Ads: (Please Click!)

Tuesday, January 18, 2011

Bila Newbie Guna Google Search. Kelakar!


Salam.

Ini pengamatan dan pengalaman aku sewaktu bekerja di CyberCafe (CC) pada awal tahun 2007 dahulu.

Read more/less..

Sebenarnya tidak dapat dinafikan saban hari dan saban tahun, pengguna internet di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan. Lihatlah sajalah sekarang ini. Internet bukan lagi satu kehendak, malah ia menjadi satu keperluan. Kalau zaman aku dahulu, kertas laporan atau buku folio sekolah di tulis menggunakan tangan. Sekarang, semua itu boleh dikatakan kuno. Semua perlu dicetak menggunakan komputer. Bahan-bahan pembelajaran pula mestilah bersumber dari internet.

Kerja ini biasanya diseliputi dengan tekanan. Yalah, bekerja dengan orang ramai ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Karenah dan fiil orang datang dalam macam-macam ragam. Ada yang terlalu cerewet. Ada yang duduk dan diam. Mata terkebil-kebil. Tengok macam tiada masalah. Tapi bila hampir sejam, tangan melambai-lambai pinta pertolongan. Rupa-rupanya, tidak tahu macam mana mahu layari internet! Haha.

Dengan pengunjung CC yang bergelar blogger? Pun ada pengalaman.

Aku mula terjebak dalam kancah blog ini bermula selepas aku tamat kolej. Pertengahan tahun 2006. Cuma awal-awal di blog, aku banyak cerita perkara yang mengarut-ngarut sahaja. Hal cinta pun ada. Kalau anda semua periksa rekod di blog ini, bagi tahun 2006 memang tiada. Sebabnya, aku telah buang! Haha. Oleh itu, aku tahulah serba sedikit tentang widget dan blog.

Datang seorang lelaki di CC tempat aku bekerja. Tampak gayanya macam mahu belajar tentang blog. Okay, fine. Aku pun berdiri sebelah dia. Assist mana yang patut. Tiba-tiba dia bertanya..

"Bro, ada blog?"

"Tiada," kata aku ringkas, menipu. Yalah. Blog peribadi. Takkan nak bagi orang baca kot!

"Kenapa?" soal aku balik.

"Nak follow la, bro."

Oh, rupa-rupanya sekadar mahu follow! Baik. Aku diam.

Untuk pengetahuan semua blogger baru, trend 'follow menambah bilangan follower' sebenarnya sudah lama berlaku. Jadi, aku tidak hairan sangat bila timbul isu 'I follow u, follow me back' di forum mahupun di blog sekarang. Cuma dahulu, tiada widget follower. Sekadar exchange link sahaja. Widget follower rasanya diperkenalkan pada akhir tahun 2007.

Berbalik kepada cerita. Kemudian, blogger itu bertanya lagi tentang widget-widget yang sesuai digunakan. Maka, aku pun bercerita serba sedikit tentang widget yang aku tahu. Namun, aku sembunyi sedikit fakta agar dia tidak cam yang aku ada blog. Aku pun syorkan beberapa widget yang dirasakan bagus.

"Nak cari kat mana widget tu?"

"Search saja kat Google. Ada je yang free dalam internet," balasku.

Diam terdiam sejenak. Kemudian dia berkata.





"Gugel
(Google) tu apa, bro?"






Ah, sudah!

Aku terdiam. Terkesima. Mataku membulat merenung ke arahnya.



PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
23 Comments


23 Orang Kentut Madu:

ceksumolek's said... [Reply]

hahaaa~ aduhaii..

lalink7 said... [Reply]

hahhahahaha..kelakar..

amry said... [Reply]

hahahahahah......kelakor kelakor.....apa ko balas bro??adeh....failed!! google tak tahu tapi nak buat blog...masalah negara tu....hehe..

misrerama said... [Reply]

google tu ape?yg pakai waktu nak selam dlm laut eh?heeeeeeeeee

Aduka said... [Reply]

@amry
aku diam jerk.. last2 die guna yahoo search engine.. lantok ler.. =P

Aduka said... [Reply]

@misrerama
hahaha.. boleh jadi kot. kalu jawab camtu, maunye blogger tu ketuk kepala saye..
=P

Anonymous said... [Reply]

nice blog..visit me back..tingglkan jejakmu dsn bro okok..h h

dayah said... [Reply]

alat gugel nyelam skuba.
ps-aduka..awk dah buang shout mix / chat sume ke....napa

faiz said... [Reply]

haha..gugel tu apa bro?

Hanys Najib said... [Reply]

erk?! macam mana ada blog tapi gugel sendiri tak tau ea?
terlebih genius kot dia ni..
hahaha

zikeryhassan said... [Reply]

ada blog tp xtau apa itu google. wtf?

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

AGAGAGHAGAGAGAGGAGAGAGAGGAGAGAGA.

Aleen Aiden said... [Reply]

haik!Blog ade tp gugel xtau ape?boleh tahan rare kes macam nih.hu3

Aduka said... [Reply]

@dayah
ada.. nak ejas balik layout..

Aduka said... [Reply]

@faiz
gugel tu binatang yg kuning2. kalu kene badan, gatelll!!! =P

Aduka said... [Reply]

@hanys
dia tahu guna yahoo search aje..

Aduka said... [Reply]

@zikeryhassan
biasalah.. newbie..

Aduka said... [Reply]

@aleen aiden
x ramai yg tahu.. hehe..
gini..
pada tahun tu google belom amik alih @ beli blogger.com lagi.. so ramai yg guna email yahoo utk login ke blogger.. rasanya tahun 2008 kot google beli blogger.com.. sbb tu leh login guna akaun gmail je..

so rasanya, kes dia ni mmg jenis xtau ape2.. haha.. newbie yg x bersalah.. =P

TimMie said... [Reply]

budak tu dok dlm gua ke selama ni.. heran dia kenal blog dulu seblom google.haha

msg 'follow me back' tu mmg annoying. tp klu ad jgk yg tlis cmtu aku follow jelah.sekadar membalas budi. :)

Aduka said... [Reply]

@TiMmiE
entahlah.. biasalah newbie..
aku jarang layan mesej camtu.. biasanya aku test dulu.. kalu blog x berat n menepati citarasa, baru aku follow.. =)

Unknown said... [Reply]

gugel tu kan pakcik dia gak..takkan tak kenal kot. ahaks..

[Follower BloG Review] Cahaya Cinta Ilahi Membawa Kebahagiaan Di Dunia Blog.

Chaoi said... [Reply]

ahahaaha...google tu orang buat masak cili padi sedap...

Anonymous said... [Reply]

zaman skg ade ke org tk th ape itu google?hahahhah lawak!!

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger