Ads: (Please Click!)

Friday, January 30, 2009

3.5 Juta Lelaki Malaysia Mati Pucuk


Mengejutkan. Saban hari, semakin ramai lelaki Malaysia mengalami masalah mati pucuk atau lebih dikenali sebagai disfungsi erektil. Malah 15 peratus daripada angka tersebut berada dilingkungan umur 25-34 tahun. Manakala 23% lagi pada usia tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi. Pendedahan terbaru ini nyata membimbangkan kerana ramai dikalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah ini.

Apakah itu mati pucuk?

Secara ringkasnya, mati pucuk merujuk kepada kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan semasa melakukan hubungan seks. Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisiologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang.

Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi dan ini sering kali boleh diatasi. Fenomena ini biasanya berlaku pada usia 40 tahun ke atas.

Kenapa boleh berlaku pada lelaki muda?

Kajian terbaru daripada Universiti Columbia ada menyatakan lelaki yang mula aktif dalam aktiviti seksual pada umur yang amat muda iaitu 14 tahun ke bawah mudah mengalami masalah seksual apabila umur meningkat. Malah, mereka yang kerap melakukan onani seawal umur 14 tahun mungkin terdedah kepada masalah mati pucuk menjelang usia 30-an.

Onani boleh menimbulkan masalah Traumatic Masturbatory Syndrome iaitu klimaks berlaku dengan cepat. Amalan onani secara berterusan mengakibatkan hubungan seksual tidak dapat bertahan lama, malah pengamalnya hanya akan mencapai kepuasan dengan cara tersebut berbanding melalui kaedah persetubuhan yang lazimnya dilakukan dengan pasangan mereka.

Selain itu, apabila onani dilakukan secara kasar menyebabkan zakar sakit serta bengkak dan akhirnya otot zakar menjadi rosak hingga menyebabkan mati pucuk.

Apa yang menarik turut disentuh dalam hasil kajian oleh universiti tersebut mengatakan 'jika sudah aktif melakukan seks pada usia muda, mereka akan cepat lemah tenaga batin'.

Faktor-faktor lain?

Antara faktor lain yang turut menjadi penyumbang kepada utama kepada masalah yang kian menghantui kaum lelaki ini banyak berkait rapat dengan gaya hidup masa kini seperti merokok, minum minuman keras, obesiti, aktiviti fizikal yang keterlaluan dan juga tekanan hidup.

Rawatan?

Terdapat banyak rawatan untuk mati pucuk, dan kebanyakan kes boleh dirawat dengan berkesan. Antara rawatan untuk mati pucuk ialah suntikan terapi zakar, pam vakum, implan dan paling popular, ubat-ubatan. Contoh ubat-ubatan yang digunakan;

Cialis dan Viagra

Disamping itu, terdapat sesetengah pesakit cuba mendapatkan rawatan tradisional iaitu dengan mengurut bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Otot zakar tidak boleh diurut kerana tisunya yang lembut boleh menyebabkan kecederaan pada salur zakar dan menyebabkan zakar terkulai akibat terseliuh ketika diurut.

Lebih menakutkan ialah penjualan ubat-ubat kuat yang mengandungi bahan kimia terlarang seperti sildenafil (bahan aktif di dalam viagra) dan Tadalafil (bahan aktif di dalam Levitra) terutama di pasaran gelap boleh mengakibatkan kesan sampingan terutamanya pada pesakit yang mempunyai sejarah serangan jantung.

Pencegahan sentiasa lebih baik dari mengubati!

Semua lelaki tidak kira usia muda atau tua mesti mengambil berat kesihatan mereka dan membuat pemeriksaan awal bagi memastikan rawatan awal dapat di ambil sebelum penyakit mati pucuk menjadi lebih parah..

Komentar:

Merokok..? Seb baek aku dah benti mrokok.. Hahaha.. So kepada kawan2, especially laki la.. xkan pompuan plak kan.. benti2 la mrokok.. xde faedah pn isap rokok ni.. pikir sendri la.. dah la membazir, pastu membahayakan diri sendri plak tuh.. risiko slalunya ada, antaranya kes cam kat atas ni la.. apa lagi? ha.. kanser.. barah.. lelah.. dan sbgnya.. sayangi la diri anda dan nyawa anda..


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

Monkey D Luffy said... [Reply]

minta jauh ler... lum kawen ni... nanti dah tak layak nak kawen sebab x dapat memberi nafkah batin kat isteri... uhuk

aDuKa said... [Reply]

kapten: jgn wat bende2 yg mendorong kpd mati pucuk tuh.. hakhakhak..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger