Aku dan rakan-rakan aku merancang menyewa kereta untuk ke bandar Kuantan. Jika sebelumnya kami rata-rata ke Kuantan bersama keluarga sahaja. Alangkah seronoknya jika dapat berjalan-jalan ke Kuantan bersama rakan-rakan pula. Dengan rakan lebih seronok. Lebih enjoy. Lebih bebas.
Pada suatu petang, sewalah kami berlima sebuah kereta kancil. Kami bersendat beramai-ramai. Oleh kerana kereta sewa itu agak uzur, maka petang itu kami mengalami beberapa masalah. Antaranya enjin kereta susah mahu dihidupkan setelah dimatikan lebih dari 30 minit. Agak pelik kereta itu sebenarnya.
Sebelah petang itu, kami menghabiskan masa hanya di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Kami hanya sempat ke bandar sebentar saja. Itu pun hanya ke pusat membeli belah Kuantan Parade. Keluar saja dari Kuantan Parade, hari sudah pun malam. Seingat aku dalam linkungan pukul 8 malam.
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
Atas pukul 12 malam. Kami masih merayau-rayau sekitar bandar Kuantan. Sebahagian besar deretan kedai sudah pun mula 'mati' kecuali disko-disko, pusat karaoke, dan pusat hiburan yang lain.
"Bosan ni. Mana lagi mau pergi?" soal Dino memecah kesunyian. Stering yang dipegangnya sekejap dipulas ke kiri. Sekejap ke kanan.
"Entahlah. Lewat malam macam ni ada ape lagi kat Kuantan ni. Semua orang dah start tido. Tengok la jam sekarang dah pukul berapa. Dekat pukul 1 pagi dah ni," balas Alif.
"Tu la. Jom la balik wei," sampukku. Suasana di dalam kereta sunyi seketika. Alif dan beberapa orang lagi rakan yang duduk di belakang memandang ke arah aku.
"Balik? Woi. Tak remaja la balik awal-awal. Apala," perli Alif sambil ketawa. Aku tersengih seperti kerang busuk.
"Haha. Tu la pasal. Apa kata aku drive korang ke tempat best. Nak?" soal Dino. Kami teruja dan mengaju soalan bertalu-talu kepada Dino.
"Sabar, sabar. Tapi ada satu syarat," kata Dino.
"Syarat? Kalu duit, sorry beb. Malas nak layan," kata aku sambil membuat isyarat jari ketiadaan wang. Aku menggelengkan kepala perlahan.
"Bukan duit la, Latip," balas Dino. Aku terpinga-pinga seketika. Bukan duit?
"Sampai kat sana nanti, korang semua kunci pintu kereta dan jangan keluar tau. Buka tingkap pun sedikit je, okey?" kata Dino. Kami mengiakan kata-kata Dino. Kami bersetuju mengikut arahan dan nasihat Dino itu. Tetapi di dalam benak kami masih berteka-teki. Ke mana Dino hendak bawa kami semua pada lewat malam begitu?
Maka malam itu, kereta kancil dipandu sederhana laju ke arah satu tempat sunyi berhampiran Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kereta menyusur masuk ke arah satu lorong sunyi di situ. Keadaan pada waktu itu agak samar-samar. Hanya kiri kanan lorong diterangi sinaran lampu jalan.
"Oi Dino. Mana ni?" soalku. Aku memandang ke luar tingkap kereta. Jantung aku sedikit berdebar. Kereta dipandu perlahan. Kelihatan di suatu sudut lorong di situ akan tiga kelibat sedang berdiri. Seorang daripadanya merokok. Jelas kelihatan dari jauh asap berkepul-kepul terbang ke angkasa dan lenyap. Apabila merapati mereka, jelasnya mereka adalah wanita. Berpakaian seksi. Skirt dan baju yang mendedahkan peha dan dada. Aku membulatkan mata. Diterangi lampu jalan yang terang, aku seakan terpegun melihat keindahan ciptaan Tuhan. Seorang daripadanya merapati kami yang sebetulnya kereta kami telah berhenti betul-betul di hadapan mereka.
"Hai," tegur wanita cantik itu. Suaranya gemersik. Mataku membulat apabila wanita itu menundukkan kepala. Terserlah 'jurang' dan 'tebing' yang tidak sepatutnya aku lihat sewaktu seusia begitu. Wanita tadi tersenyum. Alis kening dan senyumnya amat menawan sesiapa yang melihat. Hati sudah merasa tidak sedap. Duduk pun sudah tidak selesa. Aku mencuit bahu Dino dari belakang namun Dino tidak endah.
"Berapa?" soal Dino kepada wanita itu. Wanita itu menjeling ke dalam kereta. Dahinya berkerut.
"You all semua?" soal wanita itu sambil jarinya meliuk menunjuk ke arah kami yang berada di dalam kereta.
Dino menggelengkan kepalanya. "I je," kata Dino. Wanita itu tadi kembali senyum. Uzey yang berada di sebelah Dino ketawa terkekeh-kekeh. Dia ketawa sambil menepuk dahi.
"60," jawab wanita itu dengan suara yang sangat lembut. Aku lihat Dino terpinga.
"Berapa?" soal Dino kembali.
"60," balas wanita itu lagi sambil menggayakan tubuhnya yang sungguh seksi. Tangannya digosok-gosok di peha dan pinggul. Seterusnya itu aku tidak sanggup tengok lagi. Dino mengerutkan dahi dan memandang Uzey yang berada di sebelahnya.
"Berapa?" tanya Dino lagi. Aku lihat wanita tadi sedikit berang. Dia mungkin merasakan seolah-olah dipermainkan. Wanita itu tadi mencekak pinggangnya.
"60!" kata wanita itu. Tadi suaranya yang gemersik bertukar menjadi kasar. Suaranya garau bak gergasi. Aku terperanjat. Serentak dengan itu, kedengaran suara gelak besar di dalam kereta.
"Er.. okey okey. Terima kasih!" balas Dino sambil menekan pedal minyak. Kereta kami terus memecut laju meninggalkan tempat itu. Kami ketawa berdekah-dekah tidak henti. Aku memandang dari belakang kereta. Aku pandang ke arah wanita-wanita di suatu sudut lorong tadi. Aku lihat wanita yang menegur kami tadi itu menunjukkan penumbuknya.
"Mak nyah tu tunjuk penumpuk kat kita la," kata aku sambil ketawa berdekah-dekah.
Tahun lepas kawan aku, Ady, dan rakan perempuannya pergi ke Kuantan. Mereka pergi berjalan-jalan ke Kuantan menghabiskan masa hari minggu. Waktu itu, rakan Ady baru saja membeli kereta baru. Kereta Viva warna putih.
Waktu itu, sudah lewat malam. Mereka ke salah satu tempat yang agak 'panas' dan terkenal. Di situ Ady dan rakannya mencari sesuatu untuk melepaskan rasa bosan setelah agak lama berpusing-pusing di dalam bandar Kuantan yang sudah pun 'mati' apabila jam lebih dari pukul 12 tengah malam. Ady duduk di sebelah pemandu. Dia mengarahkan rakannya untuk berhenti di sebelah beberapa orang kelibat yang berdiri di suatu sudut.
"Berapa?" tanya Ady. Wanita tadi melirik kuntum senyuman. Alis matanya dikenyit berkali-kali.
"Tak mahal, bang. 150 je," balas wanita itu. Ady ranjat.
"150?! Mahalnya!" gertak Ady. Wanita itu tadi tersipu. Tangannya mula merayap ke lengan Ady. Ady cuba menepis.
"You ada batang tak?" soal Ady selamba. Soalan berani Ady tadi memeranjatkan rakannya yang berada di dalam kereta.
"Kau ni gila tanya soalan macam tu!" tegur rakan Ady. Wajah wanita tadi bertukar merah padam. Dia menjerit.
"Apa batang-batang?!" Suara yang sedari tadinya lembut bertukar garau. Ady dan rakannya ketawa berdekah-dekah. Wanita tadi mengangkat kaki kemudian tangannya mencapai kasut tumit tinggi. Lalu dibalingnya kasut tumit tinggi ke arah Ady.
"Lari! Lari!" teriak Ady sambil ketawa. Kereta Viva putih memecut laju. Tiba-tiba...
"Dummm!"
Bunyi kuat tadi mengejutkan Ady dan rakannya. Bunyi kuat tadi seolah-olah kedengaran seperti kereta melanggar sesuatu. Dalam jarak lebih kurang 100 meter dari kawasan tadi, rakan Ady memberhentikan kereta dan keluar untuk meninjau.
"Celaka!" tempik rakan Ady. Ady keluar dari kereta dan bertanyakan sebab musabab.
"Tengok la kereta I. Kemek! Tu ha. Batu bata!" adu rakan Ady.
"Adoila.. mak nyah tu lontar batu bata kat kita," kata Ady sambil ketawa kecil. Rakan Ady tadi memuncungkan mulutnya. Mulutnya tidak henti-henti menyebut sumpah seranah. Bonet belakang kereta rakan Ady kemek teruk. Cermin lampu brek dan signal kereta pecah.
"Takkan nyah tadi yang baling. Tadi dia baling kasut dia kan," kata rakan Ady. Ady menoleh. Dia lihat kelibat-kelibat mak nyah tadi masih berdiri. Agak jauh juga dari mereka.
"Bukan dia. Kawan-kawan nyah dia," jawab Ady. "Jom balik! Nanti batu bata tu hinggap atas kepala kita plak kang. Naya!"
Dengan perasaan marah yang membengkak, rakan Ady berteriak.
"Masuk neraka la kau, wahai pondan!"
Ady ketawa berdekah-dekah. Kereta Viva memecut laju meninggalkan tempat itu.