Ads: (Please Click!)

Wednesday, May 05, 2010

Kongsi Kenangan Paling Lucu Dalam Hidup Korang


Rutin seharian dalam hidup kita ni penuh dengan suka duka, bukan? Kadang-kadang sesuatu itu berlaku nampak biasa bagi kita. Bila difikirkan balik, dan diceritakan balik samada kepada rakan atau sesiapa saja, ia akan menjadi lucu dan lawak. Setiap yang berlaku itu pasti memberi kesan yang mendalam dalam diri kita.

Cerita di bawah dipetik dari akhbar Sinar Harian Edisi Pantai Timur:

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Kejadian ini berlaku semasa saya menunggu bas. Tiba-tiba terdengar suara bertanyakan sesuatu, saya pun jawablah dengan ramah dan mesranya. Apabila saya berpaling ke arah suara tu, rupa-rupanya dia bercakap kat telefon. Mamat tu pula tersenyum-seyum pandang saya. Sekarang ni, saya akan pastikan orang tu tak pakai telefon, barulah saya jawab!" - Sikin, 23, pelajar.


"Saya ni jenis yang kelam kabut sikit orangnya. Time tu saya ada kelas dan saya sedar saya sudah lewat. Kawan saya pula tertunggu-tunggu kat bawah. Selesai bersiap dengan gopoh, saya terus turun ke bawah dan terus ke kereta kawan. Saya masuk dan cakap, 'Sorry guys lambat sikit!' Tapi saya hairan kereta itu tak juga gerak. Rupa-rupanya saya tersilap masuk kereta orang lain. Malu hanya tuhan yang tahu. Sejak dari itu, saya jadi bahan ketawa oleh rakan-rakan saya." - Azali, 23, pelajar.


"Kejadian ini berlaku semasa di majlis perkahwinan kawan baik saya pada tahun lepas. Selesai makan, saya segera mahu pulang. Bila nak balik, saya bersalaman dengan emak kawan saya itu. Emak kawan saya itu ambil tisu saya yang ada dalam tangan. Dia ingat saya nak bagi duit, saya tarik, dia pun tarik. Dia tarik, saya pun tarik." - Fiza, 26, usahawan.


"Saya lunch di kedai mamak. Saya sangat lapar. Saya tiba di kedai, terus ambil nasi campur. Kemudian saya letak nasi atas meja dulu untuk pergi basuh tangan. Bila sudah basuh tangan saya kembali ke meja dan terus makan. Tapi, nasi saya makan rasa lain macam. Datang seorang India tua dan kata, 'Apa hal lu makan nasi saya?' Saya terperasan, meja saya di belakang meja yang saya duduk tu." - Lin, 29, kerani.




Ini ceritaku..




"Aku bangun lambat pada hari presentation. Kelam kabut dibuatnya. Aku orang pertama pula kena present. Nasib baik sudah standby barang-barang yang nak di-present. Sampai dewan, aku masuk tengok dah ramai pelajar dan lecturer menunggu. Aku masuk terus berdiri dan present. Waktu tu dah dengar ramai pelajar yang ketawa. Mulanya aku buat selamba saja. Bila makin ramai dan galak ketawa, aku jadi hairan. Kenapa? Ada seorang pelajar perempuan tegur. 'Zip seluar tak kancing!' Mak oi.. malunya! Aku cepat-cepat kancing zip seluar. Itu pun mereka ketawa lagi tengok gelagat aku yang kelam kabut. Sebabnya hujung baju terkeluar sedikit dari zip seluar. Tak dapat nak kancing betul-betul. Macam dalam cerita Mr Bean tu pula! Malu betul. Mujurlah presetation saya berjaya petang itu walaupun dapat malu!" - Aduka, 25, blogger kerdil.



PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
6 Comments


6 Orang Kentut Madu:

hasni said... [Reply]

ni betl ke aduka
kalu btl
memang gila klakar r
haha

Bardboo said... [Reply]

hehe..malu tu...for sure sampai bila2 pon orang akan ingat.. =)

lepas ni pastikan dah zip btol2 baru kaur umah yer

Unknown said... [Reply]

teringat pula kisah zaman sekolah menengah dulu. ada seorang kawan ni, naik bas yang sama. kebetulan hari tu dia lambat, sampai driver bas hon 2-3 kali. punya la dia kalut nak cepat. sampaikan dia pergi sekolah pakai kain adik dia. kain biru gelap budak sekolah rendah tu. tak ke obvious sangat2 kat sekolah menengah? adoiyai~xD

NurSya said... [Reply]

bkn paling lucu..tp antara yg lucu la..heheh..mse djah5..pnjat pkok rmbutan..ala2 tarzan..pastu terpijak rnting cumel..jatuh..naseb kat bwah pkok ade kakak..so..kakak yg saket lebeh..sy xde pe2..hahahahahahaha..lawak ke..?? xlawak kn..? haha...tp ketawe je la k..hahahaha

GadisKasutConverse said... [Reply]

lenkali jgn kelam kabot.kan dh lain jdnye..hehehe...

Aduka said... [Reply]

hasni:
malu sgt time tu.. gile punye malu.. merah padam muka..


beedle:
dah kelam kabut.. x terfikir psl zip dah..


capiqa:
hahaha.. lawak3..


nuraisyah:
jatuh cam nangka busuk ek.. haha..


cik reen:
masakan tidak.. dah lewat 15 min dah masa tu..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger