Ads: (Please Click!)

Wednesday, March 31, 2010

Entry Bergambar

Hari Sabtu (27 Mac 2010) yang lepas, aku dan empat orang lagi rakan aku ke Mesra Mall, Kemaman. Aku bertolak dari rumah kira-kira dalam pukul 5 petang. Kami berlima; aku, Pendi, Abie, Safwan, dan K-Day, bersepakat untuk pergi ke Mesra Mall dengan menunggang motosikal saja. Safe budget, kata mereka. Walaupun perjalan tidak sampai pun 20 minit dari bandar Chukai. Pada mulanya kami ingin bertolak awal. Namun akibat hujan yang turun lebat, kami terpaksa menunggu hampir sejam di rumah K-Day. Layan Senario The Movie di Astro waktu itu.Aku membonceng...

Tuesday, March 30, 2010

Dan Di Sini Aku Menulis..

Fuh! Lama sungguh aku tidak mengarang dalam blog. Ketandusan idea dan malas menjadi faktor utama. Lainlah blog popular. Tiada artikel terbaru pun, peliwat pelawat tetap ada. Betul, tak?Tiada apa yang boleh aku tulis di sini sebenarnya. Buka blog, klik pada 'New Post', dan jari mula menekan butang-butang papan kekunci atau keyboard. Sudah mula hendak merapu dan merepek. Selama ketiadaan aku di dunia blog, aku sibuk diluar sana. Sibuk dengan sesi lepak dan jamming. Bukan traffic jam, okey? Jamming dengan makna lain, bermain alatan muzik secara berkumpulan...

Tuesday, March 23, 2010

Rindu Pada Arwah

Sebenarnya aku paling tidak suka menulis artikel yang ada unsur-unsur emosi diri sendiri. Sebagai contoh, frust kerana putus cinta, sakit hati dengan seseorang, rindu dengan seseorang, dan sebagainya. Walaupun begitu, jika 'kadang-kadang', atau 'jarang-jarang' tidak mengapa, kan?Mungkin artikel atau cerita ini ada sedikit unsur emosi dari aku sekarang. Maaf, ya.Senyum :)* * * * * * * * * *"Nah. Makanlah," kata Tok Wan. Dia menghulurkan semangkuk bubur kepadaku di atas meja. Aku duduk merenung bubur yang sedang berwap panas yang galak menerpa ke...

Sunday, March 21, 2010

Si Gadis Kecil : Hari Terakhir (Bahagian 2)

Semalam aku tidak dapat tidur. Entah kenapa 'dia' mengganggu tidurku. Muzik di telefon bimbit sedang bermain di telinga. Tabiatku sebelum tidur dengan harapan lagu yang dimainkan akan mengusik minda untuk terus merasa kantuk. Namun, jam sudah menunjukkan pukul 2.34 pagi. Bayangan Si Gadis Kecil seolah-olah bermain di depan mataku.* * * * * * * * * *"Freedom!" bisik hati kecilku. Tangan kanan ku genggam erat slip peperiksaan. Baru beberapa minit tadi aku selesai menjawab kertas terakhir bagi peperiksaan SPM tahun 2001. Aku menuruni tangga dengan...

Thursday, March 18, 2010

Trauma Pisang

Bacaan untuk orang dewasa (> 18 tahun) sahaja!Azim baru saja beberapa bulan bekerja di sebuah syarikat guaman swasta di ibu kota. Sebagai orang baru di syarikat itu, dia antara yang menarik perhatian. Azim adalah lepasan universiti di utara semenanjung. Ijazah pula. Tidak berbanding pekerja-pekerja lain. Namun nasibnya hanya selaku kerani biasa di syarikat guaman itu. Akibat kesempitan dan kesukaran mencari kerja sekarang membuatkan Azim tidak memilih kerja. Mana dan apa saja lubang kerja, dia sanggup. Di syarikat guaman itu pula tidak ramai...

Wednesday, March 17, 2010

Pemenang Contest 'If I Were A Millionaire'

Lama korang semua menunggu, kan? Kasihan.Okey. Di sini dengan sukacitanya aku mahu maklumkan pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga bagi contest yang pernah aku anjurkan sebelum ini yang bertajuk 'If I Were A Millionaire'. Tapi sebelum itu, mahu juga aku komen dulu fasal contest ini, ya tak? Bagi saspen sikit. Hehe.Pada awalnya aku tidak menyangka seramai 36 peserta yang menyertai contest aku ini. Itu pun ada lagi yang tercicir sebab tak tahu aku ada anjur contest. Maaf. Korang tak follow aku memang nasib la kan. Takpe. Aku tak salahkan korang....

Monday, March 15, 2010

Nasihat Yang Makan Diri

"Aku pun tak hensem jadi aku pun pilih je la pompuan yang tak 'hensem'," kata kawanku pada suatu ketika dulu. Dia senyum tawar.Mungkin kedengaran merendah diri. Namun hati perit dan pahit terasa, siapa tahu? Pada pandangan aku secara jujurnya, memanglah kawanku seorang ini tidak kacak. Warna kulitnya agak gelap. Mata agak membulat, kulit muka berparut akibat bekas jerawat yang banyak, badannya kurus melidi, dan bibir atasnya agak pelik sedikit. Lebih tebal dari yang bawah. Hanya hidungnya saja yang cantik.Oleh kerana itu, dia memang susah untuk...

Friday, March 12, 2010

"That's Why I Hate Mamak!"

"Jom keluar minum," pelawa Pero, kawanku sewaktu aku bekerja di Kuala Lumpur pada awal tahun 2009 lalu. Aku yang sewaktu itu sedang senang berehat di dalam bilik di sebuah apartmen sewaan syarikat selepas penat seharian bekerja. Laptop di hadapanku masih terpapar hamparan kerja."Mana?" tanyaku ringkas. Pero yang baru selesai sembahyang memperbetulkan kain pelikatnya. Dia menoleh ke arah aku. Dia melirik senyum."Entahlah. Aku bukannya biasa bandar KL ni," balasnya sambil mengangkat kening. Dia seolah meminta pendapatku."Wah waahhh.. BB la. Mana...

Tuesday, March 09, 2010

Tidurku Pelik Sekarang

Aku baru sudah makan tengah hari. Angin yang sepoi-sepoi bahasa dan duduk di bawah pohonan rhu yang redup membuatkan mataku berat untuk membuka luas. Tambah pula badan yang penat bekerja sedari pagi dan perut yang kenyang, masyaAllah, nikmatnya tidur di tengah hari.Tanpa membuang masa, aku jarakkan sedikit daripada kawan-kawan sekerja aku. Aku mencari hamparan tanah bumi yang agak redup melindungi cahaya matahari yang bersinar. Aku melabuhkan punggung aku ke tanah. Tanah yang diselaputi dedaun pokok rhu membataskan kotoran dan debu tanah melekat...

Sunday, March 07, 2010

Jangan Cari Fasal Dengan...

Ini cerita lama. Berlaku pada awal tahun 2002. Waktu itu aku sedang seronok menempuh alam 'selepas sekolah'. Bebas merdeka.Aku dan rakan-rakan aku merancang menyewa kereta untuk ke bandar Kuantan. Jika sebelumnya kami rata-rata ke Kuantan bersama keluarga sahaja. Alangkah seronoknya jika dapat berjalan-jalan ke Kuantan bersama rakan-rakan pula. Dengan rakan lebih seronok. Lebih enjoy. Lebih bebas.Pada suatu petang, sewalah kami berlima sebuah kereta kancil. Kami bersendat beramai-ramai. Oleh kerana kereta sewa itu agak uzur, maka petang itu kami...

Thursday, March 04, 2010

Bidang Mekanikal Memang Best!

Aku baru pulang dari kerja. Penat sebenarnya bila kerja berat dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang. Kerja di bidang mekanikal memang memenatkan. Apatah lagi bila kita yang kuli. Mahu jadi bos, kenalah bermula dari bawah. Persekitaran kerja yang berhabuk ditambah pula dengan cuaca panas. Habuk pula bukan habuk biasa. Habuk besi! Sedut melalui hidung, terus ke kerongkong dan terus lagi masuk ke paru-paru. Nah, dua hari aku demam. Ditambah dengan selsema, batuk, dan sakit dada. Alahai, tiba-tiba teringat pula kerja di pejabat.Dulu kerja di dalam...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger