Dahulu, aku pernah bercerita tentang kisah cinta, termasuk cinta monyet yang aku anggapkan tidak terlalu privasi lagi. Lagipun, kisah cinta yang pernah aku cerita tidaklah diselit dengan unsur-unsur emosi contohnya kecewa, frust-menonggeng, dendam dan sebagainya. Tidak oh tidak. Bagi aku, cinta hanyalah salah satu corak dalam hidup. Dugaanlah, lebih tepatnya. Bak kata orang barat, love such a piece of life's puzzle. Maka, tidak kisahlah jika hendak berkongsi di sini pun. Anatara kisah yang pernah aku ceritakan ialah cinta pandang pertama, cinta di dalam LRT semasa aku bekerja di KL pada tahun lepas (2009), aku si jejaka idaman, dan cinta yang amat menjengkelkan seumur hidup aku. Bagi aku kisah-kisah cinta tadi sudah menjadi 'sejarah'.
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
Salah satu kisah cinta aku bermula pada akhir tahun 2002. Aku sewaktu itu bekerja sambilan dengan abangku. Oleh kerana si dia (bekas kekasih) melanjutkan pelajaran nun jauh di utara negara, kami banyak berhubung melalui telefon, SMS, dan email sahaja. Sesekali surat menyurat pun ada (klasik, bukan?). Pada awal perjalanan cinta kami, tiada apa-apa masalah. Rindu adalah lumrah. Biarpun banyak liku-liku yang kami tempuh, kami tetap bersama. Sabar adalah senjatanya.
Aku sempat berjumpa (dating) dengannya hanyalah beberapa kali. Itu pun jika si dia ada masa terluang atau cuti pendek. Aku pula terpaksa ke utara. Itu pun jika aku senang. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2003, aku melanjutkan pelajaran ke kolej. Kami terus jarang sekali berjumpa. Cuma telefon bimbit sajalah yang menjadi nadi utama untuk kami berkomunikasi.
Beberapa hari sebelum aku ke kolej, aku menghubungi si dia. Aku menyatakan bahawa aku tidak pernah tinggal di asrama. Dalam hati aku sebenarnya takut untuk ke kolej. Setelah si dia menasihati dan memberi semangat, aku pergi juga dengan hati yang berat. Seingat aku, kemasukan adalah pada bulan Jun.
Semester pertama dan kedua, aku antara lelaki popular di kolej. Nama aku sentiasa berada di dalam senarai top 10. Popular aku bukanlah keseluruhan tetapi hanya di dalam fakulti IT sahaja. Bila namaku sentiasa disebut-sebut dikalangan pensyarah-pensyarah IT, aku menjadi perhatian. Bukan saja pelajar lelaki malah pelajar perempuan. Dipendekkan cerita, aku lebih banyak masa berdamping dengan kawan-kawan perempuan berbanding kawan-kawan lelaki.
Alkisah pada suatu petang. Kelas tamat pada pukul 2 dan aku terus pulang ke hostel. Aku keluar kembali pukul 4.30 petang untuk ke taman di dalam kolej yang dinamakan Tanam Astakona. Oleh kerana hostel dan kolej tidak begitu jauh jaraknya, aku berjalan kaki keseorangan saja. Sampai ke Taman Astakona, aku lihat beberapa orang perempuan yang duduk mengelilingi satu meja. Seorang dari mereka sudah sedia tersenyum dari jauh. Ada seorang lagi melambai-lambaikan tangan dan menyapa, "Hai, Latip!" Kami bersembang sekejap. Kira-kira setengah jam, kami membuka laptop dan buku masing-masing. Kami belajar secara berkumpulan.
Sebenarnya sudah berapa ramai kawan lelaki mengajak aku untuk belajar berkumpulan, semuanya aku tolak. Sebaliknya, aku meluangkan lebih banyak masa belajar dengan kawan perempuan. Ada banyak faktor. Lelaki boleh dikatakan jika masa belajar berkumpulan selama 3 jam, 1 jam lebih daripadanya banyak bersembang kosong. Dalam belajar itu pula, kadang-kadang terbantut. Hendak hisap rokok sekejaplah, teman wanita telefonlah, dan macam-macam lagi. Jika belajar bersama rakan perempuan, mudah. Tidak banyak kerenah kerana aku lelaki, maka aku yang leader atau ketua. Perempuan tiada ego dan takwil jika aku mengarahkan sesuatu. Terus terang aku cakap, golongan hawa ini kebanyakkan amat lembab di bidang IT berbanding lelaki. Namun, mereka mempunyai semangat yang lebih tinggi untuk belajar berbanding lelaki. Mereka rajin bertanya tanpa segan silu. Mereka berusaha. Nota sebuku pun sanggup dihafalnya semata-mata untuk peperiksaan. Sebilangan kecilnya juga ada yang sanggup 'merasuah' supaya lelaki mengajar mereka untuk jadi pandai! Haha..
Sehinggalah pada suatu hari, seperti biasa waktu petang aku akan bersama rakan-rakan perempuan. Kami mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester sudah semakin hampir. Kebiasaan aku akan memaklumkan kepada si dia bahawa aku ada sesi belajar berkumpulan. Tetapi tidak hari itu. Aku terlupa. Sehinggalah dia menelefon aku. Dan bermula di saat itu, berlakulah perang dingin antara aku dengan si dia.
Lebih dua minggu kami bergaduh. Sehinggakan ada hari kami langsung tidak bertegur sapa mahupun bertanyakan khabar seperti hari-hari kebiasaan. Aku buang segala ego lelaki kerana hendak memperbetulkan dan menerangkan keadaan yang sebenar. Benar kata-kata orang tua lama. Sebesar-besar ego lelaki, besar lagi ego perempuan bila mereka meradang dan marah. Shahadan, keadaan makin hari makin keruh.
Cuti semester kedua.
Jodoh kami tidak lama. Kami akhirnya berpisah atas kehendaknya. Waktu cuti sepatutnya aku enjoy dan berseronok disamping keluarga tapi aku bersedih. Aku banyak termenung dan terperap di rumah. Masa terluang aku habiskan di depan komputer. Aku bermain game. Sehinggalah suatu hari, aku ternampak sebuah gitar kapuk (gitar kayu atau gitar tong) di dalam bilik adik aku. Aku termenung seketika. Kemudian aku capainya. Aku kelek dan petik satu persatu talinya. Aku cuba keroncongkan pula. Sumbang. Waktu itulah aku terlintas, "Aku nak belajar gitar!"
Keesokkan hari, aku berjumpa adikku. Aku hulurkan gitarnya dan berkata, "Ajar aku main gitar!" Adikku tersenyum. Lantas dia mengajarku kod-kod gitar yang asas. Seharian aku belajar sehingga sakit di hujung jari jemari kiriku. Aku meminta adikku untuk mengajar aku satu lagu yang cukup aku suka. Kerana lagu itu, aku teringatkan si dia. Aku pernah dedikasikan lagu itu kepada si dia. Si dia suka lagu itu. Adik aku mendengar dengan teliti lagu kegemaran aku itu dengan khusyuk. Selesai mendengarnya, adik aku cuba tunjukkan kod gitar. Hampir 30 minit, giliran aku untuk mencuba. Sambil memetik tali gitar, aku menyanyi..
Choice to live my life extended..
You could be the one I'll always love..
You could be the one who listens to my deepest inquisitions..
You could be the one I'll always love..
...
...
Muse - Unintended
Masuk semester kedua, aku meneruskan untuk belajar gitar secara sendiri. Aku banyak merujuk di internet dan buku-buku. Aku juga menyertai jamming session bersama rakan sekolej. Bila pulang bercuti, aku bersama rakan sekampung pula. Kerana dengan bermain gitar, dapatlah aku mengubati luka dihati. Kononlah.
Pada akhir semester enam, aku berpeluang membuat persembahan pada malam perpisahan dan makan malam kolej. Selain pensyarah dan pelajar, orang luar juga turut sama menyaksikan persembahan aku. Boleh dikatakan meriah juga. Lebih-lebih lagi aku mendapat tepukan yang amat gemuruh di akhir persembahan.
Malu, tuhan saja yang tahu. Inikan pula teman wanita lebih pandai dari kita. Mana mahu letak muka. Walaupun begitu, aku buang perasaan ego lelakiku. Aku menyatakan aku mahu belajar bahasa Inggeris. Walaupun diperli oleh si dia, aku tetap senyum dan meminta dia ajarkan aku. Atas nasihat dan ajaran dari si dia, aku semakin rajin berbahasa Inggeris. Masuk kolej, pensyarah berpuas hati dengan pencapaian aku. Pensyarah pun suka sama aku. Ada juga aku meminta tips-tips agar lebih mahir dalam bahasa Inggeris dengan pensyarah.
Setelah berpisah dengan si dia, aku masih lagi tidak lupa dengan tips mahir bahasa Inggeris yang diberi olehnya. Walaupun tidaklah semahir mana, aku teruskan juga. Sehinggalah aku tamat kolej dan akhirnya aku mendapat kerja. Aku pernah di anugerahkan 'Dale Carnegie Best Award Winner' kepadaku antara puluhan peserta pada tahun 2008. Walaupun aku belajar sendiri, namun aku tidak pernah lupa tips dan jasa yang telah diberikan oleh si dia.
Walaupun sudah lebih 6 tahun aku berpisah dengan si dia, kenangan aku bersama tidak luput dari ingatan. Banyak nasihat darinya yang amat berguna. Secara tidak langsung, ia mengubah tata hidup aku. Selain nasihat, ujian dan pengajaran dari cinta si dia juga telah mengubah hidup aku. Aku ambilnya dari sudut positif.
Kerana si dia lebih tua dari usiaku...
Kesimpulannya, bagi aku makna sebenar cinta bukan terletak pada luahan perasaan atau ungkapan manis dari seseorang. Bukan dari segi zahiriah mahupun lahiriah. Ia hadir dari apa yang kita dapat dan apa yang telah diterima dari cinta. Samada bermula dari coretan cinta hinggalah noktah cinta. Inilah cinta dari sudut pandangan yang berbeza. Bukan dari peluk, cium, dan...
Mungkin pengalaman dan pandangan kita berbeza-beza. Bukan semuanya sama. Sebab itu, mencari cinta sejati bukannya mudah. Jangan kerana cinta kita hanyut ke arah keburukan. Jangan kerana cinta kita kecundang ke lembah hitam dan boleh memalingkan kita dari hukum Allah swt. Sebaliknya, carilah cinta yang benar-benar memberi impak yang besar dalam hidup kita. Impak yang positif.
Nota kaki: Jangan percaya kepada ejen 'pencari jodoh dalam talian internet'..