Hari itu, beliau merancang untuk memburu landak. Katanya, daging landak adalah daging terbaik dan antara daging tersedap di kalangan binatang eksotik. Benarkah? Setelah berkali-kali dan bersungguh-sungguh beliau menyatakan bahawa daging landak itu adalah yang terbaik dan tersedap, barulah aku yakin. Aku juga dahulu pernah merasa daging kijang, rusa, dan kancil. Kebanyakkannya masak merah. Pedas dan manis. Bila mengingatkan kembali, rasanya... ummmpphh!!! Menjilat jari! Tapi, bagaimana pula rasanya daging landak?
"Daging landak boleh makan ke?" soalku sewaktu ketika dahulu. Aku tidak langsung mengetahui daging landak dikategorikan sebagai salah satu makanan eksotik. Setelah aku menonton satu rancangan di TV3, barulah aku ketahui daging landak boleh dimakan. Di dalam rancangan itu juga ditunjukkan komen-komen peminat daging landak. Sedap, kata mereka.
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
Di akhir perbualan aku dengan kawan aku di ruang sembang Facebook, beliau menyatakan kesukaran untuk berburu landak. Ini adalah kerana landak adalah seekor haiwan lindungan. Untuk memburunya memerlukan permit dan lesen berburu. Kosnya melebihi RM200. Amat mendukacitakan juga.
Di dalam rancangan siaran TV3 pernah menyatakan satu tempat di Pahang menjual secara sah daging landak. Namun harganya.. masyaAllah! Boleh tahan mahal. Anda tahukah di mana lokasinya?
Landak oh landak.
Aku sudah kempunan dagingmu, okey!
Ini landak.
Ini landak yang dalam proses menyembelih untuk mengambil dagingnya.
Ini daging landak yang sudah dimasak. Masak pedas gituuuu..! Nampak macam ayam, bukan? Oh, tidak. Ini daging landak masak merah, okey. Jangan salah faham. Nampak begitu sedap. Sebab itulah aku ingin mencari dan merasa!