Ads: (Please Click!)

Sunday, February 21, 2010

Pengemis Samseng Di Kota Bharu


Selepas aku baca satu artikel dari Cik Panadol yang berkisar tentang pengemis, aku teringatkan peristiwa yang hampir sama mengenainya pada tahun pertama aku memasuki kolej di Kota Bharu, Kelantan.

Sewaktu di kolej, kenderaan sapu (van prebet sapu) tersedia untuk mengambil dan menghantar penumpang yang kebanyakkannya pelajar kolej ke bandar. Sebilangan dari mereka adalah berasal dari kampung di situ yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan. Aku mendapat maklumat dari pelajar senior dan orang kampung, sejak adanya kolej di kawasan kampung ini, aktiviti prebet sapu semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ia bukan saja memberi faedah kepada orang kampung malah kepada pelajar kolej juga. Selain pengangkutan awam seperti bas dan teksi, ia menjadi nadi pengangkutan utama di kampung tersebut. Tanpa mereka amat sukar bagi kami, pelajar kolej khususnya untuk ke bandar.

Aku masih baru bergelar sebagai siswa. Pada suatu hari, aku bersama rakan sebilik bersepakat untuk mengenali bandar Kota Bharu, Kelantan. Kami beramai-ramai menaiki prebet sapu untuk ke bandar memandangkan hostel kami agak jauh. Penumpang prebet sapu tidak mengira usia dan jantina. Kami sentiasa terpaksa berhimpit bersama dalam satu van yang sama. Berhimpit dengan pelajar perempuan juga adalah perkara biasa walaupun pada awalnya terasa janggal dan kekok. Perjalanan dari hostel ke bandar mengambil masa hampir setengah jam.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Perhentian prebet sapu adalah di sebatang jalan di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu. Kami enam orang semuanya termasuk aku. Kami ke bank terlebih dahulu untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli belah. Rancangan kami pada hari tersebut ialah menapak ke seluruh pelusuk bandar Kota Bharu. Destinasi pertama kami adalah di Pasar Besar Siti Khadijah. Namun tiada apa yang menarik di situ setelah lebih sejam meneroka. Yalah, nama pun pasar.

Kami berjalan kaki ke satu kawasan yang berhampiran stesen bas utama di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu. Di situ adanya satu taman kecil. Di situ aku lihat ramai remaja-remaja dan tidak kurang juga keluarga yang berkumpul. Di situ juga tersedia bangsal dan bangku untuk beristirehat. Ada dua bangsal. Di bangsal hujung, aku lihat ramai orang tua duduk sambil berbual di situ. Orang-orang tua tersebut adalah pemandu teksi, melihat kepada uniform yang dipakai oleh seorang dua dari mereka. Di sudut yang lain, aku lihat ada bangku panjang yang diteduhi oleh pokok renek. Suasananya agak romantik dan cantik.

Sedang kami berbual sambil berjalan, datang beberapa orang budak kecil dalam lingkungan 8-10 tahun merapati kami. Pakaiannya dan raut wajahnya comot dan berbau. Aku menekup hidung setelah salah seorangnya menarik bajuku. Mereka meminta-minta dan memujuk rayu agar diberikan wang atau makanan. Kami saling berpandangan. Kami agak ranjat kanak-kanak sekecil itu tersebut adalah sekumpulan peminta sedekah yang sedang kelaparan. Aku rasa kekok dan malu apabila beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang ke arah kami. Maka aku memberitahu rakan-rakanku untuk beredar dari situ.

"Jom blah wei. Malu orang tengok. Bagi la apa-apa je kat diorang," kataku. Kanak-kanak tadi tidak putus-putus meminta dan merayu dari kami. Kami cuba beredar. Tiba-tiba salah seorang rakan aku menjerit dan berlari anak ke arah aku.

"Sial!" jerit sambil ketawa.

"Kenapa wei?" tanya aku. Rakan-rakan yang lain turut bertanya soalan yang sama.

"Sial betoi. Ang tak nampak ka budak tadi sepak aku?" soal Fairuz. Dia menggosok-gosok betisnya. "Sakit, dol" Kami ketawa serentak.

"Ko kena sepak? Tang kaki ke?" soal Roy sambil ketawa kecil. Fairuz mengiakan sambil mengangguk.

"Aku cakap kat budak tu. Aku suruh depa balik. Depa tak nak. Depa nak duit dari kita. Mana aku nak bagi. Depa takdak mak bapak ka? Mankaq betoi," bebel si Fairuz lagi.

"Dahlah. Jom kita blah. Kita pi kat tempat lain noh. Nun depan sana. Mydin!" kata Roy. Aku lihat si Fairuz masih lagi membebel. Agak melucukan juga sebenarnya melihat telatah Fairuz. Mukanya merah padam, tapi masih berselindung dengan sengihan yang menampakkan barisan giginya.

Di hari yang lain, aku keluar bersama rakan perempuan aku. Yatie namanya. Kami hanya berdua. Kami pusing-pusing dengan berjalan kaki di tengah bandaraya Kota Bharu. Kebetulan waktu itu Yatie kehabisan kredit telefon bimbitnya. Dan kebetulan juga kami berada di taman kecil yang aku ceritakan sebelum ini. Di situ terdapat sebuah kedai kecil yang menjual telefon bimbit dan aksesori termasuk kad tambah nilai. Kami terus ke sana. Selesai, kami terus pulang memandangkan hari sudah lewat.

Sampai di perhentian prebet sapu, kami terpaksa menunggu walaupun terdapat satu prebet sapu yang kosong, tiada penumpang. Kata si pemandu prebet sapu, lelaki separuh abad, kerja mereka menunggu penumpang penuh van barulah boleh bertolak kecuali hari betul-betul lewat menghampiri waktu Maghrib. Mahu atau tidak, kami terpaksa menunggu. Hampir 1 jam juga.

Selama menunggu, aku berborak dengan pakcik prebet sapu itu. Macam-macam kami bualkan. Kelakar pakcik itu apabila dia yang terbiasa dengan loghat Kelantan bertukar kepada loghat biasa. Terkadang saja aku bercakap loghat Kelantan. 'Pokcik', 'kawe', 'ngaji', 'yolorko', dan sebagainya. Sedang asyik berbual, mataku tertumpu kepada sekumpulan kanak-kanak selekeh yang sedang berlari ke sana ke mari. Aku teringat peristiwa beberapa bulan yang lalu. Lantas aku bertanya kepada pakcik prebet sapu itu.

"Pakcik. Siapa budak-budak tu semua? Dari mana?"

Pakcik itu menoleh ke arah budak-budak itu. Dia mengeluh keras.

"Huh! Budok-budok tu semuo.. dari dulu ado. Pokcik tok kije prebet lagi pun ado lamo doh!" tegas pakcik prebet.

"Yeke? Kalau dah lama, nape takde operasi atau tindakan dari pihak berwajib? Bukan ke tak elok kalu orang luar tengok especially pelancong?"

"Dulu ado. Loni polis ko gapo ko buat tok caro."

"Kenapa?"

"Demo tangkap, esok ado balik. Tangkap, ado balik. Gitu la."


Kata-kata pakcik itu membuatkan aku terdiam seketika. Kemudian, aku bercerita tentang peristiwa rakan sebilikku kena sepak oleh seorang dari kumpulan kanak-kanak tersebut kepada pakcik prebet. Dia ketawa berdekah-dekah.

"Jangan kato saing demo. Ore tuo pun demo ni sepak jugok. Dok kiro ore. Satu jah demo keno tahu," kata pakcik prebet.

"Apa dia, pakcik?" soalku.

"Kalu budok-budok ni kecek ke demo mitok pitih ko gapo ko, demo toksey layan sangat. Buat dok tahu jah!"

Aku mengangguk perlahan. Hemat aku, patutlah rakan sebilikku kena sepak. Kesnya dia halau budak itu tanpa memberikan apa-apa pun.

"Samseng ya budak-budak pengemis kat KB ni ya, pakcik," kata aku sinis. Pakcik prebet hanya tersengih.

* * * * * * * * * *

Maaf kepada warga Kelantan. Aku bukan memburukkan Kelantan. Kejadian ini adalah pada lebih 5 tahun yang lalu. Khabarnya kanak-kanak pengemis itu sudah dibasmi oleh kerajaan negeri Kelantan. Dan taman kecil di situ sudah tiada lagi sejak aku menduduki semester ke enam. Aku sudah lama tidak pergi ke Kelantan. Wallahua'lam.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
12 Comments


12 Orang Kentut Madu:

Adziim said... [Reply]

Yup..memang pengemis kelantan yg kanak-kanak ni samseng....kdng2 bukan dri kelantan pun..ntah datang dri mana..ada sindiket bwk kot.

joegrimjow said... [Reply]

ada budak tu cakao...

ban na dema

org burma kot
entah la

samseng satu hal lagi
xsuke n sangat benci

miss lolly said... [Reply]

huhu!

kadang2 nak bg sumbangan pom teragak2 sbb skng banyak sindiket

ecece sumbangan tuh :D

Cikgu Khairul Arif said... [Reply]

eish2..

ni aduka mana ni..adukataruna ka??

GadisKasutConverse said... [Reply]

dating kt tman ke?hik3..=p

Aduka said... [Reply]

mimpi:
eh yeke?
dari indon ke?
thai?

Aduka said... [Reply]

joe:
erk.. alahai.. aku x dgr jelas sgt masa tu.. diorg rasanya ckp mlayu kot..
tp mungkin benar gak klu diorg org asing..
sindiket nih..


cik lolly:
kedekot! haha..


kouru:
oh bukan.. nick kebetulan sama..

Aduka said... [Reply]

cik reen:
erk..! mne de.. tu kawan je.. best friend time kolej.. jgn mara aaa..
=P

hasni said... [Reply]

hasni pernah duduk kelantan du tahun
ngaji kat nilam puri
memang pernah kena jgak ngan bebudak pengemis
kita kesian kat depa tp depa berlagak plak
adui
apa nak jadi la
paling menyedihkan
pengemis d kalangan org tua
pakai songkok tudung labuh bawa tasbih
mencemarkan Islam saja
walhal
tgk masih ada kudrat untuk kerja
tp
xtola nak ckp ap

♥mawar said... [Reply]

wei, loghat kelantan kamu tulis tunggang langgang! mai blajo ckp klantan ngn mawar..wiiuu~ :D lps ni kompem cair.. haha

aih, sy pom slalu kene ngn bdk2 mcm tuh. kecik2 lg sumenye. n satu lg penah skali mase sy nk blk tganu nek bas situ ah. dorg ikut sy nek bas. huargh!! malu wooo~ dah tu sy ta kasi duit, dorg siap ckp " kalo ta bg,aku mintak bas ni jln nnt dpt celaka!" panas! panas! melampau betol. buat dunno jek. dlm ati mtk2 ta jd pape dlm pjlnn. alhamdulillah smpai ngn selamat :) sampai lani, bdk2 tu masih ade duk bkeliaran kat kb.. tatau la nk kate pa. huhu.. waaa, panjang nye aku karang. tak pa lah, selamat membaca la yea ADUKA! :p

Anonymous said... [Reply]

kena buat aduan ni
diiorang patut masuk pusat kebajikan
hidup lg terpelihara

Aduka said... [Reply]

hasni:
itu la masalahnya.. kat mana2 aje ada.. skrg ni kat kemaman pn ada.. baru bandar kecik.. bknnye KL je JB ke.. alahai.. rasanya diorg ni sindiket cari duit cara cepat.. hmm ntah la.. ssh nk ckp.. buat aduan pn sama.. tangkap.. then esok lusa ada balik..


mawar:
haha.. sy tulis apa yg sy tau n igt je.. dialog sbenar kne rekod la plak..

pjg? pendek je komen u.. em.. stesen bas KT ek.. ya ya.. sampai skrg still ada.. dlu masa keje kat KT, mmg ada pengemis2 ni.. semak!


ah fatt:
dah buat aduan pun sama.. tangkap.. minggu depan bulan depan ada balik.. haihhh..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger