Ads: (Please Click!)

Monday, April 26, 2010

Status Di Social Network: Jangan Percaya Sangat!




Sebelum popularnya Facebook, Friendster terlebih dahulu popular. Dahulu, ranking atau kedudukan carta trafik tertinggi bagi kategori social network adalah MySpace dan Friendster. Kini, tidak lagi. Facebook mendahului segala-galanya. Sesiapa saja menggunakan Facebook. Dari orang perseorangan, hinggalah organisasi-organisasi berdaftar dan tidak berdaftar.

Sebenarnya aku tidak mahu bercerita tentang kelebihan atau keburukan Facebook, Friendster, atau apa jua berkenaan social network. Bukan review juga. Tapi aku mahu bercerita tentang pengalaman berkaitan aku dan social network ini.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

Peristiwa ini terjadi pada akhir tahun 2001. Aku baru habis zaman persekolahan. Waktu itu, fiil nakal menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi bila berkecimpung ke dalam dunia internet. Selain Yahoo! Messenger, mIRC, dan ruangan sembang yang lain, social network iaitu Friendster menjadi satu kewajipan untuk aku layari setiap hari. Tujuannya satu; menggatal! Di ruangan chat, mungkin sukar sangat untuk melihat muka atau gambar pemilik. Tapi jika di social network, perkara itu tidak mustahil. Buka profile, klik pada gambar, nah! Gambar apa mahu? Yang cantik? Yang kurus? Yang slim? Pilih, pilih!

Jika tidak berdahi licin, kulit putih melepak, badan cutting 'baik punya', muka ala-ala artis, aku tidak akan buka. Jangan katakan komen, tengok gambar pun tidak mahu. Ayat-ayat jiwang dan cair aku akan gunakan untuk memikat. Biasanya aku akan aim kepada yang cantik, gebu, dahi licin, badan slim river, dan yang paling penting, yang masih single untuk dipikat. Umur juga menjadi spesifikasi aku untuk memikat. Kalau muda, tidak lebih dari 2 tahun muda dari usia aku. Kalau tua, tidak lebih 1 tahun dari usia aku. Waktu itu, umur aku 17 tahun. Maka perempuan-perempuan yang lingkungan 15 hingga 18 tahun menjadi pilihan.

Dalam ramai-ramai aku 'ayat', akhirnya 'sangkut' seorang. Sudah tentu perempuan. Cantik dan putih melepak. Kurus, tinggi lampai dan tidak bertudung. Bermula dari kawan. Kemudian makin rapat. Dan terus rapat. Perempuan itu tinggal di Kuantan, Pahang dan berumur 18 tahun. Umur 1 tahun lebih tua dari aku waktu itu.

Setelah kenal rapat hanya di ruangan sembang dan Friendster dalam hanya tempoh beberapa bulan, aku bercadang untuk bersua muka dengannya pula. Pada mulanya, perempuan itu agak keberatan. Setelah dipujuk rayu, perempuan itu bersetuju. Lokasinya di Kuantan Parade. Salah satu tempat shopping complex popular di Kuantan waktu itu sebelum adanya Kuantan Megamall.

Dipendekkan cerita, aku tiba lebih awal di sana. Aku menunggu di tempat seperti yang dirancangkan. Panggung wayang. Setelah beberapa lama menunggu, dia pun tiba. Aku dapat mengecamnya melalui gambar di laman Friendster. Aku lihat dia berjalan perlahan ke arahku. Apabila perempuan itu merapati, aku kaget apabila ada seorang lelaki mengekori perempuan itu. Perempuan itu tersenyum sambil memperkenalkan diri dan lelaki itu.

"Awak Latip, kan?" soal perempuan itu. Aku mengangguk dan terus senyum.

"Saya ***********. Kawan Friendster awak. Dan.. perkenalkan. Ini bakal suami saya. Maaflah. Saya lupa nak bagitahu awak fasal bakal suami saya ni."

Aku terperanjat. Lelaki itu menghulurkan jabat salam sambil tersenyum. Aku menyambut jabat lelaki itu seraya bertanyakan khabar.

"Errr.. kahwin awal?" soalku.

"Ya. Jodoh dari our parents," jawab lelaki itu, sedangkan soalan aku ajukan kepada perempuan di sebelahnya.

Kemudian, kami bertiga meronda-ronda sekitar ruang dalaman kompleks membeli-belah Kuantan Parade. Aku membuntuti mereka berdua. Pasangan seolah-olah suami isteri walaupun belum lagi ada ikatan sah. Perasaan aku waktu itu.. segan ada, geram ada, kecewa ada, terkedu pun ada.. bercampur baur (anda mungkin faham macam mana perasaan aku waktu tu!). Rasa macam patung. Akhirnya, aku meminta diri pulang setelah bosan mula menerjah jiwa.

Aku sempat menoleh belakang. Namun.. mereka berdua langsung tidak endah! Siap ketawa riang dan manja lagi! Memang lahabau.

Tiba di rumah, aku buka laman Friendster, dan aku terus buang perempuan itu dari friend list aku. Buang juga di Yahoo! Messenger. Simpan pun tiada gunanya jika perempuan itu sudah mahu berkahwin awal.

Aku tidak serik. Selepas itu, aku cari yang lain pula. Selepas itulah, baru aku bertemu dengan Zura di ruangan sembang. Tapi.. tapi.. tapi.. Huh! Korang baca la sendiri!


Ini info 'cikaro' dalam Facebook. Bolehkah aku percaya semua maklumat ini? Baca aje boleh la kot! Percaya.. oh tidak!
Satu dalam seribu kemungkinan jodoh anda berada di alam internet! Tapi, aku tidak mahu mengambil risiko untuk mencarinya! Haha!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
11 Comments


11 Orang Kentut Madu:

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

l0lly wat married.




Ngeeeeeeeeeeee ^^

Unknown said... [Reply]

kadang kadang bukan betul pon status ni.main letak je :)

joegrimjow said... [Reply]

lOL
saya sangat suka
nak print screen ini ok
hehe

dayah said... [Reply]

huhu. siannya latip. ini cite betul fiil ko dulu ye.....haha, awt tak tnya dlu status cik kuantan pe dlu.
kasihan latip amik risiko tinggi

nuriz said... [Reply]

saya ada facebook tp guna utk geng blogger sbb wajib ada nak masuk GB, bkn guna pon, ramai tipu dr yg betul

Aduka said... [Reply]

lolly:
sorg lg..


cik epal:
btol..


joe:
amboi2..


dayah:
cite lama je tu..


nuriz:
mungkin ya mungkin tidak..
ntah la..

hasni said... [Reply]

huhu
facebook dah xda
delete dah
tp xpernah tipu pasal status
hihi
'im a good muslimah' mcm gulr kat atas tu
huhu

Peeka Syuhada said... [Reply]

adush.. dun belief to much in networking.. (=

IRAH HAJERAH AZMAN said... [Reply]

ahak... adoi.... ngeee... terkedu da... macam yg I post beberapa hari yang lepas, cakap pasal cinta cyber, berkajang-kajang x kan sudah :|

Aduka said... [Reply]

dah x pcaya dah skarang!
sumpah!
hehe..
^_^

Cipina said... [Reply]

hue hue hue..tu sebab rakan dalam fb sy cuma ada yg betul2 kenal je..the rest, kawan2 blog, online shopping n kawan2 kerja/kursus etc etc..yg simply2 request yg sy tak kenal dia n dia tak pn kenal sy, memang sy tak accept.

*tgk kat mutual friend jugak..kalau ramai MF even tak kenal, still boleh consider approve lagi..lololol

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger