Ads: (Please Click!)

Tuesday, April 20, 2010

Contest: Happy Birthday, Joe!



Sesudah membaca dan menilai dari segelinap sudut salah satu artikel contest anjuran Encik Joegrimjow, aku menepuk dada sendiri. Aku berkira-kira sendiri. Aku mempersoal diri sendiri. Mampukah aku mencipta satu agenda dalam blog aku yang mampu membuatkan Joe tersenyum lebar? Mampukah aku mencipta satu agenda yang dapat menceriakan hari bermakna Joe dengan hanya membaca karutan aku? Mampukah Joe menerima, dan yang paling penting, memahami agenda yang akan aku coretkan nanti? Mampukah.. mampukah aku mendeskripsikan agenda karutan aku yang membolehkan Joe tidak akan melupakan aku? Seorang rakan alam cyber ini. Seorang lelaki yang merasa kerdil berselindung di antara nama-nama peminatnya dalam ribu-ribu. Seorang blogger lelaki yang tidak dikenali.

"Mampukah aku?"

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Ya! Mungkin boleh! Dan.. mungkin juga tidak. Selama lebih 24 jam aku memikirkan akan kemampuan diri.

* * * * * * * * * *

"Itu coretan bila, Latip?" tanya lelaki yang berada di hadapanku. Dia berpakaian biasa namun tampak kemas dan bergaya. Bercermin mata sepertiku. Aku meneliti bekas-bekas misai dan janggutnya. Alur jambangnya yang dicukur kemas aku perhatikan. Aku mengukir senyum selepas lelaki itu mengangkat keningnya, menanti jawapan keluar dari mulutku.

"Beberapa minggu yang lalu," jawabku. "Tak tidur malam, tau!" kataku lagi. Lelaki yang duduk di depanku ketawa. Aku hanya mampu tersengih. Perasaan segan dan hormat bersipongang di dalam dada.

"Kenapa sampai macam tu? Sepatutnya tak perlu jadi macam tu," kata lelaki itu sambil ketawa. Ketawanya kian perlahan. Lantas dia tersenyum.

"Entahlah. Excited sangat kot!" jawabku selamba.

Mataku liar memandang suasana di situ. Agak sibuk tapi selesa. Sejuk penghawa dingin menerjah kulit lenganku. Dinginnya mampu membuat bulu tengkukku berdiri tegak. Sejuk! Kelihatan beberapa orang pelayan wanita berkeliaran. Ada yang berjalan sambil memegang dulang di tangannya. Ada juga yang sedang berbual-bual dengan pelanggan di situ. Mengambil pesanan, fikirku. Beberapa orang darinya cantik. Berdiri sibuk meletakkan gelas-gelas di atas dulangan di kaunter. Sekali aku lemparkan senyuman. Berbalas. Mataku tidak lekang dari pipinya. Senyuman yang membentuk lesung pipit yang cantik. Ah, alangkah.. alangkah cantiknya wanita itu. Bukankah bagusnya wanita itu sibuk di dapur rumahku bertanggung suri, bukannya bertanggung pelayan?

"Errr.. Latip!"

Teguran lelaki tadi telah membantutkan khayalku. Lamunan pada wanita tadi tergendala. Aku memandang tepat pada lelaki itu. Aku melempar senyum.

"Katanya.. dalam Facebook kau.. ada perkara penting kau nak bagitahu, kan?" kata lelaki itu, sedikit tersangkut-sangkut. Aku mengangguk laju. "Apa dia?" soalnya lagi.

"Adalah, nanti," jawabku ringkas. Lelaki tadi melopong.

"Penting?" soal lelaki tadi. Dia memperbetulkan cermin matanya. Mukanya tampak tegas.

"Emmm.. penting buat kau!" balasku. Dia menyandar pada belakang kerusi seraya tersengih.

"Kau bikin suspens?"

"Hari ini hari istimewa, so.. jawapan aku.. ya!" kataku seraya ketawa.

Beberapa minit kemudian, hidangan tiba di meja. Banyak sungguh. Hidangannya pelbagai. Ala carte, hidangan ala Sepanyol, dan pelbagai lagi hidangan kebaratan. Aku terpegun. Pelik benar hidangan di hadapanku. Aku memandang lelaki di hadapanku dengan mata terbeliak.

"Apa ni?" soalku.

"Makanan yang mahal-mahal. Yang kau nak!" jawab lelaki itu sambil tersengih. "Tak pernah tengok? Tak pernah makan?"

Aku menggelengkan kepala. Hairan. Beginikah bentuknya makanan barat? Pelik-pelik belaka, aneh caranya.

"Halal?"

Lelaki tadi mengangguk laju.

"Kau makan semua-semua ini dulu?" soalku, ingin tahu. Aku memandang dengan penuh tanda tanya kepada lelaki itu. Lelaki itu mengangguk lantas berkata, "Sekali sekala!"

"Mana seorang lagi? Kata kau, ada jemputan untuk seorang lagi, kan?" soal lelaki itu sambil menoleh kiri dan kanan. Aku tidak menjawab. Aku turut mengintai-intai, tercari-cari di mana seorang lagi rakanku. Beberapa hari yang lepas, aku sudah maklumkan padanya perihal malam istimewa ini. Lupakah dia?

"Kita makan dululah. Perut dah lapar ni. Kejap lagi sampailah dia. Apa kata kau?" kataku.

"Suka hatilah," jawab lelaki itu, selepas dia terdiam seketika.

Selang beberapa ketika kami menatap hidangan pelik-pelik di hadapanku itu, rakanku Abie tiba. Dia turut dijemput untuk menatap hidangan pelik-pelik itu. Memakan masa yang lama juga untuk menghabiskannya walaupun perut terasa seperti hendak meletup. Sambil makan, aku berbual panjang dengan lelaki itu. Banyak perkara kami sentuh. Terkadang kami ketawa besar. Tergambar ceria di wajah lelaki itu.

"Abie. Nah, pegang ni. Tolong aku ambilkan," kataku kepada Abie sambil menghulurkan sebuah kamera kepadanya. Abie bersetuju sambil mengangguk. Aku bangkit dan duduk di sebelah lelaki yang berkaca mata tadi.

"Sempena hari ini, hari yang bermakna ini, aku ada hadiah juga untuk kau," kataku. Dan sambungku lagi, "Terima kasih di atas susah payahnya kau datang ke Kemaman, lagi, sudi belanja kami, aku dan Abie, menatap hidangan yang.. hebat ini!"

Aku meletakkan tangan di atas bahu lelaki tadi. Aku memeluk bahunya erat. Dia hanya tersenyum dan sesekali mengangguk.

"Tak sangka sebenarnya, dari berkawan jarak jauh, sekarang bersua muka. Eh, kau jangan salah anggap aku ni gay pula, ya?" kataku sambil ketawa.

"Eh, tak!" balas lelaki itu sambil turut ketawa besar.

"Abie! Camera ready for snap?!" soalku sambil jari telunjukku menunjuk kepada kamera yang dipegang oleh Abie sedari tadi.

"Yes! Ready!" kata Abie sambil mengangkat ibu jari tangan kirinya.

"You.. ready?" kataku sambil memalingkan muka kepada lelaki di sebelahku. Dia hanya mengangguk dan terpinga-pinga.

"Nah..!!!"





Kanan = aku (konon). Kiri = lelaki itu (konon).

"Dah snap?" tanyaku pada Abie. Abie mengangguk. Terpancar jelas kejutan diwajah Abie. Aku ketawa terkekeh-kekeh. Lelaki itu juga agak terkejut. Dia turut ketawa terkekeh-kekeh.

"Bagus! Itulah hadiah birthday untuk kau, Joe! Suka?" kataku sambil tersenyum. Tangan kananku menepuk-nepuk bahu lelaki yang bernama Joe, di sebelahku beberapa kali.

"Happy birthday, my friend! Kau dah tua, okey? Dan sangat sesuai dah kahwin! Sudah masak ranum! Haha." ulangku lagi.

Agak berat untuk Joe mengangguk. Dia terdiam seribu bahasa, kelu sejuta kata. Hanya senyuman bisa jelas terukir diwajahnya.
Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan pun samada antara penulis dan Joe. Haha. Tapi perihal gay, jangan percaya sangat. I'm straight, okay? Haha.

Kepada Joe, selamat hari lahir yang ke 22! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan dipercepatkan jodoh. Mudah-mudahan kau berjaya dalam hidup dan berbahagia selalu. Senyum sokmo, okey? :)

"We know we're getting old when the only thing we want for our birthday is not to be reminded of it."

JOE...


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
6 Comments


6 Orang Kentut Madu:

joegrimjow said... [Reply]

hakhak
gaya cerita
ku sukaaaa!

heee
thx u encik aduka
memang buat ku tersenyum ni
huhu

time kasih skali lagii

Aduka said... [Reply]

sama2 joe..
ku reka citer ni utk kau..
=)

Anonymous said... [Reply]

ahhhhhhh
aku nak percaya korang dua memang gay'

dah lah reply komen manja siot
hahahaha

Aduka said... [Reply]

jeles..
=P

pe kate ko pn wat contest yg sama?
leh aku wat entry yg laen utk ko kapten oiii..
haha..

dayah said... [Reply]

heheee..smg menang lagi kontes jow. latip err jgn CUBA gay suddah~ :P

joegrimjow said... [Reply]

dah nak umum pemenang jugak ni
heheee

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger