Ads: (Please Click!)

Friday, October 15, 2010

Boleh Tak Kalau Tiada Nama Sama?


Al-kisah...

Pagi itu, tidur aku diganggu oleh satu panggilan terus ke telefon bimbit aku. Mataku masih bengkak dan kepala mamai. Aku meraba-raba dalam suram mencari-cari telefon bimbit yang sedang menjerit. Tidak sedar telefon bimbit berada di bawah punggungku. Hati kecil aku mengomel kerana tidur yang terganggu.

Read more/less..

Panggilan segera aku jawab sedangkan mataku masih terkatup rapat.

"Hello, Latip," suara di dalam telefon memulakan perbualan.

"Haa," jawabku ringkas sekali.

"Kau ada kat mana?"

"Kat rumah. Tidur. Kenapa?"

"Bangun la wei. Aku nak kau ikut aku jap lagi."

"Kacau hari minggu aku la kau ni. Pergi mana?" soalku.

Aku bingkas bangkit dan duduk dibirai katil. Aku tenyeh-tenyeh mataku yang pedih dengan jari. Terasa seperti berpasir. Walaupun masih terasa kantuknya, benakku berputar. Mengira agak ke manakah destinasi yang bakal rakanku membawaku di hari minggu begini. Ke Kuantan-kah?

"Kau takde kerja, kan?" soal suara di dalam telefon tadi lagi.

"Takde. Kau nak ajak aku ke mana?" soalku.

"Tempat biasa!"

Aku terdiam. Mungkin disebabkan rasa yang amat mengantuk, otak aku agak lembab berfungsi. Aku tidak terus bertanya 'apakah' dan 'di manakah' tempat biasa yang dimaksudkan.

"Tunggu la sekejap. Aku nak mandi," kataku.

"Ok. 15 minit nanti aku call kau balik."

Aku terus ke bilik air untuk mandi. Kemudian aku bersiap-siap memakai pakaian yang kemas-kemas. Sembur minyak wangi satu badan sampai semerbak menusuk hidung. Sisir rambut ala-ala John Travolta dalam cerita Swordfish. Biar tampak macho. Manalah tahu kalau-kalau ada gadis yang terpikat atau berkenan setelah melihat penampilan aku. Aku berangan.

Aku siap bersarapan. Kemudian sampai satu pesanan ringkas masuk ke telefon bimbit ku. Aku lihat nombornya sambil berkerut muka.

"Siapa pula ni?" kataku perlahan, sendirian. Aku buka inbox dan baca.

"Maaf, bro. Tanya sikit. Latip mana ni? Duk mana?"

Eh. Apa hal pula ini? Aku hairan. Nombor siapa pula ini? Tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan yang pelik-pelik. Aku tidak segera membalas mesej tersebut. Tetapi cuba berfikir, milik siapa nombor yang tertera di skrin telefon bimbitku. Biasanya jika ada rekod, sudah tentu nama pengirim terpampang pada mesej tersebut. Ini tiada.

Agak lama terfikir, barulah terlintas difikiran. Adakah nombor ini yang menghubungi aku tadi? Aku periksa rekod panggilan masuk. Memang sah! Nombor tadi. Siapa yang aku bercakap tadi ya? Terus aku membalas mesej masuk tadi.

"Eh kau ke yang call aku tadi? Siapa ni?"

Tekan butang send. Sending. Beberapa saat kemudian, delivered.

Aku menunggu balasan dengan tenang. Kemudian..

"Woi. Karim ni. Kau Latip Keli kan?"

Ah, sudah. Bila masa pula aku jadi penternak ikan keli? Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Perasaan aku tiba-tiba jadi tidak sedap. Rasa seperti geram dan marah. Berbaur-baur.

"Bukan. Ni Latip Ganu (Terengganu). Kau siapa?"

Send.. Delivered!

Mesej masuk lagi, "Latip Ganu? Pakai kereta Kelisa?"

Eh eh dia ni. Tadi keli. Ini kelisa pula. Sangka aku ini spesis ikan ke? Atau sangka aku ini penternak ikan? Penjual ikan? Pemborong? Atau apek penjual barang basah bermotor pot pot pot tu?

Aku balas, "Bukan. Kau salah orang ke?"

Sewaktu aku send mesej ini, aku rasa macam sudah 'terkena' hari ini. Sakit hati mula menyelubungi diri. Aku tunggu balasan dari nombor yang tidak dikenali itu. Lima minit. Kemudian, sepuluh minit.

Tiada mesej masuk selepas lebih sepuluh minit. Ah, sudah. Kena aku kali ini. Sedang aku tidak senang duduk, tiba-tiba mesej masuk. Aku menepuk dahi sesudah membaca mesej tersebut.

Mesejnya berbunyi begini, "Maaf bro. Aku ingat kau Latip Keli duk Gombak. Salah orang. Kebetulan nama bro sama dengan nama kawan aku. Nombor telefon pun hampir sama. Maaf ganggu!"

Celaka! Ada pula kes macam ini boleh berlaku? Amat-amat menyakitkan hati!

Aduka: Mahu tukar nama John Rambo plak. Agaknya ada sama lagi tak nama tu dengan nama-nama manusia kat Malaysia ni? Harap-harap tak ada! Heh!


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
4 Comments


4 Orang Kentut Madu:

iKa said... [Reply]

hahahaha..lawak ah pakcik..tkena di pagi ari! pergh!! mau xpanas 1 ari..hahaha..sabor je lah pakcik! heh!!

- said... [Reply]

haha
blh pla mcm tu?
aneh2..
aku hari tu ada org kol
nmbor pun sma ngan nmbor pon aku
just 1 angka blkg ja yg lain
then blh pla dia tny aku
"ko sapa?? blh bkenalan?"

haha
mcm2!

Anonymous said... [Reply]

hahahahha lawak!! tu la angkat call lagi time tgh mamai.. =P

Aduka said... [Reply]

@ika:
panas terbakar dah pakcik! =P

@Gadis:
haha.. mcm2 leh jadi kan? silap satu nombor je pn..

@nemo:
x angkat kot call urgent..huhuhu..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger