Ads: (Please Click!)

Tuesday, March 09, 2010

Tidurku Pelik Sekarang


Aku baru sudah makan tengah hari. Angin yang sepoi-sepoi bahasa dan duduk di bawah pohonan rhu yang redup membuatkan mataku berat untuk membuka luas. Tambah pula badan yang penat bekerja sedari pagi dan perut yang kenyang, masyaAllah, nikmatnya tidur di tengah hari.

Tanpa membuang masa, aku jarakkan sedikit daripada kawan-kawan sekerja aku. Aku mencari hamparan tanah bumi yang agak redup melindungi cahaya matahari yang bersinar. Aku melabuhkan punggung aku ke tanah. Tanah yang diselaputi dedaun pokok rhu membataskan kotoran dan debu tanah melekat di seluarku. Aku letak topi keselamatan yang berwarna kuning di atas tanah dan aku lapik pula dengan baju kotor. Aku terus meletakkan kepala di atas topi keselematan tersebut dan terus berbaring.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan terus menutup rapat mataku.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Berselang beberapa minit, aku terjaga dari tidur setelah bahuku ditepuk oleh seseorang. Aku terus terjaga akibat terkejut.

"Oi, gaya apa kau tidur ni, Latip?" soal rakanku. Aku yang masih mamai, terpinga-pinga.

"Hah? Kenapa?" soalku. Aku bingkas bangkit dan menggosok-gosok mataku.

"Kau ni tidur mengerang macam orang sakit! Uuuuu hmmmm ggrrrrr! Kenapa?" soal rakanku lagi sambil mengajuk-ajuk cara aku tidur tadi.

"Errr.. entah! Terlalu penat kot," balasku sambil tersengih seperti kerang busuk. Aku menggosok-gosok kepala yang tidak gatal. Terasa sedikit segan waktu itu. Mereka pula ketawa beramai-ramai.

* * * * * * * * * *

Semalam aku kerja sampai pukul 10 malam. Kerja berat tanpa henti amatlah memenatkan. Aku tiba di rumah pulang dari kerja kira-kira dalam pukul 10.30 malam. Kemudian kira-kira pukul 11 malam, aku terus masuk ke bilik dan tidur.

Tidurku semalam amat terganggu dengan batuk-batukku yang belum lagi pulih sepenuhnya. Ia datang dari demam pada minggu lepas. Agak lama berbaring di atas katil, golek ke kiri, golek ke kanan. Walau bagaimanapun, badan yang penat dan letih mengatasi segalanya. Aku tertelap juga.

Tiba-tiba aku terjaga dari tidur apabila perutku ditepuk seseorang. Terkejut besar aku. Terus terjaga dari tidur.

"Hah! Kau ni kenapa ha? Terkejut aku!" gertakku kepada adikku.

"Kau ni tidur ke ape?" soal adikku.

"Kenapa?"

"Tidur ntah apa-apa. Bunyi 'Ummm grrrrrrr hmmmmm argggggghhh'. Mengganggu orang tidur betul la! Mimpi ngeri ke?"

Aku terdiam. Aku pelik. Betulkah aku tidur sedemikian rupa?

"Betul ke?" soalku untuk kepastian. Adikku mengangguk dalam gelap. Cahaya lampu jalan yang samar-samar masuk ke dalam bilik membantu aku untuk melihat adikku.

"Berdengkur ke apa?" soalku lagi.

"Tak la. Macam mengerang orang sakit. Sakit ke?" soal adikku.

"Badan penat sangat kot," alasanku. "Dahla. Tidur!" kataku lagi dan terus menarik selimut. Selepas itu, aku tidak sedar lagi kerana terus tertidur.

* * * * * * * * * *

Hari ini, malam ini aku tidak tahu macam mana hendak mengatasi masalah itu. Mengerang sewaktu tidur. Bila aku tanya kepada ibuku, dia menjawab aku terlalu penat bekerja. Ayahku juga memberi jawapan yang sama.

Sewaktu awal dalam tidur, aku sedar yang aku mengerang. Pertama kali semasa aku demam pada minggu lepas. Munasabahlah jika demam akan mengerang sewaktu tidur. Ini bukannya demam. Tubuh badan sihat walafiat.

Mungkin benar dan betulnya juga aku penat. Tenaga guna sepenuhnya sewaktu bekerja. Biasalah.

Walau bagaimanapun, aku berasa runsing. Tidak pernah terjadi dalam tidur aku selama aku hidup. Masakan tidak, dengan tidurku ini boleh mengganggu orang lain. Bila orang tegur, malu dibuatnya. Sama juga malunya jika orang menegur kita apabila kita tidur berdengkur.

Kalian semua, macam mana mahu hindar perkara ini? Ada doktorkah yang sedang membaca artikel aku ini? Sila jawab. Hehe.
Kalau tidur 'mengerang' seperti 'waktu itu' mesti menarik perhatian orang, bukan? Haha.

Sunday, March 07, 2010

Jangan Cari Fasal Dengan...

Ini cerita lama. Berlaku pada awal tahun 2002. Waktu itu aku sedang seronok menempuh alam 'selepas sekolah'. Bebas merdeka.

Aku dan rakan-rakan aku merancang menyewa kereta untuk ke bandar Kuantan. Jika sebelumnya kami rata-rata ke Kuantan bersama keluarga sahaja. Alangkah seronoknya jika dapat berjalan-jalan ke Kuantan bersama rakan-rakan pula. Dengan rakan lebih seronok. Lebih enjoy. Lebih bebas.

Pada suatu petang, sewalah kami berlima sebuah kereta kancil. Kami bersendat beramai-ramai. Oleh kerana kereta sewa itu agak uzur, maka petang itu kami mengalami beberapa masalah. Antaranya enjin kereta susah mahu dihidupkan setelah dimatikan lebih dari 30 minit. Agak pelik kereta itu sebenarnya.

Sebelah petang itu, kami menghabiskan masa hanya di pantai Teluk Chempedak, Kuantan. Kami hanya sempat ke bandar sebentar saja. Itu pun hanya ke pusat membeli belah Kuantan Parade. Keluar saja dari Kuantan Parade, hari sudah pun malam. Seingat aku dalam linkungan pukul 8 malam.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Seperti yang aku nyatakan tadi, kereta kancil yang disewa oleh kami berlima ada sedikit gangguan pelik pada bahagian enjin. Malam itu hampir 1 jam kami berusaha menghidupkan enjin yang 'takut-takut berani' untuk dihidupkan. Orang yang memarkir bersebelahan dan berdekatan kami ada yang cuba membantu. Tidak kurang pula hanya 'tolong tengok'. Mungkin kami ini bersaiz kecil-kecil belaka. Yang membantu pula sampai berpeluh. Buka bonet bahagian enjin, intai situ sini, cuit situ sini, adjust sana sini, tetap macam tu juga. Payah untuk dihidupkan. Beberapa pembantu yang membantu kami akhirnya mengalah. Oleh yang demikian, kami terpaksa menghidupkan sendiri enjin kereta kancil usang itu.

Atas pukul 12 malam. Kami masih merayau-rayau sekitar bandar Kuantan. Sebahagian besar deretan kedai sudah pun mula 'mati' kecuali disko-disko, pusat karaoke, dan pusat hiburan yang lain.

"Bosan ni. Mana lagi mau pergi?" soal Dino memecah kesunyian. Stering yang dipegangnya sekejap dipulas ke kiri. Sekejap ke kanan.

"Entahlah. Lewat malam macam ni ada ape lagi kat Kuantan ni. Semua orang dah start tido. Tengok la jam sekarang dah pukul berapa. Dekat pukul 1 pagi dah ni," balas Alif.

"Tu la. Jom la balik wei," sampukku. Suasana di dalam kereta sunyi seketika. Alif dan beberapa orang lagi rakan yang duduk di belakang memandang ke arah aku.

"Balik? Woi. Tak remaja la balik awal-awal. Apala," perli Alif sambil ketawa. Aku tersengih seperti kerang busuk.

"Haha. Tu la pasal. Apa kata aku drive korang ke tempat best. Nak?" soal Dino. Kami teruja dan mengaju soalan bertalu-talu kepada Dino.

"Sabar, sabar. Tapi ada satu syarat," kata Dino.

"Syarat? Kalu duit, sorry beb. Malas nak layan," kata aku sambil membuat isyarat jari ketiadaan wang. Aku menggelengkan kepala perlahan.

"Bukan duit la, Latip," balas Dino. Aku terpinga-pinga seketika. Bukan duit?

"Sampai kat sana nanti, korang semua kunci pintu kereta dan jangan keluar tau. Buka tingkap pun sedikit je, okey?" kata Dino. Kami mengiakan kata-kata Dino. Kami bersetuju mengikut arahan dan nasihat Dino itu. Tetapi di dalam benak kami masih berteka-teki. Ke mana Dino hendak bawa kami semua pada lewat malam begitu?

Maka malam itu, kereta kancil dipandu sederhana laju ke arah satu tempat sunyi berhampiran Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kereta menyusur masuk ke arah satu lorong sunyi di situ. Keadaan pada waktu itu agak samar-samar. Hanya kiri kanan lorong diterangi sinaran lampu jalan.

"Oi Dino. Mana ni?" soalku. Aku memandang ke luar tingkap kereta. Jantung aku sedikit berdebar. Kereta dipandu perlahan. Kelihatan di suatu sudut lorong di situ akan tiga kelibat sedang berdiri. Seorang daripadanya merokok. Jelas kelihatan dari jauh asap berkepul-kepul terbang ke angkasa dan lenyap. Apabila merapati mereka, jelasnya mereka adalah wanita. Berpakaian seksi. Skirt dan baju yang mendedahkan peha dan dada. Aku membulatkan mata. Diterangi lampu jalan yang terang, aku seakan terpegun melihat keindahan ciptaan Tuhan. Seorang daripadanya merapati kami yang sebetulnya kereta kami telah berhenti betul-betul di hadapan mereka.

"Hai," tegur wanita cantik itu. Suaranya gemersik. Mataku membulat apabila wanita itu menundukkan kepala. Terserlah 'jurang' dan 'tebing' yang tidak sepatutnya aku lihat sewaktu seusia begitu. Wanita tadi tersenyum. Alis kening dan senyumnya amat menawan sesiapa yang melihat. Hati sudah merasa tidak sedap. Duduk pun sudah tidak selesa. Aku mencuit bahu Dino dari belakang namun Dino tidak endah.

"Berapa?" soal Dino kepada wanita itu. Wanita itu menjeling ke dalam kereta. Dahinya berkerut.

"You all semua?" soal wanita itu sambil jarinya meliuk menunjuk ke arah kami yang berada di dalam kereta.

Dino menggelengkan kepalanya. "I je," kata Dino. Wanita itu tadi kembali senyum. Uzey yang berada di sebelah Dino ketawa terkekeh-kekeh. Dia ketawa sambil menepuk dahi.

"60," jawab wanita itu dengan suara yang sangat lembut. Aku lihat Dino terpinga.

"Berapa?" soal Dino kembali.

"60," balas wanita itu lagi sambil menggayakan tubuhnya yang sungguh seksi. Tangannya digosok-gosok di peha dan pinggul. Seterusnya itu aku tidak sanggup tengok lagi. Dino mengerutkan dahi dan memandang Uzey yang berada di sebelahnya.

"Berapa?" tanya Dino lagi. Aku lihat wanita tadi sedikit berang. Dia mungkin merasakan seolah-olah dipermainkan. Wanita itu tadi mencekak pinggangnya.

"60!" kata wanita itu. Tadi suaranya yang gemersik bertukar menjadi kasar. Suaranya garau bak gergasi. Aku terperanjat. Serentak dengan itu, kedengaran suara gelak besar di dalam kereta.

"Er.. okey okey. Terima kasih!" balas Dino sambil menekan pedal minyak. Kereta kami terus memecut laju meninggalkan tempat itu. Kami ketawa berdekah-dekah tidak henti. Aku memandang dari belakang kereta. Aku pandang ke arah wanita-wanita di suatu sudut lorong tadi. Aku lihat wanita yang menegur kami tadi itu menunjukkan penumbuknya.

"Mak nyah tu tunjuk penumpuk kat kita la," kata aku sambil ketawa berdekah-dekah.

* * * * * * * * * *

Tahun lepas kawan aku, Ady, dan rakan perempuannya pergi ke Kuantan. Mereka pergi berjalan-jalan ke Kuantan menghabiskan masa hari minggu. Waktu itu, rakan Ady baru saja membeli kereta baru. Kereta Viva warna putih.

Waktu itu, sudah lewat malam. Mereka ke salah satu tempat yang agak 'panas' dan terkenal. Di situ Ady dan rakannya mencari sesuatu untuk melepaskan rasa bosan setelah agak lama berpusing-pusing di dalam bandar Kuantan yang sudah pun 'mati' apabila jam lebih dari pukul 12 tengah malam. Ady duduk di sebelah pemandu. Dia mengarahkan rakannya untuk berhenti di sebelah beberapa orang kelibat yang berdiri di suatu sudut.

"Berapa?" tanya Ady. Wanita tadi melirik kuntum senyuman. Alis matanya dikenyit berkali-kali.

"Tak mahal, bang. 150 je," balas wanita itu. Ady ranjat.

"150?! Mahalnya!" gertak Ady. Wanita itu tadi tersipu. Tangannya mula merayap ke lengan Ady. Ady cuba menepis.

"You ada batang tak?" soal Ady selamba. Soalan berani Ady tadi memeranjatkan rakannya yang berada di dalam kereta.

"Kau ni gila tanya soalan macam tu!" tegur rakan Ady. Wajah wanita tadi bertukar merah padam. Dia menjerit.

"Apa batang-batang?!" Suara yang sedari tadinya lembut bertukar garau. Ady dan rakannya ketawa berdekah-dekah. Wanita tadi mengangkat kaki kemudian tangannya mencapai kasut tumit tinggi. Lalu dibalingnya kasut tumit tinggi ke arah Ady.

"Lari! Lari!" teriak Ady sambil ketawa. Kereta Viva putih memecut laju. Tiba-tiba...

"Dummm!"

Bunyi kuat tadi mengejutkan Ady dan rakannya. Bunyi kuat tadi seolah-olah kedengaran seperti kereta melanggar sesuatu. Dalam jarak lebih kurang 100 meter dari kawasan tadi, rakan Ady memberhentikan kereta dan keluar untuk meninjau.

"Celaka!" tempik rakan Ady. Ady keluar dari kereta dan bertanyakan sebab musabab.

"Tengok la kereta I. Kemek! Tu ha. Batu bata!" adu rakan Ady.

"Adoila.. mak nyah tu lontar batu bata kat kita," kata Ady sambil ketawa kecil. Rakan Ady tadi memuncungkan mulutnya. Mulutnya tidak henti-henti menyebut sumpah seranah. Bonet belakang kereta rakan Ady kemek teruk. Cermin lampu brek dan signal kereta pecah.

"Takkan nyah tadi yang baling. Tadi dia baling kasut dia kan," kata rakan Ady. Ady menoleh. Dia lihat kelibat-kelibat mak nyah tadi masih berdiri. Agak jauh juga dari mereka.

"Bukan dia. Kawan-kawan nyah dia," jawab Ady. "Jom balik! Nanti batu bata tu hinggap atas kepala kita plak kang. Naya!"

Dengan perasaan marah yang membengkak, rakan Ady berteriak.

"Masuk neraka la kau, wahai pondan!"

Ady ketawa berdekah-dekah. Kereta Viva memecut laju meninggalkan tempat itu.

Awww! Benci nyaaahhh..! (Sekadar gambar hiasan)
Moral of the story: Jangan cari fasal dengan mak nyah @ pondan. Nahas nanti! :P

Thursday, March 04, 2010

Bidang Mekanikal Memang Best!


Aku baru pulang dari kerja. Penat sebenarnya bila kerja berat dari pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang. Kerja di bidang mekanikal memang memenatkan. Apatah lagi bila kita yang kuli. Mahu jadi bos, kenalah bermula dari bawah. Persekitaran kerja yang berhabuk ditambah pula dengan cuaca panas. Habuk pula bukan habuk biasa. Habuk besi! Sedut melalui hidung, terus ke kerongkong dan terus lagi masuk ke paru-paru. Nah, dua hari aku demam. Ditambah dengan selsema, batuk, dan sakit dada. Alahai, tiba-tiba teringat pula kerja di pejabat.

Dulu kerja di dalam pejabat; kata bosan. Tidak enjoy. Tiada kebebasan untuk bergerak. Tidak keluar peluh. Sekarang kerja di luar pula; kata kerja di pejabat pula yang seronok.

Haha. Macam-macam.

Untuk mengubah corak hidup, aku terima. Aku seronok kerja di bidang mekanikal berbanding bidang komputer. Bak kata bapa saudara aku, "Kerja di bidang mekanikal kerja kotor. Balik bau minyak, besi, dan macam-macam. Tapi gaji lumayan. Kerja di bidang komputer, kerja best duduk dalam penghawa dingin, kerusi selesa, tidak perlu guna kudrat yang banyak. Tapi gaji ciput!" Mungkin benar kata-katanya.

Cukup! Sampai sini saja aku mengomel untuk malam ini.

* * * * * * * * * *

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Hashim bekerja di bidang mekanikal di sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Hasil pengalamannya yang banyak dalam bidang mekanikal membolehkan dia menjawat jawatan yang besar di dalam syarikat. Kini dia dihantar untuk bertugas di Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan, Pahang. Gajinya juga mencecah angka RM10,000 lebih setiap bulan. Dengan gajinya yang lumayan, dia mengambil keputusan untuk membeli rumah di Kuantan dan berumahtangga.

Akhir tahun lepas, dia mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya. Rumahnya dibeli tunai di taman perumahan sekitar bandar Kuantan. Dia tidak suka rumah yang besar-besar. Yang sederhana, cukuplah baginya.

Kebiasaannya, dia akan masuk ke pejabat seawal pukul 7 pagi dan pulang pada pukul 2 petang. Itupun jika tiada projek. Jika ada projek, dan memerlukan dia untuk menandatangani sesuatu kontrak atau borang serta pelan, dia akan pulang pukul 4 atau 5 petang.

Pada suatu hari, Hashim diarahkan oleh ibu pejabat di Kuala Lumpur untuk bekerja lebih masa. Waktu itu projek sudah berjalan, dan tugasnya hanyalah untuk menandatangani kontrak dan pelan projek. Dia agak malas untuk bekerja lebihan masa seperti yang diarahkan sedangkan tiada apa-apa lagi perlu dibuat di pejabat. Hendak masuk ke kawasan pelan, bosan rasanya. Paling tidak pun, dia akan memaki jurutera yang suka mengular. Hendak terus duduk di pejabat...

"Ah! Bosan!" bisiknya. Langsung Hashim keluar dari pintu pejabatnya. Dengan memakai topi, kasut, dan cermin mata keselamatan, dia melangkah ke kawasan pelan. Mahu tidak mahu, dia terpaksa.

"Harap-harap Syam ada kat pelan. Best sikit ada dia," bisiknya sendirian. Dia melangkah laju. Sewaktu berjalan memasuki pelan, ramai jurutera dan juru kimpal di situ mengangkat tangan mereka kepada Hashim.

"Bos!", tegur mereka. Kiri kanan memanggil gelarannya; bos! Walaupun agak rimas, dia mengangkat tangan dan melirik senyum juga. Kalau tegas sangat nanti dikatakan sombong pula, fikirnya.

"Laju berjalan nampak!"
Tiba-tiba Syam menegur dari belakang.

"Eh! Tak perasan kau ada kat sini. Haha. Apa cerita? Projek?", tanya Hashim. Syam mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum.

"Okey saja. Cuma.." kata Syam tanpa menghabiskan kata-katanya. Dia melurut janggutnya yang pendek. Dia merenung ke bawah seolah-olah memandang ke arah kasut Hashim.

"Cuma apa?" soal Hashim ingin mengetahui penjelasan dari Syam. Dia mengerutkan dahinya.

"Barang-barang yang bawa masuk semalam bos sini cakap nak reject!" jawab Syam.

Hashim terkejut. "Reject?!"

"Ha'a. Reject."

"Apsal reject plak? Barang tu company aku yang supply. Bukan company ko yang supply pun!" gertak Hashim. Mukanya mula merah padam.

"Ntah la. Katanya ada barang sini yang on hold. Mahu tak mahu engineer terpaksa ikut. Jadi.."

"Nak aku hantar inspector semula kat sini?" kata Hashim memintas kata-kata Syam. Syam mengangguk laju.

"Eiii bos kau ni cari pasal btol la. Nantilah aku check dokumen pelan balik. Ni mesti ada something wrong pada quality check. Fed-up btol aku bila kerja kena buat dua tiga kali," rungut Hashim. Dia terus meninggalkan Syam. Dia berjalan pulang ke pejabatnya yang tidak jauh dari kawasan pelan.

"Patutlah HQ KL nak aku stay hari ni. Rupa-rupanya ada something wrong kat projek. Aisey!" bisik Hashim sendirian. Dia membelek-belek beberapa timbunan helaian dokumen di atas mejanya.

Selang 1 jam kemudian.

"Helo! Bang Hashim! Abang kat mana sekarang ni? Tukang inspect (inspector) dah ada ni. Abang takde diorang takleh nak start," kata Syam. Dia menggenggam erat telefon bimbit yang melekat di pipinya. Tangannya yang dibaluti sarung, dipegangnya telefon bimbitnya dengan penuh hati-hati.

"Aku ada projek ni. Kau ni kacau aku betol la! Kau je la yang handle untuk aku kejap!"

"Ada projek? Mana boleh bang. Bos saya marah nanti. Lagipun saya ni engineer aje. Mana boleh buat kerja abang."

"Urrghhh... emmmmm.. jap lagi laaaahh.."

"Eh abang ni! Mana boleh kejap-kejap. Inspector tunggu abang ni. Abang kat mana sebenarnya ni?"

"Emmmmmm... kejap! Kejap!"

"Abang Hashim! Nanti bos panggil susah saya. Abang Hashim ada kat kawasan pelan lain ke? Nanti saya pergi kat abang."

"Oi kau ni. Suka-suka hati je. Aku bukan kat pelan la!"

"Hah? Habis? Abang kat pejabat?"

"Hish kau ni. Kacau daun betul. Aku kat rumah! Layan bini! Kau suruh inspector tunggu kejap. Kejap lagi aku sampai!"

Syam tersentak. Dia melihat telefon bimbit sambil berkata, "Layan bini?" Terpampang di skrin telefonnya, talian sudah diputuskan oleh Hashim. Seraya dia menggelengkan kepalanya.

"Mentang-mentang la baru kawen! Siot je!"

Pemenang Contest 'Weekend@Sheffield'

"I am the winner!!!", jerit aku keseorangan.

Secara jujurnya sepanjang aku berblogging selama bertahun ini, hanya tiga kali aku menyertai contest atau pertandingan menerusi blog. Walhal jika kita perhatikan di setiap ceruk pikuk blog terdapat lebih kurang 10 contest dicipta setiap bulan termasuklah contest berbentuk esei, contest bergambar dan sebagainya. Sebanyak tiga kali ini, hanya dua contest yang aku sertai berbentuk esei.

Contest pertama aku sertai adalah contest yang dianjurkan oleh Khairil Afzal sewaktu ketika dahulu. Aku adalah pemenang utamanya. Walaupun aku menulis sewaktu mata mengantuk, kepala tengah berkhayal, tidak disangka juga esei tersebut menarik hati pembaca dan penganjur lantas memenangi tempat pertama contest esei bergambar tersebut. Maaf. Khairel Afzal atau Kriel sudah menukar domainnya dari blogspot ke wordpress. Pautan ke contest tersebut aku pun tidak tahu sudah pergi ke mana. Sudah delete agaknya. Namun esei aku masih tersimpan rapi. Anda boleh baca dengan klik di sini.

Contest kedua pula aku baru sertainya pada 22 Februari baru-baru ini. Contest teka-teki tapi malangnya aku kalah. Teka-tekinya mudah cuma memerlukan kekuatan pada slogannya sahaja. Mungkin aku lemah perihal mencipta slogan. Haha. Contest ini adalah anjuran Puan Zuliana. Jenguk blog beliau, langsung saja aku sertainya tanpa berfikir panjang.

Contest ketiga pula, anjuran oleh saudara joegrimjow. Sebenarnya pertama kali aku membaca contest dari beliau, buatkan aku pening. Baca berulang kali pun masih pening. Baca penyertaan dari peserta pertama hingga peserta kelima, masih juga pening. Pening kerana tidak ketemu sebarang klu atau idea. Contest beliau bertajuk 'Weekend@Sheffield'. Ada dua jenis tajuk di bawah contest yang sama iaitu 'True meaning of love' dan 'Unity through sportmanship'.

Secara jujurnya aku kurang bersukan, bukan tidak ada langsung. Cuma bila bercakap pasal sportmanship, aku jadi longlai. Ketandusan idea. Lagipun, apalah sangat aktiviti sukan aku selama ini? Badminton? Ping pong? Bowling? Futsal? Ah, aku buntu. Seterusnya aku menumpu ke tajuk lain.

Love.. Cinta..

Rumit sebenarnya. Masakan tidak. Selama 26 tahun aku hidup di dunia ini, samada aku tidak sedari, langsung tiada perkara manis mengenai cinta. Seperti pencinta-pencinta di luar sana. Ke taman bunga, panggung wayang bersama, berpegangan tangan.. oh tidak! Itu terlalu common bagi aku. Aku rasa bila diceritakan semua itu, mesti pembaca akan muntah! Yalah. Macamlah aku seorang saja di bumi ini yang berpegangan tangan, bercumbu sana sini, tengok wayang bersama.. Ah! Karut! Jadi bagaimana ceritanya yang harus aku cipta untuk menepati tajuk contest? Sekian lama berfikir dan ketandusan idea, aku bertekad untuk melepaskan..

"Maaf, Joe. Lain kali sajalah," bisik hatiku.

Suatu hari, aku terkenangkan bekas kekasih lama. Aku masuk bilik dan pegang gitar milik aku. Sewaktu itu, terlintaslah difikiran aku untuk menceritakan kisah kekasih hati aku ini. Untuk pengetahuan semua, kisah cinta aku dengan bekas kekasih aku ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun hatta di dalam blog ini juga. Kesannya cukup mendalam membuatkan aku cuba mengenepi dan menepis niat untuk bercerita. Mungkin sesetengah kawan yang rapat sahaja mengetahui kisah cinta aku itu. Maka, aku hidupkan komputer dan mula mengarang.

Sewaktu di akhir karangan kisah cinta aku, aku agak buntu untuk mencipta penutup cerita. Lantas aku simpankan cerita aku sebagai draft. Aku mengambil masa untuk blogwalk. Sehinggalah aku singgah di blog joegrimjow. Semasa singgah di blog beliau barulah aku teringat akan contest yang beliau anjurkan. MasyaAllah! Aku terlupa. Dan kebetulan pula cerita aku hampir-hampir kena dengan salah satu tajuk dalam contest beliau. Maka, dengan cepatnya aku cipta pengakhiran cerita dan terus backlink ke blog beliau. Nah, tertunai juga penyertaan aku di contest beliau!

Lewat petang tadi, aku mendapat mesej dari joegrimjow yang menyatakan pemenang contest beliau sudah diumumkan. Lantas aku terus ke blog beliau. Tanpa diduga setelah membaca keputusan pemenang, tempat pertama jatuh kepada aku! Agak terkejut dan teruja juga sebenarnya. Masakan artikel kisah cinta aku boleh menang? Inilah yang dinamakan rezeki dan nasib, bukan? Ya, memang aku akui artikel cinta aku itu lain dari yang lain. Oleh kerana lain dari yang lain, mungkin ceritanya tidak menarik sangat pun. Bukannya direct bercerita apa itu cinta. Sebaliknya apa yang kita dapat dari cinta. Huh, susah sebenarnya hendak beri penerangan terperinci. Baca sendiri artikel aku itu, ya? Klik sini.

Kepada joegrimjow, terima kasih aku ucapkan kerana mengisytihar aku sebagai pemenang. Sekiranya ada contest dari kamu lagi selepas ini, insyaAllah aku akan sertai. Itu pun jika ada idea. Terima kasih banyak-banyak.

Wednesday, March 03, 2010

Mana Mahu Cari Daging Landak?

Beberapa minggu yang lepas, kawan aku yang bekerja di Lapangan Terbang Sultan Mizan, Kuala Terengganu menceritakan pengalaman beliau berburu di sebuah kawasan kebun pedalaman milik keluarganya di Pulau Kerengga, Beris, Terengganu. Cerita beliau amat menarik minat aku. Petang hari minggu itu, beliau ke Kemaman untuk berjumpa denganku. Alang-alang berjumpa, beliau terus menceritakan keseronokan berburu.

Hari itu, beliau merancang untuk memburu landak. Katanya, daging landak adalah daging terbaik dan antara daging tersedap di kalangan binatang eksotik. Benarkah? Setelah berkali-kali dan bersungguh-sungguh beliau menyatakan bahawa daging landak itu adalah yang terbaik dan tersedap, barulah aku yakin. Aku juga dahulu pernah merasa daging kijang, rusa, dan kancil. Kebanyakkannya masak merah. Pedas dan manis. Bila mengingatkan kembali, rasanya... ummmpphh!!! Menjilat jari! Tapi, bagaimana pula rasanya daging landak?

"Daging landak boleh makan ke?" soalku sewaktu ketika dahulu. Aku tidak langsung mengetahui daging landak dikategorikan sebagai salah satu makanan eksotik. Setelah aku menonton satu rancangan di TV3, barulah aku ketahui daging landak boleh dimakan. Di dalam rancangan itu juga ditunjukkan komen-komen peminat daging landak. Sedap, kata mereka.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Baru sekejap tadi, aku berborak di ruang sembang Facebook dengan kawan aku ini. Dia merancang untuk pergi berburu lagi di bulan April atau Mei. Sebenarnya aku tidak tahu jika ada masa-masa tertentu untuk berburu landak. Namun, jika sudah ada yang mempelawa untuk pergi berburu, apa salahnya jika aku turut serta, bukan? Satu pengalaman yang cukup mengujakan bagi aku. Katanya lagi, beliau sudah lama tidak ke air terjun dan kolam air panas. Jadi, mungkin kami merancang untuk pergi berburu, mandi air terjun dan air panas, dan berkhemah! Kebetulan pula kolam air panas La (La Hot Spring) dan Air Terjun Lata Tembakah terletak di Besut, Terengganu. Alang-alang ke Beris untuk berburu, terus sajalah ke Besut untuk mandi air terjun dan kolam air panas! Wah, tentu seronok!

Di akhir perbualan aku dengan kawan aku di ruang sembang Facebook, beliau menyatakan kesukaran untuk berburu landak. Ini adalah kerana landak adalah seekor haiwan lindungan. Untuk memburunya memerlukan permit dan lesen berburu. Kosnya melebihi RM200. Amat mendukacitakan juga.

Di dalam rancangan siaran TV3 pernah menyatakan satu tempat di Pahang menjual secara sah daging landak. Namun harganya.. masyaAllah! Boleh tahan mahal. Anda tahukah di mana lokasinya?

Landak oh landak.

Aku sudah kempunan dagingmu, okey!

landak 

Ini landak.

daging landak 

Ini landak yang dalam proses menyembelih untuk mengambil dagingnya.

daging landak masak pedas 

Ini daging landak yang sudah dimasak. Masak pedas gituuuu..! Nampak macam ayam, bukan? Oh, tidak. Ini daging landak masak merah, okey. Jangan salah faham. Nampak begitu sedap. Sebab itulah aku ingin mencari dan merasa!

Thursday, February 25, 2010

Shutdown@Perwaja

Assalamu'alaikum semua. Rasa macam lama aku tidak kemaskini blog. Walhal baru 2 hari. Haha.

Untuk pengetahuan semua, aku baru mengambil kontrak bekerja selama 1 bulan di dalam industri pembuatan. Anda pernah dengar Perwaja? Aku bekerja kontrak sebagai buruh kasar saja. Hari ini sudah 3 hari aku bekerja. Walaupun memenatkan, tapi aku puas. Dan selama 3 hari ini jugalah aku jarang blogwalk.

Mungkin seterusnya selama sebulan juga aku 'bercuti' dari aktiviti blogwalk. Aku akan buka senarai artikel di dalam bloglist sahaja dan baca. Kemudian aku tutup. Yang mana aku tidak sempat tinggalkan komen, faham-faham sajalah. Sebenarnya ingin juga aku menunjukkan bukti aku bekerja. Tapi kebetulan petang semalam telefon bimbit aku pula yang rosak. Bateri tidak tahan lama. Charge penuh, 2 atau 3 jam kemudian mati.

Okey. Di sini ada pengumuman sedikit.

Kepada PESERTA CONTEST 'If I Were A Millionnaire', tarikh review akan ditunda lebih lama. Maka tarikh pengumuman pemenang akan dilewatkan. Walau bagaimanapun, tarikh tutup tidak akan berubah. Anda tidak perlu risau, cuma perlu bersabar sedikit, okey? Habis kerja kontrak ini, aku berjanji aku akan review kesemua blog anda semua, okey?

Setakat ini sudah 25 orang peserta. Tarikh tutup pun lambat lagi. Tapi yang hairannya, ramai outsider yang turut serta. Follower lama langsung tiada! Yang ada pun follower baru. Itupun mereka follow blog aku selepas menyertai contest aku. Apa kes? Ke mana korang semua pergi ni? Apa-apapun terima kasih kerana menyokong blog aku yang tidak seberapa ini.

Okeylah. Sampai sini saja. Sekian.
Cerpen bersiri (tajuk rahsia!) sudah di dalam pembikinan. Tungguuuu..

Sunday, February 21, 2010

Pengemis Samseng Di Kota Bharu

Selepas aku baca satu artikel dari Cik Panadol yang berkisar tentang pengemis, aku teringatkan peristiwa yang hampir sama mengenainya pada tahun pertama aku memasuki kolej di Kota Bharu, Kelantan.

Sewaktu di kolej, kenderaan sapu (van prebet sapu) tersedia untuk mengambil dan menghantar penumpang yang kebanyakkannya pelajar kolej ke bandar. Sebilangan dari mereka adalah berasal dari kampung di situ yang menjadikan ia sebagai sumber pendapatan. Aku mendapat maklumat dari pelajar senior dan orang kampung, sejak adanya kolej di kawasan kampung ini, aktiviti prebet sapu semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ia bukan saja memberi faedah kepada orang kampung malah kepada pelajar kolej juga. Selain pengangkutan awam seperti bas dan teksi, ia menjadi nadi pengangkutan utama di kampung tersebut. Tanpa mereka amat sukar bagi kami, pelajar kolej khususnya untuk ke bandar.

Aku masih baru bergelar sebagai siswa. Pada suatu hari, aku bersama rakan sebilik bersepakat untuk mengenali bandar Kota Bharu, Kelantan. Kami beramai-ramai menaiki prebet sapu untuk ke bandar memandangkan hostel kami agak jauh. Penumpang prebet sapu tidak mengira usia dan jantina. Kami sentiasa terpaksa berhimpit bersama dalam satu van yang sama. Berhimpit dengan pelajar perempuan juga adalah perkara biasa walaupun pada awalnya terasa janggal dan kekok. Perjalanan dari hostel ke bandar mengambil masa hampir setengah jam.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Perhentian prebet sapu adalah di sebatang jalan di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu. Kami enam orang semuanya termasuk aku. Kami ke bank terlebih dahulu untuk mengeluarkan sedikit wang untuk membeli belah. Rancangan kami pada hari tersebut ialah menapak ke seluruh pelusuk bandar Kota Bharu. Destinasi pertama kami adalah di Pasar Besar Siti Khadijah. Namun tiada apa yang menarik di situ setelah lebih sejam meneroka. Yalah, nama pun pasar.

Kami berjalan kaki ke satu kawasan yang berhampiran stesen bas utama di tengah-tengah bandaraya Kota Bharu. Di situ adanya satu taman kecil. Di situ aku lihat ramai remaja-remaja dan tidak kurang juga keluarga yang berkumpul. Di situ juga tersedia bangsal dan bangku untuk beristirehat. Ada dua bangsal. Di bangsal hujung, aku lihat ramai orang tua duduk sambil berbual di situ. Orang-orang tua tersebut adalah pemandu teksi, melihat kepada uniform yang dipakai oleh seorang dua dari mereka. Di sudut yang lain, aku lihat ada bangku panjang yang diteduhi oleh pokok renek. Suasananya agak romantik dan cantik.

Sedang kami berbual sambil berjalan, datang beberapa orang budak kecil dalam lingkungan 8-10 tahun merapati kami. Pakaiannya dan raut wajahnya comot dan berbau. Aku menekup hidung setelah salah seorangnya menarik bajuku. Mereka meminta-minta dan memujuk rayu agar diberikan wang atau makanan. Kami saling berpandangan. Kami agak ranjat kanak-kanak sekecil itu tersebut adalah sekumpulan peminta sedekah yang sedang kelaparan. Aku rasa kekok dan malu apabila beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang ke arah kami. Maka aku memberitahu rakan-rakanku untuk beredar dari situ.

"Jom blah wei. Malu orang tengok. Bagi la apa-apa je kat diorang," kataku. Kanak-kanak tadi tidak putus-putus meminta dan merayu dari kami. Kami cuba beredar. Tiba-tiba salah seorang rakan aku menjerit dan berlari anak ke arah aku.

"Sial!" jerit sambil ketawa.

"Kenapa wei?" tanya aku. Rakan-rakan yang lain turut bertanya soalan yang sama.

"Sial betoi. Ang tak nampak ka budak tadi sepak aku?" soal Fairuz. Dia menggosok-gosok betisnya. "Sakit, dol" Kami ketawa serentak.

"Ko kena sepak? Tang kaki ke?" soal Roy sambil ketawa kecil. Fairuz mengiakan sambil mengangguk.

"Aku cakap kat budak tu. Aku suruh depa balik. Depa tak nak. Depa nak duit dari kita. Mana aku nak bagi. Depa takdak mak bapak ka? Mankaq betoi," bebel si Fairuz lagi.

"Dahlah. Jom kita blah. Kita pi kat tempat lain noh. Nun depan sana. Mydin!" kata Roy. Aku lihat si Fairuz masih lagi membebel. Agak melucukan juga sebenarnya melihat telatah Fairuz. Mukanya merah padam, tapi masih berselindung dengan sengihan yang menampakkan barisan giginya.

Di hari yang lain, aku keluar bersama rakan perempuan aku. Yatie namanya. Kami hanya berdua. Kami pusing-pusing dengan berjalan kaki di tengah bandaraya Kota Bharu. Kebetulan waktu itu Yatie kehabisan kredit telefon bimbitnya. Dan kebetulan juga kami berada di taman kecil yang aku ceritakan sebelum ini. Di situ terdapat sebuah kedai kecil yang menjual telefon bimbit dan aksesori termasuk kad tambah nilai. Kami terus ke sana. Selesai, kami terus pulang memandangkan hari sudah lewat.

Sampai di perhentian prebet sapu, kami terpaksa menunggu walaupun terdapat satu prebet sapu yang kosong, tiada penumpang. Kata si pemandu prebet sapu, lelaki separuh abad, kerja mereka menunggu penumpang penuh van barulah boleh bertolak kecuali hari betul-betul lewat menghampiri waktu Maghrib. Mahu atau tidak, kami terpaksa menunggu. Hampir 1 jam juga.

Selama menunggu, aku berborak dengan pakcik prebet sapu itu. Macam-macam kami bualkan. Kelakar pakcik itu apabila dia yang terbiasa dengan loghat Kelantan bertukar kepada loghat biasa. Terkadang saja aku bercakap loghat Kelantan. 'Pokcik', 'kawe', 'ngaji', 'yolorko', dan sebagainya. Sedang asyik berbual, mataku tertumpu kepada sekumpulan kanak-kanak selekeh yang sedang berlari ke sana ke mari. Aku teringat peristiwa beberapa bulan yang lalu. Lantas aku bertanya kepada pakcik prebet sapu itu.

"Pakcik. Siapa budak-budak tu semua? Dari mana?"

Pakcik itu menoleh ke arah budak-budak itu. Dia mengeluh keras.

"Huh! Budok-budok tu semuo.. dari dulu ado. Pokcik tok kije prebet lagi pun ado lamo doh!" tegas pakcik prebet.

"Yeke? Kalau dah lama, nape takde operasi atau tindakan dari pihak berwajib? Bukan ke tak elok kalu orang luar tengok especially pelancong?"

"Dulu ado. Loni polis ko gapo ko buat tok caro."

"Kenapa?"

"Demo tangkap, esok ado balik. Tangkap, ado balik. Gitu la."


Kata-kata pakcik itu membuatkan aku terdiam seketika. Kemudian, aku bercerita tentang peristiwa rakan sebilikku kena sepak oleh seorang dari kumpulan kanak-kanak tersebut kepada pakcik prebet. Dia ketawa berdekah-dekah.

"Jangan kato saing demo. Ore tuo pun demo ni sepak jugok. Dok kiro ore. Satu jah demo keno tahu," kata pakcik prebet.

"Apa dia, pakcik?" soalku.

"Kalu budok-budok ni kecek ke demo mitok pitih ko gapo ko, demo toksey layan sangat. Buat dok tahu jah!"

Aku mengangguk perlahan. Hemat aku, patutlah rakan sebilikku kena sepak. Kesnya dia halau budak itu tanpa memberikan apa-apa pun.

"Samseng ya budak-budak pengemis kat KB ni ya, pakcik," kata aku sinis. Pakcik prebet hanya tersengih.

* * * * * * * * * *

Maaf kepada warga Kelantan. Aku bukan memburukkan Kelantan. Kejadian ini adalah pada lebih 5 tahun yang lalu. Khabarnya kanak-kanak pengemis itu sudah dibasmi oleh kerajaan negeri Kelantan. Dan taman kecil di situ sudah tiada lagi sejak aku menduduki semester ke enam. Aku sudah lama tidak pergi ke Kelantan. Wallahua'lam.

Friday, February 19, 2010

Diam Jangan Disangkakan Bisu. Tapi.. itulah Lumrahnya

Semalam aku bersama rakan aku pergi ke bandar. Petangnya, dia kata hendak belanja aku makan. Kebetulan waktu itu aku lapar. Alhamdulillah, rezeki aku ada. Aku tanya, "Makan kat kedai mana?" Kawan aku membalas, "Aku sudah lama mengidam nasi kukus ayam goreng berempah, bro. Jom pekena nasik kukus!"

Wah! Menarik sungguh. Aku pun sudah lama tidak makan nasi kukus. Salah satu makanan kegemaran aku. Aku terus ke destinasi pertama iaitu ke Kampung Dusun Nyior. Di situ ada satu gerai nasi kukus yang popular di Chukai Kemaman. Malangnya, setiba di sana kedai tutup. Maka kami terus ke kedai kedua, tidak jauh dari Centre Point Kemaman.

Sampai sana, agak mengecewakan juga. Bukan tutup tetapi terpaksa menunggu lama kerana ayam goreng berempahnya baru saja hendak digoreng. Kami duduk dan memesan minuman terlebih dahulu. Aku lihat ada 2 orang remaja lelaki bekerja menjadi pelayan di situ. Salah seorangnya meminta pesanan dari kami. Aku milo ais manakala kawanku teh o ais. Kami bersembang untuk seketika. Hampir 40 minit menunggu (menunggu ayam berempah siap digoreng dan tunggu giliran), barulah nasi kukus ayam berempah kami terhidang di depan mata.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Alhamdulillah. Sangat sedap. Rasanya pedas karinya, rempahnya, bersama belacannya.. emmmhhh.. memang sedap! Seketul ayam besar licin aku makan.

Inilah Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Sodaaappp..!

Selesai makan, aku berbual sebentar. Perut kekenyangan.

Kemudian kami bingkas bangkit untuk berangkat pulang. Tiba-tiba aku terpandang salah seorang budak remaja lelaki yang bekerja sebagai pelayan di situ. Seolah-olah memanggil aku. Aku sangkakan kalau-kalau ada barangan tertinggal di atas meja seperti kunci kereta, dompet atau sebagainya. Aku pandang di atas meja tetapi tiada apa pun. Aku menoleh kembali kepada remaja tadi. Perlahan dia merapati aku. Kemudian..

"#_&@!+^&%=%#@@5"

Aku tercengang. Datang seorang rakannya remaja itu kemudian merapati aku.

Dia berkata, "Bang, dia tu bisu. Jangan layan sangat dia tu. 'Kureng' sikit."

'Kureng'? Biasanya maksud 'kureng' atau istilah sebenar 'kurang' membawa makna 'tidak betul' atau 'gila' atau 'kurang waras'. Biol pun, boleh jadi. Tetapi tidak mungkin kerana bisu dia terus dilabelkan 'kureng'? Lagipun aku tengok elok saja dia boleh bekerja. Mana boleh panggilan sebegitu diletakkan pada dia? Kasihan pula aku tengok.

Patutlah semasa aku menunggu tadi aku tengok remaja bisu tadi diam saja. Langsung tidak bercakap dan tidak mengambil pesanan dari pelanggannya. Tugasnya; angkat pinggan yang telah digunakan pelanggan, kemudian belai-belai kucing. Kucing kurap.

Nasib baik bukan dia yang sediakan nasi kukus aku!

Tuesday, February 16, 2010

Wanita Idaman

Aku sudah mula hendak merapu meraban..

(Gambar hiasan semata-mata)

Ciri-ciri wanita idaman? Teman wanita atau lebih dari itu? Hm.. maksudnya mungkin isteri lah kot.. Hehe..

Sedang lompat-melompat dari blog ke blog, aku singgah di blog ieQa sWetLuv. Salah satu artikel di blog beliau ada menerangkan daya tarikan lelaki di mata wanita. Agak menarik. Artikel beliau ada menyentuh lima ciri-ciri penting atau daya penarik dari lelaki buat wanita. Fakta dari mana beliau ambil, aku kurang periksa. Tanya beliau sendiri. Sedang asyik membaca aritikel beliau, maka terlintaslah untuk membuat artikel ini. Lain sedikit. Fasal wanita idaman pula. Idaman lelaki? Oh, mungkin lain orang lain taste dia. Betul tak? Jadi lebih baik aku buat kategori yang aku suka saja bab-bab wanita ni. Sila 'menggatal' bersama aku. Haha..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..


Imej atau Fesyen

Sebenarnya aku tidak kisah sangat bab fesyen-fesyen. Ikut suka hatilah hendak mempamerkan imej yang macam mana. Ala-ala Siti Nurhaliza ke Norah Jones ke. Lantak. Asalkan tidak melampaui batas agama. Maknanya kalau wanita yang kepingin hendak meniru gaya Angelina Jolie, maaflah cik kak oi.. "Angelina Jolie ada pakai tudung ke?" Eh siapa cakap dia tidak pernah pakai tudung? Ada. Itu pun tetap fail bagi aku. Nampak rambut! *Macam fesyen bini-bini menteri Malaysia plak!*

Tadaaa! Tengok.. See.. Ada pe dia pakai tudung.. :P

Yang model macam Diana Danielle tu pun fail bagi aku. Maklumlah, orang Islam memang menitik beratkan hal-hal aurat ni. Bukannya apa, kalau sudah menjadi isteri kita nanti dosa pahala bini si laki yang tanggung! Errr.. Jenis macam ini buat stok main-main okeylah kot! Haha..

Ini ada satu cerita. Kejadian berlaku pada awal tahun 2010. Waktu itu aku di stesen bas Geliga, Kemaman Terengganu. Aku beratur untuk membeli tiket ke Manjung, Perak atas urusan kerja. Sedang berdiri menunggu, datanglah satu pasangan kekasih muda menaiki motosikal dan berhenti betul-betul belakang aku berbaris beratur. Si lelaki menunggu di atas motosikal manakala pasangannya turun dari motosikal dan terus ke kaunter untuk memberli tiket. Yang aku hangin satu badan, awek ni selamba badak je potong queue aku. Aku berdehem beberapa kali. Aku tenung mata dia dalam-dalam. Marah kononnya. Aku memandang atas bawah. Mak oi.. seksi! Iman aku tergugat bila terpandang ke dada. 'Jurang Miriana' beb! Ini pertama kali aku terpandang dalam jarak yang amat dekat. Jelas kelihatan bintat-bintat kulit di'jurang'nya yang dalam itu. Haha.. Dalam hati istighfar panjang sebenarnya.

Jenis yang macam ini, buat stok seronok-seronok, lepak-lepak, berhibur waktu malam boleh la.. Haha..

Dan satu lagi kejadian. Waktu itu aku ke Cyber Cafe (CC) milik kawan aku. Waktu itu sudah lewat, kira-kira jam 12 tengah malam. Bandar Chukai tidak lagi sibuk kecuali sebilangan kecil anak-anak remaja berkeliaran di situ. Aku duduk di luar CC kawan aku sambil jari jemari kanan menekan punat-punat di telefon bimbit. Sedang syok layan SMS, datang 2 orang perempuan melintas di hadapan aku. Aku yang sedang asyik melayan SMS terkejut dan terpegun. Salah seorang dari perempuan itu memakai seluar ketat yang hampir menyamai seluar dalam. Baju kemeja pula labuhnya atas dari pinggul. Maka nampak membukit di sana sini. Apa ni?! Fesyen 'jogging di pagi hari' ke apa?! MasyaAllah. Mujur sekali pandang. Kalau dua kali pandang? Berdosa!

Sekali pandang, tapi tidak alih pandangan ke arah lain lagi dah. Tertumpu di situ. Haha..

Mulut

Ya Allah. Yang ini tidak payah cakap. Perempuan memang sinonim dengan mulut pot-petnya. Umpat mengumpat biasanya juga disinonimkan dengan perempuan. Sebilangan besarnya. Masakan tidak. Cuba korang jenguk-jenguk blog kaum hawa. Setidaknya ada satu artikel berbaur umpat mengumpat. Itu baru di blog. Lumrah pada tuan empunya badan, face-to-face, wallahua'lam. Bikin panas sikit!

Jenis mulut tiada insurans dan berlapik biasanya totally rejected bagi aku walaupun muka cantik bak bidadari kayangan sekalipun. Sudah tertulis pun dalam Al-Quran. Dosa perempuan bukan saja pada auratnya malah mulut mereka. Maksudnya adab percakapan. Umpat mengumpat ini eloklah dielakkan. *Ala.. lelaki apa kurangnya, kan?*

Mulut berbau juga reject, okey? Ini jenis tidak suka gosok gigi dan suka makan petai. Haha..

Fiil, Perangai dan Perwatakan

Lain orang lain fiilnya. Ada yang jenis sensitif. Ada yang jenis manja. Dan ada juga jenis gedik tidak bertempat. Tidak kurang ada yang fiilnya mengalahkan lelaki walaupun hakikatnya dirinya itu perempuan. Ego tinggi bak gunung Everest. Jenis macam ini memang kalah lelaki. Asyik-asyik dia saja hendak dimenangkan.

Aku suka wanita yang manja. Terlampau manja pun tidak boleh juga. Manja yang sederhana saja. Terlampau manja, aku pun geli sebenarnya. Lebih kepada gedik pula.

Pernah suatu ketika dulu, ayah aku mengupah pekerja untuk restorannya. Waktu itu aku di tingkatan tiga. Ayah aku mengupah seorang perempuan kampung nun jauh di pedalaman. Umurnya muda setahun dari aku dan tidak lagi bersekolah. Masih muda sangat.

Suatu hari, aku pinjam motosikal abang aku untuk meronda kampung. Hari Jumaat, petang. Hari Jumaat pantai timur cuti. Maka ayah aku tidak membuka restoran pada hari Jumaat. Aku, kakak aku, dan budak yang bekerja dengan ayah aku (aku bagi nama Mia, okey. Bukan nama betul) lepak di luar rumah. Rumah lama aku dahulu bertentangan dengan kawasan parkir. Jadi di kawasan parkir itulah aku menunggang motosikal abang aku sambil membuat aksi-aksi bodoh. Pusing satu bulatan sampai pening. Bila sudah bosan, aku kembali kepada kakak aku.

"Latip. Ni ajak Mia naik moto skali. Bawa pusing-pusing kampung," arah kakak aku. Aku tercengang. Bawa pusing-pusing kampung? Bonceng si Mia? Jantung aku berdegup kencang. Maklumlah, tidak pernah seumur hidup membonceng perempuan kecuali kakak aku. Walaupun terkejut, tapi hati mahu!

"Naiklah," kata aku selamba. Dan selamba juga bagi Mia, terus saja duduk di belakang. Aku pun ucap 'bye' kepada kakak aku, dan terus memulas throttle motosikal. Kami berdua pusing-pusing kampung. Seronok bukan main. Bawa awek di belakang. Semua orang kampung tengok. Mujurlah si Mia tidak duduk terlalu rapat. Sesudah puas pusing-pusing satu kampung, aku menunggang pulang ke rumah. Aku lihat kakak aku sudah tiada di luar rumah. Celaka, tinggal kami berdua. Aku berhentikan motosikal betul-betul di hadapan garaj kereta. Maka di situlah terjadinya adegan manja si Mia.

"Emmm.. lain kali bawa Mia pusing-pusing lagi ye, Latip? Bessstttlaaahhhh..!" kata Mia sambil merapati tubuhnya ke tubuh aku. Kami melekat sekejap. Mia seakan memeluk aku dari belakang. Terasa bonjolan-bonjolan di belakang aku. Masa itu kenakalan masih ada dalam diri. Maka, layannnn..! Aku umpama syok sendiri. Tidak sedar masa bila Mia turun dari motosikal. Aku pusing belakang nampak dia dah berjalan kaki masuk ke rumah. Alahai, melepas!

Macam inilah lebih kurang si Mia peluk aku. Syok?

Manja ke gatal? Entahlah..

Mentaliti

Yang ini juga amat aku titik beratkan. Mentaliti merangkumi semua. Kreativiti pemikiran, tahap kematangan, prinsip, misi, dan sebagainya. Semua bermula dari otak. Ada otak, mentaliti kecil, tidak berguna juga. Mentaliti ada, fiil mengalahkan firaun pun tidak berguna juga. Belajar di atas kertas saja pandai, tetapi mentaliti kebudak-budakan pun tidak berguna juga.


Serious-shitly, bekas teman wanita aku dahulu kebanyakkannya tua dari aku. Jarak paling jauh, tua 3 tahun dari aku. Langsung tiada yang sebaya mahupun yang lebih muda dari aku. Kenapa? Sebabnya, mentaliti. Aku suka yang lebih tua dari aku kerana pemikiran mereka jauh dan lebih matang. Tetapi, manusia.. matang macam mana sekalipun, sifat kebudak-budakan tetap ada.

Cukuplah setakat sini saja. Entah apa benda aku merapu kali ini. Haha..

Kesimpulannya..

Wanita/Isteri idaman aku; yang boleh terima aku seadanya. Cantik. Faham kedudukan aku. Kuat agama, yang ini penting. Bertanggungjawab. Dan akhir sekali.. boleh beranak ramai! Aku ini nafsu kuat! Hahaha.. Yang tersenarai di atas itu adalah yang priority aku pandang pada seorang wanita. Aku ini penilai perwatakan orang secara sambilan. Haha..

Friday, February 12, 2010

True Meaning of Love : Cinta Mengubah Kita

Entah apa puncanya aku tiba-tiba terkenangkan kisah lama. Kisah cinta lampau. Sebenarnya, aku susah hendak bercerita apalagi berkongsi hal peribadi di blog ini. Lebih-lebih lagi kisah cinta, emosi, dan perasaan. Bila terbaca artikel dari joegrimjow, membuatkan aku melayang dalam dunia klasik. Maka aku mengambil satu keputusan untuk mencipta kisah ini. Alang-alang mendapat idea, langsung saja aku kaitkan dengan contest dari joegrimjow. Bagus sangatlah.

Dahulu, aku pernah bercerita tentang kisah cinta, termasuk cinta monyet yang aku anggapkan tidak terlalu privasi lagi. Lagipun, kisah cinta yang pernah aku cerita tidaklah diselit dengan unsur-unsur emosi contohnya kecewa, frust-menonggeng, dendam dan sebagainya. Tidak oh tidak. Bagi aku, cinta hanyalah salah satu corak dalam hidup. Dugaanlah, lebih tepatnya. Bak kata orang barat, love such a piece of life's puzzle. Maka, tidak kisahlah jika hendak berkongsi di sini pun. Anatara kisah yang pernah aku ceritakan ialah cinta pandang pertama, cinta di dalam LRT semasa aku bekerja di KL pada tahun lepas (2009), aku si jejaka idaman, dan cinta yang amat menjengkelkan seumur hidup aku. Bagi aku kisah-kisah cinta tadi sudah menjadi 'sejarah'.

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Cinta...

Kita tidak boleh lari dari cinta. Hatta dari kecil hingga kita tua, cinta sentiasa ada. Cinta pula sebenarnya sukar untuk kita ungkap atau rungkai secara spesifik dan ringkas. Cinta lahir dari hati. Lahir dari sanubari. Bukannya tertulis di atas mana-mana kertas mahupun contengan arang. Cinta tidak boleh dicari di awangan. Cinta mengubah dunia. Cinta mengubah seseorang. Kerana cinta badan binasa, jiwa merana. Kerana cinta juga kita jaya, kita gembira. Tiada seorang pun hamba walaupun sang pujangga mampu mendefinisikan makna dan hakikat sebenar cinta. Terkadang cinta itu racun. Terkadang pula cinta itu penawar. Itulah cinta.

* * * * * * * * * *

Salah satu kisah cinta aku bermula pada akhir tahun 2002. Aku sewaktu itu bekerja sambilan dengan abangku. Oleh kerana si dia (bekas kekasih) melanjutkan pelajaran nun jauh di utara negara, kami banyak berhubung melalui telefon, SMS, dan email sahaja. Sesekali surat menyurat pun ada (klasik, bukan?). Pada awal perjalanan cinta kami, tiada apa-apa masalah. Rindu adalah lumrah. Biarpun banyak liku-liku yang kami tempuh, kami tetap bersama. Sabar adalah senjatanya.

Aku sempat berjumpa (dating) dengannya hanyalah beberapa kali. Itu pun jika si dia ada masa terluang atau cuti pendek. Aku pula terpaksa ke utara. Itu pun jika aku senang. Sehinggalah pada pertengahan tahun 2003, aku melanjutkan pelajaran ke kolej. Kami terus jarang sekali berjumpa. Cuma telefon bimbit sajalah yang menjadi nadi utama untuk kami berkomunikasi.

Beberapa hari sebelum aku ke kolej, aku menghubungi si dia. Aku menyatakan bahawa aku tidak pernah tinggal di asrama. Dalam hati aku sebenarnya takut untuk ke kolej. Setelah si dia menasihati dan memberi semangat, aku pergi juga dengan hati yang berat. Seingat aku, kemasukan adalah pada bulan Jun.

Semester pertama dan kedua, aku antara lelaki popular di kolej. Nama aku sentiasa berada di dalam senarai top 10. Popular aku bukanlah keseluruhan tetapi hanya di dalam fakulti IT sahaja. Bila namaku sentiasa disebut-sebut dikalangan pensyarah-pensyarah IT, aku menjadi perhatian. Bukan saja pelajar lelaki malah pelajar perempuan. Dipendekkan cerita, aku lebih banyak masa berdamping dengan kawan-kawan perempuan berbanding kawan-kawan lelaki.

Alkisah pada suatu petang. Kelas tamat pada pukul 2 dan aku terus pulang ke hostel. Aku keluar kembali pukul 4.30 petang untuk ke taman di dalam kolej yang dinamakan Tanam Astakona. Oleh kerana hostel dan kolej tidak begitu jauh jaraknya, aku berjalan kaki keseorangan saja. Sampai ke Taman Astakona, aku lihat beberapa orang perempuan yang duduk mengelilingi satu meja. Seorang dari mereka sudah sedia tersenyum dari jauh. Ada seorang lagi melambai-lambaikan tangan dan menyapa, "Hai, Latip!" Kami bersembang sekejap. Kira-kira setengah jam, kami membuka laptop dan buku masing-masing. Kami belajar secara berkumpulan.

Sebenarnya sudah berapa ramai kawan lelaki mengajak aku untuk belajar berkumpulan, semuanya aku tolak. Sebaliknya, aku meluangkan lebih banyak masa belajar dengan kawan perempuan. Ada banyak faktor. Lelaki boleh dikatakan jika masa belajar berkumpulan selama 3 jam, 1 jam lebih daripadanya banyak bersembang kosong. Dalam belajar itu pula, kadang-kadang terbantut. Hendak hisap rokok sekejaplah, teman wanita telefonlah, dan macam-macam lagi. Jika belajar bersama rakan perempuan, mudah. Tidak banyak kerenah kerana aku lelaki, maka aku yang leader atau ketua. Perempuan tiada ego dan takwil jika aku mengarahkan sesuatu. Terus terang aku cakap, golongan hawa ini kebanyakkan amat lembab di bidang IT berbanding lelaki. Namun, mereka mempunyai semangat yang lebih tinggi untuk belajar berbanding lelaki. Mereka rajin bertanya tanpa segan silu. Mereka berusaha. Nota sebuku pun sanggup dihafalnya semata-mata untuk peperiksaan. Sebilangan kecilnya juga ada yang sanggup 'merasuah' supaya lelaki mengajar mereka untuk jadi pandai! Haha..

Sehinggalah pada suatu hari, seperti biasa waktu petang aku akan bersama rakan-rakan perempuan. Kami mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan akhir semester sudah semakin hampir. Kebiasaan aku akan memaklumkan kepada si dia bahawa aku ada sesi belajar berkumpulan. Tetapi tidak hari itu. Aku terlupa. Sehinggalah dia menelefon aku. Dan bermula di saat itu, berlakulah perang dingin antara aku dengan si dia.

Lebih dua minggu kami bergaduh. Sehinggakan ada hari kami langsung tidak bertegur sapa mahupun bertanyakan khabar seperti hari-hari kebiasaan. Aku buang segala ego lelaki kerana hendak memperbetulkan dan menerangkan keadaan yang sebenar. Benar kata-kata orang tua lama. Sebesar-besar ego lelaki, besar lagi ego perempuan bila mereka meradang dan marah. Shahadan, keadaan makin hari makin keruh.

Cuti semester kedua.

Jodoh kami tidak lama. Kami akhirnya berpisah atas kehendaknya. Waktu cuti sepatutnya aku enjoy dan berseronok disamping keluarga tapi aku bersedih. Aku banyak termenung dan terperap di rumah. Masa terluang aku habiskan di depan komputer. Aku bermain game. Sehinggalah suatu hari, aku ternampak sebuah gitar kapuk (gitar kayu atau gitar tong) di dalam bilik adik aku. Aku termenung seketika. Kemudian aku capainya. Aku kelek dan petik satu persatu talinya. Aku cuba keroncongkan pula. Sumbang. Waktu itulah aku terlintas, "Aku nak belajar gitar!"

Keesokkan hari, aku berjumpa adikku. Aku hulurkan gitarnya dan berkata, "Ajar aku main gitar!" Adikku tersenyum. Lantas dia mengajarku kod-kod gitar yang asas. Seharian aku belajar sehingga sakit di hujung jari jemari kiriku. Aku meminta adikku untuk mengajar aku satu lagu yang cukup aku suka. Kerana lagu itu, aku teringatkan si dia. Aku pernah dedikasikan lagu itu kepada si dia. Si dia suka lagu itu. Adik aku mendengar dengan teliti lagu kegemaran aku itu dengan khusyuk. Selesai mendengarnya, adik aku cuba tunjukkan kod gitar. Hampir 30 minit, giliran aku untuk mencuba. Sambil memetik tali gitar, aku menyanyi..

You could be my unintended..
Choice to live my life extended..
You could be the one I'll always love..
You could be the one who listens to my deepest inquisitions..

You could be the one I'll always love..

...
...
Muse - Unintended

Sesekali air mati tergenang bila mengenangkan si dia yang kejauhan. Namun cepat-cepat aku seka dengan tanganku. Aku bertahan dan bersabar.

Masuk semester kedua, aku meneruskan untuk belajar gitar secara sendiri. Aku banyak merujuk di internet dan buku-buku. Aku juga menyertai jamming session bersama rakan sekolej. Bila pulang bercuti, aku bersama rakan sekampung pula. Kerana dengan bermain gitar, dapatlah aku mengubati luka dihati. Kononlah.

Pada akhir semester enam, aku berpeluang membuat persembahan pada malam perpisahan dan makan malam kolej. Selain pensyarah dan pelajar, orang luar juga turut sama menyaksikan persembahan aku. Boleh dikatakan meriah juga. Lebih-lebih lagi aku mendapat tepukan yang amat gemuruh di akhir persembahan.

Aksi aku bermain gitar di majlis perpisahan dan makan malam tersebut. Aku amat kurus. Adakah juga kerana cinta?

* * * * * * * * * *

Sejak di bangku sekolah, aku lemah berbahasa Inggeris. Baik dari segi penulisan mahupun komunikasi. Sejak mengenali si dia, kadang-kadang emailnya berbahasa Inggeris. Aku pernah bertanya, katanya dia suka bahasa Inggeris. Belajar pun dalam bahasa Inggeris. Bila sudah banyak kali utuskan email berbahasa Inggeris, aku jadi jemu. Kebanyakkan aku tidak faham. Aku lemah bahasa Inggeris. Maka, aku meminta kepada si dia agar menulis, berSMS, serta bercakap dalam bahasa Melayu saja. Bila aku nyatakan sebabnya, si dia gelakkan aku. Barulah dia tahu, selama ini aku buat-buat faham apa yang dia tulis dan cakap dalam bahasa Inggeris.

Malu, tuhan saja yang tahu. Inikan pula teman wanita lebih pandai dari kita. Mana mahu letak muka. Walaupun begitu, aku buang perasaan ego lelakiku. Aku menyatakan aku mahu belajar bahasa Inggeris. Walaupun diperli oleh si dia, aku tetap senyum dan meminta dia ajarkan aku. Atas nasihat dan ajaran dari si dia, aku semakin rajin berbahasa Inggeris. Masuk kolej, pensyarah berpuas hati dengan pencapaian aku. Pensyarah pun suka sama aku. Ada juga aku meminta tips-tips agar lebih mahir dalam bahasa Inggeris dengan pensyarah.

Setelah berpisah dengan si dia, aku masih lagi tidak lupa dengan tips mahir bahasa Inggeris yang diberi olehnya. Walaupun tidaklah semahir mana, aku teruskan juga. Sehinggalah aku tamat kolej dan akhirnya aku mendapat kerja. Aku pernah di anugerahkan 'Dale Carnegie Best Award Winner' kepadaku antara puluhan peserta pada tahun 2008. Walaupun aku belajar sendiri, namun aku tidak pernah lupa tips dan jasa yang telah diberikan oleh si dia.

Encik Feruze menyampaikan award kepadaku

* * * * * * * * * *

Walaupun sudah lebih 6 tahun aku berpisah dengan si dia, kenangan aku bersama tidak luput dari ingatan. Banyak nasihat darinya yang amat berguna. Secara tidak langsung, ia mengubah tata hidup aku. Selain nasihat, ujian dan pengajaran dari cinta si dia juga telah mengubah hidup aku. Aku ambilnya dari sudut positif.

Kerana si dia lebih tua dari usiaku...

Kesimpulannya, bagi aku makna sebenar cinta bukan terletak pada luahan perasaan atau ungkapan manis dari seseorang. Bukan dari segi zahiriah mahupun lahiriah. Ia hadir dari apa yang kita dapat dan apa yang telah diterima dari cinta. Samada bermula dari coretan cinta hinggalah noktah cinta. Inilah cinta dari sudut pandangan yang berbeza. Bukan dari peluk, cium, dan...

Mungkin pengalaman dan pandangan kita berbeza-beza. Bukan semuanya sama. Sebab itu, mencari cinta sejati bukannya mudah. Jangan kerana cinta kita hanyut ke arah keburukan. Jangan kerana cinta kita kecundang ke lembah hitam dan boleh memalingkan kita dari hukum Allah swt. Sebaliknya, carilah cinta yang benar-benar memberi impak yang besar dalam hidup kita. Impak yang positif.

Nota kaki: Jangan percaya kepada ejen 'pencari jodoh dalam talian internet'..

Entry ini juga untuk contest weekend @ sheffield oleh joegrimjow

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger