Siapa yang tak kenal dengan Dr Rozmey? Dialah pemilik Herba Prima Marketing (HPM) dan pengasas kepada salah satu produk terkenal, Jus Mate 5. Populariti Dr Rozmey sudah melampau-lampau malah sama taraf dengan artis tempatan kita. Cuma landasan Dr Rozmey berlainan sedikit. Berbanding artis yang kita sedia maklum adalah di medan seni manakala Dr Rozmey pula di medan usahawan pemasaran ubat-ubatan kesihatan dan kedoktoran. Beleklah di mana-mana muka akhbar. Pasti ada halaman mengenai produknya. Dan tidak kurang mengenai filemnya yang menjadi kontroversi baru-baru ini.
Read more/less..
Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey dikutuk, dihina, dan dimaki hampir setiap hari di internet? Apakah sebab dan alasannya?
Di bawah adalah beberapa petikan dari Facebook yang 'tidak suka' dengan Dr Rozmey.
Dan tidak kurang juga yang mengutuk dan menghina rupa dan fizikal Dr Rozmey.
Lihatlah. Tanpa mengira jantina dan usia, hampir setiap hari malah setiap jam Dr Rozmey dikutuk, dan dihina! Petikan ini belum termasuk lagi gambar-gambar amatur yang telah di-edit dengan niat menghina rupa fizikal Dr Rozmey. Kerana terlampau banyak, aku tidak sertakan gambar-gambar tersebut. Cukuplah dengan petikan di atas sahaja.
Apa sebabnya? Satu jawapan.
Tidak suka dengan Dr Rozmey yang angkuh!
Agak terperanjat sebenarnya dengan bilangan yang 'suka' (Like) dengan halaman anti Dr Rozmey ini. Lebih 18 ribu peminat! Dan bilangan ini bertambah setiap hari.
Sepanjang tempoh aku selidik, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Dr Rozmey kerana produknya. Khabarnya, produk Jus Mate 5 itu kurang memuaskan hati sesetengah pihak. Ada yang berbulan-bulan berusaha tetapi tidak membuahkan hasil. Sehinggakan Dr Rozmey sendiri telah mengeluarkan fakta bahawa terdapat produk tiruan di pasaran.
Samada produk itu sendiri yang gagal, atau pembeli sendiri yang cuai, wallahua'lam. Aku pernah melihat satu temubual di televisyen bersama Dr Rozmey. Kata beliau, HPM tidak pernah melantik wakil atau pengedar untuk memasarkan produk Jus Mate 5. Kebanyakan produk yang ada di toko-toko mahupun pengedar adalah palsu! Yang mana sebetulnya tulen? Kata beliau, hanya pembeli yang membeli terus produk itu dari HPM atau membuat belian secara online sahaja yang asli!
Lihat video DI SINI.
Berbalik pula kepada filem. Memang aku tidak nafikan bahawa eksperimentasi Dr Rozmey bagi seni perfileman adalah gagal. Hanya omong kosong. Walhal, hakikatnya tidaklah mencapai target yang diingini dan yang diuar-uarkan oleh Dr Rozmey sendiri. Semalam aku mendengar di siaran berita di radio menkhabarkan bahawa hanya lebih kurang RM 230 ribu sahaja nilai kutipan selama satu minggu tayangan file '2 Alam'. Peratusan target yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan target sebenar beliau. Fakta sebenar dan terkini, mungkin lebih. Kemudian, dikaitkan pula dengan pengambilan pelakon seksi dan lucah terkenal, Pamela Anderson, bagi filem beliau yang seterusnya.
Ramai yang kecewa. Kecewa dengan filem yang 'ntah-apa-apa', tak best, serta omong kosong Dr Rozmey sendiri berkaitan filemnya. Tidak hairanlah ramai yang mengutuk Dr Rozmey.
Walau apapun kutukan dan penghinaan yang diberikan kepada Dr Rozmey, sebenarnya ada juga kebaikan yang boleh kita contohi dari beliau sendiri. Cuma kita perlulah bukakan mata dan minda luas-luas. Sentiasa ambil perkara yang positif dan yang negatif. Antaranya;
Skill Pemasaran
Lihatlah cara pemasaran Dr Rozmey. Boleh dikatakan gempak! Memang. Marketing saja gempak tapi hasilnya hampeh: mungkin ini yang anda kutuk untuk promosi filemnya. Tapi bagaimana pula dengan produk Jus Mate 5? Lihat dengan teliti. Sudah berapa ramai usahawan sah yang berkecimpung dalam pemasaran Jus Mate 5 yang sudah kaya-raya? Sudah setahap mana kaya Dr Rozmey sendiri? Anda? Apa ada? Tepuk dada, tanya selera.
Keberanian
Aku sendiri sebenarnya salute spring dengan Dr Rozmey. Sifat 'bodoh beraninya' itu berjaya mencipta fenomena di Malaysia. Bukan sahaja di dalam industri pemasaran kesihatan, malah di dalam industri perfileman! Berani menceburi pelbagai bidang walau tahu akan risikonya.
Berpandangan jauh
Diri kita sendiri pasti ada misi dan visi dalam hidup. Begitu juga dengan Dr Rozmey. Sedarkah kita bahawa Dr Rozmey berjaya mencipta satu rangkaian seumpama 'multilevel marketing (MLM)' dalam hidupnya? Antara benar atau tidak, sebenarnya aku menyedari satu perkara. Memperkembangkan produk kesihatannya melalui media yang berbeza, iaitu perfileman! Platform yang mungkin menjayakan dan memperkembangkan lagi nama Dr Rozmey dan HPM itu sendiri di mata luar Malaysia. Selepas ini apa lagi? Anda dapat bayangkan?
Yalah. Sehebat mana pun kita, sepopular mana pun kita, sekaya mana pun kita, pasti ada orang yang tidak suka, kan? Pasti ada orang yang dengki dan busuk hati. Maka wujudlah golongan-golongan yang berpandangan dan berfikiran negatif ini dalam masyarakat kita. Bahkan sesama agama, bangsa, dan kaum sekalipun. Pelik sungguh.
Sudah-sudahlah mengutuk, menghina, dan cubaan menjatuhkan maruah Dr Rozmey. Anda bukannya dapat apa pun jika bertindak sedemikian. Dapat dosa adalah. Cuba kita ambil sikap dan sifat yang positif. Jadikan beliau sebagai model, sekurang-kurangnya. Contohi beliau. Tengok beliau sendiri. Kaya-raya. Anda? Rasulullah sendiri pernah menyarankan bahawa umatnya mengejar kekayaan di dunia. Agar kaum yang selain Islam akan lebih hormat dan mengagumi Islam yang kaya-raya. Namun begitu, jangan pula lalai dan asyik dengan duniawi sampaikan perihal akhirat nanti terabai.