Ads: (Please Click!)

Wednesday, October 20, 2010

Mak! Bersetubuh Tu Apa?



Pada waktu kecil kira-kira dalam lingkungan umur 10 ke 12 tahun, aku suka membaca salah satu buku yang di beli oleh kakak aku yang tertajuk 'Himpunan Doa-Doa Harian' hasil tulisan oleh salah seorang ustaz yang agak terkenal di Malaysia. Sudah lupa namanya.

Read more/less..

Dalam buku yang setebal 200 lebih muka surat itu, boleh dikatakan hampir setiap hari aku membaca dan menghafalnya. Oh, nampak sangat aku baik dan alim gila waktu itu, bukan? Haha. Meskipun begitu, daya ingatan aku tidaklah sekuat mana pun. Sekarang pun banyak yang lupa. Apabila ada sahaja kelapangan waktu, aku akan terperap di dalam bilik dan membaca buku tersebut walaupun ada beberapa bab dan doa aku baca dan hafal berkali-kali. Tanpa rasa jemu.

Hendak dijadikan cerita, dalam banyak-banyak himpunan doa itu ada satu doa yang agak memeningkan dan mengelirukan aku. Melihat pada maknanya pun tidak sama dengan tajuk doa. Pada awalnya aku membiarkan dulu doa tersebut. Baca doa-doa yang lain. Oleh kerana terdetik perasaan ingin tahu juga, aku kembali di halaman doa tersebut. Baca dan fikir.

Aku pernah mendengar ceramah dari seorang ustaz sewaktu aku berumur 11 tahun. Ujarnya, 'ilmu yang kita pelajari hendaklah berguru. Dengan guru, kita tidak mudah sesat. Bahkan jika mempelajari seorang diri, syaitan akan suka mendampingi lantas menghasut kita. Guru pula tidak semestinya dari kalangan ustaz dan ulama. Boleh jadi ibubapa kita juga.' Sememangnya berguna nasihat ustaz itu. Lantas, aku ingin ajukan soalan itu kepada emak aku.

Emak aku sedang sibuk memasak di dapur. Aku memanggil-manggil emak beberapa kali sambil memegang buku tersebut. Tanpa menoleh, emak menyahut beberapa kali. Kelihatan kakak yang sedang duduk di kerusi sambil menyiang ikan turut memandang aku.

Tatkala aku menghampiri emak, dengan suara lantang aku bertanya, "Mak! Bersetubuh tu apa?"

Aku lihat reaksi muka emak seakan terkejut. Aku bertanya lagi, "Apa tu, mak?"

Emak memandang kakak. Aku turut memandang kakak kalau-kalau kakak ingin menjawab persoalan aku itu. Namun tidak. Kakak menjeling ke arah aku dengan muka yang bengis. Tiba-tiba emak bersuara.

"Bersetubuh tu, bersetubuhlah!" kata emak sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Pada mulanya, aku tidak faham. Beberapa kali emak membuat gaya memeluk tubuhnya sendiri.

"Bersetubuh tu macam.. perlindungan diri kita dari syaitan la ya?" soal aku lanjut.

Emak hanya mengiakan sambil menganggukkan kepala. Ketika itu, aku memandang kakak. Mukanya masam mencuka. Aku hairan tapi aku tidak mempedulikan reaksi kakak. Pada hematku mungkin kakak marah sebab aku mengganggu emak yang sedang memasak.

"Mak biasa baca doa ni kan? Nak lindung anak-anak mak?" soal aku lagi.

"Baca yang macam mana?" Emak menyambung kerjanya tanpa memandang ke arahku.

"Begini doanya, mak. Bismillaahi, Alloohumma jannibnaashshaythoona wa jannibishaiythoona maa rijaktanaa. Maksudnya; Dengan Nama Allah, ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami."

Emak dan kakak terdiam.

"Ha, yalah tu. Dah dah! Pergi main jauh-jauh sana!" jerit kakak secara tiba-tiba.

Dengan wajah ceria, aku kembali ke bilik aku yang berada di tingkat dua. Berkali-kali selepas itu, aku membaca doa tersebut. Aku fikir, bila kahwin nanti dan mendapat anak, aku mahukan Allah melindungi anak-anak aku.

* * * * * * * * * *

Haha.

Itu cerita belasan tahun yang lalu. Kini, bila sudah meningkat dewasa dan belajar macam-macam, barulah aku tahu apa tujuannya dan bila patut dibaca doa tersebut. Bila ingatkan kembali peristiwa itu, aku gelak seorang diri. Yang kelakarnya, kenapalah aku berdoa untuk masa depan. Minta dilindungi bakal anak-anak aku pula. Haha.

Dan yang paling penting, setelah mengetahui hal yang sebenar tentang doa itu, barulah aku tahu yang emak dan kakak telah menipu aku!

Haha.

Tidak mengapalah. Mungkin mereka tipu sunat saja kot!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
7 Comments


7 Orang Kentut Madu:

Mcjust said... [Reply]

masa kecik kecik memang innocent! hehee

Ken Wooi said... [Reply]

haha.. bersetubuh :P

mamapp said... [Reply]

hu hu hu.. kelakar sgt mg lurus bendul kan masa kecit2 tak tau apa setubuh tu.. kalau anak akak tanya nanati camne la agaknye nk jawab yek

Aduka said... [Reply]

biasalahhh.. zaman kanak2 smua bende nak tahu.. even yg x patut tahu pun nak tahu juga walau apa jua cara pun.. hahaha.. =P

ceksumolek's said... [Reply]

ehh.. kompius.. mana satu kotak komen nih..

Aduka said... [Reply]

@cik sumi
2-2 boleh.. igt nk buang komen blogger ni.. tp cam syg la plak..
=)

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

kehkehkehkeh.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger