Suatu petang pada 11 haribulan Julai tahun 2010 iaitu hari Ahad yang lalu
*amboi skema!*, aku mendapat satu panggilan dari nombor yang aku tidak kenali. Pada mulanya malas mahu menjawab panggilan tersebut. Memandangkan aku jenis susah mahu angkat bila mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Tapi, aku menjawab juga kerana terdetik di hati mahu menjawab penggilan tersebut.
"Aku ni,
Kapten Luffy!"
Woooo..
Seriously aku teruja pada petang itu. Pada mulanya aku sudah sedia maklum yang Pakcik Luffy mahu datang ke Chukai Kemaman setelah membaca satu artikel di
blog dia. Dalam artikel beliau ada nyatakan misinya mahu ke Geliga, Chukai Kemaman. Dalam benakku sedah sedia maklum akan lokasi itu, bila mana saja orang luar datang ke Kemaman. Di situ adalah satu lokasi yang biasa orang luar akan pergi. Tidak lain dan tidak bukan, Intan.
*anda boleh taip sendiri di Google; Intan Kemaman*Inilah Intan. Lokasinya menarik sebab menghadap pantai! Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
Sebelah malamnya pula, rancang mahu tengok perlawanan bola sepak Piala Dunia antara German dengan Uruguay. Tapi jam baru menunjukkan pukul 1 pagi. Gila. Lagi satu jam setengah mahu lihat perlawanan tersebut. Pukul 1 lebih pagi, mata sudah kuyu dan mahu saja terkatup rapat. Pakcik Luffy apatah lagi. Turun dari bas setiba di Kemaman, langsung tidak rehat. Makanya, kami terus berangkat pulang. Mengantuk, kata Pakcik Luffy.
Keesokkan pagi sebelum aku ke kelas, aku sempat menghantar Pakcik Luffy ke Intan. Percubaan fizikal atau apakah, aku sudah lupa. Yang paling penting, Pakcik Luffy berpakaian sukan pagi-pagi buta. Haha.
Pulang dari kelas, aku terus menjemput Pakcik Luffy di Intan. Kami singgah makan di satu restoran terkenal dengan otak-otak dan satar di Kuala Kemaman. Di restoran ini juga aku pernah berjumpa dengan seorang blogger. Oryen namanya. Oh, dulu blog Oryen warna oren, ya. Sekarang aku pula berwarna oren.
Aku dan Pakcik Luffy masuk ke restoran yang kebiasaannya sesak dengan orang ramai itu. Aku sempat bercerita kepada Pakcik Luffy akan kemasyhuran beberapa lokasi kedai makan di kawasan situ. Terutama sekali tentang keenakkan satarnya.
Pakcik Luffy memberitahu bahawa rakan Facebook-nya memaklum bahawa satar adalah satu makanan terkenal di Kemaman. Aku mengiakan. Tertarik dengan itulah aku membawa Pakcik Luffy ke restoran tersebut. Pada restoran pertama, satar sudah kehabisan. Dan restoran ini pula, juga kehabisan! Kasihan pakcik. Tidak boleh merasa satar Kemaman. Walau bagaimanapun, kami memesan otak-otak dan sotong celup tepung sebagai pengganti satar. Banyak cerita yang kami sembangkan.
Pada sebelah malamnya pula, kami merancang untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Dunia antara Sepanyol dengan Belanda. Sekali lagi tergendala kerana secara tiba-tiba aku tidak boleh bangkit. Demam aku secara tiba-tiba menjadi teruk! Celaka, bisik hatiku. Sudah tentu Pakcik Luffy terkilan. Namun, apa boleh aku lakukan. Kebetulan juga malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Kasihan lagi pakcik.
Pada tengahari hari Isnin, Pakcik Luffy berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Petangnya, sempat juga Pakcik Luffy menghantar SMS kepada aku bahawa dia sudah selamat sampai di Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
Aku masih ingat dengan kata-kata Pakcik Luffy, "Aku ex-blogger sekarang!"
Agak terkejut juga sebenarnya. Penulisan pakcik bukannya tidak menarik. Walaupun kekadang berbaur kelucahan, tetapi kekadang itulah yang membuatkan kita tersenyum sendirian ketika hati tidak senang. Bukankah begitu?
Aku ada memujuknya untuk tumpukan pada satu blog sahaja, bukan dua! Tengoklah macam mana nanti. Moga-moga dia kembali menulis. Aku tidak mahu mendengar perkataan 'MALAS', ya pakcik!
Dan semalam, aku baru teringat. Kenapa satu gambar Pakcik Luffy pun aku tidak snap?! Argh! Geramnya. Anda mahu tahu tak? Pernah aku merancang untuk ke Kuala Lumpur semata-mata mahu jumpa Pakcik Luffy ni. Sudah ada tuan badan di depan mata, boleh lupa pula! Aduh.. Maka, artikel aku ini tiada diselitkan gambar Pakcik Luffy yang boleh aku dedahkan, yang selama ini selalu diblurkan di blognya!
Oh, ini update! Perenggan di atas ini telah di-warna-merah-kan. Sebabnya, aku sudah jumpa gambar Pakcik Luffy. Itu pun search dalam internet guna Google! Haha. Ada siot! Memang terkenallah Pakcik Luffy! Ini dia.. jeng jeng jengggg..!
Kepada Pakcik Luffy sila kemaskini blog, ya? Aku rindu dengan cerita-cerita menarik dan berunsurkan kelucahan kau itu! Haha!
Ada sedikit catatan ringkas dari aku untuk kalian follower dan pelawat atau pembaca blog aku.
Sekian lamanya aku tidak singgah (dengan kata lain; blogwalk) ke blog kalian. Aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan. Kepada follower baru dan juga lama, terima kasih di atas sokongan dan minat kalian untuk membaca blog aku. Harap blog aku tidak membosankan anda. Kepada yang masih menunggu sambungan kisah 'Milik Siapa', harap bersabar ya? Kepada follower baru, kalian boleh baca 'Milik Siapa' bahagian satu dan dua. Bahagian tiga akan diterbitkan kemudian, agak lewat sedikit. Ada lagi cerpen-cerpen yang pernah aku tulis. Kalian boleh cari sendiri di label blog atau berdasarkan tarikh post.
Kepada yang meninggalkan jejak di chatbox aku pun sama. Maaf. Aku langsung tidak berkesempatan untuk membalas ziarah dan kunjungan kalian. Sejak bergelar pelajar dan ketiadaan komputer serta internet, memang menyulitkan aku sangat-sangat. Walaupun begitu, teruskan tinggalkan jejak anda. Tidak rugi pun. Senyum! :)
Selepas ini, tutorial aplikasi Facebook iaitu Recent Activity akan menyusul pula. Nampaknya aplikasi Facebook di blog semakin popular, bukan? Tutorial Facebook Comment Box sahaja pun sudah mendapat hit tertinggi dan menarik minat hati blogger! Di sebelah kanan blog ini, kalau anda perasan, ada disenaraikan tutorial-tutorial percuma dan berguna untuk blog kalian.
Akhir kata, jangan lupa klik setiap iklan Nuffnang aku yang timbul di blog, okey? Sayang kalian semua!