Rasanya sudah lama aku tidak menulis artikel berbentuk tutorial. Di sini aku kembali lagi untuk berkongsi kepada anda semua. Mungkin ada yang masih tertanya-tanya dan masih tercari-cari bagaimana dan di mana.
Apa itu Facebook Share? Facebook Share adalah salah satu tool atau widget butang yang dibangunkan oleh Facebook di mana anda bebas untuk berkongsi artikel samada di blog mahupun di mana-mana sesawang yang mempunyai butang widget ini. Kesimpulannya, jika anda mempunyai artikel yang menarik di blog ataupun sesawang anda, pembaca artikel tersebut berupaya untuk menerbitkan semula atau lebih tepat lagi berkongsi artikel anda tersebut di Facebook mereka.
Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan trafik blog anda. Menarik, bukan?
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
expr:share_url='data:post.url'
Ini akan membolehkan aku share ke Facebook dengan mengikuti format;Aku abaikan kod &t=[title of content] kerana aku rasakan ia tidak penting. Kod berwarna merah bermaksud short address artikel anda. Manakala kod berwarna biru pula mewakilkan tajuk spesifik artikel anda.
Jenis-jenis bebutang Facebook Share
Terdapat dua jenis bebutang Facebook Share iaitu box_count (seperti yang aku gunakan sekarang), dan button_count. Anda boleh lihat lagi butang yang disediakan oleh Facebook Share dengan baca dokumentasi. Klik di sini.
Bagi aku, hanya dua butang ini tampak menarik!
Gayakan Facebook Share Anda!
Kod di atas adalah kod asasnya. Anda boleh ubah kod yang telah digelapkan. Jika anda mahu butang Facebook Share anda di bahagian kiri ataupun kanan, anda hanya perlu tukarkan samada right atau left pada tag float:right;.
Untuk mengubah jenis butang pula, anda perlu ubah samda button_count ataupun box_count pada tag type='button_count'.
Untuk pengetahuan anda, kod di bawah adalah kod yang aku gunakan sekarang.
Cara memasang Facebook Share ini ke blog
1) Login ke akaun blogger anda. Seterusnya klik Layout > Edit Html dan cek butang 'Expand Widget Templates'.
2) Cari kod ini; dan terus paste kod anda pada baris seterusnya. Jika anda tidak jumpa kod di atas, sila cari kod ini;
dan paste kod anda pada baris sebelumnya.
3) Kemudian, klik butang save.