Ads: (Please Click!)

Friday, February 19, 2010

Diam Jangan Disangkakan Bisu. Tapi.. itulah Lumrahnya


Semalam aku bersama rakan aku pergi ke bandar. Petangnya, dia kata hendak belanja aku makan. Kebetulan waktu itu aku lapar. Alhamdulillah, rezeki aku ada. Aku tanya, "Makan kat kedai mana?" Kawan aku membalas, "Aku sudah lama mengidam nasi kukus ayam goreng berempah, bro. Jom pekena nasik kukus!"

Wah! Menarik sungguh. Aku pun sudah lama tidak makan nasi kukus. Salah satu makanan kegemaran aku. Aku terus ke destinasi pertama iaitu ke Kampung Dusun Nyior. Di situ ada satu gerai nasi kukus yang popular di Chukai Kemaman. Malangnya, setiba di sana kedai tutup. Maka kami terus ke kedai kedua, tidak jauh dari Centre Point Kemaman.

Sampai sana, agak mengecewakan juga. Bukan tutup tetapi terpaksa menunggu lama kerana ayam goreng berempahnya baru saja hendak digoreng. Kami duduk dan memesan minuman terlebih dahulu. Aku lihat ada 2 orang remaja lelaki bekerja menjadi pelayan di situ. Salah seorangnya meminta pesanan dari kami. Aku milo ais manakala kawanku teh o ais. Kami bersembang untuk seketika. Hampir 40 minit menunggu (menunggu ayam berempah siap digoreng dan tunggu giliran), barulah nasi kukus ayam berempah kami terhidang di depan mata.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Alhamdulillah. Sangat sedap. Rasanya pedas karinya, rempahnya, bersama belacannya.. emmmhhh.. memang sedap! Seketul ayam besar licin aku makan.

Inilah Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Sodaaappp..!

Selesai makan, aku berbual sebentar. Perut kekenyangan.

Kemudian kami bingkas bangkit untuk berangkat pulang. Tiba-tiba aku terpandang salah seorang budak remaja lelaki yang bekerja sebagai pelayan di situ. Seolah-olah memanggil aku. Aku sangkakan kalau-kalau ada barangan tertinggal di atas meja seperti kunci kereta, dompet atau sebagainya. Aku pandang di atas meja tetapi tiada apa pun. Aku menoleh kembali kepada remaja tadi. Perlahan dia merapati aku. Kemudian..

"#_&@!+^&%=%#@@5"

Aku tercengang. Datang seorang rakannya remaja itu kemudian merapati aku.

Dia berkata, "Bang, dia tu bisu. Jangan layan sangat dia tu. 'Kureng' sikit."

'Kureng'? Biasanya maksud 'kureng' atau istilah sebenar 'kurang' membawa makna 'tidak betul' atau 'gila' atau 'kurang waras'. Biol pun, boleh jadi. Tetapi tidak mungkin kerana bisu dia terus dilabelkan 'kureng'? Lagipun aku tengok elok saja dia boleh bekerja. Mana boleh panggilan sebegitu diletakkan pada dia? Kasihan pula aku tengok.

Patutlah semasa aku menunggu tadi aku tengok remaja bisu tadi diam saja. Langsung tidak bercakap dan tidak mengambil pesanan dari pelanggannya. Tugasnya; angkat pinggan yang telah digunakan pelanggan, kemudian belai-belai kucing. Kucing kurap.

Nasib baik bukan dia yang sediakan nasi kukus aku!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
18 Comments


18 Orang Kentut Madu:

♥mawar said... [Reply]

kalo die yg seduakan nasi kukus kat bro, mcm mn?? hahaha.. berani telan tak?? ahaha

hasni said... [Reply]

kucing kurap?
auu
pasti sedap nasi kukus mu
aha

GadisKasutConverse said... [Reply]

dia x masak..mgkin minah indon!

FaTiN said... [Reply]

kesian kat orang tu. bukan dia mintak nak jadi biol

*mood baik dah datang

imHepPie said... [Reply]

patutla nasi kkukus tu sedap ahaks~

p3perak said... [Reply]

aduka, nasi kukus mydin best..
serius, try la..
hikhik...

>>bila nak belanja??

Anonymous said... [Reply]

kesian dia kan

farhana said... [Reply]

nasi kukus 2 nampak sedap... :)

zool said... [Reply]

Best plak tgk ayam tu..

noorafzan.blogspot.com said... [Reply]

aduh..kemaman..jauh benor..
kat KL x de ke bro..?
huhu~

terliur eden nih..

hans said... [Reply]

nampak cantik la nasi dan ayam tu

pauhputik said... [Reply]

pegang kucing kurap maybe ok lagi kot

kedai mamak aku pegi dekat sebuah tempat di malaysia nie lagi wat aku ase jijik

dia garu dia nye kurap, x basuh tangan terus pegi amik makanan kat pelanggan guna tangan.

lepas tu aku terus anti kedai mamak

Unknown said... [Reply]

kesian dia...

kucing tu jer paham dia~

Belog Cik Peanut said... [Reply]

ooo..sangat suka ayam berempah yang besar2..sedap..sebab tu badan peanut tak slim2 ni.hehhehe

erk..tak faham nape diorang labelkan lelaki bisu tu kureng

Aduka said... [Reply]

mawar:
xmo makan.. haha..


hasni:
bkn mkn kucen kurap la.. haha..


cik reen:
alhamdulillah.. tukang masak melayu..
=)


fatin:
tu la psl.. slalu pk yg bkn2..


imheppie:
hahaha.. kt situ mmg sedap la..
=P


p3perak:
dh try.. x best.. kemaman lg best..
=)


ah fatt:
kesian..

Aduka said... [Reply]

farhana:
of course sedap! dtg kemaman n try!
=)


zool:
terliur ke? haha..


noor afzan:
selama duk KL, x pnh nmpak or jumpa lg kat mana ada nasi kukus.. er.. maybe xde kot.. dtg la kemaman klu nk merasa..
hahaha..
=P


hans:
gambar cilok je ni..


pauhputik:
yes..! aku pn anti kedai mamak.. pengotor!


hanim:
ye kot.. huhu..


cik kacang:
mungkin sbb die bisu, org labelkan dia 'kureng'..

joegrimjow said... [Reply]

kat kg ada satu kedai nasi kukus yg mantap
lebih mantap sungguh murah
hoho
ape lagi
melantak la kejenye
;)

Aduka said... [Reply]

joe:
kpg ko kat mane?
kot la aku penah pegi..
hehe..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger