Ads: (Please Click!)

Thursday, December 02, 2010

Kenangan Sekolah Rendah (Bahagian 1)


Salam.

Sudah lama sebenarnya aku tak bercerita tentang sejarah hidup aku dulu-dulu, kan? Beberapa minggu yang lepas, aku ada buat scanning gambar-gambar lama, termasuklah sewaktu di sekolah rendah dan menengah. Ada juga gambar ketika aku masih bayi. Oh, aku sangat comel aku dulu jika dibandingkan sekarang. Sekarang tak comel. Tapi hensem kot. Haha!

Read more/less..

Cerita ini adalah cerita zaman sekolah rendah. Seingat aku, aku dalam darjah satu, tahun 1991. Darjah 1 Dahlia.

Dari pertengahan darjah satu hingga darjah enam, aku ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Seawal 5.30 pagi aku sudah bangkit dari tidur kerana bas sekolah itu selalunya mengambil budak-budak seawal dari pukul 6 pagi. Jika bangun lewat, tak ke sekolahlah aku jawabnya. Jika berjalan kaki, mahu tercabut kepala lutut. Jauh. Biasanya akulah orang pertama yang di ambil oleh pemandu bas sekolah memandangkan rumah aku berada di pusat bandar.

Ada seorang budak perempuan ni satu kelas dengan aku juga menaiki satu bas sekolah dengan aku. Sudah lupa namanya. Biarlah aku namakan dia Fatin. Cuma Fatin ni dalam trip kedua ke sekolah. Hanya pulang dari sekolah saja sekali dengan aku. Maka, waktu pulang dia biasanya duduk di sebelah aku. Maklumlah, classmate. Hehe. Walaupun Fatin ke sekolah pada trip kedua, dia juga bangun awal pagi seperti aku. Maka, biasanya waktu pulang dari sekolah dia selalu saja mengantuk.

Kebetulan, sepupu aku menaiki bas sekolah yang sama. Perempuan. Cuma aku jarang sangat bercakap dengan dia. Lagipun dia seorang yang pendiam.

Di dalam bas, aku dan Fatin bersembang. Banyak perkara kami sembangkan. Tiada perasaan malu waktu itu. Yalah, masih budak-budak. Setiap hari kami bersembang namun tidak lama. Fatin akan menguap dan memberitahu aku dia mengantuk. Aku mengangguk. Fatin akan terus pejamkan mata dan tidur. Aku hanya membiarkan saja dia tidur. Waktu tidur itulah kepalanya selalu melentok ke kanan, ke kiri. Akhirnya jatuh di atas bahu aku. Oleh kerana kasihan dan atas dasar sifat kawan, aku biarkan saja dia tidur di atas bahuku. Dan tiap-tiap harilah dia begitu. Selalu saja mengantuk dan tidur di atas bahuku.

Seronok. Itulah perasaan yang ada dalam hati aku walaupun pada waktu itu tak kenal dan tak tahu apa makna sayang, cinta, dan kasih. Yang aku tahu, seorang yang berlainan jantina yang comel telah tidur di atas bahuku. Haha.

Pada suatu hari, aku telah kantoi. Fatin mengadu yang dia sangat mengantuk. Walhal kami baru saja melabuhkan punggung di atas kerusi bas sekolah. Kami tidak bersembang dahulu seperti kebiasaan. Tak apalah. Aku biarkan dia tidur. Seperti biasa, dia meletakkan kepalanya di atas bahu aku. Setelah bas sekolah bergerak, tiba-tiba aku berasa seperti ada orang yang memerhati. Aku memandang ke depan. Alamak! Sepupu aku merenung dengan mata yang bersinar. Muka yang mencuka. Namun, aku buat tak tahu saja. Aku tahu sepupu aku tu cemburu!

Begitulah setiap hari. Sepupu aku pasti akan memandang aku dengan muka yang... ntah. Tak dapat aku ungkap di sini. Nampak seperti jealous. Haha.

Sehinggalah pada suatu hari, aku tidak nampak kelibat Fatin. Pada mulanya, aku fikir... tak apa. Mungkin dia sakit demam. Mungkin esok, lusa, tulat adalah dia. Namun esok, lusa, tulat begitu juga. Kelibat Fatin tidak muncul-muncul. Hatta di dalam kelas, tak nampak pun batang hidung Fatin.

Ke mana perginya Fatin?

Pada petang itu, tergerak hati aku untuk bertanya kepada pemandu bas, Makcik Nab. Aku bertanya ke mana perginya Fatin setelah sekian lama tak jumpa. Agak terperanjat, Makcik Nab menkhabarkan bahawa Fatin telah berpindah sekolah. Entah kenapa aku tidak berasa sedih. Cuma hari-hari aku rasakan seperti ada sesuatu yang kurang. Sesuatu yang tidak kena. Adakah aku rindu pada Fatin?

Alahai. Tiada lagi budak perempuan comel tidur di atas bahuku.

Hari-hari berikutnya, aku lihat sepupuku tidak lagi menoleh ke belakang melihat aku 'bermesra' dengan Fatin. Seronok sangatlah tu!


Dalam bulatan ialah Fatin yang aku maksudkan. Sila teka, yang mana satu aku?


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
9 Comments


9 Orang Kentut Madu:

dayah said... [Reply]

eleh, mesti duka seblah fatin kan :D
napa dia tak ckp bye2 dlu....alahai sian kao, angkat bakul nk hensem jgk la ye.

oke latip takkk comel! haha

GadisKasutConverse said... [Reply]

ceh..gatai!hahaha..
xde masa tu.sbb tk dtg sekolah.ngee~

ceksumolek's said... [Reply]

sbelah kiri fatin kot duka?? hhihii~ agk je lahh~

Aduka said... [Reply]

@dayah
tp aku ensem kan? aku tau ko nk ckp aku ensemmm.. eleleleee.. ye btol! aku la tu.. =P


@cik reen
mmg die dh pindah skolah la..


@cik sumi
ye btol! 100 markah! =P

lalink7 said... [Reply]

comelnye fatinnn...alahai melepas awek cun..kalau dulu comel..mesti skang cun...rugi la en.aduka..hahaha

lalink7 said... [Reply]

ko msti yang kiut kat barisan depan tp kaki xsampai tuekan?hahahaha

Aduka said... [Reply]

@lalink7
hahaha.. nak buat camne.. xde rezeki..
=P

misrerama said... [Reply]

tecik2 dh pandai yer...hahaha..nk pinjam bahu jugak la!heheheheh

Aduka said... [Reply]

@misrerama
masa tu x tau hapekebende.. hahaha.. poyo je kan? nak ke..? nahhh.. bahuuu.. =P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger