Ads: (Please Click!)

Friday, January 30, 2009

Koleksi Cerita Paranormal (Part 4)


Semua cerita2 yang diceritakan BUKANLAH dari pengalaman aku sendiri.. Sebaliknya, adalah daripada pengalaman kawan2 forumer aku dulu.. TIADA LANGSUNG PROSES PENGUBAHSUAIAN CERITA / PENULISAN! Original.. So, kalu macam ada ape2 persoalan ke ape ke, jgn tanya aku.. Sblom baca cerita2 paranormal (hantu) kat post ni, pastikan anda:
  • Tidak membaca pada waktu lewat malam
  • Tidak membaca ketika anda keseorangan
  • Tidak membaca di dalam suasana kegelapan / kesamaran
  • Kuat semangat dan berani
  • Tidak mempercayainya 100%
  • Tidak memperingati jalan ceritanya
* * * * * * * * * *

CERITA PERTAMA
Pengalaman :
hepy
Tarikh : tahun 20002
Lokasi : Asrama
Masa : tengah malam

1st time aku tinggal kat hostel, aku duk 4 org dlm dorm (mmg 4 katil je). kwsn skolah kitorg msh baru.kitorg batch 1st yg duk blaja kat skola tu. biasalah kalau tmpt baru mesti ada je benda xkena. tmbh lagi tapak skola aku tu tanah paya timbus.

sorg roomate aku slalu lepak kt blk member dia. kebetulan plak member dia duk 3 org je dlm dorm, so dia slalu la tido kt sana. dia tido kt dorm aku bila ada spotcheck je. tp baju2 dia smpn dlm loker dia ler, so mmg katil dia slalu kosong ler (katil aku ngan katil dia bdepan. pastu ada loker kt tgh2 yg pisahkn dgn katil sblh-untuk privasi)

mula2 tu aku xrasa apa2.kalau sekadar tarik selimut tu aku buat dono je sbb aku ingatkn roomate aku saje nk sakat aku. kekadang masa aku duk atas katil aku rasa cam ada yg dok perhati tp aku anggap mainan perasan je. smpi satu tahap benda tu tunjukkan diri dia kat aku. kalau 1 je xpe.ini smpi 3 'org'. siap gelak kt aku lg.

ada 1 mlm tu aku rasa penat sgt.byk aktvt waktu siangnya.aku balik dorm nk dekat2 11mlm. lps mandi je aku terus landing atas katil. xhbs pun aku baca doa tido aku dh tlelap. pastu tetiba je selimut aku kena tarik.trus aku tjaga. pastu aku baca doa balik.xhbs baca gak,terus tlelap. pastu benda tu main ngan jari kaki aku n siap geletek lagi.pastu aku tjaga n baca doa lg tp xhbs baca gak. perkara ini berulang2 5-6 kali. pastu kali ke-6 benda tu kacau aku, dia siap tunjuk muka lagi. antara jaga ngan tido aku nmpk 3 'org' lelaki tgh gelak sakan kat aku. siap perli lagi "tak hbs baca doa ye". pastu tiga2 pakat gelak kt aku. masa tu aku xrasa takut langsung. geram ada la.rasa cam nak sekeh je kepala sekor2. aku bangun n duk atas katil pastu aku terus sound benda tu "jgn kacau aku boleh tak! nak tido pun xsenang". benda tu bukan nk blah. tmbh gelak kat aku ada ler. aku trus baca doa tido smpi abis. w/pun nk tlelap tp aku lwn. pastu aku baring n trus tetido smpi pagi.

esoknya roomate aku ckp kt aku "semalam ko ngigau.siap marah2 lg..ko marah kat sape?" aku diam je.mls aku nk cite. aku penah cite kat dorg tp dorg xpecaya sbb dorg xpenah kena.

bukan skali dua aku kena, tp byk kali. plg teruk aku kena time exam. smpi kepala aku benjol benda tu ketuk ngan kad manila yg aku smpn dlm loker padahal loker aku tkunci masa tu. esoknya aku cite ngan roomate aku. memula dorg xpecaya tp pas aku tunjuk benjol kt kepala aku trus dorg diam. nasib baik ada sorg kwn aku tu dia pecaya sbb dia pun byk kali kena. mlm tu juga kitorg baca yasin dlm blk.pastu tabur air garam kat setiap penjuru blk. alhamdullilah, lps tu gangguan berkurangan.tp kekadang ada gak yg nakal main tarik2 selimut n geletek kaki aku.yg tunjuk muka pun ada tp nasib baik muka dia ok.kalu dia tunjuk muka menakutkan mau pengsan aku..hehe.

rupa2nya kat kwsn blakang blok asrama aku tu ada perkampungan bunian (warden aku ckp la).yg aku pelik kenapa aku je? kenapa roomate aku xkena padahal kitorg duk 1 blk? kofius2. tp aku perasan stp kali katil roomate aku tu kosong mesti aku kena ganggu.

wallahu'alam..


CERITA KEDUA
Pengalaman :
rastaf
Tarikh : Mac 2008
Lokasi : rumah flat
Masa : 2 - 3 am

macam ni...tengah aku layan NFS underground...tetiba aku terdengar anjing reramai menyalak..bukan main bising..aku aper lagi kuat kan sound game aku...pastu selang beberape minit..makin dekat pulak salakan anjing2 tu...aku dah bengang tahap MR.BEAN...nak jer aku buat cam Mr.bean halau anjing tu...aku pun jenguk tingkap aku tenguk bawah...tenguk anjing tu macam kejar something...ke hulu ke hilir..banyak plak tu..macam ade gath plak dorang ni..aku pon dah tak amik port pasal game aku...yela nak tau aper yang anjing bebanyak tu kejar..kot penchurik ker perogol ker kucing ker...tengah aku layan terjeguk2 mencari anjing2 tu kejar ape ntah...tetiba mata aku terpandang sesuatu melintas... benda putih terbang sekilas macam layang-layang....ke flat sebelah rumah aku...diikuti oleh anjing-anjing ni...yang kalau aku ingat anjing2 ni bleh panjat dinding dah tentu jadik spiderjing punyer..memula aku ingat layang2 pastu...aku fikir balik..sapa plak main lelayang memalam ni..siap keliling flat...then aku terus teringat balik rupa benda putih tu macam kain...takkan lelayang kot...pastu anjing-anjing tu pun senyap...kurang lima minit pastu...anjing tu bising lagi...tapi kali ni bebetul kat depan pintu rumah aku tingkat empat ni...perg..mengelabah taik aku...aku pun terus off switch pc...carik selimut tido...yang jadik suwey tu...aku terasa macam ade sumting jer kat kat cermin tingkap aku...aku pun rase nak selak jer langsir tingkap aku...tapi bila aku dah mula bayang memacam ape yang akan jadi biler aku selak langsing tu...maka kat dalam hati kata "ahh..esok pagi je la selak langsir tu"...


CERITA KETIGA
Pengalaman :
Kilulu
Tarikh : 1994 / 1995
Lokasi : Pasar malam Keramat
Masa : 11 pm

Masa tu aku ngan kengkawan syoklah bermain kat TNB ni. Tapi kawasan tu gelap-gelap. Blakang pasar malam. Dekat-dekat situ ada satu roundabout jalan kaki. Masya-Allah, gelap gila! Pastu ada pndok lama ngan perigi lama. Pokok besar takyah cakap, berlambak. Paling besar sebelah perigi tua tu. Orang yang dok kat sana tak berani merayau kecuali diorang sume nak 'berasap' ataupun 'hisap'..

Tengahlah aku, adik aku and da geng syok bermain, datanglah satu lagi geng ni yakni dari dulu memang musuh kitorang. Kitorang bertengkar mulut ramai-ramai jap. Biasalah kan, budak-budak. Aku boleh kira leaderlah kat situ pasal aku paling tua and agak kasar walaupun perempuan. Sekali tu ketua pada geng musuh kitorang ngadap muka aku sambil cakap, "Kalau kau terel sangat, aku cabar kau lalu roundabout tu sorang-sorang!" Semua orang terdiam. Termasuklah aku. Tapi aku jenis pantang dicabar, serius. Dengan berani@bodohnya aku cakap OK! Selangkah demi selangkah, aku jalan menuju ke sana. Mulut aku tak berhenti-henti kumat-kamit baca ayat-ayat yang patut. Rasa cam jantung aku nak tercabut kat situ. Dahlah gelap! Semua orang tengok dari jauh je lah. Sampailah aku kat pondok and perigi lama tu.

OIT! Tiba-tiba aku ter-stop! Masya-Allah, punyalah aku tergamam! Aku pandang kat sebatang pokok besar sebelah pondok tu. Kat salah satu dahan pokok tu ada sorang minah ni bertenggek! Kain putih! Rambut panjang! Tutup muka dia. Dulu-dulu, bila aku tengok cerita hantu, aku suka marah watak yang kena terkam ngan hantu tu. "Janganlah tercegat je, lari larrgghhh!!!" Sekarang, baru aku paham. Time aku nampak, mulut aku yang dok kumat-kamit ter-stop. Badan aku kaku macam lumpuh! Hati aku asyik berpikir, "Dia ni hantu ke manusia, hantu ke manusia. Hantu ke manusia.." Banyak kali! Boleh kata 5 minit! Sebab aku ingatkan diorang saja dok pokok tu takutkan aku. Tapi bila pikir balik, sape yang nak bertenggek kat situ?! Lepas kaku lama gila, dalam hati aku menjerit, "Hannttuuuuuu!!!!!!~~~" Dengan berbekalkan semangat yang tinggal sikit, aku berlari sekuat hati dan berharap, minah tu tak terbang tangkap aku! Nak toleh? Kirim salam! Boleh mati ooo...

Dah dekat ngan geng-geng kat situ, aku jerit kat diorang, "Hantuuu!!! Lariii!!!!" Apa lagi? Semua lari lintang-pukang tak cukup tanah sambil menjerit-jerit. Aku takut, terus pergi kat mak aku menangis. Mak aku cuma leh cakap, "Padan muka. Pergi lagi." Ceh, hampeh..

Apapun, itulah kali pertama aku nampak hantu depan bijik mata aku. Nasib baiklah dia tak tangkap aku, Alhamdulillah...


End of Part 4
[To be continue...]

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

Monkey D Luffy said... [Reply]

banyak sungguh pengalaman hantu ko yer... seram gak... boleh buat drama ni... hehehe

aDuKa said... [Reply]

tenkiu kapten.. yg sebetulnya bkn pengalaman aku la.. smua ni aku pick dr cerita kwn2 aku.. hohoho.. klu kapten ade cite, send la cite tu kat aku ye.. =P

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger