
Read more/less..
Blog Yang Tidak Akan Buat Anda Berasa Bosan, Mengantuk Dan Sakit Hati..
Besarnya BB dia
besar la best view.. haha..
aishooooo hahahaha!
nak bb gak ah :D
@lolly
bleh.. fotostat.. hehe..
aigoo.. ;p
haha..blackberry cop rupenyer..sengal gak adik die tu..
blekceri pun x mampu nk pkai..
fotostat je la..
hehe..
@chaoi
naseb baek abang tu x pkai 2 jenis henpon yg laen2.. =P
@toyolkiut
kalu fotostat bleh guna x pe la gak.. +___+
sape 'abg' lam cite tue? ko ke aduka?
bak satu bb
hahahaha !
tolong cop lagi satu !
untuk lassie jugakkk
:P
Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.
Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.
Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.
![]() |
Some rights reserved. This work is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 3.0 License. |
|
Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger
"Handphone yang mana ni, Adik?" soal ibu Eisya.
"Yang macam Abang! Semalam Abang tunjuk kat Adik handphone baru Abang. Canggih! Boleh main Facebook kat handphone. Caaanggiiihhhhh maaaaaakkk..!"
Ibu Eisya menoleh ke arah suaminya di sebelah. Dia mengangkat kepala ke arah suaminya, tanda bersoalkan perkara yang sama pula.
"Handphone apa Adik tengok semalam?" soal Ayah Eisya pula.
"Handphone Black!"
"Handphone Black??" soal ibubapa Eisya serentak.
Mereka tersenyum-senyum melihat telatah Eisya yang terkinja-kinja sambil menyebut 'Handphone Black' berulang-ulang kali, kerana sebenarnya mereka faham handphone jenis apakah yang dimaksudkan oleh Eisya.
"Mahal tu handphone tu, Adik. Ibu dan Ayah mana mampu," pujuk Ibu Eisya.
"Abang mampu?" kata Eisya sambil tersengih.
Kata-kata Eisya membuatkan Ibu terdiam. Ayah Eisya tergelak besar. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, Ayah Eisya menggosok-gosok kepala anaknya itu.
"Cerdik sungguh anak Ayah ni, kan?"
Eisya menyeringai. Dia berlari merapati Abang yang sedang tidur. Dikuis-kuisnya lengan Abang.
"Haish! Apa ni, Adik? Abang nak tidurlah! Jangan kacau! Pergi main sana!" gesa Abang.
"Adik nak main Handphone Black Abang! Nak lah!" jerit Eisya.
"Hish.. takde lah! Abang dah jual!" kata Abang lantas bangkit sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.
Tidak semena-mena Eisya ketawa terbahak-bahak sambil jari telunjuknya diacu ke arah Abang. Ibubapa Eisya hanya memerhati.
"Apa yang Adik gelak?" tanya Abang, kehairanan.
"Handphone Black Abang ada dua! Yang adik satu, yang Abang satu! Hahaha!"
"Eh? Yang adik? Mana?" soal Abang sambil berpaling kiri dan kanan mencari-cari handphone Blackberry yang dimaksudkan oleh adik. Setahunya dia hanya membeli satu sahaja semalam. Bagaimana boleh jadi dua pula sepertimana yang dikatakan oleh Adik?
Abang mencapai handphone Blackberry-nya yang terletak di atas tikar getah. Adik masih ketawa terbahak-bahak sambil jari telunjuknya kaku diacu ke arah Abang.
"Abang! Hahaha! Tuuuuu..! Blackberry Abang ada kat belakang badan Abang! Nah cermin!" kata Eisya lantas menghulurkan cermin muka kecil kepada Abang.
"Hah?! Aduh! Habislah Blackberry aku!!! Rosak la handphone baru aku camniiiii..!" kata Abang hampir menjerit.
Ibubapa Eisya segera merapati mereka. Mereka tertanya-tanya, apakah yang digelakkan oleh Adik dan kenapa Abang menjerit.
"Kenapa dengan korang ni?"
"Ibu! Tengok belakang Abang! Hahaha!"
"Tu la.. tidur je pandai! Benda beli ribu-ribu tak pandai nak jaga," perli Ibu kepada Abang.
Petang itu gamat dengan ketawa mereka. Riuh rendah jadinya.