Ads: (Please Click!)

Sunday, August 15, 2010

Benarkah Adanya Pontianak?



Semalam di Facebook, gempar dengan cerita kemunculan pontianak di Felda Lepar Hilir 7, Pahang yang secara kebetulan dirakam oleh seorang pengawal pos polis bantuan. Kejadian tersebut berlaku pada awal bulan Ogos 2010, mengikut tarikh yang dimuatnaik di laman YouTube.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Rakaman secara 2 minit itu menunjukkan rakaman dilakukan di dalam sebuah pos polis dalam keadaan yang suram kerana ketiadaan atau mungkin terputus bekalan elektrik. Di dalam rakaman tersebut, menunjukkan 2 anggota polis bantuan sedang asyik bermain dam, dan seorang sedang leka dengan telefon bimbit. Sedang rakaman itu merakam 2 anggota polis bantuan yang sedang bermain dam tersebut, secara tiba-tiba satu lembaga putih melayang sekejap imbas melintasi tingkap. Suasana menjadi kecoh. Azan dikumandang oleh salah seorang dari mereka. Rakaman ke luar tingkap menunjukkan kelibat pontianak tersebut seolah-olah memerhati dari jauh lalu terbang melayang selepas beberapa saat kemudian.

Ini video tersebut. Kepada yang lemah semangat, dinasihatkan untuk tidak menonton video ini, bimbang anda tidak dapat tidur. Hehe.


Sebenarnya, banyak lagi klip-klip video tentang Pontianak dapat kita saksikan di laman YouTube. Bagi aku, 90% dari keseluruhan klip-klip video tersebut adalah rekaan, samada dibuat secara sengaja suka-suka mahupun menggunakan teknik komputer (special effect). 5% darinya mungkin benar, dan selebihnya adalah ragu-ragu akan kesahihannya. Ini hanya pendapat peribadi aku sahaja. Percaya atau tidak, terpulang kepada anda. Walau bagaimanapun, tujuan aku siarkan video ini bukanlah bertujuan untuk mengajak anda semua percaya kepada hantu mahupun pontianak. Tidak. Bukan juga mahu menakutkan anda. Juga tidak.

Pada awal tahun ini, kawasan perumah aku juga kecoh dan gempar dengan kemunculan pontianak. Kerana tertarik dan berminat ingin tahu dan mahu melihat dengan mata kepala sendiri, aku dan beberapa rakan aku pernah keluar pada waktu malam dan pergi mencari pontianak tersebut di lokasi yang biasa diperkatakan orang. Namun, hampa. Langsung tiada.

Persoalannya, benarkah pontianak dan kaum-kaum hantu ini wujud?

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Surah Adz Dzariyat, Ayat 56).


Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). (Surah An Nahl, Ayat 36).

Wallahua'lam.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
12 Comments


12 Orang Kentut Madu:

ceksumolek's said... [Reply]

org dah tgk video nih sblm nih.. mcm kelakar pun ye.. entah la nk pcaya ke idak.. huhu~

Adam said... [Reply]

huh! ... tak tahu nak kata apa...

Thanks for sharing with us :)
Moderator Blogger's Malaysia
DAKJAAT.COM

dayah said... [Reply]

serammmmmmmmmmmmmmmmmmmm plak, tapi rs mcm org berpakaian serba putih

IxoR@ said... [Reply]

haritu kt facebook, kita tgk video pontianak kat highway karak...

tak tau betul ke dak..

yg penting seram!

hans said... [Reply]

rasa macam tipu jer
hahah

P/S : Kalau Minum Batal Puasa Kan?

Unknown said... [Reply]

pembaca harus sedar bahawa hantu itu tidak wujud,yang wujud adalah jin,syaitan dan iblis.tidak pernah ditulis didlm alquran mengenai hantu.hantu itu adalah jelmaan syaitan dan kerabatnya bertujuan menyesatkan manusia.jika nak halau syaitan atau jin,kiter baca ayat kursi,halau hantu pun baca kursi.jadi jelaslah hantu tu jelmaan syaitan

suezen said... [Reply]

huhuh

lalink7 said... [Reply]

memang ada yang wujud..
dia pun mahkluk Allah juga cuma jasad xditerima bumi roh melayang ke sana ke mari..
nauzubillah..xnak la jumpa cik ponti ne..

Anonymous said... [Reply]

leh cayer ke tak??

syahira ariff said... [Reply]

suasana video nie seram giler!
knapa aku rasa mcm betul eh
bkn rekaan
ngeee~naik bulu roma aku

Anonymous said... [Reply]

macam xpecaya jek..sebab siap ada bayang2 pulak.rasanya ni hanya rekaan lar..

Ayyu said... [Reply]

tekejut dgr suare polis tu terjerit tibe2...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger