Ads: (Please Click!)

Sunday, April 25, 2010

Warga Tua


Beberapa hari yang lepas, Karim, Sheila, dan Ika, keluar bersama untuk makan tengahari. Sheila dan Ika menumpang kereta Karim. Setengah jam sebelum waktu makan tengahari, Ikalah yang beria-ia mahu bertukar angin keluar makan di restoran, bukannya di cafe di syarikat tempat mereka bekerja. Setelah memujuk Karim dan Sheila, mereka bersetuju untuk keluar.

Dalam perjalanan, mereka asyik bersembang. Ika dengan cerita rumah dan kereta barunya. Tapi selalu dibidas oleh Karim dan Sheila. Ika kedekut. Datang ke pejabat pun dengan kereta ayahnya. Karim pula dengan kritik rungutnya tentang supervisor di bahagian tempat kerjanya. Sheila pula demikian maki hamun dan bebelan panjang tentang berita di surat khabar yang dibacanya awal pagi tadi. Kisah anaknya yang tidak mengaku ibubapanya yang telah uzur di rumah-rumah jagaan orang tua. Berulang kali diistighfarnya, dan berulang kali juga perkataan-perkataan makian dan carutan tersembul keluar dari mulutnya.

"Aku yang bakal bergelar 'ibu' ni, sangat-sangat-sangat sensitif bila dengar anak tak kenang jasa orang tua! C****a la bila dapat anak macam tu!" bebel Sheila. Karim yang memandu keretanya memandang cermin pandang belakang beberapa kali untuk melihat raut wajah Sheila. Kelihatan merah padam air muka Sheila. Menahan marah, agaknya.

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

"Kalau la aku tahu anak saudara aku ke.. anak jiran aku ke.. buat derhaka kat mak bapak, maunya aku luku kepala diorg sampai benjol-benjol!" sambung Sheila lagi.

"Hei, Sheila! Garang benor ko ni. Kau jangan nak luku-luku anak orang plak. Lain jadinya kang.." kata Ika yang sedari tadi hanya mendengar sahaja bebelan Sheila. Matanya asyik dilontar ke jalan di luar kereta yang sedang bergerak laju.

"Haish! Tak boleh la aku. Menyirap darah aku, kau tau tak?" kata Sheila lagi sambil menumbuk-numbuk telapak tangannya sendiri. Ika hanya tersengih dengan gelagat Sheila.

"Siapa-siapa pun marah, Sheila. Kitorang pun marah. Tapi.. nak buat macam mana, kan? Anak-anak sekarang bukannya reti hal-hal ehsan dan erti kasih sayang. Kalau diorg ni faham, takkan ada kes-kes macam ni," balas Ika. Karim sedari tadi masih mendiamkan diri. Dia memasangkan telinganya saja.

"Ah, tak mungkinlah! Memang orang-orang kita sekarang ni kurang ajar! Lebih-lebih lagi anak muda," bebel Sheila makin menjadi-jadi. "takde ilmu! Cetek agama! Dasar tak kenang budi! Patut ke diorang abaikan mak bapak yang selama ni besarkan diorang bagai menatang minyak yang penuh? Haih! Menyirap betul darah aku, Ika!"

"Betul tu, Sheila. Tapi.. bukan semuanya pun," jawab Ika. Dia cuba meredakan kemarahan Sheila yang semakin membuak-buak.

"Mentang-mentang hidup senang, dapat bini cantik, rumah besar, kereta besar, gaji besar, kerja besar.. dah lupa kat mak bapak. Tuhan nanti turun bala, baru tau! Tengoklah!"

Sheila mengetap bibirnya. Dia melontarkan pandangan di luar tingkap. Dia memeluk tubuhnya. Hidungnya nampak kembang kempis menahan amarah yang bersipongang di dalam dadanya. Marah sungguh dia. Kata-kata Sheila itu membuatkan semua terdiam seketika.

"Kalau anak kau buat kat kau macam tu nanti, macam mana Sheila? Takut tak?" soal Karim yang sedari tadi terdiam. Dia mengerling ke cermin pandang belakang keretanya, melihat Sheila. Sheila membalas pandangan Karim dengan pandangan yang bengis.

"Huh! Maunya aku bangun dan mengamuk depan anak aku! Tampar muka dia cukup-cukup!" balas Sheila. Karim dan Ika tergelak serentak.

"Kau dah tua masa tu, Sheila! Mana ada daya nak bangun tampar anak kau nanti!" kata Ika sambil ketawa berdekah-dekah. Karim juga begitu. Sheila mengetap bibirnya, geram.

"Kau tengok tu!" kata Sheila sambil jari telunjuknya diacung ke arah sebuah rumah sergam besar. Karim dan Ika turut memandang. Kelihatan sebuah rumah yang tidak jauh di seberang jalan. Terpampang sederhana besar satu papan tanda.

"Rumah Jagaan Orang-Orang Tua, Melati Setia."

Kereta yang dipandu Karim, diperlahankan. Tiga pasang mata memandang di dalam halaman rumah itu. Beberapa warga-warga emas duduk di kerusi. Kelihatan juga seorang yang sedang bersenam, dan seorang sedang berdiri di satu sudut halaman rumah itu.

"Kau tengok. Ramai kan orang-orang tua dalam sana. Siapa yang hantar diorang kalau bukan anak-anak diorang sendiri?" kata Sheila.

"Kau tak boleh salah anggap macam tu Sheila. Tak semua macam tu. Ada juga yang hantar mak bapak diorang sebab diorang tak terjaga mereka. Contohnya, ayah kau dah takde. Ada mak kau je. Oleh kerana kau laki bini bekerja. Takde orang nak jaga mak kau, kan? Jadi, hantar mak kau ke pusat jagaan orang-orang tua adalah satu langkah yang baik. Takkan kau nak biarkan mak kau sorang-sorang duduk kat rumah? Buatnya jadi apa-apa kat mak kau, macam mana?" kata Ika dengan panjang lebar. Ika pula kelihatan tidak senang duduk. Karim hanya tersenyum tersengih mendengar jawapan Ika.

Kata-kata Ika tadi membuatkan Sheila terdiam dan termenung.

"Betul juga kata kau, Ika. Memang tak semua pun," balas Sheila, pasrah. "Tapi tak boleh la aku.. hal-hal camni buat hati aku geram, tau. Derhaka kat mak bapak, neraka jahannam la jawabnya.!"

Ika dan Karim mengangguk serentak. Terukir senyuman di raut wajah Karim dan Ika.

"Mak bapak kau ada lagi, Ika?" soal Sheila.

"Ada lagi. Tapi kat kampung. Diorang jarang datang bandar ni. Aku jemput 100 kali, ada la sekali dua diorang datang," jawab Ika seraya mengeluh berat. Dia menyambung, "orang tua kita.. memang tak senang duduk kalau tak tengok-tengokkan ayam itik lembu kerbau diorang dalam sehari!"

"Kau plak, Sheila?" soal Ika kepada Sheila pula.

"Mak aku dah takde. Ayah aku ada la.. kat rumah. Dah tua dah pun. Aku la yang jaga dia selama ni! Sakit makan minum dia.. semuanya aku!" jawab Sheila sambil mendabik dadanya.

Ika dan Karim saling berpandangan.

"Wah, bagusnya kau ni, Sheila. Patut la kau marah-marah sangat tadi, ya?" kata Karim, teruja dan soalnya, "Dia sakit apa?"

"Strok!"

"Oh, patutlah. Bagus la kau jaga dia selagi dia masih ada ni, kan. Senang hati bapak kau, Sheila," puji Karim lagi. Ika sesekali memandang ke arah Sheila yang duduk di kerusi belakang. Dia melontar senyum. Sheila tersengih, bangga.

"Kau macam mana, Karim? Mak bapak kau okey ke?" soal Sheila. Karim diam seketika. Kemudian dia mengerling ke arah Ika yang duduk di sebelahnya.

"Ada," kata Karim ringkas. Jawapan yang diberikan seolah-olah tergantung.

"Hai.. takkan 'ada' je kot jawapannya. Macam mana keadaan diorang? Sihat ke? Tinggal di mana?"

Sekali lagi Karim diam membisu. Tidak langsung segera membalas soalan Sheila. Ika yang duduk di sebelahnya berkerut muka. Dia masih menanti jawapan yang bakal keluar dari mulut Karim, rakan sepejabatnya.

"Yalah! Aku pun nak tahu juga," kata Ika.

"Mak bapak aku ada," ulang Karim.

"Yalah ada. Tapi di mana?" soal Sheila.

"Di rumah orang-orang tua!"

Kata-kata Karim membuatkan Sheila dan Ika tersentak. Mereka bertempik serentak. Sheila memegang dadanya kerana amat terperanjat. Sheila pukul bahu Karim beberapa kali sambil menjerit.

"Tak guna kau, Karim! Anak tak kenang jasa! Sampai hati kau! Kau bukan kawan aku!"

Ika yang duduk di sebelahnya juga membengis. Namun mulutnya terkunci. Dia agak ranjat sebenarnya. Tidak disangka kawan baiknya itu tergamak bertindak sedemikian rupa ke atas ibu bapanya sendiri.

"Oi oi! Apa hal kau ni, Sheila. Bawa bersabar! Aku tengah drive ni! Oi!" tempik Karim sambil mengelak-elak bahunya daripada dipukul oleh Sheila.

"Kau jahat! Jahat!" tempik Sheila lagi sambil tidak henti-henti memukul bahu dan kepala Karim. Karim memberhentikan keretanya di seberang jalan. Dia risau kalau-kalau kereta yang dpandunya akan terbabas. Apabila kereta sudah berhenti, Karim cuba menenangkan rakan-rakannya itu. Dia memegang erat tangan Sheila. Sheila cuba meronta namun tenaga wanita tidaklah setanding tenaga lelaki Karim itu.

"Sabar..! Dengar dulu penjelasan aku!" kata Karim sambil mengerutkan mukanya.

"Hah! Explain now! Kalau tidak...!" ugut Ika dan Sheila sambil menumbuk-numbuk telapak tangan mereka sendiri. Karim ketawa kecil. Namun gugup dijiwanya tetap ada.

"Korang ni.. sensitif sangat! Apa salahnya mak bapak aku?" kata Karim.

"Woi! Ini bukan masalah siapa salah. Masalahnya.. kau! Kau tu! Kenapa hantar mak bapak kau kat rumah jagaan orang-orang tua?! Jawab! Jawab!" tempik Sheila.

"Hish, korang ni. Salah ke mak bapak aku kerja kat rumah jagaan orang-orang tua tu?"

Ika dan Sheila terdiam. Mukanya langsung merah padam. Malu! Karim hanya tersengih seperti kerang busuk.

Petang itu, Karim pulang ke pejabat dengan pipi, belakang, bahu, lengan, peha, dan mana-mana lagi bahagian di badannya sakit-sakit akibat 'cubitan wanita' dan 'penumbuk wanita'.

Hormati orang tua kita terutamanya ibu bapa kita! :)

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

hans said... [Reply]

sedih weih kalau xhargai mak bapak
sayangilah mereka seadanya

dayah said... [Reply]

karim karim :)
thanks for sharing yur entry latip

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger