Aku ambil peluang ini untuk post satu program atau sistem yang berjaya aku buat hasil selama belajar 3 tahun di Kolej Poli-Tech MARA Kota Bharu (KPTM KB). Sistem ini ringkas, mudah dan mesra pengguna. Taklah hebat sangat pun. Saja je la nak share dengan korang semua.
Prototaip pertama yang aku buat adalah pada semester ke-6 di KPTM KB tahun 2006 dulu. Sudah lama pun. Waktu itu aku buat untuk final project. Jadi untuk sistem yang aku post ini adalah yang upgraded version daripada prototaip, di mana ia sedang diguna pakai di premis MZF Computer Centre sekarang. Jika dikira-kira, sudah 3 tahun lebih sistem ini telah digunapakai oleh MZF Computer Centre tanpa sebarang masalah! Alhamdulillah..
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
Okey. Di bawah ini aku post gambarnya sekali dengan explanation dia. Mudah untuk korang fahami.
Ilustrasi ini adalah jika pertama kali sistem ni running. Ia akan keluar benda alah ni. Ia adalah security popup window, di mana sesiapa saja mahu menggunakan sistem ini perlu memasukkan nama dan katalaluan. Lebih mudah atau dengan erti kata yang lain seperti email korang la kan. Nak kena masukkan username dan password untuk masuk ke email korang. Jadi, samalah fungsinya dengan sistem ini. Mahu bagi secure!
Ilustrasi ini pula adalah menu utama sistem ini. Di sini adalah main menu processing, di mana disediakan beberapa butang menu untuk dipilih. Tanda yang dibulatkan itu pula, explanation-nya adalah seperti berikut;
#1 - paparan nama pengguna sistem. Paparan ini saja la aku buat. Nampak 'macho' sikit. Hehe.
#2 - ia adalah tajuk besar. Seperti banner dia juga la. Ia dibuat dengan menggunakan Flash. Ia associate dengan flash file, maka flash file dia ni pun kena locate sama tempat dengan program executable utama dia. Jadi, sesiapa yang tiada Flash player, terpaksa kena install terlebih dahulu.
#3 - paparan tarikh dan masa.
#4 - ia butang-butang pilihan menu action. Nak register, semakan, konfigurasi pengguna, dan menu keluar.
# 5 - Ini pula paparan info sistem. Mempunyai informasi tentang pembangun sistem dan versi sistem ini.
Okey. Yang ini interface jika butang konfigurasi diklik. Di sini pengguna sistem boleh tambah, padam, dan ubah katalaluan. Butang tambah jadi sedemikian rupa adalah kerana hanya admin sahaja yang boleh menambah pengguna sistem. Selain dari itu, no way!
Ilustrasi ini adalah paparan untuk menukar katalaluan. Hmm.. kalau bukan admin pun boleh tukar, asalkan ingat katalaluannya. Jika tidak, terpaksa minta kepada admin.
#1 - pilihan nama pengguna sistem yang mahu ditukar. Senarai ini akan berubah berdasarkan pengguna-pengguna sistem yang ada. Ia relate dengan database yang menyimpan nama pengguna sistem. Jika tiada satu pun pengguna di dalam database, maka paparan ini tidak boleh dibuka.
#2 - selepas isi semua, butang ini akan mengubah katalaluan yang kita mahukan tetapi katalaluan asal (original password) perlu betul. Jika tidak berpadanan, penukaran katalaluan tidak dapat diteruskan.
Ini adalah satu paparan mudah. Malas la nak buat dalam bentuk form sebab untuk registration pelajar pun sudah buat dalam bentuk form. Jadi, baik aku begini. Mudah.
#1 - di sini kita boleh tengok apa yang ada di dalam database. (aku terpaksa kaburkan beberapa maklumat. Ia sulit!) Maklumat-maklumat ini adalah dari bulan pertama sistem ini berjalan. Stable!
#2 - ini adalah popup biasa yg timbul pada taskbar notification. Popup ni akan alert pengguna sistem tentang bilangan pelajar yang sudah direkodkan ke database, yakni yang telah didaftarkan. Popup ini hanya akan timbul untuk sekali menu ini dibuka.
Paparan ini adalah sistem carian. Ia penting. Boleh cari mana-mana maklumat pelajar dimahukan, mahu check samada pelajar didaftarkan atau belum, cetak, dan lain-lain lagi. Katakan jumlah pelajar tu lebih dari seribu, masakan mahu cari, kena check satu demi satu. Pening kepala wooo.. Maka aku buat sistem carian agar mudah kita mencari pelajar-pelajar tertentu untuk tindakan selanjutnya seperti cetak sijil, kemaskini, dan padam rekod.
Sebarang teks yang ditulis akan dicari oleh sistem berdasarkan kepada di mana carian tu dibuat. Contohnya pada nama. Taipkan nama dan pilih carian pada nama. Ilustrasi di atas menunjukkan carian dibuat pada No IC. Taip nombor ic (#1), dan pilih carian pada No IC (#2). Maka terpaparlah maklumat (#3). Zaasss..! Sistem carian ini juga dilengkapi dengan sistem sorting (susunan) samada menaik atau menurun.
Yang ini aku letak disebabkan kadang-kadang bos MZF Computer Centre bertanya.
"Berapa orang yang telah mendaftar untuk pakej dewasa, ya?"
Alahai. Masakan mahu cari satu-satu? Maka..
#1 - aku cipta butang ini untuk popup taskbar notification. Apabila butang ini diklik, ia akan memaparkan jumlah data terkini database selepas carian. Contoh adalah seperti ilustrasi.
Bagaimana mahu solve problem seperti bos MZF Computer Centre tanya tu? Caranya, aku buat carian pada pakej. Taip perkataan 'dewasa' kemudian aku klik ikon (#1). Hasilnya, terpapar jumlah (#2) yang mendaftar bagi pakej dewasa. Hehe. Bernas idea aku, kan?
Seperti yang aku nyatakan sebelum ini, sistem ini berupaya menegemaskini mana-mana data pelajar yang telah didaftarkan. Contohnya, jika pelajar A bertukar alamat, klik pada barisan nama pelajar (#1) dan klik 'kemaskini' (#2). Selain dari cara ini, pengguna sistem juga boleh klik dua kali pada baris nama pelajar yang ingin dikemaskini. Paparan form update akan terpapar.
MAKLUMAN: Aku tidak dapat siarkan form pendaftaran/kemaskini tersebut kerana atas sebab-sebab tertentu.
Ilustrasi ini adalah contoh sijil yang boleh dicetak sekiranya butang 'cetak' diklik.
Last but not least, ini paparan GUI untuk mengubah warna tema sistem. Sebenarnya aku suka2 je tambah mende ni. Tapi nampak cam menarik la plak kan. Sesuai untuk pengguna Windows XP! Cun! Ada tiga tema kesemuanya. Hijau, biru, dan silver. Seperti Windows appearance tu la.
Pengguna sistem boleh memilih warna tema yang dikehendaki. Default theme semasa first running program ni adalah warna silver.
Sesiapa mahu prototaip sistem ini, ada soalan, ada ragu-ragu, sila tinggalkan pada ruangan komen. Terima kasih.