha mesti dapat r hadiah.

abigemok said... [Reply]

mcm leh menang je tu kalau mcm tu. gud lak! :D nanti menang lappy tu pinjam ek? hehe

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

perghhhhhhh

meh komen yg l0lly nye lak :P

Unknown said... [Reply]

dapat hadiah nanti, kongsi kongsi la. hehe :)

WanitaMustanir said... [Reply]

bolehlah bagi lappy aduka yg lame kat saya.. hehehe =P

Amirah Rashid said... [Reply]

mak aiiiiii. 800! :O

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger