Ads: (Please Click!)

Sunday, April 04, 2010

Si Gadis Kecil : Nasihat Mu (Bahagian 3)


Sewaktu di alam sekolah menengah, waktu kelas-kelas terakhir biasanya aku selalu ponteng. Biasanya tempat lepak adalah samada di perpustakaan ataupun di kantin. Kelas aku berada di tingkat tiga blok A. Oleh kerana blok bangunan A berhampiran dengan kantin, aku jarang ponteng ke kantin. Selain daripada dua tempat tersebut, aku akan beranikan diri untuk terus ke motosikal dan keluar dari sekolah.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Suatu hari, aku keluar dari kelas. Aku ponteng kelas Kimia. Kebetulan kelas Kimia dilangsungkan di makmal yang terletak di tingkat bawah blok B. Blok B itu pula hanya mempunyai 2 tingkat. Maka, aku mengambil kesempatan itu untuk ke kantin. Kawan-kawan aku yang lain mula bergerak ke makmal apabila Mr Foo mula mengarah. Aku antara orang yang terakhir keluar ke kelas. Aku tidak terus ke makmal, sebaliknya melencong ke kantin keseorangan.

Di kantin bilangan pelajar tidak ramai. Hanya ada beberapa kumpulan kecil pelajar sesi petang di suatu sudut. Cikgu pula jarang berada di kantin. Aku membeli sedikit kuih muih. Aku mengambil tempat duduk yang tersorok sedikit. Kerusi panjang itu sengaja diletakkan di sebalik dinding kantin oleh kawan-kawan aku. Setiap masa perhimpunan berlangsung, di situlah kami 'lari' dari perhimpunan. Itu pun jika ada 'spot-check'. Tetapi, amat jarang kami terlepas. Biasanya cikgu atau ketua pengawas sudah tahu taktik kami. 'Spot-check' mengejut akan dilakukan. Aku jarang tertangkap atau kantoi ketika 'spot-check'. Alasannya, aku berkawan rapat dengan ketua pengawas. Maka senanglah aku meloloskan diri ketika tersangkut semasa 'spot-check' rambut panjang, kasut kotor, tidak memakai stokin, dan sebagainya.

Aku mengunyah perlahan karipap inti kentang kegemaranku. Aku amat gemar karipap pada waktu hidangan tengahari. Ini adalah kerana ia baru dimasak. Panas dan rangup. Intinya pula agak pedas dan manis. Di tepi peha, aku sandarkan air sirap yang dibungkus di dalam plastik. Sedang aku senang menatap kuih yang dibeli, aku terdengar suara perempuan sedang berbual sayup-sayup mendekati. Mereka melintas di belakang dinding tanpa menyedari aku di situ. Mereka meletakkan beg dan masih lagi berbual. Aku tidak endah seraya terus saja mengunyah perlahan karipap yang masih berbaki.

"Eh, awak. Buat apa kat sini?"

Aku hampir tersedak. Aku menelan dengan mengejut karipap yang aku kunyah tadi. Hampir tercekik, aku meneguk sedikit air sirap. Aku memandang kelibat perempuan tadi dengan mata yang terbeliak. Aku menahan sakit di kerongkong sebenarnya.

"Haaaaaa.. ponteng yeeeeee!" kata perempuan itu sambil menunding-nunding jari ke arah aku. Tangan kirinya mencekak pinggang. Aku meletakkan jari telunjuk di atas bibirku.

"Sssyyhhhhh..! Diam la kau!" jerit aku separa berbisik.

"Heh! Takde muka lain kat sini. Kau, kau, kau! Report kat cikgu kang baru padan muka," katanya, mengugut. Aku melempar bungkusan sirap ke dalam semak. Aku terus berlari anak merapati perempuan itu. Tangan kiriku masih memegang bungkusan kuih yang dibeli tadi.

"Oi, Aida. Kau diam boleh tak? Kang aku.. eii eiii..!" kataku sambil jari kananku membuat gaya untuk mencubit betul-betul hampir dengan hidungnya. Aida cepat-cepat menutup hidungnya.

"Heh! Camne la A** tu suka kat kau ek? Nasib baik dia tak nampak. Kalau tak, aku suruh dia tak suka kat kau!" ugut Aida. Aku mengajuk bebelannya itu dengan muka yang dibuat-buat. Aida menampar-nampar bahuku bila aku mengajuknya. Aku menunjuk penumbuk padanya.

"Suka hati akulah. Yang dia suka kat aku tu kenapa?" kataku. Aku kembali duduk di atas kerusi panjang. Aida duduk di sebelahku. Aku kembali makan kuih. Karipap tadi yang tinggal separuh sudah jatuh ke tanah akibat terkejut sebentar tadi. Aida merenung aku makan.

"Kau ni la lelaki yang pelik pernah aku jumpa," kata Aida. Aku menoleh. Mulutku tidak berhenti mengunyah.

"Orang dah suka kat kau. Kau terima je la. Nak kata A** tu hodoh, takde la hodoh. Nak kata A** tu nakal, takde la pulak. Kau tak suka kat dia sebab dia kementot ke ape?" soal Aida. Aku masih menyantap kuihku. Aku buat-buat tidak dengar apa yang keluar dari mulut Aida. Tiba-tiba aku rasakan sakit di bahu sebelah kiri. Aida menumbukku.

"Kau ni jangan ganggu aku boleh tak?" kataku sambil menjegilkan mata sebesarnya. Aida memuncungkan mulutnya. Dia terus beredar dari situ sambil mulutnya membebel-bebel. Aku menulikan telinga.

"Huh, budak-budak apa tahu tentang cinta!" jerit aku, perli.

Aku habiskan kuihku. Masa masih panjang. Waktu kelas Kimia tentunya memakan masa yang lama. Maka, lama jugalah masa yang perlu aku ambil untuk duduk di situ. Aku menyandar pada dinding kantin. Perut sudah kenyang. Mata pula rasa berat. Ah, kalu tidur bimbang terlajak. Nanti kantoi, bisikku.

"Hai, awak! Assalamualaikum!"

Sapaan itu membuatkan aku terkejut. Aku bingkas bangun dan mengurutkan dada. Jantung aku berdegup kencang. Kepala berasa berdenyut-denyut. Aku lihat dua orang perempuan berdiri di hadapanku. Salah seorangnya ketawa.

"Errr.. maaf. Buat awak terkejut pulak," kata Si Gadis Kecil sambil tersengih. Dia menoleh beberapa kali ke arah Aida yang berdiri di sebelahnya. Aida hanya tersenyum sinis. Dia memeluk tubuhnya.

"Heh! Padan muka dia. Ni la akibatnya selalu ponteng. Biar dia dapat sakit jantung!" kata Aida menakut-nakutkan aku. Dia kembali ketawa terbahak-bahak. Si Gadis Kecil memandang aku dengan wajah yang bersalah. Aku melambaikan tangan menandakan aku tidak ada apa-apa. Si Gadis Kecil duduk di sebelahku. Aida pula pergi sambil menjelirkan lidah ke arah aku. Peluh yang memercik di dahi aku lap dengan belakang tanganku.

"Fuuuhhh! berderau darah saya," kataku seraya tersengih. Si Gadis Kecil ketawa kecil, malu-malu.

"Awak ponteng ke?" soal Si Gadis Kecil.

"Errr.. taklah! Mana ada! Saja.. duduk sini ambil-ambil angin sepoi-sepoi bahasa," kataku, sengaja menipu.

"Elehhh.. Aida yang cakap. Dia bagitahu kat saya, awak selalu ponteng kat sini. Jadi saya datang jenguk awak kat sini," kata Si Gadis Kecil sambil menggoyangkan kepalanya beberapa kali. Dia mengenyitkan mata kepadaku. Aku memandang ke arah lain sambil menyeringai.

"Aida tu memang! Tak habis-habis cari fasal dengan saya," kataku.

Tiba-tiba aku rasakan lenganku dipegang. Aku memandang ke lenganku. Terasa sentuhan yang amat lembut. Jari tangan yang memegang lenganku terasa kecil. Halus. Terdapat jam tangan Mickey Mouse terlilit di pergelangan tangan itu. Aku memandang muka Si Gadis Kecil.

"Awak. Lepas ni jangan ponteng lagi tau. Tak elok lah," kata Si Gadis Kecil lembut. Jelas manis ukiran senyum diwajahnya. Aku tergamam. Sebaik sedar, aku menarik lenganku dari pegangan Si Gadis Kecil.

"Yelah. Saya tau. Tak payahlah awak nak nasihatkan saya," kataku.

"Kalau awak tahu, kenapa ponteng? Awak kan dari kelas yang pandai."

"Pandai? Haha. Pandai la sangat."

"Yelah. Kelas sains, kelas budak-budak pandai, kan?"

"Hei! Tak semua budak pandai tu takde masalah disiplin tau?"

"Awak.. tak eloklah. Awak dah ada rekod disiplin yang lepas-lepas. Awak tak takut nama awak buruk di sekolah?" soal Si Gadis Kecil. Dia berdiri menghadapku. Dia mengerutkan mukanya. Wajahnya seolah-olah penuh kerisauan dan prihatin.

"Biarkan! Buat apa nak takut?" kataku bongkak. Egoku masih menebal di dalam jiwa.

"Kesian kat mak ayah awak hantar awak ke sekolah tau," kata Si Gadis Kecil. Aku tersentak dan terdiam. Terhiris rasanya hati aku. Kata-kata Si Gadis Kecil membuatkan lidah aku kelu seribu bahasa. Tanpa mempedulikan nasihatnya, aku bingkas bangkit dan terus beredar dari situ meninggalkan Si Gadis Kecil di belakang.

"Awak! Nanti dulu!" panggil Si Gadis Kecil. Dengan keegoan yang masih kuat berkubu didada, aku teruskan berjalan juga. Perasaan amarah tiba-tiba membuak di dalam hati. Hampir di simpang jalan memasuki kawasan blok A, aku berhenti melangkah seraya menoleh ke belakang. Aku lihat Si Gadis Kecil dan Aida berdiri memandang aku dari jauh. Walaupun agak berjarak, jelas sayu dan kecewa terpancar di wajah Si Gadis Kecil.

* * * * * * * * * *

"Awak.. saya tak berniat nak hinakan ibu dan ayah awak. Saya minta maaf."

Aku melipat kembali kertas kecil yang ada ditanganku. Aku terus memasukkan semula ke dalam sampulnya. Rakanku Wadi yang duduk di sebelah hanya diam sambil matanya memandang ke arahku. Dia mengangkat kepalanya beberapa kali.

"Tiada apa-apa," jawabku ringkas.

"Awek ek?" soal Wadi.

"Taklah. Kawan."

"Kawan konon. Siap berutus-utus surat ni. Sakan ek?"

Wadi ketawa kecil. Aku hanya terdiam. Aku memandang ke luar tingkap. Aku mengalih pandangan ke arah padang sekolah. Pembelajaran hari itu sedikit pun tidak melekat di dalam otak. Hanya termenung. Wajah Si Gadis Kecil seolah-olah tergambar di depan mata.

Baca bahagian yang seterusnya. KLIK SINI!

Wednesday, March 31, 2010

Entry Bergambar

Hari Sabtu (27 Mac 2010) yang lepas, aku dan empat orang lagi rakan aku ke Mesra Mall, Kemaman. Aku bertolak dari rumah kira-kira dalam pukul 5 petang. Kami berlima; aku, Pendi, Abie, Safwan, dan K-Day, bersepakat untuk pergi ke Mesra Mall dengan menunggang motosikal saja. Safe budget, kata mereka. Walaupun perjalan tidak sampai pun 20 minit dari bandar Chukai. Pada mulanya kami ingin bertolak awal. Namun akibat hujan yang turun lebat, kami terpaksa menunggu hampir sejam di rumah K-Day. Layan Senario The Movie di Astro waktu itu.

Aku membonceng Abie. Safwan pula membonceng K-Day. Pendi menunggang motosikalny sendirian. Kami jadi mat rempit sebentar. Oh, patutlah mat rempit @ samseng jalanan ini tidak puas-puas membawa motosikal dengan hadlaju melampau. Seronok rupa-rupanya.

Dengan bantuan DSLR Sony K-Day, kami sempat snap sana sini. Seronok juga guna DSLR, ya? Aku sangat teruja sehinggakan aku memasang niat untuk memilikinya. Jom layan gambar hasil dari snap DSLR Sony. Siri apa Sony itu, aku sudah lupa. Haha.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Pose 'maut' sebelah pusat bowling Mesra Mall. Aku yang berjaket biru. Ala-ala mat rempit zaman 80-an gituuu. Hehe. Kami terus masuk ke dalam. Kedengaran bunyi bingit dan bising. Kami jalan terus melalui deretan kedai-kedai di dalam mall tersebut. Kami singgah sebentar di kedai jualan kamera. Di situ aku sempat mengintai harga-harga DSLR. Pelbagai jenis. Sony, Olympus, dan Nikon. Harganya rata-rata lebih dari RM 1500. K-Day sempat membeli beg untuk DSLR Sony-nya dengan harga RM 60.

Keluar dari kedai tersebut, nun jauh di suatu sudut kedengaran lagu-lagu rancak. Aku lihat dari jauh ramai orang berkerumun. Masing-masing asyik tertumpu kepada sesuatu.

"Ada apa sana?" soalku. Rakan-rakan aku memanjangkan kepala. "Jom usha!" pelawaku.

Kami berjalan ke arah sekerumunan orang ramai. Aku menoleh ke tepi. Oh, ada senamrobik rupa-rupanya. Senamrobik di dalam mall? Setelah lihat baju yang mereka pakai, dan satu logo yang cukup aku kenali terpampang di board, baru aku sedar.

"Earth Hour," kataku.

"Earth Hour? Senamrobik sebelum event ke apa?" soal salah seorang rakan aku. Aku hanya mengangkat bahu dan menjuihkan bibir.


Kakak kita yang dua orang ini selaku lead dancer. Cantikkah? Aku tiada komen.

"Goyang ke kiri empat kali yeee..! Ke kanan empat kali yeee..! Goyang, kak! Goyang!" jerit Kakak Lead Dancer itu. Aku ketawa kecil apabila melihat seorang mak cik yang agak berumur cuba mengikut Kakak Lead Dancer itu. Agak kasihan. Mata aku tidak langsung melihat ke arah mereka-mereka yang bersenamrobik. Sebaliknya...

"Cikaro!"

Pakaian ketat dan seksi. Aku tidak dapat snap dari hadapan walaupun terserlah secara percuma 'lurah' dan 'bukit bukau'. Aku menyalahkan lens DSLR Sony si K-Day. Tidak dapat zoom sejauh mana yang aku inginkan. Jika boleh zoom jauh, aku tidak segan silu dan gentarnya snap dari hadapan. Haha.

Cik abang ini pun guna DSLR. Perasaan cemburu mula merasuk jiwa aku. Haha.

"Ehem, cik abang. Snap gambar siapa tu? 'Siapa' ke 'apa'?" Haha.

Okey, cukup. Sudah puas kami mencuci mata, kami ke kedai buku pula. Tiada niat sebenarnya mahu masuk. Namun, entah kenapa kaki ini mahu saja melangkah masuk. Aku terpandang salah satu buku yang dipamer.

"Wah, Menarik!"

Aku capai, gayakan, dan.. snap!

Pedulikan rambut aku yang berserabai itu, ya? Hehe. Kemudian aku letak kembali buku tersebut dan terus berlalu pergi.

"Eh, snap je ke? Tak nak beli ke buku tu?" soal K-Day sambil ketawa. Aku ketawa tanpa berkata apa-apa. Aku tersengih sambil mengurut-urut perut.

"Lapar la der. Makan dulu?" tanya aku.

"Yelah. Makan dulu la, bro. Mana ha?" sampuk Abie pula. Kami tercari-cari.

"Pizza," kata Safwan.

"Hotak kau!"

"Dahtu?"

"....."

"Burger King!"

Yalah. 'King'-lah sangat. Punyalah safe budget. Satu burger, dan satu gelas air coke. Jimat!

Antara hasil-hasil snap dengan DSLR Sony...





Sedap sangat makan. Maka gambar-gambar di atas pun tiada komen. Konon macam makan juga. Beradab. Tidak elok bercakap semasa makan. Adab kena jaga. Hehe.

Abie menunjukkan perutnya yang kenyang selepas melahap Burger King. Alamak! Aurat!

Ramai perokok berkata, hisap rokok selepas makan.. pergh..! Syok! Benarkah? Tengok si Abie ini. Selesai melahap burger, terus sebatang rokok Dunhill dinyalakannya. Disedut dalam-dalam. Dan hembus...

"Nikmat!" katanya.

Selepas menikmati Burger King. Kami kembali pusing-pusing di dalam mall. Kemudian, aku mendapat panggil daripada Pesa, si budak vespa.

"Bro. Aku nak pinjam DSLR K-Day. Datang Pantai Kemasik. Aku ada sana. Cepat, tau."

Aku lihat jam di tangan. Sudah tepat pukul 7 petang. Tanpa berlengah, aku terus ke Pantai Kemasik. Salah satu pantai tercantik di Kemaman. Tapi, maaflah. Aku tidak sempat snap banyak pun keindahan pantainya. Suasana gelap dan ketiadaan speedlight.

Kami.

Dari kiri; Pendi, Abie, Safwan, aku, dan Pesa. Pesa juga peminat DSLR. Tapi yang sedang dia guna itu adalah DSLR Nikon pinjaman dari rakannya. Di bawah, gambar yang sempat di ambil menerusi DSLR Sony. Tukang snap; K-Day.


Cantik, bukan?

Sebelum pulang, aku berkata kepada K-Day.

"Kalau kau terror, kau snap gambar aku sedang melompat. Ada bran?"

K-Day menyahut cabaran aku. Katanya, "Wei! Ini DSLR, bhai. Kacang je tu."

Aku mengambil lajak beberapa langkah, kemudian... !

"Yeeeeeeehaaaaaa..!!!"

Macam skater professional, bukan? Haha.

"Yeah! I'm the X-Game's professional skateboarder, bro! I'm the king!"

Haha.

Tuesday, March 30, 2010

Dan Di Sini Aku Menulis..


Fuh! Lama sungguh aku tidak mengarang dalam blog. Ketandusan idea dan malas menjadi faktor utama. Lainlah blog popular. Tiada artikel terbaru pun, peliwat pelawat tetap ada. Betul, tak?

Tiada apa yang boleh aku tulis di sini sebenarnya. Buka blog, klik pada 'New Post', dan jari mula menekan butang-butang papan kekunci atau keyboard. Sudah mula hendak merapu dan merepek. Selama ketiadaan aku di dunia blog, aku sibuk diluar sana. Sibuk dengan sesi lepak dan jamming. Bukan traffic jam, okey? Jamming dengan makna lain, bermain alatan muzik secara berkumpulan mahupun berseorangan. Sudah hampir setahun aku tidak menyentuh gitar, terutama gitar elektrik. Secara jujurnya, aku tiada gitar elektrik. Mahu beli tapi bila difikirkan beratus kali, cancel. Daripada aku habis beribu ringgit ke atas alatan muzik semata-mata, baiklah aku kumpulnya untuk kahwin. Poyo, bukan? Haha.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Kerja? Oh, ya. Sebenarnya aku baru saja habis kontrak kerja. Maka, banyak masa terluang. Hari ini, aku ada memohon kerja baharu. Kerja biasa saja, dan gajinya tidaklah selumayan mana pun. Tapi demi sara diri dan menunggu untuk menyambung pelajaran, lebih baik aku isi masa terluang ini dengan bekerja, bukan? Berfaedah juga daripada melepak semata-mata. No time to enjoy anymore. Hehe. Tua? Biarlah tua atau muda. Selagi masih nyawa dikandung badan, ilmu itu penting. Bukan hanya ilmu duniawi malah ilmu akhirat juga penting. Biar selari. Tidak semestinya kita muda adalah satu jangka masa untuk belajar. Bila sudah tua, tidak perlu belajar. Itu silap!

Sabtu yang lepas, aku ada lepak di Mesra Mall, Kemaman. Selama ia dibuka, baru dua kali aku singgah di mall tersebut. Kelakar. Perjalanan ke sana tidaklah sampai setengah jam pun dari rumah. Tapi baru dua kali pergi. Haha. Aku tidak pernah guna atau memiliki DSLR. Oleh kerana salah seorang dari rakan aku memang meminati fotografi, itulah hari pertama aku memegang dan guna DSLR. Membuatkan aku teruja sangat. Banyak juga gambar-gambar yang kami ambil semasa di mall itu. Nanti aku ceritakan pada artikel selepas ini.

Semalam, lagi sekali terlintas di fikiran aku tentang Si Gadis Kecil. Itu pun kerana aku rindukan si dia di Labis. Pengumuman; siri kedua dan ketiga akan menyusul, okey? Itu pun kalau aku rajin mahu recall dan tulis semula peristiwa bersamanya. Kepada si dia yang ada di Labis, kerjalah elok-elok, ya? Siapa 'si dia'? Anda tidak perlu tanya. Sudah ada tersirat di dalam blog. Carilah sendiri siapa.

Beberapa hari yang lepas, rakan-rakan aku sibuk cerita hal kahwin. Ibu dan ayah aku juga bersembang hal kahwin. Itu pun kerana kakak aku mahu melangsungkan perkahwinan bulan Mei ini. Tetapi terkadang tempias perli itu tetap menyasar kepada aku. Boleh dikatakan ke mana saja aku pergi, dan sesiapa saja yang berdamping dengan aku semasa lepak bersama, mesti ada topik kahwin yang disembangkan. Adoi, bosan sungguh.

"Latip, ko bila lagi nak kahwin?"

"Latip, ko bila lagi nak kahwin?"

"Latip, ko bila lagi nak kahwin?"

"Latip, ko bila lagi nak kahwin?"

"Latip, ko bila lagi nak kahwin?"

Mencabar tahap kesabaran juga sebenarnya.

Masih terngiang-ngiang di telinga. Terbayang-bayang di mata, sebab ada juga rakan blogger memerli aku. Macam mahu bagi penampar saja kepada anda. Haha. Joking.

Tetapi, itu adalah perkara sebelumnya. Hehe. Sebenarnya aku sudah tidak takut lagi hendak menghadapi soalan sebegini kerana aku sudah ada jawapan untuk soalan itu.

Kepada Dayah, kau mahu artikel terbaru dari aku sangat, ya? Nah. Baca sampai habis. Aku ada soalan juga untuk kamu.

"Dayah, ko bila lagi nak kahwin?"

"Dayah, ko bila lagi nak kahwin?"

"Dayah, ko bila lagi nak kahwin?"

"Dayah, ko bila lagi nak kahwin?"

"Dayah, ko bila lagi nak kahwin?"

Jangan mahu berangan! Kau masih belum habis belajar. Jangan gatal-gatal mahu kahwin. Belajar sampai habis, ada kerja. Kemudian kau mahu kahwin, silakan. Sila 'gatal-gatal'. Haha.

Kepada pembaca, jom meriahkan blog Dayah.

Senyum! :)

Tuesday, March 23, 2010

Rindu Pada Arwah

Sebenarnya aku paling tidak suka menulis artikel yang ada unsur-unsur emosi diri sendiri. Sebagai contoh, frust kerana putus cinta, sakit hati dengan seseorang, rindu dengan seseorang, dan sebagainya. Walaupun begitu, jika 'kadang-kadang', atau 'jarang-jarang' tidak mengapa, kan?

Mungkin artikel atau cerita ini ada sedikit unsur emosi dari aku sekarang. Maaf, ya.

Senyum :)

* * * * * * * * * *

"Nah. Makanlah," kata Tok Wan. Dia menghulurkan semangkuk bubur kepadaku di atas meja. Aku duduk merenung bubur yang sedang berwap panas yang galak menerpa ke mukaku. Aku mengibas-ngibas wap panas itu dengan tanganku.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

"Panas la, Tok Wan," kataku dengan suara yang manja.

"Panas? Meh Tok Wan tiup bagi sejuk," kata Tok Wan. Dia mengambil kembali bubur yang ada di hadapanku. Langsung dia meniup-niup bubur tersebut. Aku lihat bibir Tok Wan yang sudah berkedut dimamah usia itu. Muncung berkali-kali kerana meniup wap panas bubur agar segera sejuk. Aku lihat tangan Tok Wan kurus dan berurat.

"Tok Wan makin kurus la. Dulu gemuk. Tengok gambar Tok Wan dulu-dulu, gemuk," tegurku. Tok Wan senyum dan terus ketawa. Dia melakar senyum. Bibirnya sedikit membuka dan menampakkan gusinya yang tidak bergigi lagi.

"Tok Wan dah tua. Sakit pula makin menjadi-jadi," balas Tok Wan. "Lepas ni Tok Wan takde dah," sambungya lagi. Tok Wan kembali meniup buburku yang panas tadi. Mukanya dibuat selamba.

Aku yang mendengar katanya tadi tiba-tiba merasa hiba. Mataku tiba-tiba bergenang. Lantas aku memeluk Tok Wan. Aku dakapnya dengan begitu erat. Aku meraung sepuas hatiku.

"Tak nak! Latip sayang Tok Wan! Kalau Tok Wan takde, siapa lagi nak gorengkan keropok? Siapa lagi nak buatkan bubur?" raungku. Air mata mencurah-curah membasahi bajuku dan baju Tok Wan.

Tok Wan mengusap-usap kepalaku dengan lembut seraya berkata, "Tok Wan takde nanti doa-doalah banyak-banyak untuk Tok Wan dan Tok Ki ya."

Aku bingkas bangkit. Aku lap pipiku yang basah dengan belakang tangan. Aku beristighfar berkali-kali. Entah kenapa aku teresak-esak di dalam kegelapan. Keseorangan.

* * * * * * * * * *

Sebenarnya jarang sangat aku bermimpi kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Mungkin aku rapat dengan Tok Wan dan timbul rasa rindu, aku bermimpikan arwah.

Memang.

Aku amat rindukan arwah.


Al-Fatihah kepada Chik binti Salleh.

Anda boleh baca artikel aku yang terdahulu. Klik sini. Maaflah. Rasa macam ringkas sangat cerita aku kali ini. Sudah tidak boleh teruskan dengan cerita yang terperinci. Hati terlalu 'membengkak'.

Senyum penawar duka :)

Sunday, March 21, 2010

Si Gadis Kecil : Hari Terakhir (Bahagian 2)


Semalam aku tidak dapat tidur. Entah kenapa 'dia' mengganggu tidurku. Muzik di telefon bimbit sedang bermain di telinga. Tabiatku sebelum tidur dengan harapan lagu yang dimainkan akan mengusik minda untuk terus merasa kantuk. Namun, jam sudah menunjukkan pukul 2.34 pagi. Bayangan Si Gadis Kecil seolah-olah bermain di depan mataku.

* * * * * * * * * *

"Freedom!" bisik hati kecilku. Tangan kanan ku genggam erat slip peperiksaan. Baru beberapa minit tadi aku selesai menjawab kertas terakhir bagi peperiksaan SPM tahun 2001. Aku menuruni tangga dengan langkah yang lega. Aku menghela nafas perlahan. Aku kembali ke bilik menunggu untuk mengambil beg yang aku bawa. Apabila sampai di bilik menunggu, tiada penghuni. Aku tersenyum sendirian. Memang tiada penghuni. Memang. Kerana aku seorang saja calon peperiksaan kertas terakhir pada hari itu bagi kelas aliran sains.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Selepas aku mengemas beg dan berlalu pergi, sempat aku menjeling ke kanan dari bilik menunggu. Kalau-kalau ada kelibat 'itu' yang memerhatikan aku. Bilik kelas itu kosong. Di mana dia? Aku tercegat di situ dalam sekian minit. Lalu aku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah saja. Aku menyusun langkah terus ke bangsal basikal yang terletak tidak jauh dari blok bangunan itu. Bangsal itu disediakan oleh pihak sekolah untuk kegunaan pelajar meletakkan basikal dan motosikal.

Aku berjalan perlahan menyusuri jalan tar yang agak becak. Aku mengeluarkan kunci motosikal dari poket seluarku. Beberapa langkah lagi untuk aku sampai ke motosikalku, aku terdengar jeritan dari jauh.

"Awak! Tunggu kejap!"

Aku berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang. Aku lihat seorang budak perempuan kecil dan rendah berlari anak menuju ke arah aku. Si gadis kecil! Aku tercegat untuk seketika. Beg yang masih bergalas di bahu, ku perbetul-betulkan.

"Hai, awak," tegur si gadis kecil bila dia berhenti dan berdiri betul-betul di hadapanku. Nafasnya sedikit mencungap. Keringat membasahi pipinya. Dia memperbetulkan tudung putihnya yang sedikit senget. Baju lengan panjang berwarna hitam hijau dan putih berlogokan sekolah, dan berseluar trek biru gelap.

"Eh, awak. Saya ingatkan awak dah balik. Ada lagi kat sini rupa-rupanya," balasku. Si gadis kecil tersenyum. Bibir yang nipis dan berwarna merah cerah menyerlahkan manis dan kecomelannya.

"Oh. Saya ada kat kantin tadi. Lapar," katanya seraya menunduk memandang tanah.

"Ye ke? Bukan awak tunggu saya ke?" soalku berbaur perli. Dia menjeling ke arahku. Senyum, lalu tunduk kembali. Dia mengangguk perlahan. Kakinya menguis tanah beberapa kali. Malu agaknya apabila aku berkata begitu.

Aku memusingkan badan dan merapati motosikalku. Aku memasukkan kunci dan duduk di atas motosikal tanpa menghidupkan enjinnya. Si gadis kecil berjalan beberapa tapak untuk mendekatiku. Aku memandang terus matanya. Aku menatap seketika wajahnya. Kening yang nipis, hidung yang kecil dan agak mancung, dan kulit mukanya putih. Aku melakar senyum. Dia membalas senyumanku.

"Macam mana exam tadi?" soal si gadis kecil. Beg yang aku galas tadi aku letakkan di dalam bakul motosikal.

"Boleh tahan. Boleh tahan payahnya," jawabku sambil ketawa. Si gadis kecil turut ketawa. Tapi seakan malu-malu.

"Berdoalah banyak-banyak kot keluar result gempak nanti. Hehe," katanya sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang putih. Aku sekadar senyum.

"Kalau nak berdoa, sepatutnya awal-awal lagi sebelum exam dah berdoa tau," kataku.

Si gadis kecil memandang ke arah seluarku. Riak wajahnya seolah-olah terkejut. Aku mengerut mukaku.

"Seluar awak. Kotor!" tegurnya. Tanpa semena-mena dia terus menyapu seluarku di bahagian betis kanan yang kotor. Aku kaget. Aku tidak berbuat apa. Aku membiarkan saja dia menepuk-nepuk kotoran yang melekat di seluarku. Kemudian dia bingkas bangun dan menyeringai sengih.

"Maaf, awak. Lupa minta izin," katanya sambil tersipu malu. Aku tergelak.

"Baguslah awak ni. Tak suruh pun buat. Terima kasih. Sayang juga awak kat saya ya," kataku cuba mengusik. Dia memandang ke arah lain. Malu. Mukanya merah padam. Kedua-dua belah tangannya digosok-gosok perlahan. Gaya malunya agak melucukan aku. Aku ketawa perlahan.

"Lepas ni susah la nak jumpa awak lagi ya?" katanya tiba-tiba. Jelas tawar diraut wajahnya. Dia masih menunduk. Terkadang dia menjeling ke arahku. Aku hanya diam menantikan lagi kata-kata dari dia.

"Mesti saya rindukan awak. Tapi.. apa boleh buat. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Hari ni dah hari terakhir awal di sekolah ni," katanya sambil memandang tepat ke arahku. Matanya berkelip-kelip beberapa kali. Ukiran senyum yang tawar terpapar diwajahnya.

"Hari ni juga mungkin hari terakhir saya jumpa awak. Tapi.. maaflah. Saya tak ada apa-apa nak bagi kat awak," katanya lagi. Dia masih mencuba untuk senyum. Tampak jelas berair sedikit dimatanya.

"Takpelah. Susahkan awak je. Awak boleh simpan duit awak tu. Mana la tau nak beli buku ke apa ke," balasku. Dia mengesat matanya yang mula bertakung air.

"Hm, awak masih simpan jam saya bagi?"

"Ya, ada. Kat rumah."

"Kenapa awak tak pakai?"

"Saya memang tak suka dari dulu lagi apa-apa aksesori kat tangan. Memang lebih suka kosong camni. Takde jam. Takde cincin."

Dia terdiam. Matanya tertumpu pada tanganku. Dia merenung sekejap.

"Nampaknya saya silap bagi hadiah kat awak," katanya dengan nada yang perlahan.

"Eh! Taklah! Saya suka!" tegasku. Dia memandang mataku. Aku tergamam.

"Betul awak suka?" soalnya. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk. Dia menunduk sekejap. Aku lihat jelas dia mengukir senyum. Apa yang sedang bermain difikirannya, aku pun tidak tahu.

"Awak nak duduk? Nah, duduklah. Takpe. Saya berdiri je. Kesian awak dari tadi berdiri," pelawaku. Aku bingkas bangun dan mempersilakan dia duduk di atas motosikalku. Dia tidak menolak. Terus duduk.

Hari itu, tak banyak kami bualkan. Namun, nada suaranya yang halus, tingkahnya yang lemah lembut dan pemalu, jelas bermain semula diingatanku. Kadang-kadang kami ketawa bersama. Pada hari itu, hari terakhir aku di sekolah itu, mungkin hari termanis buatku dan si gadis kecil. Pada hari itu jugalah pertama kali aku selesa dengannya. Pertama kali juga aku lihat dia ketawa besar kerana aku membuat lawak. Jelas ceria diwajahnya. Namun.. ia tidak lama.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 2 petang. Aku meminta izin darinya untuk berangkat pulang. Dia agak keberatan pada mulanya. Namun akhirnya dia akur. Berkedip matanya memandang aku menghidupkan enjin motosikal. Dia agak hampa apabila aku menolak untuk berbual dengan lebih lama dengannya.

"Jangan lupa kalau ada masa, jenguk saya kat sekolah ya," pintanya sambil melambaikan tangan. Aku terus menunggang motosikal keluar dari kawasan sekolah itu. Sempat aku lihat dari cermin sisi motosikal akan kelibatnya buat kali terakhir. Dia hanya tercegat di pintu belakang sekolah, memandang aku yang mula sayup kejauhan.

* * * * * * * * * *

"Jangan lupa kalau ada masa, jenguk saya kat sekolah ya."

Satu permintaan yang masih bergema di dalam benakku. Rasa bersalah pun ada. Bersungguh benar permintaan si gadis kecil. Mungkin saban hari dia menunggu ketibaanku di sekolah. Dan mungkin kekecewaan menerpa di dalam jiwanya setelah sekian lama menunggu, aku tidak muncul-muncul.

Maafkan aku, Si Gadis Kecil.

Mungkin kita tiada jodoh.

Baca siri yang seterusnya: KLIK SINI!

Thursday, March 18, 2010

Trauma Pisang

Bacaan untuk orang dewasa (> 18 tahun) sahaja!

Azim baru saja beberapa bulan bekerja di sebuah syarikat guaman swasta di ibu kota. Sebagai orang baru di syarikat itu, dia antara yang menarik perhatian. Azim adalah lepasan universiti di utara semenanjung. Ijazah pula. Tidak berbanding pekerja-pekerja lain. Namun nasibnya hanya selaku kerani biasa di syarikat guaman itu. Akibat kesempitan dan kesukaran mencari kerja sekarang membuatkan Azim tidak memilih kerja. Mana dan apa saja lubang kerja, dia sanggup. Di syarikat guaman itu pula tidak ramai lelaki. Hanya tiga orang kerani lelaki termasuk Azim. Itu antara faktor Azim menjadi perhatian. Masakan tidak, dua orang lagi sudah pun beruban dan berjanggut. Bonus, Azim adalah kacak orangnya.

Setiap pagi, Azim akan bersiap awal. Bangun tidur awal, mandi awal, makan pagi pun awal. Tiba di pejabat pun dia antara yang terawal. Pada awal bekerja, Azim seronok. Di sekelilingi oleh kaum-kaum hawa pula. Kebanyakkannya muda-muda belaka. Paling tua pun berumur 32 tahun. Berkahwin. Namun potongan badan masih lagi seperti anak dara. Antara sebab lainnya pula, Azim memiliki bos yang periang, peramah, dan lucu. Setiap kali dia tidak kering gusi dengan telatah lucu bosnya. Azim selesa dengan kerjanya sehinggakan dia demam pun terasa sayang hendak tinggalkan kerjanya di pejabat. Pernah suatu ketika bekas peguam di syarikatnya menggelarkan Azim sebagai Pekerja Lelaki Terbaik walaupun secara tidak rasmi. Namun gelaran itu tidak lama. Tiga minggu selepas itu, peguam tua itu bersara.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Disangkakan panas hingga ke petang namun hujan di tengahari. Dulu hari-harinya seronok dan gembira ceria, namun segala-segalanya musnah. Dulu senyum hingga ke telinga, sekarang menjebik sehodoh raksasa.

Waktu itu, Azim sibuk di pejabat. Beberapa rakan perempuan sepejabatnya mengelilingi mejanya. Mereka berbincang mengenai sesuatu. Tiba-tiba bosnya, Encik Farid, membuat satu pengumuman. Semua pekerja di pejabat memberi perhatian kepada pengumuman tersebut. Di sebelah Encik Farid berdiri seorang perempuan tinggi lampai, berkulit putih, berpakaian seksi, rambut yang agak mengerbang, dan bercelak. Azim melihat dengan melopong.

"Perhatian! Di sini saya ingin memperkenalkan PA saya yang baru.. sila.." kata Encik Farid seraya mendepakan tangan ke depan. Dia mempersilakan perempuan cantik tersebut. Perempuan itu memperbetulkan suaranya.

"Hai you all semua. Nama I Syaliza. You all semua just call me Sally. I PA bos you all semua yang baru. So.. sila tunjuk ajar ya," katanya dengan suara yang gemersik.

Pada hari-hari berikutnya, Sally menjadi perhatian Azim. Kebetulan pula meja Azim tidak jauh dari bilik Sally. Angkat saja kepala, nah, nampaklah Sally di meja dalam biliknya. Bagi Azim, Sally perempuan yang cantik. Sempurna. Seksi. Menggoda. Menggiurkan. Sehinggakan dia pernah curi-curi mengintai Sally yang sedang mengemas kotak-kotak di dalam bilik pejabatnya. Waktu itu Sally sedang membongkokkan badannya. Mata Azim terpaku ke arah pinggul Sally yang montok.

"Mai ai! Bestnya!" bisik hati Azim.

Pernah suatu hari, Azim cuba memberanikan diri untuk bercakap dengan Sally. Maklumlah Sally selalu sibuk. Langsung tidak berpeluang untuk berborak dengannya. Kadang-kadang Sally tiada di pejabat kerana mengikut Encik Azim ke mahkamah. Banyak kerja luar. Kebetulan Encik Farid outstation. Sally pula tidak ikut sekali bersama bosnya. Maka, inilah peluang Azim.

Azim mengetuk pintu bilik Sally beberapa kali. Dikeleknya beberapa fail dan dokumen. Dia sengaja berbuat begitu. Bimbang kalau-kalau pekerja lain nampak dan akan menimbulkan syak jika dia tidak berbuat begitu. Azim masuk ke bilik Sally.

"Hai Cik Sally. Busy?" tegur Azim kepada Sally. Sally membalas senyuman Azim.

"Tak. Masuklah dan sila duduk," katanya dengan suara yang lembut. Selembut angin yang meniup. "Ada apa yang boleh saya bantu.. encik.."

"Azim. Mohd Azim Bakri," kata Azim sambil menyambut salam dari Sally. Tangan Sally yang halus dan lembut digenggam erat oleh Azim. Sally cuba menarik tangannya. Namun akibat genggaman Azim yang kuat, Sally tidak terdaya. Sally menegur Azim barulah Azim melepaskan genggam salam.

"Tangan you lembut sangat. Best!" kata Azim berterus terang. Sally tersipu malu. Sally menyatakan dia tidak sempat untuk berkenalan dengan pekerja-pekerja lain di situ. Azim mengangguk perlahan.

"Tak apa. Cik Sally kan sibuk. Kami faham," kata Azim.

Azim berborak panjang dengan Sally. Nasibnya amat baik kerana waktu itu Sally kelapangan. Tiada kerja yang perlu diselesaikan. Dan hari itu juga dia langkah kanan. Sally mengajaknya makan tengahari. Gembira bukan kepalang Azim.

Sejak hari itu, Azim jadi angau. Setiap masa, setiap saat, setiap detik dia teringatkan Sally. Hinggakan dia berdoa supaya Encik Farid pulang lewat dari outstation-nya. Selama ketiadaan Encik Farid juga, Azim selalu keluar dan kadang-kadang mengular dengan Sally. Azim tidak bertepuk sebelah tangan. Ke mana saja ajakan Azim, pasti Sally akan menuruti. Dirasakannya amat mudah pula menjinakkan Sally. Namun kemesraan Azim dan Sally tidak lama. Encik Farid pulang ke pejabatnya setelah seminggu lebih outstation.

Oleh sebab banyak hari tunggakan akibat dari mengular dan dating, kerja Azim berlambak-lambak. Rakan sepejabatnya membebel-bebel. Namun dia memekakkan telinganya. Dulunya Azim rajin bekerja, kini tidak lagi. Azim makin hari makin berubah. Malasnya makin melampau.

Pada suatu hari, Azim dipanggil oleh Encik Farid.

"I pun tak tahu apa masalah you sebenarnya. I pada mulanya tak percaya. Tapi bila dah officemate you yang lain bising-bising dan mengadu pada I, I tak boleh berdiamkan diri," kata Encik Farid. Azim yang duduk di depannya menunduk memandang lantai.

"You kan tahu I ni jenis tak suka marah-marah pada staf I. I hormat you all semua even I'm the boss here. Tapi bila you dah tak hormat pada I.. ponteng kerja, mengular, malas, kerja berlambak-lambak you tak buat.. nak ke orang hormat pada you?"

Azim terdiam. Dia hanya menjeling ke arah bosnya. Lalu dia menunduk kembali dan mengangguk perlahan. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Dia tahu dia bersalah.

"Beginilah. I warning you secara lisan je sekarang. I tak mahu proper dalam hal ni. Ini masalah disiplin you. Jadi I mahu you berubah sendiri," kata Encik Farid. Dia berdiri dan berjalan merapati Azim.

"Tapi make sure after this conversation, I tak mahu lagi dengar masalah you, okey? Boleh?" tanya encik Farid.

"Baik, Encik Farid. Saya akan berubah," balas Azim. Azim bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Encik Farid. Dia memusingkan badannya untuk keluar dari bilik Encik Farid. Namun dia rasakan bahunya dipegang. Dia berhenti melangkah.

"Dengar cerita gosip kamu berpacaran dengan Sally. Betul ke?" bisik Encik Farid. Berderau darah Azim. Bagaimana bosnya tahu?

"Errr.. saya.. er.. emmm.." kata Azim tergagap-gagap. Encik Farid ketawa kecil.

"Dengar nasihat saya. Sally bukan untuk kamu," kata Encik Farid sambil tersenyum. Azim menoleh ke arah Encik Farid. Dia membalas senyuman Encik Farid. Tanpa membalas nasihat Encik Farid, dia terus keluar dari situ.

Selepas itu, Azim kembali seperti biasa. Kerjanya kembali normal. Rakan-rakan sepejabatnya tidak lagi bising-bising membebel. Mereka kembali ceria bekerja bersama. Azim cuba mengintai-intai di bilik Sally. Sudah lama tidak kelihatan Sally. Ke mana dia pergi? Adakah dia sudah berhenti kerja?

"Kau tengok apa tu, Azim?" soal Maria, kawan sepejabatnya. Maria turut menoleh ke arah pandangan Azim.

"Eh! Tak ada apa-apalah," balas Azim sambil tersengih.

"Betul ni?" tanya Maria, lanjut. Azim hanya mengangguk. Dia menulis sesuatu di atas satu lembaran kerja di atas mejanya.

"Mana ek Sally? Lama tak nampak?" soal Maria tiba-tiba. Azim tersentak.

"Eh? Ya tak ya. Mana dia ya? Kau tak tahu ke mana dia pergi, Maria?" tanya Azim, berpura-pura. Mahu juga dia mengorek cerita. Yalah. Sudah lama tidak lihat Sally. Rindu semakin dalam. Sehinggakan tidak lena tidur dibuatnya.

"Cuti. Katanya mak dia sakit kat kampung," sampuk Ana dari belakang. Azim memasang telinga dengan teliti.

"Mak sakit? Kesiannya.. Berapa lama dia cuti?" soal Maria.

"Entahlah. Katanya semasa terserempak dengan dia hari tu, seminggu kot. Entah, tak pasti."

"Wah, seminggu. Lama tu. Baik betul Encik Farid bagi cuti lama-lama camtu, kan?" soal Maria sambil menjeling ke arah Azim. Azim hanya mengangguk-angguk dan tersengih.

"Patutlah. Haih. Rindunya aku pada Sally. Cepatlah pulang, sayang!" bisik hati Azim. Rindu dendam Azim semakin menjadi-jadi.

Suatu petang, tinggallah Azim keseorangan di pejabat. Kerja yang banyak memaksa dia bekerja lebih masa. Jam menunjukkan pukul 8.20 malam. Beberapa kali Azim menguap kerana keletihan. Dua jam kemudian, barulah kerja pentingnya itu siap. Kemudian Azim berkemas untuk pulang. Dia sempat menjeling ke arah bilik Sally.

"Oh Sally sayangku. Manakah dikau? Aku benar-benar merinduimu!" bisik hatinya. Dia mendapat satu akal. Dia curi-curi masuk ke bilik Sally. Dia membuka laci meja Sally. Dia tercari-cari sesuatu. Akhirnya...

"Yes! Ini dia!" kata Azim seperti berbisik. Di tangannya ada sekeping gambar. Gambar Sally. Seksi.

"Emmmhh.. emmhh.. muuuahhhhh..!" Diciumnya gambar itu dengan ghairah. Seketika kemudian, dia meletakkan kembali gambar Sally di dalam laci meja tadi. Dia tersentak. Azim menjumpai sesuatu di dalam laci meja Sally.

"Apa ni?"

Tangannya membelek. Benda itu panjang. Lembut dan lembik. Keadaan di dalam bilik itu yang agak suram menyukarkan sedikit Azim untuk mengenalpasti objek apakah yang dipegangnya. Di mencapai suis lampu lalu ditekannya. Bilik Sally terang. Alangkah terkejutnya Azim. Dia melepaskan objek yang ada ditangannya hingga jatuh ke lantai. Rasa geli geleman menerjah dirinya. Dia mengambil kembali objek tersebut dan terus simpan di dalam laci. Tanpa cakap banyak, Azim terus keluar dari bilik Sally dan terus pulang.

Keesokkan paginya, Azim tiba di pejabat. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Sally sudah pun ada di dalam pejabatnya. Azim berjalan melepasi bilik Sally.

"Azim!" Azim tersentak. Dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Dia lihat Sally berdiri di sebalik pintu biliknya yang sedikit terkuak. Dada Azim berdebar-debar.

"Kejap! Meh la," sahut Sally sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Azim. Azim memberanikan diri. Dia berjalan ke arah Sally. Dibenaknya terlintas seribu kemungkinan. Adakah Sally tahu aku masuk ke biliknya senyap-senyap? Adakah Sally mahu ajak aku keluar? Adakah Sally mahu kahwin dengan aku? Adakah.. adakah...

Sally tersenyum. "Masuk jap. I ada something nak cakap dengan you," kata Sally. Dia menarik tali leher Azim dengan manja. Azim seperti terpukau. Dia mengikut saja Sally. Sally menutup pintu biliknya rapat dan terus dikuncinya. Azim terpinga-pinga.

"Errr.. you takde kerja ke ni? You tak busy?" tanya Azim yang agak terkesima dan keliru.

"Taaakkk.. Bos takde. Outstation. Takkan you tak tahu?" kata Sally sambil melirik senyuman yang manja. Dia menggoyangkan kepalanya. Rambutnya mengerbang. Seakan model iklan syampu rambut pula. Sally mencekak pinggangnya. Lalu dilurut hingga ke pehanya. Azim melopong. Matanya terpaku pada pinggul dan peha Sally. Jelas seksi yang amat! Menggoda!

Azim berdehem beberapa kali. Dia memperbetulkan duduknya. Sally yang sedari tadi berdiri di tingkap, mula merapati Azim.

"You intip I ke Azim?" tanya Sally tiba-tiba. Azim tersentak. Berderau darahnya seperti terkena kejutan elektrik.

"Hah? Intip? Errr.. emm.. mana ada? Err.. Apsal you tanya soalan macam tu?" soal Azim kembali. Dia sekali lagi memperbetulkan duduknya.

"Takde ek? Yeke?"

"Ya! Errr.. betul! Takde! Sumpah!" kata Azim sambil mengangkat tangannya. Sally tersenyum. Sally merapati mukanya ke pipi Azim. Jantung Azim berdegup kencang. Peluh mula memercik di dahinya sedangkan suasana di dalam bilik tidaklah panas. Penghawa dingin sedari tadi sentiasa terbuka.

"You tipu I ek.. Hmmm.. What is this ek?" bisik Sally sambil meletakkan sesuatu di atas peha Azim. Azim mencapai. Dia terkejut. Eh! Macam mana kad kerja aku ada dengan Sally?!

"Eh! Ni kad kerja I. You jumpa kat mana ya? Atas meja I ek? Hehe.." soal Azim sambil ketawa yang dibuat-buat. Muka Sally serius. Dia menghela nafas beberapa kali.

"Actually, I jumpa atas lantai dalam bilik I ni. So I expect you yang masuk bilik I kan? In addition, masa I datang office, I nampak lampu bilik I tak off sedangkan I already switch it off sebelum I keluar petang semalam!" kata Sally.

Aduh! Kantoi, bisik Azim. Dia bertambah cuak. Buatnya Sally lapor pada Encik Farid, sudah tentu dia dibuang kerja. Sudah tentu!

"I dapat tahu, you orang last yang out dari office ni. Betul tak? Apa you buat dalam bilik I?" soal Sally.

"Errr.. nothing! Just.. nothing! Err.. You marah ke?"

Sally terdiam. Dia senyum. Dia merapati Azim.

"You know what. I nak lapor perkara ni kepada Encik Farid. Biar you dibuang kerja sebab you dah ganggu privasi I! You ceroboh bilik I!" ugut Sally. Dia berkata separuh berbisik. Azim tidak senang duduk. Dia merayu-rayu kepada Sally. Dia benar-benar rasa bersalah sekarang.

"I tahu apa yang you buat dalam bilik I. I dapat detect apa yang berubah dalam bilik I tau? I ni teliti orangnya. Every inches in this room I teliti tau," kata Sally dan dia berdiri kembali. Dia pergi ke mejanya. Dia membuka laci dan terus mengeluarkan gambar yang dicium Azim semalam. Objek lembik semalam juga diletakkan di atas meja. Azim menunduk ke lantai. Malunya terasa yang amat! Azim meminta maaf berkali-kali.

"Ini gambar I. You buat apa?" tanya Sally. Azim terdiam. Peluh jantannya mula membasahi baju kemejanya.

"Ini dildo I. You usik juga?"

Dildo?! Azim tersentak. Dia seperti pernah mendengar apakah itu 'dildo'. Dia mengingat-ingat kembali. Apa itu 'dildo'? Kemudian dia menepuk dahi dengan kuat. Sally mengeluh berat.

"Sudahlah. I dah tahu memang you ceroboh bilik I," kata Sally sambil tersenyum. Azim sudah gelabah. Cemas dan takut sudah menyelubunginya. Sudah tentu dia dibuang kerja jika Sally melaporkan perkara itu kepada bosnya, Encik Farid. Habislah!

"I nak offer you something," kata Sally. Azim mendongak dan memandang ke arah Sally. Sally tersenyum seperti ada yang tersirat di hatinya.

"Offer? Offer apa?" tanya Azim kembali.

"You fikir. If I laporkan perkara ni ke Encik Farid, sudah tentu after that.. batang hidung you pun takkan nampak di sini. Am I correct?" soal Sally. Dia merapati Azim kembali. Azim mengangguk laju seperti ayam belanda.

"You tahu apa sebabnya?" soal Sally lagi. Azim menggeleng kepala laju pula. Sally terdiam. Dia mencapai objek lembik di atas meja pejabatnya.

"This!" kata Sally tegas. "Illegal to bring this entered to the office!"

Azim melopong. Sally mengeluh berat. Dia berdiri dengan punggungnya rapat ke meja. Dia berdiri betul-betul mengadap Azim yang duduk di atas kerusi. Sally merenung ke arah Azim. Azim memaksa untuk senyum.

"Listen. I boleh tak adukan perkara ni kepada Encik Farid but..." kata Sally tanpa menghabiskan kata-katanya. Jari telunjuk kirinya diacung ke atas. Azim menunggu kata selanjutnya dari Sally.

"Do me some favor!" kata Sally sambil tersenyum.

"Errr.. apa dia?"

"Rahsiakan hal dildo ni.. and.."

Sally bingkas bangun dan berdiri. Dia merapati Azim. Azim merenung perut Sally. Jantung Azim berdegup kencang. Perlahan-lahan Sally melucutkan skirt pendeknya. Dan...!!!

* * * * * * * * * *

"Azim. Kenapa termenung ni?" tegur ibu Azim. Azim yang sedari tadi duduk mencangkung di atas pangkin di bawah pokok jambu tersentak. Dia tidak segera menjawab teguran ibunya.

"Macam mana kerja kau di Kuala Lumpur sana? Okey ke?" soal ibu Azim lagi. Azim melihat ayam-ayam yang sedang mencari makan di laman rumahnya. Di sudut lain kelihatan anak-anak kecil sedang bermain-main di laman rumahnya. Salah seorang daripadanya adalah adik Azim.

"Okey," kata Azim ringkas. Muka ibunya berkerut.

"Kalau okey, kenapa balik kampung?" soal ibunya. Azim tidak menjawab. Dia terdiam. Ibu Azim mengeluh berat sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Suka hati kau la!" kata ibunya lalu beredar dari situ. Azim kembali termenung. Masih tergambar-gambar di matanya. Pejabat, Encik Farid, rakan sepejabat, Sally, dan.. dildo!

"Azim!" panggil ibunya. Azim menoleh. Dilihat ibunya sedang memegang sesuatu. Ibunya berjalan merapati Azim. Ibunya menghulurkan sesuatu.

"Nah, pisang. Makanlah."

"Pisang??!! Dildo!!! Tidaakkkkkkkkkkk!!!" tempik Azim sambil berlari terus masuk ke rumahnya. Ibu Azim sedikit terperanjat dengan tingkah Azim.

"Eh budak bertuah ni! Kena sampuk iblis ke?" jerit ibunya.

* * * * * * * * * *

Enam bulan berselang.

Azim sedang melepak bersama rakan-rakan sekolahnya dulu. Dia berbual panjang. Terkadang diselangi gelak ketawa.

"Azim. Cerita la kat kitorang kenapa ko benci sangat kat 'pisang'?"

Tiba-tiba persoalan itu keluar dari mulut salah seorang kawannya. Dia agak tersentak. Namun dia cuba bertenang.

"Yalah, Azim. Dulu bukan main ko suka sangat buah pisang. Pantang ada depan mata. Ko dulu yang tukang perabih! 'Hantu' pisang!" sampuk seorang lagi rakan Azim. Mereka tergelak beramai-ramai. Azim hanya tersengih.

"Ya. Dulu aku trauma sekejap. Tengok 'pisang' pun aku tak boleh. Mesti aku lari!" kata Azim sambil ketawa. Dia menyambung lagi ceritanya. Dari awal peristiwa mengenali Sally hinggalah hari bertemu 'pisang' Sally.

Kawan-kawan Azim tergelak besar. Terbahak-bahak. Sampai keluar air mata. Azim pun begitu.

"Khunsa ke, Azim?! Kahkahkah!!!"

"Entah. Pondan kot. Khunsa? Entah! Aku sendiri pun tak pasti. Yang peliknya, kenapa dia suruh aku hisap 'pisang' dia kalau dia khunsa?" kata Azim. Berderailah gelak ketawa bila Azim berkata begitu.

"Habis tu, kau hisaplah?!" tanya kawan Azim lagi. Azim menunduk malu. Seraya dia mengangguk perlahan. Berderai lagi dengan ketawa. Riuh rendah kedai makan Pak Mat pada petang itu.

"Kan bagus ko biar je dia lapor pada bos ko. Ni tidak. Ko turut gak kemahuan dia. Sama aje. Ko hilang kerja gak. Baik ko kena buang je oleh bos ko!" kata kawan Azim sambil tergelak besar. Azim hanya tersengih.

Terlintas difikiran Azim akan kata-kata Encik Farid suatu ketika dulu.

"Sally bukan untuk kamu!"

"Argh! Memang benar kata Encik Farid. Sally bukan untukku! Tapi kalau betul Encik Farid tahu bagaimana Sally itu orangnya, kenapa tidak berterus terang kepadaku?!" bisik Azim sendirian.

"Celaka!" cemuhnya.

* * * * * * * * * *

Pisang = Dildo = ...!

'Pisang' itu sedap! Aaaauuummmmmmmmm..!

Hahaha.

Wednesday, March 17, 2010

Pemenang Contest 'If I Were A Millionaire'


Lama korang semua menunggu, kan? Kasihan.

Okey. Di sini dengan sukacitanya aku mahu maklumkan pemenang tempat pertama, kedua, dan ketiga bagi contest yang pernah aku anjurkan sebelum ini yang bertajuk 'If I Were A Millionaire'. Tapi sebelum itu, mahu juga aku komen dulu fasal contest ini, ya tak? Bagi saspen sikit. Hehe.

Pada awalnya aku tidak menyangka seramai 36 peserta yang menyertai contest aku ini. Itu pun ada lagi yang tercicir sebab tak tahu aku ada anjur contest. Maaf. Korang tak follow aku memang nasib la kan. Takpe. Aku tak salahkan korang. Tapi yang hairannya, ada gak yang bagi komen 'akan join' walhal sudah lepas tarikh tutupnya. Haha. Agaknya beliau sibuk melampau hingga tak sempat baca dengan teliti. Takpe la. Tak kisah la. Tunggu je la next contest aku lepas ni.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Dalam 36, ada lebih 3 penyertaan yang terpaksa ditolak. Yelah. Dah mention awal-awal yang artikel korang mestilah berbentuk esei. Korang buat bentuk list plak. Haih. Minta maaf banyak-banyak.

Untuk penilai pula.. ehem.. bukan aku penilai, okey? Aku dah lantik adik aku sendiri untuk menilai. Kasihan pula dia. Yalah. 36 artikel beb! Mau tak pening baca artikel one-by-one. Aku ni baca 5 artikel pun dah pening. Inikan pula 36 artikel. Boleh pengsan. Haha. Aku tak sangka gak senarai pemenang yang adik aku list tu layak jadi pemenang. Sebab aku rasa ada lagi yang lagi bagus. Namun komen adik aku; yang lain bosan. Jadi, takleh nak kata apa la beb. Dia yang penilai. Redha je la. Yang kalah tak menang tu, jangan marah, kecewa, dan give up. At least korang dah mengasah bakat dalam penulisan. Dan secara tak langsung, blog korang ter-update juga kan? Hehe. Think positive, okey?

Okeylah. Cukup. Malas dah nak membebel.

Pemenang untuk contest ini adalah:



Tempat pertama; mendapat title 'Mat Jenin Alaf Baru' dan top-up RM30 jatuh kepada.. SIR MARCELLO!!! Tepuk tepuk tepuk..

Tempat kedua; mendapat title 'Minah Igau Siang Malam' dan top-up RM20 jatuh kepada.. HUDA!!! Tepuk lagi tepuk lagi..

Tempat ketiga; mendapat title.. eh! takde title.. sorry sorry.. hadiah top-up RM10 jatuh kepada.. HANS!!! Yeah! Tepuk kuat-kuat semua..!



Dengar Baca sini baik-baik. Kepada pemenang yang dah diumumkan ni, sila emailkan ke latip04@gmail.com nama korang, alamat blog, dan nombor telefon bimbit korang. Aku akan terus top-up ke nombor telefon bimbit korang setelah aku dapat kesemua data dari ketiga-tiga pemenang. Lambat korang submit, lambat la korang dapat. Bagi yang taknak top-up, aku boleh cash ke akaun korang. Tapi email la nombor akaun bank korang.

Aku harap semua enjoy dengan contest yang telah aku anjurkan. InsyaAllah, selepas ini ada lagi contest akan menyusul. Hadiah aku nak up sikit.
Dah lama tak guna ayat pasar. Seronok la plak. Haha.

Monday, March 15, 2010

Nasihat Yang Makan Diri

"Aku pun tak hensem jadi aku pun pilih je la pompuan yang tak 'hensem'," kata kawanku pada suatu ketika dulu. Dia senyum tawar.

Mungkin kedengaran merendah diri. Namun hati perit dan pahit terasa, siapa tahu? Pada pandangan aku secara jujurnya, memanglah kawanku seorang ini tidak kacak. Warna kulitnya agak gelap. Mata agak membulat, kulit muka berparut akibat bekas jerawat yang banyak, badannya kurus melidi, dan bibir atasnya agak pelik sedikit. Lebih tebal dari yang bawah. Hanya hidungnya saja yang cantik.

Oleh kerana itu, dia memang susah untuk berdamping dengan perempuan. Tidak seperti aku. Pernah sekali dia bertanyakan kepadaku. Bagaimana mahu rapat dan tidak rasa segan bila berdamping dengan perempuan? Jawapanku ringkas; buang rasa malu, jangan menganggap apa-apa kecuali sebagai seorang kawan. Dia menunduk. Mungkin aku faham tingkahnya. Lalu dia bertanya kepadaku.

"Aku tidak hensem. Ada ke orang yang nak rapat dengan aku?"

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Juga jawapan yang ringkas aku nyatakan.

"Muka dan imej bukan halangan. Yang penting hati dan fikiran. Mesti mau baik dan matang."

Dia mengangguk perlahan. Seperti diberi semangat baru, dia menyatakan bahawa dia mahu sambung belajar di menara gading. Alhamdulillah, aku mengucapkan tahniah.

Beberapa hari selepas itu, dia menghantar satu pesanan ringkas ke telefon bimbit aku.

"Trima kasih sahabat atas nasihat ko. Aku bertolak ke Sabah malam ni. If ksempatan, dtglah ke rumah aku."

Memandangkan aku punyai hal yang penting, aku menolak dengan cara yang baik. Mujurlah dirinya faham.

Setelah 2 tahun berlalu, tanpa khabar berita olehnya. Nombor telefon bimbitnya gagal dihubungi. Beberapa bulan yang lalu, satu pesanan ringkas aku terima dari nombor yang tidak dikenali.

"Salam. Aku ni. J***. Kenal? Aku dah balik dari Sabah. Jumpa jom! Lepak2!"

Alhamdulillah. Dalam tempoh 2 tahun sekalipun, dia cuba mencari aku. Katanya telefom bimbitnya hilang dan dia terpaksa menggunakan nombor baru. Oleh sebab itu, dia sukar menghubungi aku. Balik dari Sabah beberapa bulan yang lepas, dia cuba mencari aku. Namun atas dasar kerja, dia gagal mencari aku. Mujurlah kawan-kawan aku ramai. Dia dapat kembali nombor telefon bimbitku dari kawan-kawan.

Aku mengatur pertemuan dengannya. Alhamdulillah, kami ketemu juga. Dia tidak berubah. Seperti dulu juga. Cuma fesyen rambut dan pemakaiannya saja berubah. Rambut terpacak nipis. Berkaca mata hitam. Berpakaian berjenama.

"Pandai ko bergaya sekarang ek," kataku sambil ketawa kecil. Kami berbual panjang. Bermacam-macam cerita kami bualkan. Hampir 4 jam kami bersembang. Seronok benar. Maklumlah sudah lama tidak ketemu.

"Aku nak tunjuk ko sesuatu, Latip. Nak tengok?" tanya J. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jeansnya.

"Eh, kalau benda menarik nak tunjuk, tentulah nak tengok. Asalkan bukan gambar mengarut sudahlah!" balasku sambil tersenyum.

"Eh taklah! Gambar aku je." Lantas J menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. "Tengoklah sendiri."

Aku terpegun. Mataku asyik melihat pada slaid-slaid gambar dari telefon bimbitnya.

"Mak oi! Awek-awek mana ko bergambar ni?" soalku sambil menjeling ke arah J. J hanya tersengih seperti kerang busuk.

"Ko gak yang ajar aku dulu. Tengok. Apa yang jadi pada aku sekarang?" katanya sambil ketawa terbahak-bahak. Aku agak terkejut. Ramai sungguh awek-awek yang berdamping dengannya. Setiap satu-satu gambar di dalam telefon bimbitnya ada seorang gadis. Dipeluknya. Digayakannya. Duduk bersebelahan. Minum bersama. Di dalam spa. Atas gunung. Di zoo. Di taman permainan. Pelbagai. Banyak sangat gambarnya.

"Hebatlah ko sekarang J!" kataku dengan nada kagum. "Bila nak kahwin?"

Dia terdiam. Dia memperbetulkan cermin mata hitamnya.

"Aku dah kahwin pun!"

Aku tersentak. Sudah kahwin? Bila?

"Habis belajar, terus aku kahwin. Ko tengoklah dalam folder nama marriage. Ada gambar aku."

Ya. Memang ada gambar perkahwinannya. Gambar bersanding, gambar akad nikah. Semuanya ada. Yang menariknya, isterinya.. masyaAllah! Cantik!

Tidak lama selepas itu, kami mengangkat punggung dan pulang. Sempat juga dia bertanya kepadaku.

"Ko bila lagi nak kahwin, Latip?"

Lidah kelu seribu kata dan bahasa. Bila, ya? Terfikir pula aku. Dulu, aku yang ajarnya bagaimana mahu berdamping dengan perempuan tanpa mengira kita kacak atau tidak. Sebaliknya, dia yang kahwin dahulu berbanding aku. Haih.

Lawan taukeh nampak!

Rasa agak tercabar juga sebenarnya.

* * * * * * * * * *

Sabtu, 13 Mac 2010.

Shuk & Jannah

Norida & Joe

Selamat pengantin baru kepada kalian. Semoga ikatan perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

* * * * * * * * * *

Masih terngiang-ngiang di telinga dan bergema di dalam otak aku ini. Yang terkadang mengusik jiwa kalbu. Ah, kacau bilau betullah! Annoying!

"Ko bila lagi nak kahwin, Latip?"

"Ko bila lagi nak kahwin, Latip?"

"Ko bila lagi nak kahwin, Latip?"

"Ko bila lagi nak kahwin, Latip?"

"Ko bila lagi nak kahwin, Latip?"


Wei! Diamlah! Haha.

Friday, March 12, 2010

"That's Why I Hate Mamak!"


"Jom keluar minum," pelawa Pero, kawanku sewaktu aku bekerja di Kuala Lumpur pada awal tahun 2009 lalu. Aku yang sewaktu itu sedang senang berehat di dalam bilik di sebuah apartmen sewaan syarikat selepas penat seharian bekerja. Laptop di hadapanku masih terpapar hamparan kerja.

"Mana?" tanyaku ringkas. Pero yang baru selesai sembahyang memperbetulkan kain pelikatnya. Dia menoleh ke arah aku. Dia melirik senyum.

"Entahlah. Aku bukannya biasa bandar KL ni," balasnya sambil mengangkat kening. Dia seolah meminta pendapatku.

"Wah waahhh.. BB la. Mana lagi! Let's discoooo, baby!!" kataku sambil ketawa. Pero pun turut ketawa.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

"Jauh la. Dekat-dekat sini sudahlah. Malas nak drive masuk bandar," Pero memberi alasan sambil tangan menggaru-garu badannya.

Selepas berbincang, kami terus bersiap-siap. Kami memutuskan untuk meronda dan mencari saja kedai atau restoran atau gerai yang berhampiran dengan apartmen kami. Kami malas untuk terus ke bandar yang sesak. Setelah puas kami pusing kawasan sekitar, kami hilang arah tuju lagi. Hendak terus ke pusat bandar, kasihan Pero pula. Dia memang cukup benci keadaan jalan yang sesak. Aku cuba memujuknya namun dia tetap berkeras untuk tidak pergi ke pusat bandar.

"Singgah kat situ je la. Boleh?" tanya Pero. Aku menoleh ke arah sebuah restoran yang agak jauh di seberang jalan arah kanan. Aku cuba memerhati. Bila kereta mendekat, aku lihat papan tanda berwarna kuning. Terdapat tulisan kalimah 'Allah' dan 'Muhammad' di satu sudut kiri dan kanan antara tulisan besarnya.

"Kedai Mamak?!"

"Ya," jawab Pero ringkas. "Amacam?" soalnya. Dia menantikan jawapan dari aku yang masih terdiam.

"Macam ni la, Pero. Samada kita patah balik dan terus balik ke rumah, atau kita cari kedai lain, atau cari je kedai runcit, kita beli air tin! Kedai mamak mamak ni aku anti!" jawabku dengan nada yang tegas.

"Hai. Bila masa plak ko deskriminasi kaum plak ni?" soal Pero. Tangannya tidak lekang dari stering keretanya.

"Bukan deskriminasi. Aku tak suka. Itu aje."

"Ada sejarah ke?"

Aku mengangguk perlahan. Pero menoleh ke arah aku. Mukanya berkerut. Terpampang jelas wajahnya yang kehairanan dan seolah menanti seribu jawapan dari aku. Aku menjeling ke arahnya dan melirik sebuah senyuman.

"Kau nak tahu?" soalku. Pero tidak menjawab. Sebaliknya dia menoleh sekali sekala ke arah aku dengan muka yang serius.

* * * * * * * * * *

"Teh tarik satu, teh O ais dua, milo ais kaw kaw satu, dan bagi air suam dua ye, bhai. Makan.. kami puasa!" kata Zai sambil ketawa. Aku yang duduk di sebelahnya turut ketawa. Seorang mamak yang berdiri di hadapan kami selamba saja. Aku perhatikan mamak itu. Pakaiannya kemas; berapron, bertopi seakan songkok, dan berbaju kemeja kemas berlambangkan logo restoran tempatnya bekerja. Dia menulis sesuatu di atas kertas yang kemas digenggam tangannya.

Malam itu, kami berborak. Hingar satu restoran saja dengan gelak hilai tawa kami. Setengah jam kemudian, datang pula kumpulan kami yang lain. Lebih kurang dalam enam orang. Seingat aku, dalam dua belas orang semuanya.

Setelah habis satu perlawanan bola sepak pada malam itu, kami ingin berangkat pulang. Malam pun sudah larut benar. Maka sekali lagi Zai memanggil pelayan restoran mamak itu. Dengan pantas dan langkah yang laju mamak itu datang kepada kami.

"Kira?" soal mamak itu.

"Ya, ya. Kira, bhai. Bilang pun boleh. Dan kalu bagus hisab pun okey juga," kata Zai. Kami ketawa serentak. Zai memang begitu. Tidak ubah-ubah perangainya yang suka mengusik. Tidak menghirau lelaki atau perempuan. Ada saja usikannya. Kami sekumpulan tidak gering gusi dengan tingkahnya.

"Anney wuney appe kuttu wullek inniy puttek yileu yileyy.." kata mamak tersebut. Jarinya menunjuk-nunjuk ke arah gelas dan cawan yang ada di atas meja kami. Aku melopong mulut melihat gaya mamak itu mengira. Di celah jarinya terdapat sebatang pen.

"35 ringgit!" kata mamak itu setelah habis mengira dalam bahasa yang tidak aku fahami.

"Hah?! Mahalnya!" tempik Zai. Mukanya merah padam. "Woi, bhai. Kira la betul-betul. Apa ni? Minum tak sampai sepuluh orang pun sudah 30 lebih ke, bhai?!"

Zai agak melenting. Dia bangkit dari kerusi seolah-olah ingin bertumbuk. Aku menenangkan Zai.

"Rileks Zai, rileks. Suruh je bhai tu kira balik," pujuk aku. Aku menepuk-nepuk bahunya. Dia cepat tenang dan terus duduk.

"Kira balik! Kira balik!", tempik Zai. Aku lihat beberapa orang yang berdekatan melihat gelagat kami. Muka mamak tadi jelas risau. Dia kira kembali.

"Wuttu muneyy pallew innut tuppey witey.." Dia menulis sesuatu di atas kertas.

"Hah! Berapa ringgit, bhai?!" soal Zai sambil mengangkat kepalanya. Rambutnya yang panjang sedikit menutup matanya. Kawan-kawan aku yang sedari tadi hanya mendiamkan diri kini juga menyampuk dengan soalan yang sama.

"25 ringgit!" jawab mamak tadi.

* * * * * * * * * *

"Betul ke ni, Latip?" soal Pero. Aku menganggukkan kepala.

"Yela. Bukan tu aje tau. Ada banyak lagi kejadian aku kena bila aku pegi kedai mamak ni," kataku.

"Apa dia?"

"Masa tu aku dah nak balik kampung dari Putrajaya. Bas aku dalam sejam je lagi. Keadaan dah bergegas la kan. Aku pun duduk dalam restoran mamak. Kebetulan takde kedai lain lagi dah. No choice. Aku pun order la milo ais dan nasi goreng. Nasi goreng tu plak aku nak ada telur mata kerbau. Member aku plak order teh ais dan mee goreng dengan mata kerbau gak. Lagi, aku order cili potong. Ko tau apa yang jadi?"

Pero menoleh ke arah aku.

"Air minuman semua dah betul. Cuma mee goreng takde telur dan cili potong yang aku order tak sampai. Aku bertekak la dengan mamak kat situ."

"Eleh. Itu pun nak marah ke?"

"Bukan sebab tu la."

"Dahtu?"

"Semasa aku kami berdua order, mamak tu siap tulis dan ulang lagi apa yang kami order. Tapi bila sampai kat meja, camne boleh silap?"

"Alaaa.. biasa la tu, Latip. Dia ramai customer."

Aku tetap menafikan. Aku ceritakan kepada Pero dari awal aku pesan makanan. Aku memesan milo ais. Nasi goreng bersama telur mata kerbau. Dan satu bekas kecil cili potong. Makan kalau tidak pedas, tidak menarik bagiku. Kawan aku, Ong, memesan teh ais, dan mee goreng bersama telur mata. Kemudian kami menunggu pesanan kami sambil berborak mengenai kerja.

Hampir setengah jam menunggu sambil merungut, pesanan kami pun sampai. Bila pesanan kami sampai itu salah, aku terus bertekak dengan mamak tadi. Pesanan yang sampai; minuman kami betul, mee goreng tanpa telur, dan nasi goreng dengan telur. Cili potong tiada. Mamak itu mempertahankan dirinya. Dirasakan dirinya betul.

"No. You tadi order nasi goreng aja. Dia telur mata kerbau," kata mamak itu sambil menunding jari ke arah Ong. Dengan tiba-tiba mamak itu mengalihkan telur yang ada pada nasi goreng aku ke dalam pinggan Ong.

"Eh, mana boleh macam ni. I order lain, you bawa lain. I customer. This is my right!" tegas aku.

Aku betul-betul sudah angin satu badan. Mamak tadi terus beredar dari situ. Aku memaki hamun. Setelah dipujuk oleh Ong, aku kembali tenang. Oleh kerana masa sudah suntuk, aku makan apa yang terhidang. Walaupun agak kecewa dengan layanan mamak tadi, aku tetap bersabar dan bertenang. Aku perlu segera kerana masa tinggal beberapa minit lagi untuk bas bertolak ke Kemaman dari stesen bas Putrajaya.

Habis menyantap hidangan, kami terus ke kaunter. Malam itu, Ong dengan sukarela belanja aku.

"Kau nak tahu berapa kena charge?" soalku. Pero mengangguk kepala.

"25 ringgit lebih! Gila babi!"

Pero terkejut. "Mahalnya! Makan dua orang pun setara tu?!"

"Haa.. tau pun. Servis teruk, layanan pun teruk! Harga cam sial!" kataku sambil ketawa. "Ada lagi kejadian tau. Ni dekat Penang plak," sambung kataku.

"Apa dia?"

"Yang ni bukan pengalaman aku la. Aku ada masa tu cuma member aku je yang nampak."

"Nampak apa? Nampak apa?" soal Pero, agak teruja ingin mendengar cerita dari aku.

"Malam tu aku keluar dengan member sekolej lama aku dulu. Lepak la kat kedai mamak. Malam tu aku tak teringin nak makan. So, aku minum je. Macam biasa la. Aku order milo ais. Sembang punya sembang, malam pun dah lewat. So kami pun nak berangkat pulang. Tiba-tiba salah sorang member aku ni nak pegi tandas," ceritaku panjang lebar.

"Lagi?"

"So member aku sorang ni pegi la ke tandas. Tandas restoran mamak ni kebetulan kat belakang premis. Terpaksa kena lalui dapur dulu untuk ke tandas. Masa lalu kat tandas ni la member aku nampak something yang agak worse la.."

"Worse? Apa bende?"

"Dia nampak mamak ni rendam seluar dalam warna biru gelap dalam kari!"

Pero terkejut lalu menjerit, "Weeeeeeeeeekkkkkkkk..!!!" Aku ketawa terbahak-bahak.

"Haha. Ada banyak pengalaman aku sebenarnya. Semua teruk-teruk perihal restoran mamak ni. Yang buh spender dalam kari la.. guna daging babi ngan daging kucing dalam makanan la.. macam-macam! Ade gak yang buh tahi dalam kari, kau tau?!"

"Tahi???" balas Pero sambil terbeliak matanya. Aku ketawa terbahak-bahak.

"That's why la I hate mamak! Mamak ni memang spesis kurang ajar, pengotor dan pembelit tau. Bukan dari sudut bisnes makanan je. Politik pun!" kataku. Aku cuba mengubah topik setelah melihat muka Pero yang agak berkerut menahan geli dengan cerita aku.

"Politik? Siapa?"

Aku melirik senyum ke arah Pero seraya menjawab, "Lu fikir la sendiri!"

Haha.

Tuesday, March 09, 2010

Tidurku Pelik Sekarang


Aku baru sudah makan tengah hari. Angin yang sepoi-sepoi bahasa dan duduk di bawah pohonan rhu yang redup membuatkan mataku berat untuk membuka luas. Tambah pula badan yang penat bekerja sedari pagi dan perut yang kenyang, masyaAllah, nikmatnya tidur di tengah hari.

Tanpa membuang masa, aku jarakkan sedikit daripada kawan-kawan sekerja aku. Aku mencari hamparan tanah bumi yang agak redup melindungi cahaya matahari yang bersinar. Aku melabuhkan punggung aku ke tanah. Tanah yang diselaputi dedaun pokok rhu membataskan kotoran dan debu tanah melekat di seluarku. Aku letak topi keselamatan yang berwarna kuning di atas tanah dan aku lapik pula dengan baju kotor. Aku terus meletakkan kepala di atas topi keselematan tersebut dan terus berbaring.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan terus menutup rapat mataku.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Berselang beberapa minit, aku terjaga dari tidur setelah bahuku ditepuk oleh seseorang. Aku terus terjaga akibat terkejut.

"Oi, gaya apa kau tidur ni, Latip?" soal rakanku. Aku yang masih mamai, terpinga-pinga.

"Hah? Kenapa?" soalku. Aku bingkas bangkit dan menggosok-gosok mataku.

"Kau ni tidur mengerang macam orang sakit! Uuuuu hmmmm ggrrrrr! Kenapa?" soal rakanku lagi sambil mengajuk-ajuk cara aku tidur tadi.

"Errr.. entah! Terlalu penat kot," balasku sambil tersengih seperti kerang busuk. Aku menggosok-gosok kepala yang tidak gatal. Terasa sedikit segan waktu itu. Mereka pula ketawa beramai-ramai.

* * * * * * * * * *

Semalam aku kerja sampai pukul 10 malam. Kerja berat tanpa henti amatlah memenatkan. Aku tiba di rumah pulang dari kerja kira-kira dalam pukul 10.30 malam. Kemudian kira-kira pukul 11 malam, aku terus masuk ke bilik dan tidur.

Tidurku semalam amat terganggu dengan batuk-batukku yang belum lagi pulih sepenuhnya. Ia datang dari demam pada minggu lepas. Agak lama berbaring di atas katil, golek ke kiri, golek ke kanan. Walau bagaimanapun, badan yang penat dan letih mengatasi segalanya. Aku tertelap juga.

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur apabila perutku ditepuk seseorang. Terkejut besar aku. Terus terjaga dari tidur.

"Hah! Kau ni kenapa ha? Terkejut aku!" gertakku kepada adikku.

"Kau ni tidur ke ape?" soal adikku.

"Kenapa?"

"Tidur ntah apa-apa. Bunyi 'Ummm grrrrrrr hmmmmm argggggghhh'. Mengganggu orang tidur betul la! Mimpi ngeri ke?"

Aku terdiam. Aku pelik. Betulkah aku tidur sedemikian rupa?

"Betul ke?" soalku untuk kepastian. Adikku mengangguk dalam gelap. Cahaya lampu jalan yang samar-samar masuk ke dalam bilik membantu aku untuk melihat adikku.

"Berdengkur ke apa?" soalku lagi.

"Tak la. Macam mengerang orang sakit. Sakit ke?" soal adikku.

"Badan penat sangat kot," alasanku. "Dahla. Tidur!" kataku lagi dan terus menarik selimut. Selepas itu, aku tidak sedar lagi kerana terus tertidur.

* * * * * * * * * *

Hari ini, malam ini aku tidak tahu macam mana hendak mengatasi masalah itu. Mengerang sewaktu tidur. Bila aku tanya kepada ibuku, dia menjawab aku terlalu penat bekerja. Ayahku juga memberi jawapan yang sama.

Sewaktu awal dalam tidur, aku sedar yang aku mengerang. Pertama kali semasa aku demam pada minggu lepas. Munasabahlah jika demam akan mengerang sewaktu tidur. Ini bukannya demam. Tubuh badan sihat walafiat.

Mungkin benar dan betulnya juga aku penat. Tenaga guna sepenuhnya sewaktu bekerja. Biasalah.

Walau bagaimanapun, aku berasa runsing. Tidak pernah terjadi dalam tidur aku selama aku hidup. Masakan tidak, dengan tidurku ini boleh mengganggu orang lain. Bila orang tegur, malu dibuatnya. Sama juga malunya jika orang menegur kita apabila kita tidur berdengkur.

Kalian semua, macam mana mahu hindar perkara ini? Ada doktorkah yang sedang membaca artikel aku ini? Sila jawab. Hehe.
Kalau tidur 'mengerang' seperti 'waktu itu' mesti menarik perhatian orang, bukan? Haha.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger