"I am the winner!!!", jerit aku keseorangan.
Secara jujurnya sepanjang aku berblogging selama bertahun ini, hanya tiga kali aku menyertai
contest atau pertandingan menerusi blog. Walhal jika kita perhatikan di setiap ceruk pikuk blog terdapat lebih kurang 10
contest dicipta setiap bulan termasuklah
contest berbentuk esei,
contest bergambar dan sebagainya. Sebanyak tiga kali ini, hanya dua
contest yang aku sertai berbentuk esei.
Contest pertama aku sertai adalah
contest yang dianjurkan oleh
Khairil Afzal sewaktu ketika dahulu. Aku adalah pemenang utamanya. Walaupun aku menulis sewaktu mata mengantuk, kepala tengah berkhayal, tidak disangka juga esei tersebut menarik hati pembaca dan penganjur lantas memenangi tempat pertama
contest esei bergambar tersebut. Maaf. Khairel Afzal atau Kriel sudah menukar domainnya dari
blogspot ke
wordpress. Pautan ke
contest tersebut aku pun tidak tahu sudah pergi ke mana. Sudah
delete agaknya. Namun esei aku masih tersimpan rapi. Anda boleh baca dengan klik
di sini.
Contest kedua pula aku baru sertainya pada 22 Februari baru-baru ini.
Contest teka-teki tapi malangnya aku kalah. Teka-tekinya mudah cuma memerlukan kekuatan pada slogannya sahaja. Mungkin aku lemah perihal mencipta slogan. Haha.
Contest ini adalah anjuran
Puan Zuliana. Jenguk blog beliau, langsung saja aku sertainya tanpa berfikir panjang.
Contest ketiga pula, anjuran oleh
saudara joegrimjow. Sebenarnya pertama kali aku membaca
contest dari beliau, buatkan aku pening. Baca berulang kali pun masih pening. Baca penyertaan dari peserta pertama hingga peserta kelima, masih juga pening. Pening kerana tidak ketemu sebarang klu atau idea.
Contest beliau bertajuk
'Weekend@Sheffield'. Ada dua jenis tajuk di bawah
contest yang sama iaitu
'True meaning of love' dan
'Unity through sportmanship'.
Secara jujurnya aku kurang bersukan, bukan tidak ada langsung. Cuma bila bercakap pasal
sportmanship, aku jadi longlai. Ketandusan idea. Lagipun, apalah sangat aktiviti sukan aku selama ini? Badminton? Ping pong? Bowling? Futsal? Ah, aku buntu. Seterusnya aku menumpu ke tajuk lain.
Love.. Cinta..
Rumit sebenarnya. Masakan tidak. Selama 26 tahun aku hidup di dunia ini, samada aku tidak sedari, langsung tiada perkara manis mengenai cinta. Seperti pencinta-pencinta di luar sana. Ke taman bunga, panggung wayang bersama, berpegangan tangan.. oh tidak! Itu terlalu
common bagi aku. Aku rasa bila diceritakan semua itu, mesti pembaca akan muntah! Yalah. Macamlah aku seorang saja di bumi ini yang berpegangan tangan, bercumbu sana sini, tengok wayang bersama.. Ah! Karut! Jadi bagaimana ceritanya yang harus aku cipta untuk menepati tajuk
contest? Sekian lama berfikir dan ketandusan idea, aku bertekad untuk melepaskan..
"Maaf, Joe. Lain kali sajalah," bisik hatiku.
Suatu hari, aku terkenangkan bekas kekasih lama. Aku masuk bilik dan pegang gitar milik aku. Sewaktu itu, terlintaslah difikiran aku untuk menceritakan kisah kekasih hati aku ini. Untuk pengetahuan semua, kisah cinta aku dengan bekas kekasih aku ini tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun hatta di dalam blog ini juga. Kesannya cukup mendalam membuatkan aku cuba mengenepi dan menepis niat untuk bercerita. Mungkin sesetengah kawan yang rapat sahaja mengetahui kisah cinta aku itu. Maka, aku hidupkan komputer dan mula mengarang.
Sewaktu di akhir karangan kisah cinta aku, aku agak buntu untuk mencipta penutup cerita. Lantas aku simpankan cerita aku sebagai
draft. Aku mengambil masa untuk
blogwalk. Sehinggalah aku singgah di blog
joegrimjow. Semasa singgah di blog beliau barulah aku teringat akan
contest yang beliau anjurkan. MasyaAllah! Aku terlupa. Dan kebetulan pula cerita aku hampir-hampir kena dengan salah satu tajuk dalam
contest beliau. Maka, dengan cepatnya aku cipta pengakhiran cerita dan terus
backlink ke blog beliau. Nah, tertunai juga penyertaan aku di
contest beliau!
Lewat petang tadi, aku mendapat mesej dari joegrimjow yang menyatakan pemenang
contest beliau sudah diumumkan. Lantas aku terus ke blog beliau. Tanpa diduga setelah membaca keputusan pemenang, tempat pertama jatuh kepada
aku! Agak terkejut dan teruja juga sebenarnya. Masakan artikel kisah cinta aku boleh menang? Inilah yang dinamakan rezeki dan nasib, bukan? Ya, memang aku akui artikel cinta aku itu lain dari yang lain. Oleh kerana lain dari yang lain, mungkin ceritanya tidak menarik sangat pun. Bukannya
direct bercerita apa itu cinta. Sebaliknya apa yang kita dapat dari cinta. Huh, susah sebenarnya hendak beri penerangan terperinci. Baca sendiri artikel aku itu, ya?
Klik sini.
Kepada joegrimjow, terima kasih aku ucapkan kerana mengisytihar aku sebagai pemenang. Sekiranya ada
contest dari kamu lagi selepas ini, insyaAllah aku akan sertai. Itu pun jika ada idea. Terima kasih banyak-banyak.
Atas pukul 12 malam. Kami masih merayau-rayau sekitar bandar Kuantan. Sebahagian besar deretan kedai sudah pun mula 'mati' kecuali disko-disko, pusat karaoke, dan pusat hiburan yang lain.
"Bosan ni. Mana lagi mau pergi?" soal Dino memecah kesunyian. Stering yang dipegangnya sekejap dipulas ke kiri. Sekejap ke kanan.
"Entahlah. Lewat malam macam ni ada ape lagi kat Kuantan ni. Semua orang dah start tido. Tengok la jam sekarang dah pukul berapa. Dekat pukul 1 pagi dah ni," balas Alif.
"Tu la. Jom la balik wei," sampukku. Suasana di dalam kereta sunyi seketika. Alif dan beberapa orang lagi rakan yang duduk di belakang memandang ke arah aku.
"Balik? Woi. Tak remaja la balik awal-awal. Apala," perli Alif sambil ketawa. Aku tersengih seperti kerang busuk.
"Haha. Tu la pasal. Apa kata aku drive korang ke tempat best. Nak?" soal Dino. Kami teruja dan mengaju soalan bertalu-talu kepada Dino.
"Sabar, sabar. Tapi ada satu syarat," kata Dino.
"Syarat? Kalu duit, sorry beb. Malas nak layan," kata aku sambil membuat isyarat jari ketiadaan wang. Aku menggelengkan kepala perlahan.
"Bukan duit la, Latip," balas Dino. Aku terpinga-pinga seketika. Bukan duit?
"Sampai kat sana nanti, korang semua kunci pintu kereta dan jangan keluar tau. Buka tingkap pun sedikit je, okey?" kata Dino. Kami mengiakan kata-kata Dino. Kami bersetuju mengikut arahan dan nasihat Dino itu. Tetapi di dalam benak kami masih berteka-teki. Ke mana Dino hendak bawa kami semua pada lewat malam begitu?
Maka malam itu, kereta kancil dipandu sederhana laju ke arah satu tempat sunyi berhampiran Stadium Darul Makmur, Kuantan. Kereta menyusur masuk ke arah satu lorong sunyi di situ. Keadaan pada waktu itu agak samar-samar. Hanya kiri kanan lorong diterangi sinaran lampu jalan.
"Oi Dino. Mana ni?" soalku. Aku memandang ke luar tingkap kereta. Jantung aku sedikit berdebar. Kereta dipandu perlahan. Kelihatan di suatu sudut lorong di situ akan tiga kelibat sedang berdiri. Seorang daripadanya merokok. Jelas kelihatan dari jauh asap berkepul-kepul terbang ke angkasa dan lenyap. Apabila merapati mereka, jelasnya mereka adalah wanita. Berpakaian seksi. Skirt dan baju yang mendedahkan peha dan dada. Aku membulatkan mata. Diterangi lampu jalan yang terang, aku seakan terpegun melihat keindahan ciptaan Tuhan. Seorang daripadanya merapati kami yang sebetulnya kereta kami telah berhenti betul-betul di hadapan mereka.
"Hai," tegur wanita cantik itu. Suaranya gemersik. Mataku membulat apabila wanita itu menundukkan kepala. Terserlah 'jurang' dan 'tebing' yang tidak sepatutnya aku lihat sewaktu seusia begitu. Wanita tadi tersenyum. Alis kening dan senyumnya amat menawan sesiapa yang melihat. Hati sudah merasa tidak sedap. Duduk pun sudah tidak selesa. Aku mencuit bahu Dino dari belakang namun Dino tidak endah.
"Berapa?" soal Dino kepada wanita itu. Wanita itu menjeling ke dalam kereta. Dahinya berkerut.
"You all semua?" soal wanita itu sambil jarinya meliuk menunjuk ke arah kami yang berada di dalam kereta.
Dino menggelengkan kepalanya. "I je," kata Dino. Wanita itu tadi kembali senyum. Uzey yang berada di sebelah Dino ketawa terkekeh-kekeh. Dia ketawa sambil menepuk dahi.
"60," jawab wanita itu dengan suara yang sangat lembut. Aku lihat Dino terpinga.
"Berapa?" soal Dino kembali.
"60," balas wanita itu lagi sambil menggayakan tubuhnya yang sungguh seksi. Tangannya digosok-gosok di peha dan pinggul. Seterusnya itu aku tidak sanggup tengok lagi. Dino mengerutkan dahi dan memandang Uzey yang berada di sebelahnya.
"Berapa?" tanya Dino lagi. Aku lihat wanita tadi sedikit berang. Dia mungkin merasakan seolah-olah dipermainkan. Wanita itu tadi mencekak pinggangnya.
"60!" kata wanita itu. Tadi suaranya yang gemersik bertukar menjadi kasar. Suaranya garau bak gergasi. Aku terperanjat. Serentak dengan itu, kedengaran suara gelak besar di dalam kereta.
"Er.. okey okey. Terima kasih!" balas Dino sambil menekan pedal minyak. Kereta kami terus memecut laju meninggalkan tempat itu. Kami ketawa berdekah-dekah tidak henti. Aku memandang dari belakang kereta. Aku pandang ke arah wanita-wanita di suatu sudut lorong tadi. Aku lihat wanita yang menegur kami tadi itu menunjukkan penumbuknya.
"Mak nyah tu tunjuk penumpuk kat kita la," kata aku sambil ketawa berdekah-dekah.
Tahun lepas kawan aku, Ady, dan rakan perempuannya pergi ke Kuantan. Mereka pergi berjalan-jalan ke Kuantan menghabiskan masa hari minggu. Waktu itu, rakan Ady baru saja membeli kereta baru. Kereta Viva warna putih.
Waktu itu, sudah lewat malam. Mereka ke salah satu tempat yang agak 'panas' dan terkenal. Di situ Ady dan rakannya mencari sesuatu untuk melepaskan rasa bosan setelah agak lama berpusing-pusing di dalam bandar Kuantan yang sudah pun 'mati' apabila jam lebih dari pukul 12 tengah malam. Ady duduk di sebelah pemandu. Dia mengarahkan rakannya untuk berhenti di sebelah beberapa orang kelibat yang berdiri di suatu sudut.
"Berapa?" tanya Ady. Wanita tadi melirik kuntum senyuman. Alis matanya dikenyit berkali-kali.
"Tak mahal, bang. 150 je," balas wanita itu. Ady ranjat.
"150?! Mahalnya!" gertak Ady. Wanita itu tadi tersipu. Tangannya mula merayap ke lengan Ady. Ady cuba menepis.
"You ada batang tak?" soal Ady selamba. Soalan berani Ady tadi memeranjatkan rakannya yang berada di dalam kereta.
"Kau ni gila tanya soalan macam tu!" tegur rakan Ady. Wajah wanita tadi bertukar merah padam. Dia menjerit.
"Apa batang-batang?!" Suara yang sedari tadinya lembut bertukar garau. Ady dan rakannya ketawa berdekah-dekah. Wanita tadi mengangkat kaki kemudian tangannya mencapai kasut tumit tinggi. Lalu dibalingnya kasut tumit tinggi ke arah Ady.
"Lari! Lari!" teriak Ady sambil ketawa. Kereta Viva putih memecut laju. Tiba-tiba...
"Dummm!"
Bunyi kuat tadi mengejutkan Ady dan rakannya. Bunyi kuat tadi seolah-olah kedengaran seperti kereta melanggar sesuatu. Dalam jarak lebih kurang 100 meter dari kawasan tadi, rakan Ady memberhentikan kereta dan keluar untuk meninjau.
"Celaka!" tempik rakan Ady. Ady keluar dari kereta dan bertanyakan sebab musabab.
"Tengok la kereta I. Kemek! Tu ha. Batu bata!" adu rakan Ady.
"Adoila.. mak nyah tu lontar batu bata kat kita," kata Ady sambil ketawa kecil. Rakan Ady tadi memuncungkan mulutnya. Mulutnya tidak henti-henti menyebut sumpah seranah. Bonet belakang kereta rakan Ady kemek teruk. Cermin lampu brek dan signal kereta pecah.
"Takkan nyah tadi yang baling. Tadi dia baling kasut dia kan," kata rakan Ady. Ady menoleh. Dia lihat kelibat-kelibat mak nyah tadi masih berdiri. Agak jauh juga dari mereka.
"Bukan dia. Kawan-kawan nyah dia," jawab Ady. "Jom balik! Nanti batu bata tu hinggap atas kepala kita plak kang. Naya!"
Dengan perasaan marah yang membengkak, rakan Ady berteriak.
"Masuk neraka la kau, wahai pondan!"
Ady ketawa berdekah-dekah. Kereta Viva memecut laju meninggalkan tempat itu.