Ads: (Please Click!)

Saturday, January 31, 2009

Trend tudung terkini


1. Tudung 'Mickey Mouse'

Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2. Tudung Lilit

Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki. Tudung ini juga pernah dinamakan 'Tudung Yahudi' tetapi diubah dalam masa 24 jam.

3. Tudung 'See Through'

Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul

Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara pemakaian ini juga sering digunakan di kalangan isteri menteri-menteri dan artis)

5. Tudung 'Singlet'

Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6. Tudung Saji

Sekejap pakai,sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat.

Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, bahawasanya:

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Wallahua'lam..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
7 Comments


7 Orang Kentut Madu:

Addeena Dzakwan said... [Reply]

ya Allah, aku wanita terkutuk. astaghfirullah.

aDuKa said... [Reply]

uiks? nape lak adeena? ade yg x kena ke? huhuhuhu..

syaza said... [Reply]

naseb sy pki jns
tudung labuh..
haha...
at least x trasa...
gud info abg!
^o^

aDuKa said... [Reply]

syaza: bgus la klu camtu dik syaza.. alhmdulillah sbb adik x termasuk dlm trend2 masa kini.. kekalkan! ;)

Addeena Dzakwan said... [Reply]

yela sebab trend tudung tu ade yg terbuat. bab tudung jarang, selendang, adui payah citer kat sinih. astagha. lepas ni buang lah semua tudung bawal neh.

oh ye, sye dgr jugak seluar jeans tuh haram dipakai perempuan. bleh carik info tak?

aDuKa said... [Reply]

addeena: okeh2.. xyah rsau la psal tudung tu.. smua ni rekaan smata2 utk menyadarkan kita.. klu adeena trasa tu sori ek.. x sngaja..

psl jeans ade sstengah ulama ckp haram kalo ketat sendat.. pompuan hanya dibolehkan memakai sluar jika mengikuti kriteria ni:

1- menutup papan punggung dgn bju yg labuh
2- tidak terlalu ketat sehingga membentuk peha dan ke bwh..
3- warna gelap, bukan cerah atau yang menampakkan kulit

oleh itu, jeans mmg ssh nak cari yg X KETAT kan? ade ke? xde kan? mmg sah la jeans utk wanita ni haram, mengikut sesetengah jumhur ulama.. wallahua'lam..

ramadhanblog said... [Reply]

tip sila sertakan gambar tudung skali blh x.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger