Ads: (Please Click!)

Tuesday, March 23, 2010

Rindu Pada Arwah


Sebenarnya aku paling tidak suka menulis artikel yang ada unsur-unsur emosi diri sendiri. Sebagai contoh, frust kerana putus cinta, sakit hati dengan seseorang, rindu dengan seseorang, dan sebagainya. Walaupun begitu, jika 'kadang-kadang', atau 'jarang-jarang' tidak mengapa, kan?

Mungkin artikel atau cerita ini ada sedikit unsur emosi dari aku sekarang. Maaf, ya.

Senyum :)

* * * * * * * * * *

"Nah. Makanlah," kata Tok Wan. Dia menghulurkan semangkuk bubur kepadaku di atas meja. Aku duduk merenung bubur yang sedang berwap panas yang galak menerpa ke mukaku. Aku mengibas-ngibas wap panas itu dengan tanganku.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

"Panas la, Tok Wan," kataku dengan suara yang manja.

"Panas? Meh Tok Wan tiup bagi sejuk," kata Tok Wan. Dia mengambil kembali bubur yang ada di hadapanku. Langsung dia meniup-niup bubur tersebut. Aku lihat bibir Tok Wan yang sudah berkedut dimamah usia itu. Muncung berkali-kali kerana meniup wap panas bubur agar segera sejuk. Aku lihat tangan Tok Wan kurus dan berurat.

"Tok Wan makin kurus la. Dulu gemuk. Tengok gambar Tok Wan dulu-dulu, gemuk," tegurku. Tok Wan senyum dan terus ketawa. Dia melakar senyum. Bibirnya sedikit membuka dan menampakkan gusinya yang tidak bergigi lagi.

"Tok Wan dah tua. Sakit pula makin menjadi-jadi," balas Tok Wan. "Lepas ni Tok Wan takde dah," sambungya lagi. Tok Wan kembali meniup buburku yang panas tadi. Mukanya dibuat selamba.

Aku yang mendengar katanya tadi tiba-tiba merasa hiba. Mataku tiba-tiba bergenang. Lantas aku memeluk Tok Wan. Aku dakapnya dengan begitu erat. Aku meraung sepuas hatiku.

"Tak nak! Latip sayang Tok Wan! Kalau Tok Wan takde, siapa lagi nak gorengkan keropok? Siapa lagi nak buatkan bubur?" raungku. Air mata mencurah-curah membasahi bajuku dan baju Tok Wan.

Tok Wan mengusap-usap kepalaku dengan lembut seraya berkata, "Tok Wan takde nanti doa-doalah banyak-banyak untuk Tok Wan dan Tok Ki ya."

Aku bingkas bangkit. Aku lap pipiku yang basah dengan belakang tangan. Aku beristighfar berkali-kali. Entah kenapa aku teresak-esak di dalam kegelapan. Keseorangan.

* * * * * * * * * *

Sebenarnya jarang sangat aku bermimpi kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Mungkin aku rapat dengan Tok Wan dan timbul rasa rindu, aku bermimpikan arwah.

Memang.

Aku amat rindukan arwah.


Al-Fatihah kepada Chik binti Salleh.

Anda boleh baca artikel aku yang terdahulu. Klik sini. Maaflah. Rasa macam ringkas sangat cerita aku kali ini. Sudah tidak boleh teruskan dengan cerita yang terperinci. Hati terlalu 'membengkak'.

Senyum penawar duka :)

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
12 Comments


12 Orang Kentut Madu:

hans said... [Reply]

owh,ko xsuka rupanya
tapi xkisahlah
okay apa entry nih

dayah said... [Reply]

sabar ye.
Allah maha Adil.
sabarlah.. yang hidup pasti akan pergi..Allah amat sygkan setiap orang yang dah pergi. al-fatihah~

SyuQ said... [Reply]

nice story bro walaupun ringkas tp padat

alfathihah

Aduka said... [Reply]

thanks to all..
:')

GadisKasutConverse said... [Reply]

dah2..jgn sedih..

n a r d indie winkie said... [Reply]

alfatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat. nampak sgt perasaan rindu yg membuak2. takpe, sesekali kita meluahkannya.:-)

Anonymous said... [Reply]

senyum penawar duka.
i'll remember that.
:') :')

Amirah Rashid said... [Reply]

al fatihah utk arwah :')
semoga dtmptkn dlm klgn org yg beriman
*tsk tsk. aku pn dh jd cucu yatim piatu. sedih. rinduuu

joegrimjow said... [Reply]

rilek2
jgn bengkak kuat2 sangat

hans said... [Reply]

no hal lah bro
kita manusia tak sentiasa kuat selalu
so aku faham jer

cikmin said... [Reply]

Al-Fatihah tuk arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat-NYA..

p/s aduka..camne nak buat 'klik sini untuk meneruskan bacaan' ni..tanpa loading sekali lagi..

Aduka said... [Reply]

cikmin:
ada dlm blog.. tutorial #1..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger